"Maafkan kami Ramadhan. Kepala kami tertunduk malu kerana engkau menjanjikan kami berlimpah kebaikan, tapi kami tenggelam dalam kehinaan" (Syaikh Adil bin Ahmad). Ramadhan... mungkin belum menemukan apa yang seharusnya dia temukan dalam diri kita.
*******
Hari ini Ramadhan telah bertandang menemui kita selama 12 hari. Dia datang dengan membawa pelbagai 'buah tangan' yang penuh dengan berkah, rahmat, ampunan, dan pengabulan harapan. Selama kehadirannya, apa yang telah kita 'hidangkan' kepada tetamu agung ini?
Mari kita menjengah kembali bagaimana Rasulullah SAW dan orang-orang terdahulu (para sahabat dan salafusoleh), saat mereka meraikan kehadiran Ramadhan, si tetamu agung. Setiap detik kehadirannya, Rasulullah sentiasa menemani dia dengan penuh cinta. Tanpa lelah, baginda hidupkan malam hari dengan shalat dan bermunajat dengan sang pengutus Ramadhan, iaitu Allah SWT. Tanpa berhitung, baginda menemani Ramadhan dengan 'menebarkan' sedekah dan membahagikan rezeki kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan. Tanpa jemu, Rasulullah 'berbicara' dengan Ramadhan dalam tasbih dan perkataan yang menyenangkan. .
Mungkin juga, kita perlu belajar dari para sahabat dan salafusoleh yang bersungguh-sungguh ketika mengadakan jamuan bagi Ramadhan yang mulia. Ada Umar Al Khatab ra yang menghidupkan Ramadhan dengan menyalakan lampu-lampu minyak di masjid, untuk mengumpulkan masyarakat bersolat terawih dan tilawah Al Quran sehingga dia di doakan Ali bin Abi Thalib, "Semoga Allah SWT, memberi cahaya kepada kuburmu wahai Ibnul Khattab, sebagaimana engkau memberi cahaya kepada masjid dengan Al Quran." Ada Uthman bin Affan yang khatam Quran setiap hari selama Ramadhan. Ada Imam Malik, Syafie dan Ahmad yang meninggalkan segala aktiviti rutinnya hanya sekadar untuk menjamu Ramadhan yang bertamu pada hari–harinya.
Bagaimana pula keadaan kita ketika menjamu Ramadhan yang telah meninggalkan kita selama 11 hari lalu? Sudahkah kita berikan yang terbaik buat tetamu agung ini untuk dipersembahkan kepada Allah swt nanti? Jika belum, apakah jamuan yang akan kita persiapkan untuk 18 hari yang masih tersisa. Adakah kita akan terus mengabaikannya dengan tidur dan melalaikan waktu? Adakah kita akan tenggelam dalam pelukan Ramadhan dengan esak tangis memohon keampunan? Adakah kita akan menjamunya dengan amalan – amalan terbaik kita? Tepuk dada tanya iman. Buatlah keputusan segera apa yang akan kita lakukan sebelum dia terlanjur pergi meninggalkan kita dalam penyesalan…
Sekali lagi, mungkin kita harus minta maaf pada Ramadhan. Kerana dia belum menemukan dalam diri kita sesuatu yang seharusnya dia harapkan dalam kehadirannya bersama kita. Sebagaimana dia pernah hadir di tengah -tengah manusia yang memperlakukannya dengan sangat istimewa, yang tidak hanya berhenti di gerbangnya, yang tidak tunduk dan terperdaya oleh musuh hawa nafsu.
Photos: Google
Inspirasi dari Majalah Tarbawi dan Mapple Holic.
Photos: Google
Inspirasi dari Majalah Tarbawi dan Mapple Holic.
gambar no 2 tu~~menginsafkan~
ReplyDeletesedang bercuti ~ insyaallah akan hidupkan kembali ramadhan dgn amalan yg sepatutnya..
ReplyDeletemaafkan sy ramadhan.
Sangat memberi kesan entry Ate ini...
ReplyDeletejazakallah Ate...
seringlah ingat2 kan hati akak yg degil ini....
maafkan saya...
ReplyDelete- selalu ngantuk time tarawikh ...camne ni..tolongggg...
ReplyDeletekita selalu lupa ...
ReplyDeletekagum dengan gambar yang last tu ...
kalau kat malaysia buat gitu ... silap2 dikatakan menunjuk2...
setuju dgn cik att. kat malaysia ni kalau alquran jadi bahan bacaan, pasti akan dipandang jelik.
ReplyDelete....tak sabar nak tunggu raya....baca Quran belum sampai separuh...hmmmm.
ReplyDeletemintak ampun dan maaf...
ReplyDeleten3 yg berkesan..
ReplyDeletemerenung kembali remadan..
moga mendapat rahmatnya..
dan sesuatu yg kita impikan akan menjadi kenyataan yg menggembirakan..
ameen...ameen...
Terimakasih di atas kesudian semua teman-teman meluangkan waktu untuk meninggalkan komen di sini. Ate baca semua, tapi maaf, tak berkesempatan menjawab satu persatu kerana ingin 'merebut rahmat bln ramadhan' macam yang kak Sal katakan.
ReplyDeleteGambar yang kedua tu, Ate pun terharu. Mereka membaca surat cinta Allah tanpa mengira di mana jua. Sungguh mereka manfaatkan waktu tanpa mau terbuang walau sedetik jua. Kagum kan...Bila lah suasana ini akan terlihat di negara kita. Jom kita mulakan, biarlah apa jua yang ingin di katakan oleh org lain (konon, kita nak menunjuk2 amal). Yang penting Allah tahu apa dalam hari kita, dan kita hanya ingin meraih syurga Allah bukan meminta 'penilaian manusia' yang suka ber buruk sangka.
Moga kita tidak termasuk dalam golongan org yg merugi pada Ramadhan kali ini. Amin, Amin, Amin.
Ate , malu dan sedih ngan diri sendiri bila ingat Rasulullah SAW.Betapa rasa diri dah lebih kepada dunia.
ReplyDelete