Pages

Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Allahumma sallimna li Ramadhana Wa sallim Ramadhana lana waj’alhu minna mutaqabbalan. Ya Allah, selamatkanlah aku untuk menghadapi Ramadhan, selamatkanlah Ramadhan untukku dan selamatkanlah Ramadhan dari (perbuatan maksiat) ku sehingga ibadahku di terima. (HR Thabrani & Dailami).

Mari kita isi Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amal, sekhusyuk-khusyuknya ibadah dan sebenar-benarnya taubat. Semoga Ramadhan kali ini mampu merubah kita agar semakin soleh dan mampu menghapus dosa-dosa kita. Marhaban Ya Ramadhan...

Friday, July 29, 2011

KULLU MA'RUFIN SODAQAH

Subhanallah.....
Soothing melody, beautiful lyric and great vocal from Sami Yusuf hencem :)

"Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing.
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts.
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides.
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed"

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقم





Thursday, July 28, 2011

KEBAHAGIAAN ADA DI HATI

Sumber kebahagiaan ada di sekitar kita,
 
tapi kebanyakan kita mengalami rabun dekat.
Kadang tanpa sadar, 
kita suka membandingkan hidup kita dengan orang lain, 
sedangkan orang lain belum tentu lebih bahagia dari kita.
Kebahagiaan ada di hati.
Dan pemilik hati adalah Allah. 
Yakinlah apapun yg ada pada kita itu yang terbaik. 
Ketika mendapat kenikmatan kita bersyukur. 
Ketika mendapat ujian kita bersabar.
Subhanallah... 
Dengan begitu hidup akan menjadi sangat indah.
Sesungguhnya tidak ada keindahan dan kebahagiaan, 
kecuali disitu ada ridha Mu...ya Allah.
*******
Bahagianya bila dapat bersantai begini...
Bahagianya bila dapat di urut begini...
Tapi lebih bahagia lagi bila di ujung usia ada anak cucu menemani.
Tidak harus menjadi sempurna untuk bahagia. 
Di tengah berbagai kekurangan dan kelemahan kita, 
tetap dapat merasakan bahagia. 
Maka jangan dicari dimana-dimana, 
kerana ianya sudah ada dalam jiwa kita.

Resepi Bahagia adunan SHL dan Pak Cah di bumbu oleh Ate No Moto. 
Photo 1 dan 3 ehsan Google.

Wednesday, July 27, 2011

BILA ANAK BERTANYA: ALLAH DI MANA?

Setahun yang lalu, di suatu malam yang gelap gelita, seorang mokcik telah mengajak anak saudaranya Smile, yang ketika itu berusia 4 tahun untuk menemani dia keluar sebentar.
Smile
"Smile, teman Ate keluar kejab. Hari dah malam ni."
"Ate takut? Kappe (kenapa) Ate takut? Ate takut gelap? Bukak lampu, teranglah."
"Ate, tak takut gelap, tapi Ate takut keluar sorang-sorang."
"Ate takut? Kappe Ate takut? Allah kan ada..." (Dia memang suka ulang-ulang soklan)
Ate memandang Smile. Smile memandang Ate, tersenyum....
Tiba-tiba Smile bertanya, "Ate, Allah ada katne (di mana)?" 
Sambil mata terkejip-kejib terkebil-kebil Ate menjawab dengan penuh tak confident, "Allah ada dimana-mana kita berada, nak." 
Masih tersenyum Smile bertanya lagi, "Abiz tu, kappe Ate takut?" Gulp...Tercekik Ate nak menjawab.
Beberapa hari kemudian..Ate bercerita kepada Mamad, anak saudara sulung Ate tentang kisah di atas. Dengan tersenyum Mamad berkata, "Ate, jawapan Ate tu tak salah, tapi kurang tepat. Jika kita jawab Allah berada di mana-mana, anak kecil akan fikir, ohhh...Allah tu banyak. Jadi jawapan yang tepat seharusnya, Allah berada di atas langit (sambil jari telunjuk Mamad menunjukkan ke atas) atau lebih tepatnya Allah bersemayam di atas Arsy. Dalam ayat quran surah Thaha ayat 5 Allah berfirman "Ar Rahmanu 'Alal 'Arsys Tawa. Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arsy." Pertanyaan, tentang Allah itu di mana, berkait rapat dengan aqidah, Te. Menanamkan aqidah pada usia anak kecil...bla,bla,bla... Menurut ahli tafsir..bla,bla,bla..." Ate dah tak mendengar lagi apa yang Mamad cakap, merenung wajah Mamad yang dengan tenang membacakan ayat-ayat quran, dalil tentang di mana Allah berada, siap dengan penerangan yang begitu jelas, ada rasa haru dan sebak di dada Ate ketika itu. Ya Allah, 20 tahun yang lalu, anak inilah yang ketika dalam dakapan aku, aku lantunkan bacaan surah-surah lazim dan dodoikan dengan alunan zikir saat menidurkan dia. Anak inilah yang aku  ajarkan membaca, menulis, tertatih-tatih membaca Iqra' A Ba Ta Tsa... kini dia pula sedang mengajarkan aku tentang aqidah dan dia pula yang dengan lancar melantunkan ayat-ayat suci Al Quran kepada aku. Besar dah 'anakku'. 

