Mak. Satu nama yang jarang Ate sebut. Wajahnya juga hampir terlupakan. Tak banyak kenangan Ate bersama mak berbanding abah, kerana mak pergi ketika usia Ate 8 tahun. Ingatan terhadap mak menjadi lebih kabur, kerana sebelum mak meninggal dunia, mak sudah tidak 'dapat memainkan peranannya' sebagai seorang ibu, kerana dia menderita sakit lumpuh separuh badan dan tidak boleh menuturkan kata-kata, selama hampir setahun lamanya.
Tapi pada hujung minggu yang lalu saat Kak Bayu bercerita kepada Lady Sarry (adik ipar baru kami), tentang kecekapannya memasak adalah hasil dari didikan yang ketat dari mak, Ate cuba 'mencari peta ingatan', untuk kembali kepada station kenangan Ate terhadap mak yang cukup lama Ate tinggalkan.
"Usia 6 tahun, Kak Bayu dan kakak-kakak yang lain (tidak termasuk Ate) dah pandai masak nasi. Masa tu, kami tak ada periuk nasi letrik. Dapur gas pun sesekali aja pakai. Biasanya masak pakai dapur minyak tanah. Nak nyalakan api dapur pun takut-takut. Tu belum lagi part lipat kelambu, kemas katil. Bayangkan tangan kita dah lah kecik, kena pasang cadar kat tilam kekabu..berat giler. Cadar pulak tak ada getah-getah macam zaman sekarang."
"Bila ada tetamu datang, jangan harap nak duduk depan, semua kena masuk bilik. Yang suka nguping, pasang telinga atau sekadar sibuk-sibuk menyengih depan tetamu, siaplah. Kalau tak jadi mangsa panahan sinaran laser mata mak, ada yang lebam, diam-diam peha di sengat kala jengking dek jejari halus mak, siap jurus putaran maut lagi. Ketika itu tiada secalit pun rasa marah atau benci kami pada mak. Kerana kami tahu mak sayang kami. Setiap kali hari lahir kami, mak akan masak berbagai makanan yang special. Mak pakar masak. Apa sahaja yang kami teringin makan pasti mak usahakan memasaknya. Tentang hadiah birthday, biasanya abah belikan buku dan mak akan bungkus dengan suratkhabar yang ada iklan warna warni. Mak seorang yang berjimat dan kreatif." Laju sahaja Kak Bayu bercerita.
Mendengar celotehan Kak Bayu, station kenangan Ate tentang mak, perlahan-lahan mula terbayang di mata. Episode 'siksaan' setiap kali sebelum tidur...mak akan masuk ke bilik membawa milo hangat yang 'wajib' dihabiskan, seorang segelas. Gedeguk, gedeguk diteguk cepat-cepat dalam senafas. Masa tu punyalah menderita di paksa menghabiskannya, kalah di suruh telan racun. Mak kata susu atau milo hangat boleh membantu tidur lena. Tengah malam pula, mak akan menjengah ke bilik, check satu-satu anak-anaknya dah tidur dalam kelambu ke tidak (pasal dia tahu, anak-anak dia tak suka kelambu...panas). Zaman tu pakai ubat nyamuk lingkaran cap ikan. Berasap. Ada di antara adik beradik Ate yang alergic dengan asap, tu yang mak suruh pakai kelambu.
Waktu belajar atau buat homework adalah selepas Isya' dan dalam keadaan tersengguk-sengguk mengantuk, mak tetap setia menemani kami di meja sampai habis waktu belajar. (Kami ada time table harian yang di susun oleh abah, atas 'arahan' mak). Mak sebenarnya seorang buta huruf, tidak berpeluang belajar di sekolah kerana dia sekadar anak angkat cina kepada keluarga bangsawan yang hanya menjadikan anak angkat seperti pembantu rumah.
Waktu belajar atau buat homework adalah selepas Isya' dan dalam keadaan tersengguk-sengguk mengantuk, mak tetap setia menemani kami di meja sampai habis waktu belajar. (Kami ada time table harian yang di susun oleh abah, atas 'arahan' mak). Mak sebenarnya seorang buta huruf, tidak berpeluang belajar di sekolah kerana dia sekadar anak angkat cina kepada keluarga bangsawan yang hanya menjadikan anak angkat seperti pembantu rumah.
Mak mungkin tidak berpelajaran tapi dia bukan seorang yang tidak berfikiran. Tanpa rasa malu, dia belajar asas menulis, membaca dan menghitung dari kakak sulung Ate yang ketika itu berusia 7 tahun. Mak seorang pengurus account rumahtangga yang berhemat, pandai berniaga dan punya kebolehan luar biasa iaitu men design dan menjahit baju suami dan kesemua anak-anaknya.
Ate adalah anak yang paling kerap dijahitkan baju. Hebatnya, pakaian Ate selalunya 'seragam' dengan kain langsir dan cushion. (Huhuhu...cer bayang, cer bayang). Bertambahmalangnya bertuahnya Ate, semua kakak-kakak Ate selalunya berpakaian boria, serupa sesama mereka, tapi Ate di beri penghargaan memakai pakaian exclusive rekaan mak dari kain-kain perca pelbagai corak termasuk 'seluar katuk batik' yang tiada dipasaran (lebihan kemeja batik abah). Part ni Ate rasa nak meraung mengingatkannya. Hahaha. Seingat Ate, Ate mula merasa pakai gaun ready made bila mak sakit tak boleh bangun. Masa tu dekat raya, arwah mak busu belikan Ate 2 pasang gaun dan 'seluar katuk' putih ada kartun kartun.
