Pages

Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

DULU SUKA JEPUN SEKARANG PALESTINE

"Ate, Wak Jon (bukan nama sebenar) nak jadi hafiz."
"Hah? Mana awak tau?" Terkejut Ate mendengar kata-kata Rien. Ate yang pernah mendidik dan melihat Wak Jon membesar macam tak percaya. Anak yang dari kecik sampai remaja 'kemaruk' anime dan manga tu, boleh bercita-cita nak jadi hafiz? Dulu kata nak pergi Jepun.
"Siapa cerita ngan awak, Wak nak jadi hafiz?"
"Dia sendiri cakap. Pas exam tahun depan dia nak duduk NF lagi, sampai jadi hafiz. Kawan-kawan dia kata mana sempat, setahun setengah lagi dah nak masuk U. Dia kata tak pe. Yg penting ilmu bekal akhirat di dulukan. Masuk U tu bila-bila bole. Lagi pun dia kata kalau dah hafal Al Quran, Allah akan mudahkan kita untuk belajar ilmu lain."
"Brapa juzuk dia dah hafal?"
"Entah. Dia baru nak masuk juz 26 ke 27 tak ingat lah. Aaaa...dia cakap, dia kagum bila baca anak-anak di Palestine kecik-kecik dah jadi hafiz. Walau Wak baru nak mula, tapi dia harap Allah akan bantu dia dan terangkan hati dia, boleh cepat-cepat habis hafal 30 juzuk. Ini salah satu tanda dia nak berbakti pada umi ngan abah dia."
Tiba-tiba mata Ate terasa panas. Entah kenapa sebak sungguh dada ini. Teringat akan arwah Abah. Ketika melihat cucu sulungnya yang ketika itu berusia 9 tahun menunjukkan minat untuk menghafal Quran, abah berpesan; "Rajin-rajin hafal, Mamad (Bukan nama sebenar). Nanti kalau dah jadi hafiz, kat akhirat jangan lupa pimpin tangan atok masuk syurga*. Yang penting bukan hafal aja, mesti amalkan tau. Pas tu Mamad jadi imam, atok jadi makmum." 
Alhamdulillah 4 tahun setelah itu Mamad jadi hafiz, namun abah tak sempat solat berimamkan Mamad. Abah, hari ini seorang lagi cucu abah punya cita-cita yang sama dan abah tiada di sini untuk berpesan kepada dia. Moga abah tenang di alam sana.

Buat orangtua Mamad dan Wak Jon, Allah tahu apa 'tugas' yang awak telah laksanakan selama ini. Yakinlah janji Allah itu benar. Wak Jon, gapailah cita-cita mu dengan bersungguh-sungguh, nak. Ate akan mendoakan dari jauh. Ubb, peliharalah iman mu, Ate tahu kamu juga anak yang soleh dan taat pada orangtua. Buat Mamad, jagalah hafalan mu dan teruslah mengamalkannya dalam kehidupan setiap hari. 
***********
*  "Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - DENGAN IZIN ALLAH - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu."  Dr Ahmad Taha Rayyan. Pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) Universiti Al Azhar.

Wednesday, March 30, 2011

Allah burdens not a person beyond his scope. 


Allah doesn't give us anything he doesn't think we can handle. 


He just puts a lots of trust in us.


Sometimes He takes us into troubled waters, 


not to drown us, but to cleanse us.


Tuesday, March 29, 2011

'DIA' YANG SERING HILANG DARI DIRI INI

Ate selalu hilang 'dia'. Sebaliknya Kak Non (seorang sahabat Ate), selalu menemui 'dia' dalam apa jua situasi. Bila Ate hilang 'dia', dada Ate akan berombak, nafas jadi cepat dan tidak teratur. Bila berada dalam keadaan begitu, dalam tenang dan senyumnya Kak Non selalu berusaha mengembalikan 'dia' kepada Ate. 
"Sabar, Ann. Senyum, senyum."
"Dah hilang dah sabar saya, kak. 2 jam kita menunggu, dia buat bodoo aja. Sabar tu ada batasnya, kak"   
"Jom kita cari." 
"Cari apa kak?"
"Laa.. tadi kata dah hilang Cik Sabar, jom lah kita cari." Senyum pun terukir.
Melihat Ate telah menemui semula 'Cik Sabar', Kak Non meneruskan kata-katanya. 
"Sabar tu sepatutnya tiada batasan, dik. Sabar hanya ada dua aja. Sabar atau tak sabar. Jika sabar tu ada batas tertentu, itu bukanlah sabar namanya." 
Dan Ate pun berfikir dan terus berfikir....

