Pages

Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

REZEKI BUKA PUASA

Semalam Kak Bayu masak Mee Bandung Pak Lang sebagai juadah berbuka.
(Sila abaikan quality foto-foto yang diambil dari hp cikai)

On the way balik dari kerja, Ate singgah di gerai 'Thailand'. Yang memasak dan menjualnya, seorang wanita Muslim dari Bangkok, kurang fasih berbahasa Melayu. Rasanya suami dia orang Melayu (ishhh, sesedap rasa ko meneka). Bahasa Inggeris dia ok, tapi dia paling fasih berbahasa Thailand (hehehe...nak kena hampuk ko ni Ate). Masakannya agak berbeza dari yang biasa kita makan di gerai-gerai masakan Thailand yang kebanyakannya dari Selatan Thai. Tom Yum dia ada santan dan antara specialities dia Green Curry dan Pulut Mangga. Semalam, Ate beli Ikan Keli Goreng dan Daging Goreng Bersos Thai. Rasanya masam-masam dan ada banyak hirisan daun limau perut.
2 ni harganya RM10.00
Tapi oleh kerana Ate sampai dah pukul 7.15 dan dia pun dah berkemas-kemas nak balik, so dia beri Ate free macam-macam, antaranya Sup Timun yang di dalamnya di sumbat dengan 'isi ikan'. Rasanya agak pelik sikit pasal ada daun ketumbar, tapi habis semangkuk juga Ate hirup kuahnya.
Dia juga beri Ate Ikan Bawal Hitam masak 3 Rasa. Ada nenas, mangga dan timun. Kami ratah sahaja.
Dan bubur cha cha. Alhamdulillah, banyak rezeki berbuka semalam tapi tak ada yang terbazir, kerana semuanya dalam kuantiti yang sedikit. 
Beli makanan dah dekat-dekat waktu berbuka ni ikut rezeki, kalau makanan masih banyak  dan penjualnya tak kedekut, dapatlah 'free' atau di beri extra. Tapi kalau dah memang bukan rezeki kita, abuk pun tarak, minum air masak aja lah :).
*******
 Rahmat-Mu di bulan Ramadhan begitu terasa. Terima kasih ya Allah...

18 comments:

  1. Alhamdulillah...murah rezeki Ate...
    Tingin nak wat bubur chacha pas tgk pic tu..huhuh

    ReplyDelete
  2. telan air liur baca cite Ate ni... lama dah rasanya tak makan ikan keli..mmm...sedap... :)

    ReplyDelete
  3. arghhh! lapar2...

    selamat berpose...

    singgah2 la sini ye :)

    ReplyDelete
  4. hehehe, tiba-tiba ate lagi banyak pos gambar makanan dari kita ;) nak mi bandung pak lang sikit plissshhh, kata kakak paah

    ReplyDelete
  5. - boleh le gi time2 gitu selalu...kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. Wah untungnya.. By the way saya pulak paling fasih berbahasa Melayu..

    ReplyDelete
  7. betul ke pak lang punya? pak lang punya tak letak karet okkk...sah-sah mi bandung derhaka ni... ni mesti pak belalang punya. raya baik pi umah pak lang minta maaf...KOG tak derhaka...Takuttt..

    ReplyDelete
  8. Hari ni IM berbuka dengan bubur lambok je..

    ReplyDelete
  9. 1st time tgk sup timun sumbat isi ikan.. mesti sedap rasanya kan.. tu dah beri idea utk berbuka petang nanti

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..besar pahala org beri makan org berpuasa kan

    ReplyDelete
  11. kak gerau- cer tanya, dia letak kacang tanah tak? kalau letak, baru turun kete nak mintak maap, dah kena hambat dengan mak jah!

    ReplyDelete
  12. Sebelum Ate menjawab semua komen disini, Ate akan confirm dulu ngan Kak Bayu apa bahan2 yang dia letak dalam Mee Bandung 'ala-ala' Pak Lang itu. (Ate nambah 'ala-ala' la plak, pasal dah kena serang ngan Bini Abang Badang yang bertubuh lebih sasa dari Abang Badang dan di cakar oleh Kucingoreng emok yang sedap di 'goreng' buat lauk berbuka pose nanti).

    Ate akan kembali lagi....

    ReplyDelete
  13. Besar pahala orang yang sedekah makanan kat orang berpusa. lepas ni bertambah rezeki orang tu.Insyaallah

    ReplyDelete
  14. Bagus la ada peniaga bersedekah. Sebelum ni pernah tengok, peniaga air...lebih rela curahkan air jualannya ke dalam longkang :(

    ReplyDelete
  15. @Cik Shinju: Dah buat dah bubur chacha?

    @Nabila: Ohh ya ke? Huhuhu sorry lah buat awak kecuq masa puasa.

    @Roq: Anak muda mesti kuat tahan lapar :).

    @KOG: Hehehe...sebenarnya tak ada idea nak buat N3 apa..so tunjuk2 makanan aja lah...:)

    ReplyDelete
  16. @Al: Trick tu tak boleh buat selalu nanti kantoi.. nampak benar nak mkn free...hehehe.

    @Pizli: Mmg berbaloi. Ohh..baru Ate tahu awak paling fasih berbahasa Melayu :)

    @Kak Gerau: Kak Bayu kata, versi asal Pak Lang punya tapi dia tambah carot kerana dia suka carot supaya lebih sihat dan mata lebih terang.. hehehe.

    @IM: Bubur lambuk buat sendiri ke? Ate suka makan bubur lambuk especially kalo kat KL ni terkenal dengan bubur lambuk Kg Baru.

    @Ratu Kebaya: Utk peminat timun ok lah. Tapi cantik, dia korek dalam timun tu pastu dia sumbat dg isi ikan yang mungkin ada campur skit dg tepung.

    ReplyDelete
  17. @Sahrom: Betul tu..sudahkah anda melakukannya?? :)

    @KOG: Ate dah tanya wei..Kak Bayu kata, merepek jer.. mana ada letak kacang2 tanah. Kita org Johor lah, tak mainlah mee bandung ada kacang tanah. Fuhh.. selamat aku 7 keturunan dari kederhakaan mee bandung...Kalau tidak jenuh ate kena kejar ngan mak jah...kihkihkih. Kak Gerau... sila ambil perhatian. Ada pengampunan kan? :D

    ReplyDelete
  18. @Cik Ina: Amin..Tul tu mmg telah dijanjikan pahala bagi org yg memberi makan kepada org yg berpuasa.

    @AIM: Ohh ya ker? Ada pulak perangai cam tu...kedekut, manalah nak barakah. Sdgkan bersedekah pasti ada ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

    ReplyDelete