Pages

Search This Blog

Saturday, August 6, 2011

TAKJUB DENGAN DIRI SENDIRI

Dalam rintik-rintik hujan yang mulai lebat, kelihatan seorang ibu berjalan pantas sambil mengendong seorang anak kecil. Sebelah tangannya memimpin seorang anak lagi. Di hadapannya kelihatan seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 7 tahun berlari-lari anak dan ditangannya penuh dengan plastik-plastik bungkusan makanan dari pasar malam berdekatan. Terdetik di hati Ate, "Kesian...mesti dia orang duduk kat kuarters tentera depan sana. Nak menyampai ke rumah, boleh basah lencun tu." 

Ate takjub. Takjub dengan diri sendiri...kerana lintasan fikiran 'kasihan' Ate itu berlalu begitu sahaja bersama kelajuan kereta yang Ate pandu. Berhenti di lampu merah traffic light berhadapan dengan kuarters tentera, baru sisi baik hati ini bergumam, "Ya Allah, kalau lah aku hentikan kereta tadi dan menumpangkan mereka...." Ada rasa sesal di hati ini tapi Ate takjub. Takjub dengan diri sendiri yang selalu mengambil masa untuk berfikir-fikir ketika mahu membuat kebaikan. Ya, Ate takjub dengan kemampuan Ate. Buat baik, jarang sekali spontaneous. 

Di satu pagi. dalam terburu-buru menuju ke tempat kerja, kelihatan satu sosok tubuh kecil seorang wanita separuh usia sedang berjalan. Dua tangannya penuh membawa beberapa plastik besar. "Pasti Kak Pah ni baru habis berbelanja di Pasar kaki lima hujung jalan." Bisik hati Ate. Berselisih lalu di hadapannya, sambil tersenyum, Ate mengangkat tangan sebagai tanda 'hormat' kepada tetangga yang lebih tua. Membalas senyuman Ate, dia hanya mampu menganggukkan kepala. Berlalu...dari cermin sisi kereta, Ate memandang Kak Pah dari belakang, kelihatan tubuhnya merengkek mengangkat plastik yang pastinya berat. "Kesian Kak Pah, patutnya aku tolong hantar dia balik tadi. Tapi, aku dah lambat dah ni. Alaaa.. lambat sikit jer, apa salahnya. Siapa tahu dengan sedikit pengorbanan masa yang aku lakukan, redha dan berkah Allah mengiringi aku sepanjang hari?" 
Menakjubkan, sambil berfikir-fikir, kaki kanan Ate terus menekan pedal minyak. "Nak patah balik ke tak, patah balik ke tak...." Berulang kali menyebutnya bagai orang berzikir, Ate berkira-kira dalam hati. Ketika Ate mengambil keputusan untuk berpatah balik, Kak Pah sudah tak kelihatan lagi. Ate takjub. Takjub dengan 'keterlewatan Ate' dalam membuat kebaikan. Takjub dengan kebolehan Ate dalam 'zikir berhitung-hitung' membuat kebaikan.

Pernah sekali, di satu kedai serbaguna. Ketika Ate sedang membelek-belek majalah di kedai tersebut masuk dua orang kanak-kanak usia antara 6 - 8 tahun. Melihat gaya pakaian mereka terbesit di hati Ate, "Budak-budak ni, mesti dari 'flat Colombia'. Kecik-kecik lagi dah pandai berbelanja sendiri." Ada su'udzon (buruk sangka) di hati ini. Di kaunter cashier mereka meletakkan 1 tin air gas dan dua buku roti bun. Ketika hendak membayar ternyata wang mereka kekurangan satu ringgit. Dengan agak malu-malu salah seorang kanak-kanak itu berkata pada cashier, "Tak cukup duitlah kak, tak jadilah amik air ni."


Ate takjub. Ate takjub dengan diri sendiri...menonton 'adegan' itu tidak ada tawaran kebaikan keluar dari mulut ini, kerana dari awal lagi buruk sangka telah bersarang di hati. Setelah kedua anak tersebut keluar dengan wajah hampa, baru Ate menyesal... Alaaa, sekadar RM1, tak de luaknya duit Ate beri pada mereka. Apalah sangat nilai RM1 bagi Ate, berbanding kehampaan dua anak tersebut. Ya Allah, sudah sekeras inikah hati aku, sehingga tiada rasa ehsan terhadap anak sekecil itu?