Benarkah sabar itu seharusnya tiada batasan?
Menumpang di bumi Allah, berkongsi hidup dengan manusia yang berbagai ragam, pastilah mengalami berbagai ujian yang menguji kesabaran. Dari yang sebesar-besar dan seberat-berat perkara, seperti kehilangan seseorang yang kita cintai, sehinggalah sekecil-kecilnya seperti mengakses internet di berukband broadband yang slow giler bagai kura-kura, bahkan beratur menunggu giliran di public toilet pun, semua itu memerlukan kesabaran tanpa batas.
Kesabaran seharusnya tiada batasan, karena ujian kesabaran pasti ada dalam tiap langkah kaki kita. Sabar di perlukan agar kita boleh berdiri teguh di tengah hempasan ombak kehidupan, menjadikan kita seorang pemenang dalam pertarungan, melawan ego dan nafsu diri sendiri dalam menjadikan kita seorang hamba yang bersyukur. 

Sabar itu bukan sekadar mengurutkan dada sambil mengucap Astaghfirullahal Azim. Sabar juga bukan bererti menerima segala sesuatu dengan pasrah tanpa berusaha terlebih dahulu. Sabar itu adalah kalimat aktif dan dinamis bukan pasif. Sabar, bererti mengerahkan segenap kemampuan dan menyerahkan hasilnya kepada ALLAH SWT. Sabar itu mampu menahan diri untuk tidak cepat marah dalam menghadapi sesuatu. Boleh menahan diri sehingga tidak terbawa oleh emosi. Sabar itu berarti menyatukan badan dan fikiran dalam satu waktu. Sabar, bererti menyelaraskan frekuensi diri kita dengan orang lain dan alam semesta. Sabar itu bererti hidup pada saat ini, bukan esok dan kemarin.” (Arvan PradiansyahThe 7 Laws of Happiness)

Sabar merupakan kata yang berulang kali disampaikan oleh Allah SWT di dalam Al Quran dan ini menegaskan betapa pentingnya kesabaran tanpa batas bagi manusia.
Berkata memang mudah, melaksanakannya yang payah. Ate yang selalu kehilangan sabar menemui tips untuk bersabar.
Ada lima hal yang harus  dilakukan agar kita memiliki kesabaran tanpa batas:
1.    Ikhlaskan niat hanya karena ALLAH
2.    Banyak tilawah Al-Qur’an
3.    Perbanyakkan puasa sunnah
4.    Mengingat-ingat tujuan hidup. Dan kita perlu tahu bahwa tujuan hidup kita adalah menggapai syurga.
5.    Banyak baca buku yang berkisah tentang orang-orang yang sabar

Moga kesabaran tanpa batas seperti yang dicontohkan oleh Nabi Ayub, akan kita temui dalam diri kita. Sesungguhnya sabar tanpa batas, berujung di pintu syurga. 

Saturday, March 26, 2011

GETAR HATI INI MASIH SAMA

"Ya ALLAH, jagalah sahabatku ini di kala penjagaanku tak sampai kepadanya. Sayangi dia di kala rasa sayangku, tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata. Kurniakan kepadanya kesabaran dan kekuatan. Muliakan dia di kala penghargaanku tak terangkum dalam kata yang sahaja, karena Engkau punya segala yang aku tak punya dan karena aku ingin dia selalu menjadi saudaraku di dunia dan mengharap bertemu dengannya di syurga..Amin"

Telah beberapa tahun sms ini diterima.
Sudah tak terhitung berapa kali Ate membacanya. Getar hati ini masih tetap sama. 
Walau siapa pun dia di seberang sana yang memulai... terimakasih yang tak terhingga.
Sms ini menyatukan hati-hati kami dalam dakapan ukhuwah. 

Di sini ada Cinta. Di sini ada Rindu.

Friday, March 25, 2011

BE LIKE THE BEE

Cerita ini buat anak-anak tapi tiada salahnya orang dewasa mengambil pelajaran. Ibrah boleh dikutip di mana-mana bagi sesiapa juga yang mencari hikmah dalam kehidupan.

Di pagi yang cerah, di antara rendangnya pepohonan, kelihatan seekor burung helang sedang bermalas-malasan berehat di dahan sebatang pokok. Selama beberapa hari burung helang berulang kali hinggap di dahan pokok yang sama kerana tertarik memerhatikan kegiatan sekumpulan lebah yang sibuk bekerja bersama-sama membuat sarang yang berjuntai di dahan sebatang pokok.