Uppsss...Ate telah terlalu jauh dibawa perasaan. Lari dari tajuk. Maaf, Ate ni memang emotional banget. Berbalik kepada persoalan anak-anak tentang Allah di mana, Ate memang telah silap ketika menjawab soalan Smile. Astaghfirullah hal azim. (Tak pandai rupanya Ate ni). Tapi Ate belajar.... Dan hari ini kalau ada lagi anak yang bertanya di mana Allah berada tanpa ragu-ragu Ate akan berkata: "Allah itu ada di atas Arsy, sayang. Di atas langit, di atasnya, di atasnya, di atasnya sampai langit ke 7, di sanalah Allah bersemayam. Dan ketika kita masuk syurga barulah kita dapat bertemu dengan Allah. Kerana tu kita mesti rajin solat, suka berbuat baik, tolong mama, bantu orang susah, bersedekah...baru kita boleh masuk syurga. Di syurga, apa sahaja yang kita mahu, kita akan dapat, dan dengan masuk syurga kita dapat berjumpa Allah."

Wallahualam.



Tuesday, July 26, 2011

PERSEDIAAN PRA RAMADHAN BUAT ANAK-ANAK KITA

 Strawberry Lolo
 Baim tak pandai nak tunjuk 'BEST'
 Macam ni lah dik..
 Senyum dik, Ate nak amik gambo tu.
Ate ni...Adik dah lapar.
Ate amik gamborr jer.
Adik nak makan junggak.
(Suka sangat merajuk, macam Ate dia)
Tahun ni, si Abang Bujang Senang dah usia 5 tahun. Kami rancang, nak mula latih dia berpuasa. Sebelum puasa ni, Ate ajaklah dia makan-makan benda yang Ate dia suka. Tapi dah memang dasar dia' tak pandai makan', yang dok perabiskan biasanya Baim, si adik Bujang Senang. 5 ketul dumpling dan 3 ketul wantan Baim sorang jer yang telan. Sebab tu perut dia boleh buncit macam ni...(ni kena belajor puasa gak ni, biar kempes skit perut)
Perut buncit macam ada bola.
Ghambut dia...Kak Gerau kata Berus Sabut pun kalah.
*******
Tips Pra Ramadhan untuk menggalakkan/melatih & mengajar anak-anak berpuasa.
1. Terangkan kepada anak dengan menggunakan bahasa yang mudah tentang hakikat puasa & keutamaan lainnya di bulan Ramadhan. Jangan lupa terangkan juga manfaat puasa di bulan Ramadhan, baik dari segi hikmah sunnah mahupun dari hikmah perubatan.

2. Tonton bersama anak video Upin Ipin tentang puasa (yang awal-awaaaal dulu) di situ ada penerangan dari 'Opah' tentang puasa. Tunjukkan juga video-video nasyid Ramadhan yang menggambarkan kemeriahan Ramadhan.

3. Ceritakan kisah-kisah menarik & penuh hikmah yang berhubungan dengan Ramadhan. Boleh juga di ceritakan tentang pengalaman-pengalaman ahli keluarga ketika mula belajar berpuasa.

4. Ajak anak-anak membantu bersama-sama menghias rumah untuk menyambut datangnya bulan yang agung itu. Buat poster pakai manila kad (Bunting kecil kalau nak lagi meriah dan ada budget lebih) dengan kalimat-kalimah yang menyemangati mereka menjalani ibadah puasa dan kalimat-kalimah yang membuat mereka semakin mencintai bulan mulia ini.

5. Untuk yang pertama kali berpuasa, bincangkan jam berapa mereka boleh berbuka. Jangan paksa, khususnya yang baru berlatih puasa antara  5-7 tahun. Tidak semestinya 'full day' tapi bertahap-tahap waktu berbukanya dan tergantung kesihatan mereka. 

6. Ajar/ingatkan semula kepada mereka doa berbuka puasa.

6. Bincang bersama menu berbuka dan sahur. Ini bukan berhubung dengan 'kemewahan' tetapi kita ingin anak-anak merasa bahawa Ramadhan adalah hari  yang berbeza dari hari-hari di bulan yang lain. So mesti ada perbincangan dalam perancangan. Sajian menu istimewa ini tidak semestinya sepanjang satu bulan tapi khususnya untuk 3 hari pertama.

7. Buat borang mutaba’ah yang boleh dihias oleh anak & ditampal di tempat yang dipersetujui bersama. Borang mutaba'ah ini adalah target-target amal sepanjang bulan Ramadhan seperti tilawah satu hari berapa, hafalan surah apa, infaq atau sedekah banyak mana, solat terawih, solat-solat sunat yang lain dan sebagainya.

