Pages

Search This Blog

Monday, August 15, 2011

BAGAIMANA HENDAK MEMBANTU. BUNTU.

Ate ingin berkongsi satu cerita yang Ate perolehi dari mail yang di hantar oleh teman, tentang pusat perlindungan buat pesakit HIV. Ate CoPas (Copy and Paste) di sini. Bacalah dan fikir-fikirkan....
*******
Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja. Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja.

Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa orang yang mati di sini. Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam. Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan. Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu, "Apa-lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara se-Islam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu, "Imam masjid sebelah selalu datang". Hati saya menyapa:- Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..." "Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah." Hati saya menyapa:- "Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan? Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai? "Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:- "Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat se Islam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:- "Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..." Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza. Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:- "Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.." Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini."

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:- "Nanti datang lagi ye.." Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:- "Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. InsyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya. Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam. Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan. InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam. Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
*******
Membaca mail ini semalam, Ate terharu. Ate terfikir dan berfikir dan terus berfikir...tapi sehingga ke saat ini Ate tidak berbuat apa-apa. Tak tahu apa tindakan yang perlu dibuat. Tiada langkah yang dimulakan.....Kalau lah begini sikap Ate, sampai bila-bila pun orang Islam yang mengidap penyakit HIV akan terus di beri perlindungan oleh orang-orang Kristian seperti di kisah di atas. So kita nak buat macam mana? Siapa yang patutnya bertanggungjawab untuk buat pusat perlindungan seperti itu? Kepala Ate mula menyalahkan pihak-pihak tertentu, jari mula menuding satu persatu. Ate mana mampu. Kalau ada pun, siapa sukarelawan yang nak bekerja di situ? Boleh kah? Mampukah? Mungkin kah? Mustahil? Bermacam persoalan. Terlalu banyak alasan. Masa terus berlalu. Mereka semakin tenat di situ dan....Ate masih buntu? Malu. 
Photo ehsan Google.

22 comments:

  1. dimana mereka² yang punyer banyak kuasa?

    ReplyDelete
  2. Kalau pihak gereja tu boleh kenapa orang lain tak boleh.. (saya cakap senanglakan..)

    ReplyDelete
  3. - nape dia org x pergi 'pengasih'...

    ReplyDelete
  4. hmm...kene ada yg mulakan...

    saya harap saya diberi kekuatan untuk turut sama membantu. benda yang berat akan jadi ringan kalau kita sama2 buat...

    ReplyDelete
  5. Yg punya kesedaran tiada kemampuan tapi yg berkemampuan tidak punya kesedaran...

    ReplyDelete
  6. inilah org islam...bila mereka minta bantuan tiada sapa yg dgr suara mereka jadi bila ada pihak gereja yg mmbantu...mulalah melenting x usul periksa...cari kelemahan bukan menunjal jari kat org.

    kzue...sapa lah kita utk mmbantu mereka sedangkan diri ni pun dibantu..

    ReplyDelete
  7. Ate bercakap pasal pesakit HIV kat Malaysia , sedih sangat dorang kebanyakannya duk kat hospital kerajaan sebab tak dikenakan bayaran. Cik ina kenal ramai pesakit HIV, termasuk saudara sendiri.

    tetiba teringat pak imam kat rumah cik ina, memang respek habis ngan dia, setiap kali ada mangsa HIV yang beragama islam, dia tak takut nak mandikan jenazah, bila orang lain persoalkan tak takut berjangkit ke"? dia cakap "itu semua kehendak Allah SWT"

    ReplyDelete
  8. Tak payah berbicara tentang yg sakit HIV Ate...baca tak laporan akhbar tentang ibu tunggal di Seremban, yg terpaksa menerima bantuan dari gereja? Nak harap bantuan Baitulmal? Kirim salam...Saya pun tak tahu dimana silapnya ...silap sistem kah? silap si mangsa kah?

    ReplyDelete
  9. malu kan??? negara islam katanya...

    tapi bab2 macam ni... pihak yg berwajib
    tutup mata - lepas ni kalo keluar kat mana2 media - tv ke..
    mula tuding jari - kata pihak tu punya jurisdiction - pihak tu punya bidang....

    ReplyDelete
  10. tak tau apa nak cakap, pernah tgok gereja bantu pelajar2 msia di luar negara yg memerlukan keperluan asas...

    ReplyDelete
  11. betul cakap ate tu
    memang buntu
    sepatutnya mereka yang berkuasa di atas sana tak boleh terlepas pandang benda2 camni..
    kita ni.. apalah sangat daya kita kan

    ReplyDelete
  12. Ate...
    memang terkesan sungguh kisah ini...
    bukankah dahulunya dah diwar2kan dalam satu majalah kononnya semua pesakit HIV itu dahpun dipindahkan dalam jagaan orang Islam?.. Tak sangka pula ianya hanya sementara sahaja dan hakikatnya mereka masih dalam jagaan pihak Gereja...
    Kita makin dilekakan.. banyak rungutan yg ditimbulkan oleh orang susah yang akhirnya dapat bantuan secara mudah dari pihak gereja.. kisah pesakit HIV ni dahlama agak dengar, ingatkan dah selesai isu tinggal dalam gereja... rupanya masih ada...
    Hendaknya kita sama-sama memikirkan yang terbaik untuk membantu mereka ini. Kita hebahkan sesama kita semuga nanti pihak yg berwajib dapat menangani masalah ini... sebab ini Memang tanggungjawap mereka...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, kelu rasanya lidah bila baca kisah ni..

    ReplyDelete
  14. http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=268:pesakit-hiv-di-gereja-dibantu&catid=16:bertamais&Itemid=31

    ReplyDelete
  15. salam akak..

    sy pon ada dpt email ni..sedih kan kak..xtau nak kate mcm mana..moga segala urusan mereka dipermudahkan..

    ReplyDelete
  16. cara Ate memanjangkan kiriman email ini juga satu tindakan..walaupun kecil...tapi mampu buatkan pembaca buka mata dengan masalah ini...

    kalau takde kiriman email ni..kita tak tahu kan..? :)

    ReplyDelete
  17. salam ate, rindu sgt nk bc tulisan ate ;D

    ngr kita ni....dh thantuk baru nk tmngadah...byk btul kpincangan, sy pun buntu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Saya pun tertanya-tanya, apa yang mampu kita buat ya? ada apa-apa idea tak?

    ReplyDelete
  19. Pihak akhbar tidak tahu kah? Tiada usaha untuk memaparkan di media? Atau stesen tv seperti Suara Rakyat tuh?

    Walau ramai yg tahu, tapi ada juga yang suka tunggu orang lain gerak, baru dia nak join.

    Wakil Rakyat kawasan??

    ReplyDelete
  20. sesungguhnya pihak kristian mmg agresif hendak memesongkan akidah kita...kita hendaklah memperkukuhkan jati diri kita...

    ReplyDelete
  21. Terimakasih atas semua komen, cadangan dan pandangan yang diberi oleh teman-teman di sini. Kadang kita rasa mcm nak bantu tapi kita pun tak tahu bagaimana nak bermula. Mudah2an satu hari nanti kita bersatu. Kepada yang punya 'kuasa' tolonglah bertindak. Nak salahkan org kristian 100% pun tak boleh juga. Mereka mmg pandai mengambil kesempatan agar org tertarik dg agama mereka dah salah kita juga kerana kita sendiri tidak meraih kesempatan yang mmg jelas2 menjadi satu tanggungjawab kita sesama Muslim. Entahlah kita banyak cakap, apa hasil pun tak nampak Wallahualam.

    ReplyDelete