Kelihatan seekor lebah terbang hinggap di antara bunga-bunga hutan yang mekar, menghisap madu, dan terbang lagi ke dahan memberikan madu ke sarangnya dan begitu seterusnya. Burung helang dengan tidak sabar menegur lebah tersebut yang terbang berhampirannya, “Hai lebah kecil, kamu sibuk terbang dari bunga ke sarangmu berulang-ulang kali.  Apa yang sedang kamu buat?”
Lebah pun menjawab: “Aku dan kawan-kawan sedang membuat sarang.”
“Untuk apa kamu semua membuat sarang sebesar itu? Umur lebah kan sangat pendek. Sudahlah…, tidak perlu susah-susah bekerja! Santai-santai saja dan nikmati kehidupan kamu yang singkat itu.”Demikian burung helang menasihati si lebah.
“Umurku memang tidak sepanjang umurmu, burung helang. Tapi justeru kerana pendeknya waktu yang aku ada, aku tidak boleh mensia-siakan nya. Aku harus bekerja kuat dan lebih rajin agar sarang kami dapat disiapkan sesingkat umur kami,” jawab lebah.
“Untuk apa sarang kamu harus disiapkan cepat-cepat kalau kamu memang akan mati dengan segera? Buat penat sahaja, tapi kamu tidak dapat menikmati sarang yang telah dibuat dengan susah payah.”
“Hahaha, tuan helang yang gagah dan berumur panjang, kasihan sekali cara kamu berfikir. Kerana umur kami yang singkat inilah maka, harus kami hargai dengan sungguh-sungguh. Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek tetapi kami bangga dan bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada makhluk lain iaitu dengan memberikan semua hasil kerja keras yang telah dilakukan seumur hidup kami. Itulah erti kewujudan kami di dunia ini,” jawab sang lebah kecil sambil terbang berlalu.
Mendengar ucapan lebah kecil itu, burung helang terdiam. Ia tidak mampu berkata-kata lagi dan bersombong diri. Ternyata di balik penampilan makhluk yang kecil dan berumur pendek, kehidupan mereka pun memiliki erti tersendiri.
Pencari Hikmah:Kisah Binatang
*********
Di 'blog junior' Ate catatkan pelajaran. Di sini yang membacanya orang dewasa lagi cerdik pandai. Fikir-fikirlah...

"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain."
"BE LIKE THE BEE"

Wednesday, March 23, 2011

NOT AS EASY AS EATING ES TELER

"Muntahlah kak, kuarkan semua lomak-lomak kat perut tu." 
Ciss.. kejam sungguh bunyi sms bakal adik ipar Ate, bila Ate ngadu rasa macam nak muntah mengadap PC lama sangat. Ini semua pasal kes menyahut cabaran My Ustajah sister buat blog khusus untuk anak-anak 'adik-adik' dari usia 6 hingga 12 tahun. Semalam, dari pagi sampai malam Ate tak makan pasal diet. Pukul 10pm sampai umah, rasa macam nak muntah. 1.30 pagi sambung lagi sampai ke Subuh. Ck,ck,ck... sampai begitu dasat syekali nak buat blog? Huhuhu. Orang 'terlebih pandai' memang cam tu. Perlu lebih banyak masa nak bertaaruf dengan segala benda alah yang berkaitan dengan technical dan IT. 

Ate baru diperkenalkan dengan 'dunia blog' February lalu (belum pun 2 bulan). Pas ikut bengkel penulisan kreatif, rasa rugi lak tak hasilkan apa-apa. Nak menulis cerpen atau novel rasanya belum mampu lagi. Jadi, kawan Ate yang sama-sama ikut bengkel tu cadangkan buat blog. Tapi Ate ni nol @ zero tentang blog. Tak tau apa-apa, tapi bila dah mula, Alhamdulillah. Banyak yang Ate dapat belajar dan paling penting sekali, sejak berblog ini Ate menjadi lebih peka dengan perkara sekeliling kerana kalau tak sensitive tak de lah bahan yang nak di post.

Berbalik pada buat blog untuk kanak-kanak, Ate ingatkan, alaa.. ez jer macam makan ES TELER, tak sangka, rupa-rupanya susah tahap STPM (err..mcm tak der kaitan jer). Kena banyak perah otak dan berfikir bagaimana cara budak-budak berfikir. Selalu kita orang dewasa, suka paksa budak fikir apa yang kita fikir. Sampai akhirnya kita tak terfikir apa yang dalam fikiran dia orang. Akhirnya message tak sampai, kita geram, anak-anak stress.