Dan yang terakhir tapi yang terpenting sekali adalah: Tanamkan dalam diri kita bahawa kita melatih anak berpuasa bukanlah untuk menunjuk-nunjuk & riya’, tapi semata-mata untuk melatih mereka mencintai semua ibadah yang diperintahkan Allah SWT & dilakukan Rasulullah SAW.

Tips ketika berpuasa di bulan Ramadhan buat anak-anak...Insyallah Ate buat dilain Entri.


UBAT 'BENGKEK', SEBAL DAN NGAMBEK

Malam tadi angin tak baik
cepat aja nak naik angin (hebatnya...boleh 'menunggang angin')
over sensitive tak kena tempat
bete bosan total sampai macam nak muntah
sudahnya tertidur duduk, dalam keadaan sebal.
Awal tanda penyakit hati.

Bangun pagi...ehhh tak hilang lagi
Hati bengkek
Penyakit hati mulai membengkak
Sepuluh patah di tanya
Haram sepatah tak di jawab
kononnya ngambek merajuk pada yang tak sudi
sampai kesudah tak ada yang nak pujuk
ahhh...lelahnya hati.
padan muka Ate, awak yang rugi.
Ate,
Berdamailah dengan diri sendiri sebelum berdamai dengan orang lain.

(Merajuk itu melelahkan)
Budak kecik debab merajuk nampak comel.
Orang tua gemuk merajuk??? Uhhh...Ngeri

Kalau kamu lelah, cubalah tilawah.
                                          Kalau kamu resah, gelisah, susah 
dan gundah hilangkan dengan tilawah.
Kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
Kalau jiwamu gerah dan hatimu patah teruslah tilawah.
Kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.
Kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
Kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
Kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.
Kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
Kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.
Kalau kamu tilawah, itulah jalan menuju jannah.

Photo ini Ehsan Pokcik Google

Monday, July 25, 2011

MISTERI NUSANTARA - HANYA ALLAH MAHA TAHU

Beberapa minggu lalu Ate ada bercerita tentang kepulangan seorang anak muda bernama Abdul Hadi (teman anak saudara Ate) menemui Allah Sang Maha Pencipta. Kemarin, Kak Long Ate dapat sms dari ibu arwah yang ingin mengucapkan terimakasih atas ucapan takziah yang telah di hantar ketika pemergian anankandanya. Di sms tersebut ibu arwah sempat memberitahu, jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang pemergian arwah boleh lah lawati blog keluarga mereka di applerosejournal.blogspot.com. Ada satu Entry ibu arwah yang menarik minat Ate untuk berkongsi sama dengan para pembaca sekalian. Entri tu ada bau-bau Misteri. Untuk mengetahui lebih lanjut mari kita baca entry yang dibuat oleh ibu Allahyarham Abdul Hadi, beberapa hari sebelum pemergian anaknya. Tapi maaf lah, Entry nya dalam bahasa Inggeris dan Ate dulu, masa belajar di British Council, belum abiz level, Ate dah lari so tak pandailah Ate nak mentranslate bahasa omputeh. Mohon maaf ya.
Allayarham Abdul Hadi
Monday, 27 June 2011

The Day I Lost My Son To The Devils
It was on the night of the 5th of September, 2009. It rained the whole night. At 4am I woke up to prepare sahur and prayers. I was putting food on the table when my son came in. He was drenched from head to toe. It was not wrong to guess that he just came in from outside. I could still hear the pelting of raindrops outside. He stood still in the middle of the kitchen, oblivious of my presence, water draining from his head and clothings, wetting the kitchen floor.

‘Kenapa pulak dengan anakku ni!’, I thought without thinking. ‘My son, are you out of your mind? Did you spend the night in the rain?’, I asked casually. That casuality was just a make-up. Deep inside my heart, I was scared to death. ‘What if it is true? That he really spent the night outside. That he’s being possessed and gone crazy?!! Mum’s instinct can be scary.’ Because a few weeks before, he told us, he dreamt of being trampled by a few black horses every night.

Many days after that, three big boils suddenly appeared, causing a big bulge on his hand. But strangely, they disappeared clean-cut, not even a dot of scar remained, when his elder sister stroked the affected part with the Quranic verse, Ayatul Kursi. Two days after that, when his elder sister woke him up for sahur, she discovered a jellish big lump on his back. When she stroked the lump gently, it moved about. Without much thought, she read the quranic verse, Ayatul Kursi. The lump immediately rushed through her palms into her body. So, there was no more lump left on my son’s back. But he could not wake up. A few days after that, he slept most of the time. We thought it was because he was fasting.

A week after that, the above incident happened…He did not respond to my questions. That wasn’t like him. He was always cheerful and jovial, always ‘pulling our legs’, ‘stressing’ us with his mind-twisting riddles. He always made his presence felt.

