Pages

Search This Blog

Friday, July 15, 2011

MASJID INI ADA GURANTEE KASUT

Entry kali ini agak panjang. Tapi banyak yang boleh kita pelajari dari kisah sebuah masjid. Pagi-pagi Jumaat yang berkat, eloklah kita layan cerita tentang masjid unik ini.

Menunaikan solat di masjid ini, anda tidak perlu khuatir akan kehilangan kasut atau selipar. Masjid ini mempunyai program khusus bagi 'para mangsa' yang kehilangan kasut ketika solat. "Kami tidak ingin para jamaah merasa tidak aman ketika sedang solat. Sejak 10 tahun lalu, sudah menjadi komitmen bagi takmir masjid kalau ada sandal hilang maka kami akan ganti yang baru, dengan jenama yang sama. Kalaupun tidak ada jenama yang sama, kami usahakan ganti dengan yang lebih bagus lagi." Kata salah seorang pengurus Masjid.

Hospital kekurangan 'tabung darah'? "Hampir setiap hospital di sini pasti merujuk ke masjid ini untuk mendapatkan penderma. Masjid ini ada unit penderma darah sendiri. Data jamaah masjid sangat lengkap. Tapi tidak semua jamaah mahu diambil darahnya kerana sebahagiannya takut. Mereka mendaftar ke masjid jika memang darahnya ingin di ambil. Paling tidak tiga bulan sekali, darah mereka terambil.

Musafir kehilangan beg dan wang dicuri? Pihak polis akan mengarahkan sang musafir untuk ke masjid ini. "Kami akan membantu semampu kami. Kalau dia benar-benar susah, tidak berbohong, kami akan hantar ke terminal dan belikan tiket. Kepada penjual tiket kami akan meninggalkan pesan agar tiket tidak boleh di tukar ke duit. Kami juga memberi wang saku untuk mereka gunakan sepanjang perjalanan. Inspirasi penginapan untuk musafir datang dari kisah di zaman nabi.  "Kami menangis membaca bagaimana orang-orang yang tidak punya tempat tinggal datang dari pelbagai penjuru  ke Madinah. Nabi kemudian memerintahkan untuk membangunkan shuffah. Maka dikenallah kemudian ahlussuffah, iaitu orang-orang yang tinggal di serambi masjid. Lalu siapa yang memberi makan kepada mereka? Para sahabat yang membiayai mereka. Jadi kalau musafir datang di masjid ini, takkanlah kita nak usir. Kan zalim sekali namanya. Nabi sahaja, menyuruh mereka yang tidak punya rumah untuk menginap di masjid dan dibangunkan shuffah." Tutur seorang AJK Masjid ini.

Tentang jamaah masjid? Maghrib, Isya', Zuhur, Asar, bahkan Subuh, masjid ini tidak pernah sepi dari jamaah.  Masjid ini memiliki jamaah yang setia. Tidak hanya dari para kariah berhampiran tetapi juga dari luar. Maka tidak hairan, nyaris tidak ada sof kosong di setiap sudut masjid. Bahkan seperti 'di kerusi sekolah', sof yang di tempati jamaah selalu diisi oleh orang yang sama (macam dah booked nama). Mereka tahu tempat mereka masing-masing. Kalau tempat mereka di isi oleh orang lain, pasti mereka bingung mencari tempat lain kerana penuhnya jamaah di disitu. Tapi itu menyebabkan hubungan diantara jamaah menjadi akrab. Jika para jamaah mendapati salah satu tempat jamaah kosong sehingga berhari-hari, mereka mula gelisah. Susah hati, jika sesuatu terjadi kepada jamaah yang tidak hadir itu. Ditanya sesama mereka, tidak ada yang tahu. Akhirnya mereka beramai-ramai datang ke rumah jamaah yang tidak hadir itu..ternyata dia sakit. Begitulah kuat sekali hubungan sesama jamaah masjid ini. 

Masjid ini menjadi salah satu masjid contoh. "Peradaban yang paling baik adalah yang berbasis masjid, kerana di sana ada unsur tolong menolong (muawwanah), kasih sayang (ukhuwah) dan kesamaan. Masjid harus menyelesaikan persoalan umat. Kami memastikan tiada anak yatim yang tidak makan di daerah ini kerana masjid akan menyantuni. Setiap jamaah ke masjid membawa satu atau dua genggam beras, sehingga setiap setengah bulan paling tidak masjid dapat mengumpulkan sekitar 300 kg beras dan di bahagi-bahagikan kepada para yatim dan janda. Bahkan jamaah Subuh kini boleh memiliki insurance kesihatan, hanya dengan membawa duit sebanyak 35 sen setiap Subuh. 