Harus fikir apa yang boleh menarik perhatian mereka. 
Apa yang boleh memberikan pengetahuan dan mendidik mereka tanpa terlalu 'menggurui'
Santai tapi ada ibrah
Ceria dan colourful. 
Penggunaan bahasa harus bahasa baku standard, tak leh bahasa Indonesia pasar, sms atau slanga, tapi kalau terlalu mengikut bahasa buku, nanti boring plak, serba salah di buatnya. (Kucingorengemuk cakap Ate banyak guna bahasa Indonesia. Nak wat cam ne, Ate memang banyak membaca buku Indonesia dan slalu berkomunikasi dengan anak-anak buah dan teman-teman dari Indonesia. Dengar nasyid dan lagu-lagu pun dari Indonesia macam Cik Norh yg layan lagu Letto).  
Harus hati-hati dalam memilih cerita. Tak boleh ada unsur-unsur keganasan atau yang mencalarkan aqidah. 

Tah berapa kali Ate buat n3, tak jadi-jadi. Tengah-tengah buat rasa macam tak best lah, tak sesuailah, itu lah ini lah. Akhirnya Ate telpon anak kawan yang belajar kat SMAKL, mintak dia and the gang buat apa-apa yang sesuai, pas tu email kat Ate (tapi tah bila lah dia orang nak buat, tak tau le). Kalau harap Ate sorang pastinya berbulan blog tu bersawang.

Kalau ada teman-teman blogger di sini yang sudi memberi apa-apa cadangan atau nak menyumbang uang 'bahan' sangat di alu-alukan. (Ni Ate tengah berfikir nak melamar KOG buat n3 tentang resepi makanan yang sesuai untuk bebudak tu try sendiri).  

Sorry entri kali ni dan tajuk di atas merapu...kepala dah cenoneng, tak leh nak fikir dah.

Saturday, March 19, 2011

BILA JODOH TAK KUNJUNG DATANG

"Oh ibu. Usia mengejarku..semakin hari usiaku semakin lanjut. Mengapa belum datang barang seorang pun pemuda malamar ku? Apakah aku akan menjadi Andalusia* seumur hidupku?" Begitulah kira-kiranya, keluhan seorang wanita Mekah dari Bani Ma’zhum yang kaya raya bernama Rithah al-Hamqa. 

Luluh dan sedih hati sang ibu, mendengar rintihan anak kesayangan. Maka sang ibu pun sibuklah ke sana ke mari, berusaha berbagai cara untuk mencarikan jodoh buat anakanda tercinta.  Ramailah Bomoh bin Pawang yang ditemuinya,  tah berapa tempayan air bunga telah di mandikannya dan banyak sungguh wang yang di belanjakan dalam usaha mencarikan jodoh buat si anak.  Namun, segala usaha sang ibu masih belum menampakkan apa-apa hasil. Ternyata semua janji-janji manis yang di taburkan oleh para Bomoh bin Pawang itu hanyalah kebohongan semata-mata. Masa terus berlalu. Setelah sekian lama menunggu tak seorang pemuda pun datang melamar.  

Maka bertambah sedihlah Rithah.  Semakin hari semakin merana.  Setiap hari bermuram durja,  makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena menanti jodoh yang tak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba.. pada suatu hari, ibu saudaranya yang berasal dari luar negara daerah lain datang,  memperkenalkan Rithah dengan seorang pemuda bujang trang tang tang belia, yang kacak lagi bergaya untuk dijodohkan dengannya.  Sukanya Rithah bukan kepalang, penantian jodohnya berakhir juga.  Maka menikahlah Rithah yang telah berusia dengan pemuda belia tersebut.  

Tapi sayang seribu kali sayang, pemuda kacak lagi bergaya itu, mempunyai niat yang tak baik (aku dah agak dah).  Pernikahannya dengan wanita Bani Ma'zhum yang berusia itu ternyata ada udang di sebalik mee batu. Rupa-rupanya pemuda tersebut hanya bercita-cita untuk mendapatkan harta kekayaan Rithah.  Setelah berjaya memperolehinya, pemuda itu pun pergi meninggalkan Rithah terkontang kanting seorang diri.  Malang sungguh nasib Rithah. Menanggis tak berlagu lah Rithah, sedih tak terperi, mengenang akan nasib diri.  Hilang suami, hilang harta.  Hidup sepi tak lagi bermakna.  

Melayani kesedihan dan kemurungannya, Rithah membeli beratus-ratus gulung benang untuk dipintal (ditenun) dan setelah jadi hasil tenunannya, dia menguraikannya semula menjadi benang. Kemudian di tenun lagi dan di uraikan lagi, berulang-ulang kali, dan lagi dan lagi.  Begitulah seterusnya dia menjalani sisa-sisa hidup.