Suddenly he opened his mouth wide, trying to push something out of his tummy, trying to throw out something. He did that twice. Nothing came out. I scrutinised his face, calling his name. He just stood there, his face blank, pale, expressionless, in a trance. I shook his shoulders and called his name. He did not respond. His body was shaking, from the cold, maybe…I do not know anymore. My knowledge ends here. What to come next will be beyond my capability. I have to surrender. I know truly well the repercussions. I have seen these things happen before, to other people. Never for once did I imagine it will happen to me! To my son! Now, my turn to tremble, out of fear, panic, apprehension… Whatever.. My adrenalin is in charge now. ‘Cool down, cool down, if you Iose your mind, you’ll make the situation worse. You’ll gain nothing’, I told myself.

So, I whispered Ayatul Kursi into his ears. He started moving, avoiding me. I tailed him. He stopped. Then he spoke. ’Stop that!’. What on earth!!! Who’s speaking?? My son’s face was as expressionless as before. I must fight this ‘thing’, I thought. I stopped whispering into his ears. I read Ayatul Kursi in my heart and blew gently behind his back. He swept his back with his hand. I read again but this time I ‘niat’ the ayatul Kursi for him. Then he turned around and told me, ‘Don’t do that!’ So I asked, ‘don’t do what?’ He ignored my question. I recited ayatul Kursi in my heart again. He turned around again and told me, ‘Don’t do that’. Then I called his name over and over again. ‘Wake up, my son! Wake up! Fight the devils! You can do it.’ I held his shoulders, shook them. He brushed my hands away. I could not touch him anymore. From that day, we lost him.

He stays with us but his heart and mind is elsewhere… So near and yet so far. Today, I could still recall his strange plea when he was only three years old. Whenever I put him on the shopping trolley, he reminded me, ‘Mak, jangan bagi orang ambik [saya] tau mak’, repeating the syllables everytime I placed him on a shopping trolley or on his stroller. That time, I wondered, how a young child, a baby in fact, could have such sophisticated thoughts. And now the reality is, I could save him from ‘orang’ but I don’t have the knowledge and skill to save him from the devils.

*******
Dalam dunia ini memang banyak perkara misteri yang kadang tidak tergapai oleh akal fikiran kita sebagai manusia. Cerita yang lebih kurang sama pernah terjadi pada arwah Mak Ate puluhan tahun lalu. Bunyi macam tak logic tapi itu lah kenyataannya. Dan tentang cerita ibu arwah di atas, Ate yang mengenali ibunya secara peribadi yakin apa yang di ceritakannya adalah benar. Apa pun segala misteri itu sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

ISNIN HAMIS TAK MENGAPA ASAL OPTIMIS

Assalamualaikum wr wb.
Isnin tanpa gerimis
Hidup harus optimis.
Agar semua terasa manis
Senyumlah jangan sinis.
Walau hati kita terguris
Walau dompet semakin tipis
Walau ada yang bau hamis
Semangat terus jangan pesimis.
"Bukan kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS,
tapi kerana kita OPTIMIS maka RINTANGAN menjadi tidak terasa." SHL

Sunday, July 24, 2011

SHHH...GOOD NIGHT (N3 OMPUTEH)

Shhhh....Before we go to sleep tonight, lets learn to forgive ourself and others. Throw away the excess baggage of hatred feeling. Travel light with love... May Allah shines us with His light and protect us, on our life's journey. Good night.
(Tidur dalam Iman)
*******
"Wal ya'fu. Wal yasfahu." Let them pardon and forgive - Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. (An Nuur:24:22)




Saturday, July 23, 2011

BERKAHI KAMI YA ALLAH, HINGGA SAMPAI RAMADHAN.

Assalamualaikum wr wb.
Hari ini, Sabtu 22 Sya'ban 1432. Mari kita duduk sejenak muhasabah akan diri kita. Setiap hari kita disibukkan dengan pelbagai urusan dunia...sibuk dengan kerja, sibuk dengan politik, sibuk dengan business, sibuk dengan blog, sibuk main game di fesbok, sibuk mengejar target pekerjaan, sibuk memikirkan kenaikan pangkat, gaji, prestasi dan pelbagai lagi kesibukan duniawi.
Namun, kita tidak sibuk mengingat Allah, tidak sibuk berzikir, tidak sibuk bertaubat, tidak sibuk wirid, tidak sibuk selawat, tidak sibuk tilawah Al Quran, tidak sibuk qiyamul lail, tidak sibuk ibadah sunah, tidak sibuk istighfar, tidak sibuk bertasbih, tidak sibuk bertahmid, tidak sibuk bertakbir. Hanya ketika santai, hanya ketika menunaikan solat wajib 5 waktu (itu pun mungkin selesai sahaja memberi salam, bergegas kita menyambung semula kesibukan urusan duniawi) atau hanya ketika pada waktu-waktu luang barulah kita mahu mengingat Allah. 
Betapa lalai dan lemah jiwa kita…
Tiba-tiba Ramadhan sampai. Tiada kesiapan jiwa memasukinya.
Tidak semua manusia dapat bertemu Ramadhan dengan sepenuh kehadiran jiwa. Sya’ban semakin meninggalkan kita. Tak sampai beberapa hari lagi datanglah bulan yang teramat istimewa, Ramadhan. Di antara manusia ada yang telah dipanggil menghadap Allah sebelum sempat menikmati Ramadhan berikutnya. Bahkan ada yang meninggal sehari sebelum masuk bulan Ramadhan. Kita tidak tahu apakah kita akan dapat menjumpai Ramadhan tahun ini. Untuk itulah kita di ajarkan untuk berdoa, memohon agar dapat menjumpai Ramadhan lagi dengan sepenuh cinta.
Namun, untuk apa kita perlu bertemu dengan bulan yang bernama Ramadhan ini? 
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, dengan sabda baginda: "Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya." Justru itu kita perlu bertemu Ramadhan untuk mendapatkan berbagai keistimewaannya. Agar dapat menemukan segala rahsia keindahan Ramadhan yang ia berikan kepada kita. Sepenuh jiwa kita berharap limpahan rahmat, berkah, ampunan, kehidupan yang taqwa, akhir hidup yang mulia, akhirat yang bahagia.

