Hari ini Ate makan nasi telah menjadi bubur yang telah menjadi nasi. Berlaukkan kentang masak ikan bilis kicap dan Sambal Ketuk (Bilis+Belacan+Bawang+Cili Padi. Goreng semua bahan dan blend).
Untuk anak-anak ada tambahan sup fish cake. Makanan orang sakit.
Bukan Ate yang sakit...tapi 2 Bujang Senang, Semail dan Baim. Demam dan batuk. Baim si adik yang paling teruk. Asal makan ubat, muntah. Bukan sikit-sikit. Habis semua isi perut di keluarkan. Pas tu menanggis macam nak rak. Meragam dan minta dukung sahaja. Kesian melihat dia, kami makcik-makcik (Kak Bayu dan Ate) yang menjaga dia pun jadi tak selera nak makan tentu arah. Nak masak bubur tapi yang jadi bubur hangit nasi lembik. Nak buat entry serious tapi yang jadi entry tah apa-apa. Satu kerja pun tak menjadi...sibuk melayan kerenah anak-anak sakit. Betullah...Anak ni ujian. Mereka sihat lain ujiannya. Mereka sakit, lain pula ujian nya. Walau ada rasa geram letih dan rimas dengar mereka merengek sahaja...tapi dah namanya sayang. Sabar saja lah. (Maaf, aktiviti blogwalking terpaksa di hentikan buat sementara waktu...tunggu anak-anak sihat sikit)
Gigihnya Ate mengelap muntah mengambil gambar Baim yang sedang meraung menanggis.
(Kak Bayu bengang jer..asyik dia yang kena lap muntah, Ate sibuk amik gambo)
*******
Jika Allah sayang dengan hamba-Nya, maka Allah akan "ayun" hamba Nya dengan kenikmatan dan kesusahan. Persis seperti anak sedang diayun oleh ibu yang menyayanginya.
fuh.. bila budak menangis memang tak boleh tahan.. sebab sayang tu yang masih boleh bersabar.. diorang sakit hanya menangis jelah yang dapat disuarakan
ReplyDeletelama tak makan bubur jadi nasik macam ni hehehhe..nak sikit :)
ReplyDeletebestnye mkan bubur...letak kicap lg best...hehhe..csian adik..moga cepat sembuh ye
ReplyDeleteAte..
ReplyDeleteuntuk seorang teman yang sedang sedih diuji, akak guna ayat terakhir smskan padanya. Alangkah happynya dia kerana di peringatkan dengan kata2 hikmah... Thank you Ate...
ayat yang dia balas lepas akak sms dengan ayat terakhir Ate akak taipkan sekali sebab ayat yg Ate beri itu sangat berkesan padanya...
" Terima kaseh.. I need that - I am so sad. Kejap2 nangis. Takut Allah x bagi sembuh. Thank U sgt sgt. "
Akak pun thank you sangat-sangat, Ate.
macam mana ni...ni nak tak boleh jadi ni...anak doktor muntahkan ubat balik...heran akak...banyak sangat anak doktor takut makan ubat ek...
ReplyDeleteapa-apa pun moga kedua-duanya cepat sembuh...yang sorang tu...kalau kasi potong semua rambut lagi cepat sembuhh...cabutttttttt
Bubur nasi sesuai sangat tuk budak demam . alah ciannya. badanrasa tak selasalah tu. Yang dulu kena didulukan, esok kalau baim dah sembuh barulah wak aktiviti berblog. Semoga Baim cepat sembuh ye. Makan antibiotic sampai habis.
ReplyDeletesemoga Semail & Baim cepat sembuh ya :(
ReplyDeleteSemoga Baim dan Semail cepat sembuh...
ReplyDeleteJaga dorg leklok Ate..sok dorg dah besor
kita lak makin tua...makanya dorg la yg diharapkan
menjaga kita nt... :)
Budak-budak kalau x sihat mmg merengek je..harap harini diaorang dh sembuh lah kan..
ReplyDelete@Ratu kebaya: Rimas dengar dia org menanggis tapi dah sayang dan kesian kan...itu jer lah cara dia org nak berkomunikasi menyampaikan rasa sakit.
ReplyDelete@Matahari: Mana awk menghilang dik? Lama tak update blog ek?
ReplyDelete@Cik Ceria: Time kacih kak Ateq.
ReplyDelete@Ibu & abah: Alhamdulillah. Mg manfaat buat semua orang dan kebaikan yang di sebarkan oleh akak via sms itu moga-moga di beri pahala di sisi Allah. Kepada teman akak yg sdg di uji dg kesusahan/kesakitan: Mg dia di beri oleh Allah kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian sehingga dia 'lulus' dengan cemerlangnya dan di beri ganjaran, nikmat dan pahala yang lebih besar kelak.
ReplyDelete@Geraugebang: Tak pe..ko kutuk lah budak rambut tercacak tu..besok dia besar lebih hensem dari abg badang awk tau...hahaha (ada kena mengena tak?)
ReplyDelete@Cik Ina: Betol lah cik Ina. Masa dia sakit tak mau dia makan nasi. Tekak sakit kali. Tapi bubur tu kan senang telan, Alhamdulillah lah nak pulak dia makan. Antibiotik yg paling tak sedap tu... ubat lain dia makan. Antibiotik abiz dia muntah.
ReplyDelete@Dinas Aldi: Amin. Time kasih cikgu.
ReplyDelete@CikShinju: Amin. Mudah2an.
ReplyDelete@Cik Betty: Alhamdulillah dia orang dah sehat. Terima kasih.
ReplyDelete