Al Qur’an mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-Nahl:92: “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya, yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi bercerai-berai kembali…” Yang dimaksud di dalam Qur’an tentang ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ itu tidak lain tidak bukan adalah Rithah Al-Hamqa. Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. 

Banyak ibrah yang dapat kita petik dari sepenggal kisah gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah mengajarkan kita, bahwa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari walaupun pada waktu kita belum menginginkannya dan begitu juga sebaliknya. Jodoh tidak dapat dikejar walaupun ketika itu, kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasulullah telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  Kerana Allah telah menentukan jodoh kita, maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang.
 Sedih masih hidup sendiri? Bersabarlah. Allah bersama mu.

Episod Rithah juga mengajarkan kita untuk  berikhtiar dan berusaha dalam menanti kehadiran jodoh. Berbagai usaha boleh dilakukan asal tidak melanggar syariat dan hukum Allah. Kalau ibu Rithah berjumpa dengan berbagai Bomoh bin Pawang agar anaknya bertemu jodoh, tapi bagi kita, tentu lah meminta itu hanya kepada Allah Maha Pengabul Doa. Allah telah berfirman: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” (2:186)

Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya kepada kita, bahwa setiap doa yang disampaikan kepada Nya pasti akan dikabulkan. Allah tidak mungkin memungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasululullah bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

lbrah seterusnya yang dapat kita petik ialah, memupuk sifat sabar dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah pun sampai date line semakin senja. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.”

Sabar dan solat akan menjadikan kita 'kebal' dari desakan orang sekeliling yang kurang memahami dan membentengi diri kita dari godaan syaitan yang sentiasa berharap agar kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini sering ditanggung oleh ramai wanita yang sudah layak menikah namun belum ada lagi lelaki yang baik dan soleh datang meminang. Ini merupakan ujian yang sesuai dengan ketetapan Allah. 
 Menjaga kemurniaan niat untuk menikah.

Di samping itu, kita juga harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Jangan kerana usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekeliling menjadikan kita terburu-buru menikah dengan sesiapa sahaja yang masuk meminang.  ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islam yang sakinah mawaddah wa rahmah (samara) yang kita harapkan. Ini kerana kekukuhan rumahtangga kita adalah seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat dia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman setelahnya, bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah hanya akan diberikan kepada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan di pertanggungjawabkan. Ketika kita belum dikurniakan amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa berbaik sangka (husnudzon) kepada Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Terakhir, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia ‘gila sasau’. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165).  Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah, Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.
Wallahua’lam bissawab.

Petikan dari Learn Something by Tomy dan diolah mengikut perisa AteNoMoto.

Note: ANDALUSIA (Meminjam istilah Magika: Anak dara lanjut usia) 

SENYUM YANG DICONTOHKAN LELAKI MULIA ITU

Ada bermacam-macam jenis senyum:
Ate selalu di situasi ke 3 ?? ;)
-Senyum manis.
-Senyum menggoda.
-Senyum pura-pura.
-Senyum simpul.
-Senyum sinis.
-Senyum sadis.
-Senyum musliha muslihat.
-Senyum sumbang sumbing.
-Senyum malu tapi mau.
-Senyum 'ketengi'. 
-Senyum kambing dan berbagai lagi jenis.


Yang terbaik adalah senyum ikhlas yang melahirkan bahasa hati, bahasa perasaan, bahasa cinta penuh ramah dan bersahabat, sehingga membuat orang lain bahagia

Senyum yang di contohkan lelaki mulia itu yang bernama Muhammad saw, tidak hanya diberi kepada para sahabat tetapi juga kepada orang yang membenci dan memusuhi beliau. Uyainah bin Hishan adalah seorang yang sangat kasar, memusuhi dan menolak dakwah Rasulullah. Tapi setiap kali bertembung/berselisih di jalan, Rasulullah saw pasti 'menghadiahkan' senyuman kepadanya.

Lelaki mulia itu, menunjukkan contoh kepada kita, senyumlah walau di sakiti. Ketika Rasulullah sedang berjalan bersama Anas bin Malik, seorang Badui menyentap dengan keras selendang Najran (diperbuat dari kain yang kasar) yang di pakai oleh beliau sehingga berbekas merah di leher baginda. "Orang Badui itu berkata "Ya Muhammad berikan kepada saya harta Allah yang engkau miliki."  Rasulullah melihat orang Badui itu kemudian tersenyum lalu memberikan harta dari baitulmal kepada badui tersebut. Ditengah kekerasan yang di alami beliau, senyum tetap menghiasi wajahnya.

