Pages

Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

N3 MEROYAN AKIBAT KESURUPAN JIN BEROKBAND

Dah beberapa hari ni, line tenet Berokband Broadband Ate asyik makan Choc Fudge. 
Kejab ada, kejab tak da. Tak sampai 1 minit online, dia putus, mati. 
Nak menyambung semula kena tunggu lama.
Eiiii... Ate dah geram tahap gaban.
Ate mula meroyan.
Mulut berbuih macam orang kesurupan jin.
Rasa nak meraung macam ni:
Penat meraung, perut lapar...
So Ate breakfast sahur pukul 10 pagi:
Canned White Coffee dan kerepek bawang.
Sekadar alas perut melengkapkan syarat bersahur di tempat kerja.
Line internet masih lagi cam tu. 
Sempat menyinggah beberapa rumah maya kawan, dia mati lagi. 
Rasa nak geget-geget modem berokband.
Pukul 1 tengahari Ate lapar lagi...
Korek esbok tak ada apa yang boleh di makan.
Yang ada hanya ini:
Air Jambu Batu 'Mambo' dari Dubai. Lebih sedap dari 'Rani'.
Tengkuk mula rasa tegang.
Itu tanda-tanda stress sudah sampai tahap full bar.
Ate pun telan ini:
Makanan Ruji Ate: 'Vitamin' Amlodipine, 
tuk mengurangkan tekanan darah yang mula melambung naik macam harga barang.
Ate tambah tenang...
bila sempat baca blog ahkak kesayangan Ate mamapanda: 'Sila Baca Arahan'.
Senyum simpul Ate baca, geli-geli liver, macam 2 bujang senang ini:
Dan Ate terharu baca Entry adik Munge: Antara Redha, Syukur dan Restless.
Dan ini sedikit petikan komen Ate di situ (edited version):
"Kepuasan terhadap perkara-perkara duniawi baik harta, pangkat, kedudukan hatta cinta sesama manusia, memang tak akan pernah habis. Semuanya umpama kita minum air laut, yang tidak akan pernah menghilangkan rasa haus, bahkan menambah lagi rasa haus yang keterlaluan. Menyadari itu, Ate mula belajar untuk bersyukur. Syukur bukan hanya sekadar rasa puas. Tapi puas yang disertai dengan tindakan untuk menjadi lebih baik lagi...'DI SISI PANDANGAN ALLAH', bukan dari sisi kaca mata manusia. Wallahualam."
Orang yang bersyukur tak akan mudah bersedih atas apa yang dia tak miliki.
Dan hari ini Ate belajar lagi tentang syukur...sekurang-kurangnya Ate masih ada Kumpulan Berok Broadband, walau line nya menderita sakit tenat, asyik mati, tapi selepas di buat CPU CPR dia hidup lagi, mati..hidup lagi, mati...hidup lagi. Secara tak langsung ianya melatih kesabaran dan kegigihan Ate dalam menghapdet update Entry (kalau lah Ate segigih ini dalam kerja-kerja dakwah, tak pernah putus asa atau lelah, tak mengenal erti kalah atau menyerah...alangkah baiknya...alangkah...). 

Note: 
- Mudah2an malam ni kondisi line internet di rumah Ate bertambah sehat. So boleh lah Ate menyinggah ke rumah maya teman-teman yang belum sempat di singgah dan juga menjawab komen-komen di blog Ate.
- Perasan tak, ini Entry Ate yang paling banyak photo..membuktikan betapa gigih nya Ate,  dari subuh sampai ke maghrib nak menghapdet. Tak ke tabah dan gagahnya Ate (atau ini tanda-tanda orang yang kesurupan/kerasukan?) :).

20 comments:

  1. Sedap nya sahur kat ofis...hati2, ada org intai kang.

    ReplyDelete
  2. betul tu Ate orang bersyukur tak akan bersedih atas apa yang di atak miliki, tapi kalau broadband buat hal, hati tetap nak marah, cam bengang je. apa nak buat ate kita manusia biasa yang ada perasaan marah.sabau ye

    ReplyDelete
  3. betul tu..brsyukur yee..kak pun terkena semalam,line tersgtlah lembabnya..akhirnya mengalah dn tutup sj lappy...sabar jelah..hri ni bru dpt ronda2 rakan maya..

    ReplyDelete
  4. Memang konpem tabah & gagah, hehehe

    ReplyDelete
  5. saya - broadband okey tapi masanya pulak tak okey... huhu..

    ReplyDelete
  6. ate oh ate... tak tau nak kata apa, hehe

    ReplyDelete
  7. - nape dak baim tu...sian dia...

    ReplyDelete
  8. ate!
    sgt gigih menghapdet blog,kagum...sy nk menulis d bulan ni semput2 beruk juga adenye...
    kat sini,broadband mmg kem salam la...
    so pakai la streamyx.pon nak tunjukkan simptom beruk juga...streamyx pon puasa jg barangkali...
    T_T

    ReplyDelete
  9. @Ati Hime: Awk panggil kopok eh? Akak kopok tu cuma yg kopok ikan jer. Lain semua akak hentam sebut kepek.

    ReplyDelete
  10. @ Ibu & Abah: Dah abiz dah ABC. Masuk keja macam biasa kak, on call lagi...hehehe (pasal nak cover apa yg tertinggal masa ABC).

    ReplyDelete
  11. @Hanidebumelukut: Masa tu tak de orang kak. Org lain cuti, Saya sorang jer buat project kat bilik :).

    ReplyDelete
  12. @Cik Ina: Betul tu. Tapi kalo tak cam tu, tak teruji kesabaran...tak tahu betapa gigihnya dan kuat nya imunisasi mental terhadap ganguan 'berokband' tu :).

    ReplyDelete
  13. @Sal: Sy kat temp keja jer broadband tu buat hal. Kat umah dia ok tapi slow. Streamyx kat umah pun rajin hang.

    ReplyDelete
  14. @Dinas Aldi: Terima kasih mengiktirafkan ketabahan saya cikgu...hehehe.

    ReplyDelete
  15. @Azrina: Tak lama lagi ok lah tu. Bila dah bole adjust masa di office baru :).

    ReplyDelete
  16. @KOG: Jgn cakap apa2. Bagi jer kita apa2...itu lebih afdal di bulan pose ni. Mulut tutup tangan menghulur...hehehe.

    ReplyDelete
  17. @Al: Biasalah Baim...bila salah ditangani, jadi cam tu lah :).

    ReplyDelete
  18. @Puding karamel: Menghapdet blog semput tak pe, jgn amal2 yg lain pulak semput kan...:). Ni dah nak masuk gear 4..(ni peringat diri Ate sendiri)

    ReplyDelete