Masjid ini memiliki Program Usaha sebagai Masjid Mandiri yang mana aktiviti nya tidak bergantung dari kotak infak sepenuhnya. 35% dana masjid di dapati dari program usaha ini. Duit infak di gunakan untuk modal usaha, bantuan fakir miskin dan pendidikan. Target mereka, tahun ini 100% dana masjid adalah dari usaha. "Masjid ini tidak boleh mengharapkan wang dari infaq sahaja."

Bagaimana dengan strategi mengumpulkan dan menggerakkan Jamaah yang sebegitu ramai? "Pada awalnya, kami buat undangan solat subuh berjamaah. Undangannya bagus...Macam undangan Majlis Perkahwinan. Di dalam undangan itu kami sediakan door prize TV dan di sediakan sarapan. Alhamdulillah sampai sekarang Jamaah Subuh masih tetap dapat susu dan roti. Sebulan sekali kami buat bubur. Setiap solat Jumaat masjid ini menyediakan minuman dari potongan buah jambu. Pada awalnya tidak sedikit yang menolak untuk solat berjamaah. Bukan kerana mereka tidak mahu tapi kerana mereka tidak tahu solat. Alhamdulillah mereka mahu bercerita. Jadi kami kumpulkan sesiapa yang ingin belajar solat di salah satu rumah kariah. Setelah merasa yakin untuk solat di masjid, mereka datang sendiri ke masjid setiap kali waktu solat.

Masjid ini tidak condong kepada satu golongan atau kalangan tertentu sahaja. "Kami menyedari untuk menyatukan ummat kalau bukan di masjid di mana lagi. Masjid ini milik umat, bukan milik kelompok tertentu. Walaupun masjid ini di dirikan oleh orang tertentu, semua kelompok kita beri ruang. Jadi, jangan hairan kalau dalam soal fiqh, mereka pun sangat toleransi. Tiada pertelingkahan. Di masjid ini kami bukan sahaja cuba untuk berdikari tapi juga mengajarkan persatuan umat."
Itulah kisah unik sebuah masjid yang bernama Masjid Jogokaryan di selatan Yogyakarta, Indonesia. Ahhh...Ate sangat berharap wujudnya masjid seperti ini di Malaysia (atau dah ada tapi Ate yang tidak tahu). Ate tak mahu komen apa-apa tentang masjid di Malaysia, nanti Ate 'kena gam', tak leh pergi makan moreh solat terawih. Ramadhan dah dekat dah ni. Tapi kan...Ate rasa...Ate nak cakap juga (dah dasar kaypoh). Ate kan, paling sakit hati tengok AJK-ajk Masjid (tak semua) yang jual ikan selfish, pentingkan diri sendiri dan hidup suka harapkan subsidi @ infak jer. Tu belum lagi mereka menjadikan Masjid sebagai satu tempat yang banyak protokol sehingga tidak friendly dan menjadikan masyarakat khususnya golongan muda malas nak berjamaah di Masjid. Yang Ate paling sakit hati lagi kan (Aloo...Ate ni ada penyakit hati ke?), bila ada program yang dapat gift-gift, prize-prize, eat-eat kat masjid, orang ramai atau para jamaah dan kariah yang datang tak dapat. Katanya dah habis licin. Tapi yang peliknya bila habis program, berbakul-bakul, berperiuk-periuk, berkolah-kolah segala benda tu dikeluarkan dari tempat persembunyian. Rupa-rupanya memang AJK simpan buat diri sendiri, keluarga, atok, nenek, moyang dan para kroni mereka, masalahnya bukan sikit-sikit dik oiiii...Tak rasa bersalah ke mereka ni? Hai..inilah namanya doniya, doniya (pinjam kata-kata Cik Ina). Ok lah..dah banyak sangat Ate 'bercakap'. Mengutuk orang pulak tu...Astaghfirullah 3X.
*******
 ~Renungan Jumaat~Rasulallah saw bersabda: "Alaa unabbiukum bisyiraarikum? Faqaala: humuts tsartsaaruunal mutasyaddiquunaa." Maukah kuberitahu yang paling buruk diantara kalian? Iaitu orang yang banyak cakap & berlebih-lebihan bicara." ~ HR. Ahmad 
(Aktiviti Blogwalking akan Ate laksanakan pada malam hari, Insyallah. Bukan apa, takut Ate lemah semangat shock tengok gambo makanan)
Sumber: Majalah Tarbawi

38 comments:

  1. sangat bagus masjid ini untuk diikuti. ana ingin copy paste untuk share dengan kenalan. syukran.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya masjid dijadikan tempat perpaduan, tapi banyak terjadi ianya dijadikan tempat perbalahan. :(

    ReplyDelete
  3. bagus betul masjid ni.. sangat2 kekeluargaan.

    ReplyDelete
  4. bagusnya kalu ada masjid mcm tu kat mesia ni

    gamaknya semua kerumun ke masjid tu

    takut bukan utk ibadah, tapi semata2 utk minta bantuan..