Rasulullah mencontohkan kepada kita senyumlah walau sedang marah. Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, baginda masih tersenyum mendengarkan alasan mereka. Ka’ab berkata, "Setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka, aku mendatangi Rasulullah dan ketika aku mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, walau dalam keadaan marah. Kemudian beliau berkata, ‘Kemari.’ Maka aku mendekati baginda dan duduk di depan beliau.”

Suatu ketika Rasulullah melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lalu berhampiran dan tersenyum kepada mereka.

Abu Darda mengatakan, "Aku tidak pernah melihat dan  mendengar dari Rasulullah saw kecuali beliau berbicara dengan tersenyum.Jarir bin Abdullah ra menceritakan, "Tidak ada yang membatasi antara aku dan Rasulullah sejak aku memeluk Islam dan tidak pernah Rasulullah saw memandang wajahku kecuali dia tersenyum kepadaku."  Abdullah bin Harists bin Jaza berkata, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum dari Rasulullah saw." 

Lelaki mulia itu mencontohkan kepada kita senyumlah walau dalam kesedihan. Beliau memberikan senyuman dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai detik-detik akhir hayat baginda. Anas bin Malik ra menceritakan saat solat Subuh, ketika itu Abu Bakar menjadi imam, kaum Muslimin di kejutkan oleh Rasulullah saw yang menyingkap tirai kamarnya dan memandang para sahabat yang sudah berbaris dalam sof solat. Rasulullah saw tersenyum kepada mereka. (HR Muslim).  Di hari itulah Rasulullah memenuhi panggilan Allah swt. Rasulullah memberikan senyuman perpisahan  yang memunculkan duka kerana saat itu adalah rentang masa terakhir baginda dapat memandang para sahabatnya. Kesan senyuman itu benar-benar sukar dilupakan oleh para sahabat.

Senyum tulus penuh ikhlas dapat menerbitkan cahaya dalam hati orang lain. Lelaki mulia itu yang bernama Muhammad saw, telah memberikan contoh kepada kita bagaimana beliau dapat  meluluhkan hati siapa sahaja dengan senyuman. Beliau mampu ‘menyihir’ hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman. Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan Rasulullah menjadikan senyuman sebagai sumber kebaikan.  Rasulullah bersabda, "Jangan meremehkan kebaikan walau sedikitpun, meski engkau menemui saudaramu dengan wajah ceria." Sabda Rasulullah yang lain, “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi).

Senyum ceria penuh tulus melahirkan 'cinta di hati anak manusia'. 
(Aww..Killer Smile from BOIM Debab)

Senyum yang dicontohkan lelaki mulia itu adalah tanda Cinta yang dilontarkan dari hati, lalu senyuman itu meluncur laju ke relung hati yang dalam, mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara 'anak manusia' menjadikan hati semakin lapang, tegar, membangkitkan energy dan menggetarkan nurani orang yang melihatnya. Senyum ikhlas dan tulus, tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang-orang yang hatinya penuh dengan kesombongan dan keangkuhan.  Inilah senyum ikhlas penuh cinta yang di contohkan oleh lelaki mulia itu...Senyum sodakoh.

Tuesday, March 15, 2011

STRESS ADALAH KEHIDUPAN


Stress! Stress dengan jalan jem, stress dengan kerja, stress dengan boss, stress tak ada duit, stress tak ada kerja, stress tak menikah lagi (usia dah melampaui dead line), stress suami jatuh cinta kat pompuan lain di fesbok, stress anak-anak buat perangai, stress dengan kerenah masyarakat, stress umah berserak, stress dengan itu, stress dengan ini. Berbagai ragam stress dalam hidup... STRESS ADALAH KEHIDUPAN, kerana itu, orang yang tidak beriman suka-suka hati aja, membunuh hidup diri sebagai jalan menamatkan stress (Dia tak tau kat dalam kubur lagi stress. Mana tak nya, mati bunuh diri.. gerenti lah kena belit ngan ular dan dipukul dipalu oleh malaikat). 


Setiap orang punya 'stress tersendiri'. Maka belajarlah menanggani stress yang sesuai dengan diri kita sendiri, lakukanlah apa yang kita suka dan boleh mendatangkan kegembiraan asal jangan melakukan hal yang Allah murka. 



Kenal pasti apa yang boleh buat kita 'release tension dan stress'. Menyanyi kat bilik air, menjerit sekuat suara kat atas bukit atau kat laut (macam citer2 korea), nak berlari keliling meja opis, nak makan ice cream Haagen Dazs satu balang, nak makan banyakkkk banyak atau pergi berurut kat orang buta..tak pun nak berendam kat kolam umah Ate dalam tempayan atau aquarium..suka hati lah. Buatlah, asal tak memudaratkan diri sendiri atau orang lain.


