10 akhir Ramadhan seharusnya di isi dengan:
1. Beriktikaf di masjid. Ini berdasarkan hadis dari Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: "Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir Ramadhan sehingga Baginda wafat.”
2. Memperbanyakkan tilawah Al quran kerana bulan Ramadhan juga di sebut sebagai Syahrul Quran (Al Baqarah:185). Oleh kerana itu selama bulan Ramadhan kaum muslimin dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca Al Quran dan di dalam Hadis Riwayat Bukhari di sebut bahawa Nabi saw selalu memperbanyakkan membaca Al Quran di bulan ini dan baginda juga bertadarus bersama Jibrail pada setiap malam Ramadhan.
3. Berdoa Memohon Keampunan: Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan kepada Allah, sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
*******
Ibarat lumba lari 100 meter, sepuluh hari terakhir adalah momentum untuk memecut bagi mencapai kemenangan ke garis penamat, tapi sayang sekali ramai diantara kita yang merosakkannya dengan berbagai kegiatan yang tidak ada hubungannya dengan ibadah Ramadhan.
Tolong jangan ikut aksi tak senohong yang dilakukan oleh 2 orang 'lelaki sasa' yang berbaju biru cair dan kuning belang-belang di atas. Di saat semua ahli keluarga berkumpul di akhir Ramadhan dengan membaca Zikir Mathurat dan berdoa, mereka berdua telah mencemarkan kesucian petang itu dengan gaya sotong penuh gedik penuh malu-malu berposing sambil menunjukkan jam colourful 10 hengget yang baru di beli.
Ish, ish, ish...Suami dan bapak sape lah tu??
yang sebenarnya bukan 10 ramadhan sahaja yang perlu dicari... 29 ramadhan tu yang perlu diisi dengan amal ibadah... itulah sebabnya dirahsiakan bila lailatulqadar...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ate,
ReplyDeleteSaat menjelang 10 Ramadhan nilah ujian agak berat. Pada sesetengah orang, badan tak mula rasa letih, kesabaran dan kekuatan amat diperlukan untuk terus beribadat.
Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk sama-sama beribadat di bulan yang mulia ini yang akan meninggalkan kita tak lama lagi.
Ate..
ReplyDeletesemuga kita sama-sama beramal untuk malam 10 terakhir ini... Akak sedang dalam suasana banyak yang melekakan..satu persatu.. semuga akak kuat melawannya dan menggunakannya dengan bermanafaat...
terima kaseh... Akak suka ziarah rumah Ate yang selalu di peringatkan lagi dan lagi...
baru je petang tadi dengar baiti jannati kat ikim. pun cakap pasal pecutan ni....
ReplyDeletejom ate, kita pakat pecut, tengok sapa yang menang;)