Dia yang awal
Dia sudah
Dia pun sudah
Fatih bersama Al Fatih juga sudah... semalam.
Esok Insyallah dia...Si Jaket Kuning yang nampak gigi.
Dan dia yang akhir...Jumaat 26 August 2011.
Seorang demi seorang `anak-anak' Ate mula 'mudik'. PULKAM (PULang KAMpung) ke Kuala Lumpur. Rumah mula rame ramai, terasa meriah berkumpul menjalani ibadah puasa bersama sebelum meraikan aidil fitri. Masing-masing mula bertanya sesama sendiri "Awak dah berapa kali khatam?" Mak-mak sedara dan pakcik-pakcik pun di 'mutabaah' mereka. "Ate dah khatam? Acu, Anjang,....Semua pakcik makcik di tanya. Mendengar pertanyaan ngeri itu, ada pakcik yang terus sembunyi. Ada yang sengih-sengih bela diri "Korang budak muda, mana boleh tanya amal orang tua." Ada pakcik yang ketawa ketiwi, "Kita...errr...Quran 30 juzuk. Kat rumah ada 3." (Ceh...langsung tak menjawab soalan). Dan Ate dengan penuh yakinnya memberi alasan menjawab, "Kita orang tua memang slow, banyak tanggungjawab tak terkejar...." Kata-kata Ate di pintas: "Ummu Umar (Ustazah Yoyoh) juga 'orang tua'. Ahli parlimen lagi ngan anak 13 orang, biasa dia target khatam 5 hingga 6 kali masa Ramadhan." "Itu Ummu Umar, dia memang luar biasa, sebab tu dia meninggal awal. Allah sayang dia." (Huh..Jawapan sengal cerdik penyelamat diri penutup bicara). Hendak seribu daya Ate... (tapi sumpah sungguh Ate tak punya daya....Ate hanya pintar mencipta beribu-ribu alasan)
*******
Tiada ubat untuk memperbaiki kelemahan diri kecuali dengan
MEMAKSA diri untuk berubah.
^^^^^
Yang bawah ni bonus.
Ate gatal saja nak letak pasal Ate suka tengok muka Neno Warisman
(Artis Indonesia yang telah 'hijrah').
“Setiap amanah yang diembankan, beliau menjalankannya ‘sampai titik darah penghabisan’. Bunda Yoyoh adalah cucuran air mata air yang bening. Berparas dan ber posture biasa, namun kekuatan hati beliau dan kemampuan managerial serta keunggulan dalam akalnya, menjadikan Almarhumah pantas menjalani sebagian besar hidup sebagai pemimpin,”
Testimoni Neno Warisman di buku:
Yoyoh Yusroh Mutiara Yang Telah Tiada.
Photo Neno Warisman Ehsan Google.
Ate, saya pun...errr...Quran 30 juzuk. Kat rumah ada 3 gak huhuhu
ReplyDeletemeriahnya smua dh nk blik kan. Rupa ank ate msing2 nmpak geniuslah ;D
wahh...
ReplyDeletesaya aje yang belum mudik.
*saya panggil kak ate, boleh ?
meriah la tiap kali raya ye...
ReplyDelete6 kali khatam? 5 hari sekali? satu hari paling kurang 6 jam baca al-quran? bila tidurnya? (penuh kagum) semoga rohnya dicucuri rahmat, sampai dah meninggal pun jadi inspirasi
ReplyDelete@ SSL: Hehehe..Serupa lah kita.
ReplyDeleteTu semua anak buah tapi Ate jaga dari kecil kerana di hantar ke Taska Ate dan Ate pun tinggal di rumah mereka.
@Azrina: Tak balik raya ke?
ReplyDeleteBuleh...Ate mmg dah senior pun.
@Niza: Meriah...kumpul semua lebih dari 20 orang.
ReplyDelete@KOG: Kagum kan? Ate pun heran... masa dia barakah mungkin. Anak dia masa sekolah sama Ahmad dulu setiap 3 hari khatam masa Ramadhan. Anak dia yg kecik pun masa di tanya dah besar nak jadi apa? Dia kata nak jadi ahli dewan parlimen. Org tanya kenapa? Dia kata supaya rajin baca Quran mcm mak dia (Dia tgk contoh mak dia rajin baca quran especially masa jadi ahli parlimen kerana nak menjaga kesucian hati bila bergaul dg pelbagai masyarakat di bidang politik). Subhanallah...mmg kagum dengan dia.
ReplyDeletetak sabarnya nak blk kpg...sy blk rabu ni...doakan sy selamat smp kpg ye.. :)
ReplyDeletexpelah Ate x sempat khatam yg penting penghayatan nya..
ReplyDeleteAte bila nk tempek wajah sendiri..hehe
Saya pun belum khatam lagi ni Ate, walaupun dah 22 Ramadan! Ya Allah, alpa nya saya.
ReplyDeleteAte, saya sering tertanya tanya, berapa ramai ahli keluarga Ate yg belajar di Indonesia? Mereka belajar bidang agama ke?
Kalau masa di Mekah sebab tak buat kerja lain memang boleh ati kalau nak khatam 5-6 kali. Tapi dgn tugasan kakak ini benar nak lawan anak sendiri pun tak terlawan kakak. Mereka balik sekolah setiap kali lepas solat duduk mengadap quran tak buat kerja lain...
ReplyDeletehuu akoo ni nak khatam skali time ramadhan ni pon tatau la smpat ke tak..
ReplyDeleteAte....akak pun belum khatam lagi...dah hmpir pnghujung Ramadhan....cepatnya masa berlalu...
ReplyDeletekita pun belum...sobsobsob..
ReplyDelete@Qaseh: Moga Allah permudah dan melancarkan perjalanan pulang ke kampung. Selamat sampai menemui keluarga tercinta.
ReplyDeleteCik Betty: Hehehe...soalan cepu mas tu. Suka jadi blogger misteri.
ReplyDelete@ Daddy Ziyyad: Insyallah masih sempat kejar tu doc. Kejo yop jgn tak kejor :). Caiyo!
ReplyDeleteAnak sedara ada...(kena hitunglah pulak)6 org belajar di sana. Sekolah Islam Bersepadu bkn bidang agama sahaja. Yang lelaki semua bidang sains yang perempuan amik sosiologi. Dia org belajar dari tingkatan 1 sehingga masuk U mengikut jalur Indonesia tidak menggunakan SPM tapi result sekolah Indonesia dan peperiksaan kemasukan ke Universiti di mana mrk harus compete dg jutaan pelajar Indonesia. Insyallah nanti Ate buat N3 khas ttg belajar di sana. Sekarang makin ramai org Malaysia yg hantar sana, bukan kerana murah (sgtlah mahallll...) tapi kerana sekolah swasta di sana banyak yang baik.
@ Kak Zakie: Sebab tu anak2 senang jer nak khatam 2 atau 3 kali kan. Kita ni menyemput.
ReplyDelete@ akoo pae: Insyallah sempat..caiyo!! Banyak2 doa.
ReplyDelete@Mulut Payau: Tak pe masih ada masa. Buat yang terbaik Allah Maha Mengetahui :). Tapi mmg betul masa cepat sgt berlalu kan kak. Pejam celik dah nak abis puasa.
ReplyDelete@Cinta Cukelat: Hehehe...sempat lagi. Ganbatte ne :)
ReplyDelete- semua anak2 buah ke tu...anak ate yg mane?
ReplyDelete@Al: Ate menumpang kasih anak-anak buah yang seperti anak Ate juga.
ReplyDelete