Ate adalah anak yang paling kerap dijahitkan baju. Hebatnya, pakaian Ate selalunya 'seragam' dengan kain langsir dan cushion. (Huhuhu...cer bayang, cer bayang). Bertambah
Cer bayangkan, masa kecik dulu, Ate berdiri kat langsir rumah macam photo di atas.
Boleh menyamar jadi halimunan, nampak muka jer.
Itulah antara sebahagian kenangan bersama mak yang dapat di gali dari memori Ate. Tak banyak, mungkin tak sampai pun 8GB, tapi ada sesuatu yang tak mungkin terpadam dari ingatan Ate. Dalam tempoh Mak terbaring sakit, Ate sering terpandang mak mengalirkan air mata saat dia melihat Ate terkial-kial di pagi hari bersiap-siap untuk ke sekolah. Ketika itu Ate tak mengerti, tapi sekarang Ate dapat mentafsirkan, itu adalah pandangan cinta seorang ibu, yang sayu kerana tidak berdaya berbuat apa-apa untuk anaknya hatta membantu memakaikan pakaian untuk ke sekolah. Mesti mak sedih. Kalaulah Ate memahaminya saat itu, pasti Ate ungkapkan pujukan; "Tak apa mak, Ann faham, mak sakit. Ann boleh berdikari, mak jangan sedih ya..." Tapi ketika itu Ate tak mengerti dan sebagai seorang Muslim tak seharusnya Ate berkalau-kalau pada perkara yang telah berlalu. Astaghfirullah.
Kepada para pembaca yang masih punya mak, ibu atau apa jua panggilan anda terhadap wanita mulia yang melahirkan anda, ingatlah Mak umpama telaga cinta dan kasih sayang buat anak-anaknya. Cintanya tidak pernah berkurang apatah lagi kekeringan. Balaslah cintanya, terlebih ketika usianya tidak lagi muda dan fizikalnya juga tidak lagi selincah seperti saat dia mengasuh kita suatu waktu dahulu. Mungkin dalam banyak kesempatan, sejujurnya kita telah banyak membuat mak kita menangis. Tapi sangat sedikit yang kita lakukan untuk membuat dia ketawa bahagia. Kerana itu sampaikan pada dia hari ini, di bulan Ramadhan yang mulia ini, betapa anda mencintai dia dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan dia berikan kepada kita, sebelum dia menutup mata tuk selamanya.
banyak point yang ate cerita, mak & mak we pun cerita juga... dari kecik tu je yang selalu kita dengar puji-puji-puji
ReplyDeletesemoga roh mak ate dicucuri rahmat sentiasa~
ReplyDeletemak ate adalah seorang superwoman tau.
ReplyDeletesemua mak adalah superwoman. sebab tu walau dah tiada, semangatnya sentiasa ada.
wah...sedeynya..xpe2..kenangan itu mmg indah..
ReplyDelete- kesian ate kecik2 dah xde mak...sedih la bace citer ate ni...
ReplyDeleteAdie sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu Ate.
ReplyDeletesemoga mak ate dicucuri rahmat.. amin
ReplyDeleteHati kakak sayumemebaca N3 ini. Itulah Ate beruntungnya merak ayg punya mak kan. Kita yg dari kecik telah ditingglkan merasa pelik bila ada org tak inat mak kan....
ReplyDeleteMoga mak kita sentiasa bahagia di "sana"...
Ate....
ReplyDeleteJika ini satu memori seorang anak kepada ibunya... memang akak katakan ianya sesuatu yang amat indah... akak mengalir airmata...
kebanyakan memori kita dengan ibu kita hampir serupa... rata-rata ibu2 kita dahulunya memang memastikan/mendahulukan anak2..
Ini juga surat cinta yg indah dari seorang anak kepada ibunya...
sedih dan sayu bile baca enrty nih..saya x boleh bygkan hidup tanpa mak saya..tapi saya sangat kagum bg mereka yg tabah menjlnkan hidup tanpa ibu tersayang..sedih la..
ReplyDeleteAte,
ReplyDelete*sebak...
Sesiapapun akan tetap rindu masakan mak!
ReplyDeletepagi2 lagi dah berlinang si air mata...semoga roh nya di cucuri rahmat.
ReplyDeletesedih kite
ReplyDeletesebak.
ReplyDeletemak mmg segalanya
Terimakasih kepada semua yang sudi meninggalkan komen disini. Terimakasih juga di atas doa-doa. Alhamdulillah, walau Ate kehilangan mak sedari kecil, sekurang2nya Ate masih punya abah (ketika itu), adik beradik dan saudara mara yang tak pernah kurang mencurahkan kasih buat Ate. Ate juga bersyukur kerana kehilangan mak banyak mengajar Ate untuk berdikari.
ReplyDeleteKepada yang masih punya mak, hargailah dia. Luangkanlah waktu untuk sering bertanya kabar, menjenguk dan lahirkan rasa cinta dan terimakasih kepada dia. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa ketaatan kepada mak harus di utamakan, sehingga baginda mengulangnya 3 kali. Khusus buat anak lelaki yang apabila menikah sering terlupa dimana harus meletakkan priority antara mak dan istri...rajin-rajinlah menyemak kisah-kisah teladan.
Kepada Kak Zakie dan Kak Rahmah (Ibu & abah): Mg kita tak pernah lupa mendoakan ketenangan dan kebahagiaan mak kita di alam sana. Terima kasih kerana berkongsi rasa.
@Ibu & abah: Akakkkkk...komen akak sungguh mengharu biru kan hati Ate. Terimakasih kak.
ReplyDelete