Suatu ketika anak ummi yang ke 4, Huda Robbani (ketika itu usia sekitar 5 tahun), sedang meragam dan mengamuk. Anak ini menarik-narik baju dan mencakar muka ummi. Namun ummi tidak marah dan emosi, padahal jelas sekali terlihat ummi menahan kesakitan. Ummi melakukan methode yang di dunia psikologi modern pun tidak di temukan. Ummi mengadahkan tangan dan memohon kepada Allah.
"Ya Allah ampunilah anakku Huda ini. Berilah dia petunjuk. Jadikanlah dia anak yang soleh." Sang anak yang mendengar ummi berdoa berhenti mengamuk. Sejak saat itu sang anak sangat mudah 'di atur'. "Methode psikologi menyatakan bahawa anak dalam kondisi ini harus di tinggalkan sampai emosi nya reda. Setelah itu baru kita 'berdialog' dengan mereka." Budi Dharmawan (Abi, suami ummi).
Tidak seperti beberapa ibubapa yang melakukan tindakan kekerasan, jika anak-anak melakukan kesalahan, ummi dan abi punya cara tersendiri dalam menghukum anak. Mereka menerapkan 'menghilangkan sesuatu' yang menjadi kesukaan anak-anak. Contohnya menghapuskan waktu menonton tv untuk seminggu.
Pada suatu hari ummi pulang dari aktivitinya dan mendapati kerusi di rumah berada dalam keadaan 'berbaris' di hadapan tv. Ummi tahu anak-anaknya pasti baru habis menonton tv. Ummi 'kecewa', lalu ummi menyembunyikan remote tv. (Pada bulan Ramadhan tv di rumah di 'matikan'. Ummi lebih suka anak-anaknya letih bermain basikal daripada menonton tv. Ummi lebih suka lagi jika aktiviti Ramadhan di rumahnya dihabiskan dengan ibadah terutama tilawah.)
Keesokan harinya Ja'afar, anak ummi yang ke 6, mencari remote tv. Dia bertanya kepada ummi, "Mi, remotenya di mana?"
"Ada deh, ummi sembunyikan remotenya. Habis ummi kesal, pulang aja ke rumah, kerusi berbaris, anak-anak buat tonton tv, bukan untuk ibadah yang lain." Jawab ummi.
"Yaa ummi. Susah nih kalau tak pakai remote."
"Pokoknya ummi sorokkan, hanya Allah dan ummi sahaja yang tahu." Balas ummi.
Tak lama setelah berkata demikian, ummi terlihat sepertinya mencari-cari remote tv. Ummi berkata, "Eh..ummi lupa simpan kat mana remotenya."
"Yaa ummi, itu kan hanya Allah yang tahu." Ja'far mengusik umminya :).
*******
Ate tersenyum membayangkan kesabaran dan ketenangan ummi dalam menangani 13 orang anak-anaknya...Tiada kemarahan, tiada suara yang meninggi....Merindui sosok wanita yang luar biasa ini.
Petikan buku: Yoyoh Yusroh, Mutiara yang Telah Tiada.
huhu bkesan ea cara mhilangkan ssuatu ni?
ReplyDeleteKesabaran seorang ibu yang bijak.
ReplyDeletebagusnya..
ReplyDeletetak bagi tengok tv..
cik pulau xleh kalau tak tengok..
errr..
ape nak jadikla.
susah nak jumpe ibu zaman skrg tak bg anak tgk tv kan....
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteHKL cube menjadi org yg sabar...
tp ketaksabaran melebihi yg sabar...camne tu...huhuhuhuhhuhu............
tutur kata yang sangat best di dengar
ReplyDeleteAte , budak kecik ni tak akan dengar kalau kita tegur ngan kekerasan, cuba kalau kita cakap baik-baik ngan dia garenti dia dengar, Sedang kita yang dah besar panjang ni pun kalau di tegur cara keras pun terasa geram. Cara ummi terbaek.
ReplyDeleteKalau masa marah masih ada ingatan biasanya tak akan ada kekasaran berlaku tapi kalau macam kakak nie kadang lupa.... bila dah lepas baru ingat...
ReplyDeletesaya yg baru ada 2 anak ni pun, selalu marah bila mereka buat hal...~huhu
ReplyDeletePasal entri Ate yg lepas tu (Mereka Mulai Mudik), Ate ada memberi jawapan bahawa anak2 sedara Ate yg 6 orang tu belajar di sekolah swasta di Indonesia, sebab bagus sekolahnya. Saya harap Ate buat entri yg terperinci pasal ni ya..hehehehee...
ReplyDeleteps: Ate tahu tak mana mana pusat tahfiz yg bagus, yang beri penekanan akademik sekali, sekitar Selangor/Negeri Sembilan?
kak, kat ne dapat buku tu eh?
ReplyDeletenaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk....
aku rasa nak cari buku ni... dekat mana ada jual?
ReplyDeletesabarnya ummi
ReplyDeletesemoga saya juga diberikan kesabaran setinggi itu
huhu.. skrg ni, tiap2 hari asyik naik jer volume suara
emmm...bagus gak cara mcm tu erk....isya allah...akan di praktik kan...
ReplyDeleteboleh dijadikan panduan sok2 bila ni...nak handle anak secara berhemah;)
ReplyDeleteBijaksana ibu itu, tak perlu terjerit2 :)
ReplyDelete@ akoo: Tgk anak..Ate dulu buat cara tu berkesan.
ReplyDelete@ Kunang2: Almarhum mmg sorang ibu yang luar biasa kak.
ReplyDelete@ Kunag2: Maksud Ate almarhumah...(pembetulan)
ReplyDelete@ Cik Pulau : Madonna dulu pun tak bagi anak dia tgk tv dia kata bnyk pengaruh buruk. Ate pun tak tengok tv, tgk video jer...hehehe.
ReplyDelete@Sahrom: Betul tu malah ibu2 zaman sekarang yang terlebih tgk tv (mcm Ate yg hantu drama Korea... suatu ketika dulu, sekarang dah tak jadi hantu, jadi peminat jer...hehehe)
ReplyDelete@HKL: Samalah kita...:)
ReplyDelete@ Nizza: Tutur kata almarhumah semua 'best' menyejuk hati.
ReplyDelete@ Cik Ina: Betul tu cik ina, kita mmg kena sabar dlm menangani anak2 tak boleh keras sgt tapi masalahnya Ate ni mmg tak sabar. 'ummi' mmg hebat bkn sebagai ibu sahaja, tapi isteri, ahli politik, pemimpin dan di sayangi segala orang baik hatta 'musuh' politik. Tak pernah meninggi suara terhadap pembantu rumah (yg mencuri, malah selepas itu bekerja lagi dengan dia selama 7 tahun) apatah lagi pada driver dia.. Ate sgt mengagumi pribadi dia.
ReplyDelete@Kak Zakie: Betul kak. Tapi Ate kalo marah jarang 'ingatan' datang, tah mana dia lari. Mcm akak kata pas tu baru rasa ingat dan kesal.
ReplyDelete@DZ: Tu belum lagi 13 org anak macam almarhumah di atas ek doc :).
ReplyDelete@DZ: Insyallah lepas raya nanti saya buat N3 ttg sekolah mereka. Kena cari dan kumpulkan gambar2 dulu...:).
ReplyDeleteAte tak pasti..tapi antara sekolah tahfiz yang baik di Selangor adalah Hira' Kelang. System dia paling lambat 2 tahun mesti dah hafiz tak mcm kebanyakan sekolah tahfiz lain...bertahun-tahun tak habis hafal. Ank sedara Ate dulu 9 bulan lebih Alhamdulillah dah hafal 30 juzuk (ada senior dia masa tu 3 bulan dah hafal). Pas tu baru dia tumpukan study matapelajaran akedemik. Tapi kebanyakan budak tahfiz, Insyallah cerdik so cepat jer dia tangkap matapelajaran akedemik (skrg dia belajar geofizik di Universitas Indonesia). Tapi syarat masuk situ ketat, bukan sekadar mesti dapat 5A ada syarat2 lain lagi. cuma tak syoknya sekolah tu gersang...panas tak de pokok.
@ Puding Karamel: Ahmad baru bawak balik dari sana. Tu pun dia beli satu jer. Pasal dia kata dah habis, ingat nak beli barang 10...:)
ReplyDelete@ Tukang Karut: Buku tu baru terbit, belum di jual di Malaysia lagi kot.
ReplyDelete@ Hani: 'Ummi' tu mmg sabar doc. Ate tak pernah kenal org sesabar dia. Baca kisah dia Ate menangis, sabar dg 13 org anak, sabar dg pembantu rumah, sabar dg driver, sabar dg sesama ahli politik, sabar dg masyarakat...Sungguh luar biasa.
ReplyDelete@Jebateja: Alhamdulillah kita ambil pelajaran mana yang baik utk di praktik kan.
ReplyDelete@Afida Anuar: Amalkan jgn sok2 dpt anak tak amalkan :)
ReplyDelete@Dinas Aldi: Dia bukan aja bijaksana kak, tapi juga genius...bygkan sorang wanita anak 13 org, boleh berjaya dalam bidang politik, bekerja utk rakyat tapi masih lagi boleh khatam quran setiap 3 hari dan solat tahajjud setiap malam...tak ke kagum kak?
ReplyDeletecara 'menghilangkan sst yg digemari' tu sy salu guna pakai utk anak..
ReplyDelete