Ini Penyakit Sang Bapa
Sekali tu, Ate pergi kedai borong dengan Kak Bayu, BulPen sibuk nak ikut, sanggup dia angkut sekali anak dia, si 2 Bujang Senang. Pas belanja-belanja...4 beg plastik super duper diangkut. Bukak bonet.. Hah kau, macam nak pengsan tengok. Tak de ruang nak letak. Nak bising-bising tumpang kereta orang. Ate simpan leter sampai jumpa dokter garang bomoh Bijan. "Teruk beno keta awak tu. Sentiasa penuh bonet. Simpan apa?" "Entahlah Teh. Macam-macam benda. Bukan Ate tak tau adik Ate suami saya tu. Tak kuasa dia nak dengar saya bising, barang-barang dia selerak kat umah, dia sumbat semua dalam kereta, senang, tak payah kemas-kemas, tak ada orang leter. Adik siapa lah tu ya?" Ishhh.. sempat si Bijan ni menyindir Ate.
Ini Penyakit Sang Anak Si 2 Bujang Senang.
Pas mandi semua benda tergelatak tinggal dalam kolam, berhari-hari. Jacket, Goggles, Swimming Board, Gayung pun ada. Kadang tu segala tok nenek mainan dia angkut. Sampai pening pakcik yang mencuci kolam. Tu belum yang dalam rumah. Mana Ate Acu nya yang kuat nyerak tapi tak pandai mengemas. Menyelerak ni penyakit keturunan kot. Macam mana lah nak ubat penyakit suka menyelerak ni ek?
*******
- Anak-anak belajar dari contoh teladan yang di tunjukkan oleh orang tua dan suasana yang di lihat di linkungan. Perbaikilah kelemahan diri kita agar anak dapat mencontohi sesuatu yang positif kerana anak adalah cerminan kita.
- Ingatlah, seorang Muslim itu seharusnya munazhzhamun fi syu'unihi iaitu teratur dalam segala urusannya. (Bab ni Ate failed...huhuhu)
ATe...
ReplyDeleteanak2 memang mengikut contoh teladan kita yang tua ni...
- akak ada sorang anak tu... memang sebijik tak tumpah macam ibu dia... Eeeeeeeee kadang2 macam tengok cermin sendiri...
mencegah lebih baik dari merawat kan ate..hehe
ReplyDeleteAte cik ina suka menyelerak, nasib baik suami tak de cam tu.lagi nasib sikit baik anak ikut perangai suami cik ina. cik ina rajin masak ngan kemas dapur je, selebih memang tak boleh nak harap sangat.
ReplyDelete@Ibu n Aba: A'ah lah kak. Kalo dia sebijik mcm kita dlm semua yg baik tak pe kan. Yg tak best nya mana kita punya perangai yg tak molek tu yg dia ikut.
ReplyDelete@Cinta Cukulet: Yg kecik2 dan muda2 mmg kena cegah. Tp yg dah tua2...susah sikit. Penyakit tu dah menular seluruh badan...hehehe alasan.
ReplyDelete@Cik Ina: Ok lah tu, yg tukang serak sorang tapi yg mengemasnya ramai. Yg peningnya yg menyerak ramai yg tukang kemas sorang ;). Ishhh...pandai dan rajin masak tu bukan semua orang boleh buat. Kira terrer lah Cik Ina boleh buat tu...:)
ReplyDeletekt rmh sy ni, smua tukang slerak tmasuk maknya skali hihihi ntahlah klau bkemas tu cuma thn skjap je lpas tu rmh mcm tongkang pcah blik ;)
ReplyDeletemcmn nk buat ntah!
hhee..like this N3...ooopss:P
ReplyDelete