Nikmati Hidup. Jangan pening-peningkan kepala. Tarik nafas, regangkan kedua-dua tangan ke hadapan dan teriak lah sekuat hati...SUPERMAN. Cubalah berlapang dada... Alihkan stress kita, jangan terlalu difikirkan. Contohnya kalo stress kena marah ngan boss, pandang aja muka dia, sambil membayangkan benda2 yang lucu, spt muka dia ada tahi lalat sebesar Phua Chu Kang atau waktu dia bersemangat teriak sana teriak sini gigi pelesu dia tercabut ke.. Eppi-eppi.

Be positive dan optimis.  Miliki prinsip Happy is my choice.  


Bersyukur selalu. Hitung berapa banyak nikmat yang telah kita dapat, bandingkan dengan jutaan manusia yang tidak bernasib sebaik kita.  


Setiap malam sebelum tidur bersihkan hati dan maafkanlah siapa juga yang menyakiti hati atau membuatkan kita stress. Ketenangan dan kebahagiaan adalah milik orang yang ikhlas dan bersyukur.


Apa pun yang paling utama dalam menghadapi masalah atau stress perbanyakkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah penawar dan rahmat bagi kita. "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman .." (Al Israa': 82)

Berkeluh kesah dan mengadulah kepada Allah swt  dengan perbanyakkan berdoa, berzikir dan solat malam (Qiamulail). Allah SWT berfirman "..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenang" (QS. Ar-Ra’d [13]: 28) 
*******
Buat seorang sahabat Ate yang selalu stress pergi kerja, kerana menengok slides yang melambak-lambak dari pagi ke malam, alihkan stress ukhti dengan belajar-belajarlah 'enjoy' dengan 'kerja-kerja utama' kita.  Kalau urat tengkok tegang datanglah umah, akak dah jumpa buku 'MASSAGE FOR STRESS RELIEF'. 


Sunday, March 13, 2011

Kisah dari SENDAI, Jepun

"Semua orang kata Sendai ialah sebuah bandar yang selesa dan seronok untuk di diami, tak terlalu besar, tak terlalu kecil, dekat dengan laut dan hampir pula dengan gunung.


Saya pergi ke Sendai seorang diri, untuk berjumpa kawan di Universiti Tohoku. Hajat bertemu rakan tercapai, tapi rancangan perjalanan pulang ke Tokyo dengan menaiki kereta api laju Shinkansen dari stesen JR East Sendai tidak kesampaian.  Saya tersadai di tepi jalan selepas tiba-tiba jalan raya bergegar selama beberapa minit dan merekah, sehingga teksi yang dinaiki melanggar batu jalan.  Pemandu teksi, seorang warga emas meminta saya jangan keluar dari kenderaan.


Beberapa jam kemudian baru diketahui, Sendai yang indah dan aman itu menerima penangan paling teruk akibat gempa dan tsunami.  Tokyo yang terletak dua jam perjalanan kereta api dari situ turut terkena serangan gempa.


Saya tidak ingat berapa minit gegaran berlaku, tapi memang cukup lama dan cukup kuat sampai berdengung telinga.  Semua macam orang mabuk, tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul.  Saya melihat ramai orang lari keluar dari bangunan dan berkumpul di tempat lapang serta di tengah-tengah jalan raya.


Tingkap bangunan pecah berderai dengan bermacam-macam bunyi siren kedengaran.  Banyak bangunan rosak, ada yang terbakar tetapi tidak kelihatan pula yang runtuh.


Pada mulanya terasa apalah malang nasib ini kerana mengalami saat cemas bencana sambil di kelilingi orang-orang yang kita tidak kenal sama sekali.  Kalau nak mati pun, biarlah dapat melihat muka orang yang saya kenal.


Tapi kemudian perasaan itu hilang apabila kami mula bantu membantu satu sama lain.  Melihatkan saya bukan orang Jepun, ada yang datang bertanya, saya OK atau tidak. Saya bersama beberapa orang lain, turut membantu mencarikan anak seorang wanita yang hilang, serta membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga sebuah bangunan pada waktu gegaran susulan melanda.


Saya juga melihat seorang peruncit menolak troli dengan berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk di agihkan kepada orang ramai dan sekumpulan kanak-kanak pra sekolah yang berkumpul di depan kedainya.  Sebuah kedai elektrik yang di tinggalkan tergesa-gesa dalam keadaan terbuka juga tidak menjadi sasaran pencuri.  Saya tabik orang Jepun, mereka tetap ada harga diri walaupun dalam situasi bencana."