Menghitung hari, menjelang Ramadhan, marilah berharap  kita dapat melaluinya dengan sepenuh keberkahan dariNya. Isikan hari-hari kita dengan aktiviti yang penuh berkah, Insyaallah kita akan dapat sampai ke Ramadhan dengan kesiapan jiwa untuk menikmatinya. Dapat berenang pada samudera kerahmatan Ramadhan yang teramat luas tanpa batas. Berkahi kami ya Allah…Berkahi kami…Hingga kami sampai ke Ramadhan dengan sepenuh ketulusan dan kesiapan jiwa….

Resepi Pak Cah di bumbu oleh Ate No Moto
Photo Ehsan Sheikh Google

Friday, July 22, 2011

IBU KHILAF, MAAFKANLAH IBU. ALLAH, AMPUNILAH DOSA KU.

Assalamualaikum wr wb.
Lama sungguh Ate tak bersiaran. Sepanjang minggu ni Ate sibuk dengan segala perkara-perkara berbangkit menjelang Ramadhan. Business bermusim jual kurma aka buah tamar. Pada waktu yang sama, Allah izin, Ate kurang sihat. Badan asyik letih dan tak larat. Jadi agak terbiarlah blog ni tanpa perhatian dan kasih sayang. 

Sebut pasal kasih sayang ni, teringat Ate akan kisah anak-anak gadis yang hamil luar nikah di satu pusat perlindungan. Bijan bercerita, terharu dia melihat wajah-wajah mereka ketika dia beri talk tentang bagaimana menjaga kandungan ketika hamil. "Terharu saya tengok mereka memicit dan membantu sesama sendiri ketika saya menunjukkan exercise prenatal. Terus rasa beruntungnya saya, ada suami di sisi khususnya saat melahirkan. Tapi mereka...hidup terasing dan 'berjuang' sendirian." 
Kak Bayu yang terkenal dengan ke cengeng an nya pula telah menjadikan pusat tersebut sebagai tempat limpahan airmata ketika dia menyampaikan tazkirah. "Bertaubatlah kepada Allah dan percayalah akan janji Nya. Ampunan, rahmat dan kasih sayang Allah terbentang luas buat hamba-hambaNya yang bertaubat. Rasulullah SAW bersabda: "Allah Yang Maha Suci dan Tinggi telah berfirman: "Hai anak cucu Adam. Selama kamu berdoa dan memohon kepada Ku, pasti Aku ampuni dosa-dosa kamu dan aku tidak peduli. Hai anak cucu Adam! Seandainya dosa mu mencapai awan di langit, kemudian kamu memohon ampun kepada KU, pasti Aku ampuni dosa-dosa mu dan Aku tidak peduli. Hai anak cucu Adam! Sesungguhnya seandainya kamu datang kepada Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi, kemudian kamu menjumpai Ku dengan tidak menyekutukan Ku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangi kamu dengan ampunan sepenuh bumi pula." Ingatlah, Allah menyayangi anda semua. Biarlah seluruh manusia menyisih dan memencilkan kita, biarkan sahaja, asal Allah tidak memalingkan wajah Nya dari kita." 