Kisah di atas hanyalah sebahagian sahaja dari peristiwa-peristiwa 'takjub' yang pernah Ate temui dalam diri ini. Hari ini, di Ramadhan yang ke 6, Ate renungi semula perjalanan hidup Ate, ternyata banyak sekali kesempatan membuat kebaikan terlepas kerana sifat-sifat 'hesitate', dan su'udzon yang bersarang, malah mungkin menanah di hati ini sehingga menyebabkan penyakit kekerasan hati. Masa berlalu pantas, Ramadhan semakin meninggalkan kita, moga Ate tak lagi berhitung-hitung dalam berlumba-lumba membuat kebaikan. "Ya Allah, lembut dan bersihkanlah hati ku, Ya Allah. Mudahkanlah jalan ku untuk berbuat baik sesama insan. Jangan kau keraskan hati ini, Ya Allah, sehingga tanpa rasa berdosa aku lepaskan begitu banyak kesempatan meraih pahala dan jannah Mu. Berikanlah aku kesempatan melakukannya sepanjang Ramadhan ini. 
*******
Hari-hari adalah lembaran baru untuk goresan amal perbuatan. Jadikanlah hari-harimu sarat dengan amal terbaik. Kesempatan itu akan segera lenyap secepat perjalanan awan dan menunda pekerjaan tanda orang yang merugi Dan barangsiapa yang bersampan kemalasan, dia akan tenggelam bersamanya. (Ibnul Jauzy)

30 comments:

  1. Kat gerau pun selalu begitu...tapi pandai pula kat Mekah tidak begitu...alangkah baiknya kalau di sini juga kak gerau seperti di mekah. Tidak berhitung-hitung untuk membuat kebaikan.

    ReplyDelete
  2. sama la ate,huhu
    hesitant

    tapi bab tumpang kete tak brani kalo x kenal
    byk sgt jenayah
    adakah itu menakjubkan juga?huhu

    ReplyDelete
  3. Kerana 'bolak balik' sekeping hati, maka jadilah kita orang yang rugi - kakcik juga selalu begitu! :(

    ReplyDelete
  4. - pon selalu gitu juga...pastu baru nyesal...

    ReplyDelete
  5. banyak jugak penyakit hati saya ni.. :(

    ReplyDelete
  6. Hari ini, kita tulis 2 kali untuk Ate...Gerau cadangkan ate...menulis...emmm menulis cerpen atau novel...sekarang gerau jadi orang yang sangat suka baca cerita-cerita Ate...Ini pujian...takjub dengan Ate memang...Ikhlas...tak tipu ni...Cuma tatabahasanya perlu diperbaik...selebihnya,,,semuanya kita suka...sangat suka...

    ReplyDelete
  7. Ate...
    semuga dijauhkan dari sifat2 sebegitu...
    mudah2an puasa kali ini mengajar lebih 'insaf diri'...
    - baru rasa nikmat puasa ramadhan hari ini...

    ReplyDelete
  8. Sungguh bermakna pengajaran dr kisah Ate ni..
    Mekasih yer... :)

    ReplyDelete
  9. @ Geraugebang: Kat Mekah kita tak fikir lain agaknya. Fikir nak ibadah dan dpt pahala jer.. agaknya.

    @ Ilham: Tah lah Ate pun tak tahu, Perak guna 'Ate' ke tidak, yang pasti Ate orang Johor Bahru.

    @Puding Karamel: Antara yg menakjubkan tu... (tambah lagi 1 dari 7 keajaiban dunia...hehehe)

    ReplyDelete
  10. @Kakcik: Ya, betul kak, bolak balik sekeping hati menjadikan kita begitu.

    @Al: Serupalah kita kan,kan,kan...:)

    @Norh: Bukan ke awk kerja 'jaga obat'. Sakit hati sikit2 tak pe, kita cuci dengan dettol...hehehe.

    ReplyDelete
  11. @Geraugebang: Alamak..Senior Editor, syarikat besar cakap cam tu, malu Ate...(sambil sorok muka bawah tudung saji). Ate ni, ikut mood, selalunya merapu jer. Bahasa pun rojak. Kalo amik test SPM paper BM mesti failed punya pasal banyak sangat baca buku Indonesia kadang tak tahu pun certain perkataan itu aslinya dari Indo ke Malay.

    ReplyDelete
  12. @Ibu @ Abah: Benar kak. Amin.

    Cam mana puasa first day? Lencun pasal mkn beria2 ya...:)

    @Shinju: Sama2 kita saling mengingat ya Yun.

    ReplyDelete
  13. zaman saya student dulu, hari2 turun bas dari luar, jalan kaki dari gate masuk ke dalam kampus. jalan tu memang berbukit dan memenatkan. beberapa kali ada hamba Allah yg baik hati tumpangkan saya naik keretanya masuk ke dalam kampus walaupun mereka tak kenal pun saya.

    sampai sekarang saya berdoa semoga Allah SWT merahmati hidup mereka...

    kalau kita kenal, ok jugaklah nak tumpangkan tapi kalau tidak, saya pun macam Ate jugak asyik fikir fikir fikir..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ate..
    selalu kena muhasabah diri..dan kita kena kuatkan semangat bila nk buat kebaikkan...hapuskan buruk sangka..berbaik sangka pasti buat hati kita terdorong buat kebaikan dgn menghulur bantuan..insyallah keikhlasan pasti aada balasan di sana kelak..

    p/s nak cerita pengalaman akak yg sgt menakjubkan...bila nk bantu wf arwah bekas suami akak aritu akak berkira2..kalau akak bantu akak pun tk senang mana, nanti bujet akak lari..tp akak letak diri akak di tempat dia...akak ingat kesusahan akak dulu2..lebih susah dari dia...akhirnya akak bantu...rupanya Allah balas cash kat dunia ini...selang beberapa hari kemudian wang yg lebih dari biasa yg akak beri kat TIE di'ganti' oleh seorg hamba Allah yg baik hati...malah lebih sedikit dr yg akak beri kat TIE...hebatnya ganjaran yg Allah beri bila hati kita ikhlas...alhamdulillah..akak tk kurang apa pun malah bertambah bila rasa niat nk membantu...ceritaini sekadar utk berkongsi ye tie..tk maksud apa2 pun...jauh sekali nk berbangga...nauzubillah...