Petikan E-mel dari seorang pelajar Malaysia kepada Saudara Zuhairi Ali yang di hantar beberapa jam selepas bencana Gempa dan tsunami. Sebelum menutup e-melnya pelajar tersebut menyatakan keinginannya untuk menumpang bilik sewa rakannya di Sendai. Dia sudah terperangkap.  Semua sistem pengankutan darat dan udara sudah lumpuh.  Sdra Zuhairi cuba mendapatkan cerita lanjut tetapi e-mel tidak berbalas.  Moga dia selamat dan sama seperti warga kota Sendai yang lain moga dapat menggunakan pengalaman menghadapi bencana ini untuk bangkit menjadi lebih kuat.
(Cas Bateri:KOSMO)
*******
Membaca kisah di atas teringat Ate akan orang-orang Malaysia yang majoritinya MELAYU ISLAM dan dua Peristiwa yang terjadi baru-baru ini:
-Pesta Duit Syiling Di Lebuhraya
-Kutip Beras dari Lori Terbalik


Agak-agaknya bagaimana lah rupanya sikap orang Malaysia kalau negara kita di timpa bencana ya? Minta di jauhkan, tapi kuasa Allah siapa yang tahu.  Ada rasa ngeri dan ngilu bila mengingatkan sikap rakyat Malaysia. Moga nilai kemanusiaan dan ehsan masih ada....


(Waktu untuk` bekerja' dan tiada masa tuk berpangku tangan lagi).

PELAJARAN DARI SEORANG 'BIBIK PENJUAL POPIA'


“Sedap popia gemuk bersambal awak.  Kita suka sangat. Awak buat sendiri?” 
"A' ah, tapi sambalnya tokey yang buat”
“Ohh..awak kerja ngan orang? Gaji ikut hari ke? Kerja dari kul brapa sampai kul brapa? Satu hari brapa gaji? Cuti ari apa?" (Menyoal orang macam polis pencen Interrogation).
"Gaji..(tuutt). Dari pagi sampai petang. Tak ada cuti. Tokey kata bila dia mati baru saya boleh cuti. Hahaha” (Huh?? Dasatnya tokey bibik ni.  Dia plak bole happy jer cerita). 
"Sikit jer ek, awak dapat. Pas tu tak penat ke kerjaaa aja tak ada cuti?"  (Haloo..sesedap mulut jer mengeluarkan kata2).
"Alhamdulillah..disini rejeki ;) saya. Sikit tak apa asal berkah. Penat? Mestilah penat. Nak cari rezeki buat anak-anak belajar...kena rajin kerja, tak bolehlah cuti-cuti Malaysia."
"Betul ke awak tak ada cuti? Habis kalau sakit, kerja jugak?" (Macam tak cayaaa jer)
"Alhamdulillah Allah beri saya sehat. Sakit sikit-sikit tu masih bolehlah kerja. Saya makan jamu dari muda, biar badan kuat."
"Brapa umur awak?" (Isshhh...tak puas hati lagi tu..masih nak soal siasat)
"46."
"Untung awak ya, di beri Allah kesehatan yang baik. Saya ni, umur muda sikit dari awak tapi selalu sakit2."
"Syukur Alhamdulillah, saya masih kuat dan sehat. Tapi...orang Malaysia memang macam tu..tak kuat macam kita orang Indonesia."
Duhh..Bibik ni macam nyindir aku jer. 
*******
Pagi itu..dari seorang 'bibik yang bekerja sebagai penjual popia' Ate belajar tentang:
1. Konsep Syukur.
2. Rezeki sedikit tak mengapa yang penting berkah. 
3. Harus rajin bekerja dan berusaha baru Allah beri rezeki, jangan asyik fikir nak berehat dan cuti aja macam Ate
4. Penting kita menjaga kesehatan tubuh badan sedari muda kerana sebagai seorang Islam kita  harus memiliki daya tahan tubuh yang kuat (Qawiyyun Jism) sehingga dapat bekerja dan melaksanakan amal ibadah dengan lebih produktif. Sehat tubuh badan itu kan suatu nikmat. Bahkan lebih dicintai oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis riwayat Muslim: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah”. 
5. Dalam meniti hidup banyak Ibrah yang boleh kita perolehi. BELAJARLAH MENGAMBIL HIKMAH DARI SIAPA SAJA, walaupun orang itu lebih muda dari kita atau tidak punya pangkat kedudukan di mata masyarakat mahupun berpelajaran rendah...mungkin ada pengalaman hidup mereka menjadikan mereka lebih 'berfikiran' dari kita.  Seperti pada pagi itu...Ate belajar dari seorang 'bibik penjual popia'.