"Anda semua beruntung kerana 'terpilih' menjadi seorang ibu. Segala sakit dan penat lelah ketika hamil serta melahirkan nanti adalah merupakan suatu jihad. Ada ganjaran pahala di sisi Allah. Anak yang di dalam kandungan anda tidak bersalah. Usaplah perut anda dan katakanlah "Wahai anakku, maafkanlah kesalahan ibu. Sebagai manusia, ibu khilaf. Maafkanlah ibu, maafkanlah ibu. Jangan sampai kita nanti, saling membenci kerana dosa yang pernah ibu lakukan." Beberapa orang penghuni yang memakai 'pilis' di dahi (menandakan baru bersalin dan masih dalam pantang) tunduk sayu sambil mencengkam erat dada, penuh sebak dan tak lama kemudian bergemalah suara esak tangis hampir kesemua penghuni rumah perlindungan itu. 
Ketika bersalam sebelum pulang ada di antara mereka memeluk Kak Bayu sambil menangis teresak-esak, "Ustazah, saya rindu anak saya." "Ustazah, dada saya bengkak susu. Sakit." "Ustazah, saya takut nak melahirkan." "Ustazah, dulu saya membenci anak yang di kandung ini, bila dia semakin membesar di dalam rahim saya dan saya dapat merasakan gerakan-gerakan dia, saya mula menyayangi dia. Tapi saya tahu, saya tak boleh sayang dia, kerana kami akan dipisahkan bila dia lahir nanti. Apakah ini hukuman atas dosa yang saya lakukan ustazah?" Pelbagai lagi kata-kata yang menyayat hati di bisikkan di telinga Kak Bayu sehingga terjadilah lagi episod tangis penuh sendu. 

Pulang dari Pusat Perlindungan tersebut, Kak Bayu jadi 'murung'. Dulu waktu dia pulang dari ceramah di Penjara Wanita, Kak Bayu tak sesedih sepulangnya dia dari Pusat Perlindungan itu. "Kita, sepatutnya kena lebih giat lagi berada di medan amal seperti ini. Lebih baik lagi kalau kita boleh buat Pusat Perlindungan sendiri. Tapi tu lah, berkata memang mudah, melaksanakannya tidak semudah itu." 

Dan Ate pun turut menjadi 'murung.'

Belajarlah dari kesalahan orang lain, karena kita tidak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. Cukuplah kesalahan orang lain menjadi pelajaran dan peringatan. (SHL)
*******
Note: Syarat perjanjian untuk tinggal di pusat tersebut, anak yang dilahirkan tidak boleh di ambil oleh keluarga sendiri atau ibu yang melahirkan. Pusat Perlindungan akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat. Ibu akan dipisahkan dari anak, itu syaratnya.

Photo: Ehsan Google.
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3608




Friday, July 15, 2011

MASJID INI ADA GURANTEE KASUT

Entry kali ini agak panjang. Tapi banyak yang boleh kita pelajari dari kisah sebuah masjid. Pagi-pagi Jumaat yang berkat, eloklah kita layan cerita tentang masjid unik ini.

Menunaikan solat di masjid ini, anda tidak perlu khuatir akan kehilangan kasut atau selipar. Masjid ini mempunyai program khusus bagi 'para mangsa' yang kehilangan kasut ketika solat. "Kami tidak ingin para jamaah merasa tidak aman ketika sedang solat. Sejak 10 tahun lalu, sudah menjadi komitmen bagi takmir masjid kalau ada sandal hilang maka kami akan ganti yang baru, dengan jenama yang sama. Kalaupun tidak ada jenama yang sama, kami usahakan ganti dengan yang lebih bagus lagi." Kata salah seorang pengurus Masjid.

Hospital kekurangan 'tabung darah'? "Hampir setiap hospital di sini pasti merujuk ke masjid ini untuk mendapatkan penderma. Masjid ini ada unit penderma darah sendiri. Data jamaah masjid sangat lengkap. Tapi tidak semua jamaah mahu diambil darahnya kerana sebahagiannya takut. Mereka mendaftar ke masjid jika memang darahnya ingin di ambil. Paling tidak tiga bulan sekali, darah mereka terambil.

Musafir kehilangan beg dan wang dicuri? Pihak polis akan mengarahkan sang musafir untuk ke masjid ini. "Kami akan membantu semampu kami. Kalau dia benar-benar susah, tidak berbohong, kami akan hantar ke terminal dan belikan tiket. Kepada penjual tiket kami akan meninggalkan pesan agar tiket tidak boleh di tukar ke duit. Kami juga memberi wang saku untuk mereka gunakan sepanjang perjalanan. Inspirasi penginapan untuk musafir datang dari kisah di zaman nabi.  "Kami menangis membaca bagaimana orang-orang yang tidak punya tempat tinggal datang dari pelbagai penjuru  ke Madinah. Nabi kemudian memerintahkan untuk membangunkan shuffah. Maka dikenallah kemudian ahlussuffah, iaitu orang-orang yang tinggal di serambi masjid. Lalu siapa yang memberi makan kepada mereka? Para sahabat yang membiayai mereka. Jadi kalau musafir datang di masjid ini, takkanlah kita nak usir. Kan zalim sekali namanya. Nabi sahaja, menyuruh mereka yang tidak punya rumah untuk menginap di masjid dan dibangunkan shuffah." Tutur seorang AJK Masjid ini.

