Setahun yang lalu, di suatu malam yang gelap gelita, seorang mokcik telah mengajak anak saudaranya Smile, yang ketika itu berusia 4 tahun untuk menemani dia keluar sebentar.
Smile
"Smile, teman Ate keluar kejab. Hari dah malam ni."
"Ate takut? Kappe (kenapa) Ate takut? Ate takut gelap? Bukak lampu, teranglah."
"Ate, tak takut gelap, tapi Ate takut keluar sorang-sorang."
"Ate takut? Kappe Ate takut? Allah kan ada..." (Dia memang suka ulang-ulang soklan)
Ate memandang Smile. Smile memandang Ate, tersenyum....
Tiba-tiba Smile bertanya, "Ate, Allah ada katne (di mana)?"
Sambil mata terkejip-kejib terkebil-kebil Ate menjawab dengan penuh tak confident, "Allah ada dimana-mana kita berada, nak."
Masih tersenyum Smile bertanya lagi, "Abiz tu, kappe Ate takut?" Gulp...Tercekik Ate nak menjawab.
Beberapa hari kemudian..Ate bercerita kepada Mamad, anak saudara sulung Ate tentang kisah di atas. Dengan tersenyum Mamad berkata, "Ate, jawapan Ate tu tak salah, tapi kurang tepat. Jika kita jawab Allah berada di mana-mana, anak kecil akan fikir, ohhh...Allah tu banyak. Jadi jawapan yang tepat seharusnya, Allah berada di atas langit (sambil jari telunjuk Mamad menunjukkan ke atas) atau lebih tepatnya Allah bersemayam di atas Arsy. Dalam ayat quran surah Thaha ayat 5 Allah berfirman "Ar Rahmanu 'Alal 'Arsys Tawa. Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arsy." Pertanyaan, tentang Allah itu di mana, berkait rapat dengan aqidah, Te. Menanamkan aqidah pada usia anak kecil...bla,bla,bla... Menurut ahli tafsir..bla,bla,bla..." Ate dah tak mendengar lagi apa yang Mamad cakap, merenung wajah Mamad yang dengan tenang membacakan ayat-ayat quran, dalil tentang di mana Allah berada, siap dengan penerangan yang begitu jelas, ada rasa haru dan sebak di dada Ate ketika itu. Ya Allah, 20 tahun yang lalu, anak inilah yang ketika dalam dakapan aku, aku lantunkan bacaan surah-surah lazim dan dodoikan dengan alunan zikir saat menidurkan dia. Anak inilah yang aku ajarkan membaca, menulis, tertatih-tatih membaca Iqra' A Ba Ta Tsa... kini dia pula sedang mengajarkan aku tentang aqidah dan dia pula yang dengan lancar melantunkan ayat-ayat suci Al Quran kepada aku. Besar dah 'anakku'.
Uppsss...Ate telah terlalu jauh dibawa perasaan. Lari dari tajuk. Maaf, Ate ni memang emotional banget. Berbalik kepada persoalan anak-anak tentang Allah di mana, Ate memang telah silap ketika menjawab soalan Smile. Astaghfirullah hal azim. (Tak pandai rupanya Ate ni). Tapi Ate belajar.... Dan hari ini kalau ada lagi anak yang bertanya di mana Allah berada tanpa ragu-ragu Ate akan berkata: "Allah itu ada di atas Arsy, sayang. Di atas langit, di atasnya, di atasnya, di atasnya sampai langit ke 7, di sanalah Allah bersemayam. Dan ketika kita masuk syurga barulah kita dapat bertemu dengan Allah. Kerana tu kita mesti rajin solat, suka berbuat baik, tolong mama, bantu orang susah, bersedekah...baru kita boleh masuk syurga. Di syurga, apa sahaja yang kita mahu, kita akan dapat, dan dengan masuk syurga kita dapat berjumpa Allah."
Wallahualam.