    ReplyDelete
  5. hmmm....bestnye masjid macam tu. barulah dinamakan islam. sejahtera. pusat kesejahteraan. masjid di malaysia patut buat mcm ni juga. tapi selagi semua org mementingkan kesenangan duniawi demi keselesaan diri sendiri, mmg takkan ada la masjid macam ni...

    ReplyDelete
  6. kat msia belum ada lagi yg mcm ni..jgn ada yg ambik kesempatan pulak bila ada yg prihatin begini.

    ReplyDelete
  7. bestnye ada mesjid cam tu kan kak ate.. yg bab pasal kes2 pengurusan mesjid tu, kalo nak ikutkan mms ada je kat memana kan? masa kekecik dulu salu g surau dan bila duk kat surau 'orang2 penting surau' salu memarah dan buat perkara yg menjengkelkan...

    ReplyDelete
  8. pttnya masjid dan suraulah tempat menyatukan ummah kan..

    ReplyDelete
  9. Semua pihak pengurusan masjid di Malaysia patut mencontohi pengurusan Masjid Jogokaryan ni..

    Mmg btl tu Ate,ade ajk masjid yg bezakan 'orang kita' dgn 'org luar'...

    ReplyDelete
  10. ingatkan analogi jer...wujud eh?
    subahanallah...

    ReplyDelete
  11. Betul ate, kalau bab tu laju je meramaikan masjid. masa raya cukuplah, sampai tak cukup masjid. Ya Allah cik ina ingat kat tempat cik ina je cam tu. kroni mana-mana pun ada ye.

    ReplyDelete
  12. - salam singgah & follow...& tq follow me...

    ReplyDelete
  13. bagusnya dapat jemaah masjid macam ni..
    malangnya kat negara kita banyak masjid yang dipengaruhi aliran politik...termasuk surau2 sekali.

    ReplyDelete
  14. Tinggalkan untuk keluarga sendiri ? Tak sangka ada yang sanggup buat macam tu. Malu rasanya.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ate..lama tak datang sini.. :)

    ReplyDelete
  16. Bagus info nie, tak pernah tau kewujudan masjid yang begitu menjaga kebajikan jemaah dan juga musafir.
    Pernah berlaku kepada saya dan abang kereta rosak di malam-malam buta. MInta ehsan dengan penjaga masjid untuk berteduh tapi tidak dibenarkan.
    Alangkah baiknya ada masjid macam tu!

    ReplyDelete
  17. Rumah Allah jua tempat kita untuk mendamaikan hati yang penuh dengan gundah gulana

    ReplyDelete
  18. Ate, tak de cite terbaru ke atau sibuk?

    ReplyDelete
  19. @ Anonymous: Silakan asal di sertakan link.

    ReplyDelete
  20. @Ratu Kebaya: Terasa 'kemesraan' nyakan :)

    ReplyDelete
  21. @GB: Suka komen GB. Itulah yg di kepala Ate.

    ReplyDelete
  22. @Hanidebumelukut: Kat dunia ni, mmg ramai aja org yg suka amik kesempatan kan kak...doniya, doniya.

    ReplyDelete
  23. @GP: A'ah..Kat Malaysia ni mmg banyak surau dan masjid yang tak friendly especially kat bebudak. Menyebabkan anak-anak dan org muda tak suka pegi masjid..asik kena marah jer. Alangkah baiknya mereka 'melepak' di masjid berbanding di tempat yg tah apa2.

    ReplyDelete
  24. @Cik Betty: Yup setuju sangat, tapi yg terjadi biasanya terbalik dari yg sepatutnya kan.

    ReplyDelete
  25. @Cik Shinju: Masalahnya kita kadang bodoh sombong, tak suka nak belajar dari org lain.

    ReplyDelete
  26. @Puding Karamel: Ya wujud. Macam khayalan dalam Alice Wonderland tapi tidak..ianya benar2 wujud.

    ReplyDelete
  27. @Cik Ina: Dimana2 wujud kronism. Sedihkan.

    ReplyDelete
  28. @Azrina: Yup, mereka yg buat tu tak rasa malu. Kita yg menengok pulak malu dan geram pun ada.

    ReplyDelete
  29. @Norh: Waalaikumussalam Norh. Rindu Ate? :)

    ReplyDelete
  30. @Adie Achim: Sedihkan. Kita dalam kesusahan nak tumpang 'berlindung' sebentar di 'rumah Allah' pun tak di benarkan. Sangat tidak friendly.

    ReplyDelete
  31. @Sahrom: Benar. Teringat sorang teman Ate, bila ada problem di rumah dg anak@suami, dia 'lari' sebentar ke Masjid di UIAM, solat sunat, mengaji, untuk mendapatkan ketenangan. Pas tu balik semula rumah :).

    ReplyDelete
  32. @Cik Ina: Sibuk dan kurang sihat :)

    ReplyDelete