Tentang jamaah masjid? Maghrib, Isya', Zuhur, Asar, bahkan Subuh, masjid ini tidak pernah sepi dari jamaah.  Masjid ini memiliki jamaah yang setia. Tidak hanya dari para kariah berhampiran tetapi juga dari luar. Maka tidak hairan, nyaris tidak ada sof kosong di setiap sudut masjid. Bahkan seperti 'di kerusi sekolah', sof yang di tempati jamaah selalu diisi oleh orang yang sama (macam dah booked nama). Mereka tahu tempat mereka masing-masing. Kalau tempat mereka di isi oleh orang lain, pasti mereka bingung mencari tempat lain kerana penuhnya jamaah di disitu. Tapi itu menyebabkan hubungan diantara jamaah menjadi akrab. Jika para jamaah mendapati salah satu tempat jamaah kosong sehingga berhari-hari, mereka mula gelisah. Susah hati, jika sesuatu terjadi kepada jamaah yang tidak hadir itu. Ditanya sesama mereka, tidak ada yang tahu. Akhirnya mereka beramai-ramai datang ke rumah jamaah yang tidak hadir itu..ternyata dia sakit. Begitulah kuat sekali hubungan sesama jamaah masjid ini. 

Masjid ini menjadi salah satu masjid contoh. "Peradaban yang paling baik adalah yang berbasis masjid, kerana di sana ada unsur tolong menolong (muawwanah), kasih sayang (ukhuwah) dan kesamaan. Masjid harus menyelesaikan persoalan umat. Kami memastikan tiada anak yatim yang tidak makan di daerah ini kerana masjid akan menyantuni. Setiap jamaah ke masjid membawa satu atau dua genggam beras, sehingga setiap setengah bulan paling tidak masjid dapat mengumpulkan sekitar 300 kg beras dan di bahagi-bahagikan kepada para yatim dan janda. Bahkan jamaah Subuh kini boleh memiliki insurance kesihatan, hanya dengan membawa duit sebanyak 35 sen setiap Subuh. 

Masjid ini memiliki Program Usaha sebagai Masjid Mandiri yang mana aktiviti nya tidak bergantung dari kotak infak sepenuhnya. 35% dana masjid di dapati dari program usaha ini. Duit infak di gunakan untuk modal usaha, bantuan fakir miskin dan pendidikan. Target mereka, tahun ini 100% dana masjid adalah dari usaha. "Masjid ini tidak boleh mengharapkan wang dari infaq sahaja."

Bagaimana dengan strategi mengumpulkan dan menggerakkan Jamaah yang sebegitu ramai? "Pada awalnya, kami buat undangan solat subuh berjamaah. Undangannya bagus...Macam undangan Majlis Perkahwinan. Di dalam undangan itu kami sediakan door prize TV dan di sediakan sarapan. Alhamdulillah sampai sekarang Jamaah Subuh masih tetap dapat susu dan roti. Sebulan sekali kami buat bubur. Setiap solat Jumaat masjid ini menyediakan minuman dari potongan buah jambu. Pada awalnya tidak sedikit yang menolak untuk solat berjamaah. Bukan kerana mereka tidak mahu tapi kerana mereka tidak tahu solat. Alhamdulillah mereka mahu bercerita. Jadi kami kumpulkan sesiapa yang ingin belajar solat di salah satu rumah kariah. Setelah merasa yakin untuk solat di masjid, mereka datang sendiri ke masjid setiap kali waktu solat.

Masjid ini tidak condong kepada satu golongan atau kalangan tertentu sahaja. "Kami menyedari untuk menyatukan ummat kalau bukan di masjid di mana lagi. Masjid ini milik umat, bukan milik kelompok tertentu. Walaupun masjid ini di dirikan oleh orang tertentu, semua kelompok kita beri ruang. Jadi, jangan hairan kalau dalam soal fiqh, mereka pun sangat toleransi. Tiada pertelingkahan. Di masjid ini kami bukan sahaja cuba untuk berdikari tapi juga mengajarkan persatuan umat."
Itulah kisah unik sebuah masjid yang bernama Masjid Jogokaryan di selatan Yogyakarta, Indonesia. Ahhh...Ate sangat berharap wujudnya masjid seperti ini di Malaysia (atau dah ada tapi Ate yang tidak tahu). Ate tak mahu komen apa-apa tentang masjid di Malaysia, nanti Ate 'kena gam', tak leh pergi makan moreh solat terawih. Ramadhan dah dekat dah ni. Tapi kan...Ate rasa...Ate nak cakap juga (dah dasar kaypoh). Ate kan, paling sakit hati tengok AJK-ajk Masjid (tak semua) yang jual ikan selfish, pentingkan diri sendiri dan hidup suka harapkan subsidi @ infak jer. Tu belum lagi mereka menjadikan Masjid sebagai satu tempat yang banyak protokol sehingga tidak friendly dan menjadikan masyarakat khususnya golongan muda malas nak berjamaah di Masjid. Yang Ate paling sakit hati lagi kan (Aloo...Ate ni ada penyakit hati ke?), bila ada program yang dapat gift-gift, prize-prize, eat-eat kat masjid, orang ramai atau para jamaah dan kariah yang datang tak dapat. Katanya dah habis licin. Tapi yang peliknya bila habis program, berbakul-bakul, berperiuk-periuk, berkolah-kolah segala benda tu dikeluarkan dari tempat persembunyian. Rupa-rupanya memang AJK simpan buat diri sendiri, keluarga, atok, nenek, moyang dan para kroni mereka, masalahnya bukan sikit-sikit dik oiiii...Tak rasa bersalah ke mereka ni? Hai..inilah namanya doniya, doniya (pinjam kata-kata Cik Ina). Ok lah..dah banyak sangat Ate 'bercakap'. Mengutuk orang pulak tu...Astaghfirullah 3X.
*******
 ~Renungan Jumaat~Rasulallah saw bersabda: "Alaa unabbiukum bisyiraarikum? Faqaala: humuts tsartsaaruunal mutasyaddiquunaa." Maukah kuberitahu yang paling buruk diantara kalian? Iaitu orang yang banyak cakap & berlebih-lebihan bicara." ~ HR. Ahmad 
(Aktiviti Blogwalking akan Ate laksanakan pada malam hari, Insyallah. Bukan apa, takut Ate lemah semangat shock tengok gambo makanan)
Sumber: Majalah Tarbawi