    ReplyDelete
  15. masa silam itu memberi pengajaran pd kita utk melakukn sesuatu...

    alamdulillah..diberi kesempatan untuk bersimpati..

    moga dilain masa kita lebih prihatin..

    ReplyDelete
  16. bila kita dah sedar yang kita yang menolong tapi pertolongan 2 dah terlambat....
    kadang2 kita nak berbuat baek tapi teragak2..

    ReplyDelete
  17. syukran ate..
    suntikan semangat utk buat lebih byk lg kebaikan..=)

    ReplyDelete
  18. Pengalaman hidup adalah pengajaran yang mematangkan kita..semoga esuk kita lebih baik dari hari ini..

    ReplyDelete
  19. Ate cerita dua yang kat atas memanglah cik ina tka boleh tolong sebab tak de kereta, tapi bab budak kekurangan duit cam tu(yang termampu kita) Insyaallah cik ina belum terlepas pandang lagi.paling cik ina marah pada peniaga makanan yang suruh budak kecik balik rumah ambik duit tak cukup nak bayar harga makanan yang kurang 10 sen atau 20 sen.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah..perasaan empati itu sendiri merupakan sebuah nur kurniaan Allah SWT kerana bukan semua org mampu mendapat nur ini

    ReplyDelete
  21. @Dinas Aldi: Betul juga eh kak. Dulu beza dengan sekarang. Sekarang ni susah sikit nak percaya orang. Bila akak citer zaman akak study dulu, Ate jadi teringat...Ate pun ada menumpang orang camtu. Moga orang yg berbaik hati, sudi menumpangkan kita dulu sentiasa di berkahi Allah hidupnya. (Ya, betul akak kata, kena doakan mereka kan)

    ReplyDelete
  22. @Nyanyi sunyi: Betul lah kak, kena kuat hati nak tolong org agar dapat lahirkan keikhlasan. Bkn senang saat kita pun tengah 'sesak' nak hulurkan bantuan tuk org lain, kalau tak kuat hati, mau kita pejam mata jer, buat derk.

    Terimakasih kak, atas perkongsian ini. Ate terharu membacanya. Satu pelajaran buat kita semua. Kalau kita ikhlas Insyallah Allah akan 'balas cash kat dunia'. Jangan takut rugi atau rezeki kita tak cukup utk bersedekah atau membantu org yang dalam kesusahan. Sungguh..Ate dapat satu pelajaran dari cerita akak ni. Jazakillah hu khairan kathira kak.

    ReplyDelete
  23. @Sal: Ya kak, moga simpati dan empati akan menjadikan kita seorang yg prihatin dan tanpa ragu2 menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  24. @Kalamhati: Jom..sama2 kita saling membangkitkan semangat tuk buat kebaikan :).

    ReplyDelete
  25. @Hanidebumelukut: Benar kak, moga esok kita kan menjadi lebih baik dari hari ini. Berusaha sentiasa memperbaiki diri.

    Terimakasih cicer.

    ReplyDelete
  26. @Cik Ina: Bila baca komen cik Ina ni....huhuhu... Ate malu lak pada diri sendiri.

    Apa pun tak patutkan berkira dg budak kecik, setakat beberapa sen tu..sedekah ajalah.

    ReplyDelete
  27. @Sahrom: Moga Allah memancarkan Nur Nya pada Ate dan kita semua. Terimakasih. :)

    ReplyDelete
  28. Ate, jangan kecik hati tau cik ina tak de niat pun. biasalah manusia , tapi yang benar cik ina hormat ate, sebab kelebihan pada ate bab agama. cik ina belum lagi jadi cam ate, masih merangkak-rangkak.

    ReplyDelete
  29. @Cik Ina: Ehh..tak lah. Ate tak kecik hati pun. Malah gembira kerana dapat berteman (walau sekadar di alam maya) dengan cik Ina dan teman2 lain yang banyak berkongsi cerita, pengalaman dan info yang Insyallah menyedarkan Ate bahawa masih ramai lagi orang yang baik dan nak buat baik di dunia ni. Dg berblogging banyak yang Ate belajar dan Ate bersyukur kerana di sini ramai yang masih sudi saling berpesan-pesan untuk kebaikan, termasuk juga Cik Ina. Terimakasih Cik Ina :). Jazakillah hu khairan kathira.

    ReplyDelete