Thursday, July 14, 2011

IFTAR JAMAEI

Aisyah berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
*******
Iftar Jamaei (Bukak puasa ramai-ramai)...
Masing-masing bawak pot luck.
Yang dari tempat kerja bawa nasi bungkus. 
Ada nasi padang. Ada nasi kandar. Ada nasi goreng Mantoya. Ada nasi ayam.
Nasi kandar lauk ayam goreng Mak Enon punyer.
Yang dari rumah bawa bekal
Sayur lemak kobis + Fish Ball + Tempe + Tauhu 
& Ikan Cencaru masak sambal.
Tuan Rumah 4 beradik
Sambal Tumis Bilis, Telur Dadar Garing 
& Ikan kembung Goreng berbawang.
Yang beli nasi ayam, awal-awal dah cakap. "Boleh tak saya makan orang laing punya bekal?" Akhirnya kami makan satu talam, semua berkongsi, menikmati bersama-sama setiap makanan yang dibawa. Macam zaman kecik-kecik dulu, makan nasi minyak di majlis maulid nabi di Masjid. Indahnya Ukhuwah...Bulatan gembira.
*******
Tips Ustazah Kak Bayu: Kalau rasa berat nak puasa sunat sendirian (seperti Yaumul Bidh, Puasa Arafah dsb) ajaklah suami, anak-anak atau sahabat untuk berpuasa dan berbuka bersama-sama. Insyallah pasti meriah dan bersemangat.

ANTARA ULTAH DAN PULANGNYA KEPADA SANG PENCIPTA

Julai..Adalah hari ulangtahun kelahiran (ULTAH) Angah, anak bujang Kakcik, Yuyi, anak dara Cik Ina dan Ahmad, anak saudara sulung Ate. Dan dua hari lalu di bulan Julai tahun ini, Ate mendapat kabar tentang pulangnya ke Rahmatullah seorang anak muda, Abdul Hadi kenalan Ahmad zaman kanak-kanak.

3 masih di sini, disisi orang-orang yang dikasihi. 1 telah di panggil kembali. Tapi ada satu persamaan bagi keempat-empat mereka di atas. Mereka semua anak muda berusia 21 tahun. Mereka masih muda, harapan negara, di cintai ayah bunda, dikasihi sanak saudara dan disayangi teman-teman. Tapi, mereka semua bukan milik kita. Ya, bukan mereka sahaja tapi apa jua di dunia ini hanyalah pinjaman. Duit gaji, harta, anak, hatta nyawa kita sendiri hanya dipinjamkan. Pada bila-bila masa sahaja Sang Maha Pencipta berhak untuk mengambilnya semula dan kita harus redha memulangkannya. Sudah bersediakah kita?

Ayah kepada Almarhum Abdul Hadi (berbaju hijau) saat di ucap takziah.
*******
Ahmad yang masih belajar di Indonesia telah mengirimkan sms ini kepada Ate, mohon agar di sampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Almarhum Hadi:
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sedih mendengar kabar duka yang mengejutkan ini. Dulu, Hadi 1 kelas dgn Ahmad, kami sama-sama suka lukis kartun, main lari-lari police n thief, hari ini, dia pergi dulu...Semoga Hadi di tempatkan dengan orang-orang Soleh. Tolong sampaikan ucapan takziah dan salam Ahmad buat family Hadi, mg tabah dan sabar. Ate...SEMOGA KITA DAPAT SAMPAI KE BULAN RAMADHAN DENGAN PERSIAPAN TERBAIK."
Amin. Moga kita semua SEMPAT SAMPAI ke BULAN RAMADHAN.
(Terimakasih nak, kerana telah mengingatkan Ate)


Photo kredit (Google)