"Ustazah, dalam keadaan 'uzur' (ABC) bagaimanakah saya hendak 'merebut' amal di bulan Ramadhan ini?" Begitu sms yang diterima oleh Kak Bayu beberapa hari lalu. "Kalau awak, awak nak jawab apa?" Spontan Kak Bayu tanya Ate. "Ehh, saya bukan ustazah, tiadalah yang bertanya lebih mengetahui dari yang ditanya." Itu jawapan klise kellaass dari Ate. "Berkatalah hanya yang baik-baik dan yang terbaik, bersangkalah hanya yang baik dan berbagilah sesama apa yang terbaik."
Lebih kurang begitulah jawapan Kak Bayu yang bermaksud: Berkatalah yang baik dengan memperbanyakkan doa yang baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga orang lain. Tentang doa yang baik untuk orang lain ni, contohnya bila budak main mercun dekat rumah kita. Jangan berkata begini, "Anak sape lah ni...Memekak jer. Meletup mercun ko, putus tangan, padan muka." Sebaliknya berkatalah begini, "Bebudak ni main mercun, tak tahu ke dia bahaya dan mengganggu orang? Ya Allah, berilah mereka hidayah agar wang yang digunakan boleh disedekah." (macam skema kan bunyinya, tapi ya...Ate pernah jumpa orang yang selalu positive, berbaik sangka, berlapang dada dan mendoakan orang sebegini).
Termasuk berkata yang baik adalah: Saling menasihati dengan penuh hikmah dan kasih sayang (bukan mengutuk dan menghina). Banyakkan berzikir dan membaca doa-doa mathur. Tentang bersangka baik adalah membersihkan hati dan berlapang dada, baik terhadap manusia mahupun Allah. Berbagi sesama apa yang terbaik pula, bukan sahaja wang ringgit tetapi juga ringan tulang, lemparkan kemalasan, bantu sesiapa sahaja yang memerlukan dengan penuh keikhlasan. Begitu juga dengan sedekah. Bersedekahlah sebanyak mungkin dan saling memberi hadiah.
Cepat, cepat, cepat! SALE HEBAT PAHALA RAMADHAN, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak kiralah yang 'uzur' atau pun tidak rebutlah peluang ini, jadilah JUTAWAN RAMADHAN. Selagi stok hari masih ada. Tahun depan belum tentu jumpa lagi.
*******
Pelajaran dari Lailatur Qadr yang pahalanya lebih baik dari ibadah 1000 bulan adalah bahawa rahmat Allah jauh lebih besar daripada bakti kita kepada-Nya, tetapi ramai manusia masih tidak bersungguh-sungguh menyembah Nya. (SHL)
*******
Baim leka main lampu lip lap.
Hadiah Ramadhan dari ustzh untuk semua anak-anak kecil
ketika Majlis Iftar Jamaei minggu lepas.
HADIAH RAMADHAN
- Beg Mengkuang dari Dr Bijan
- Purse dari Ibu Noen
- Kaftan Batik Terengganu & duit Ramadhan dari Dr Yano.
dan
Biskut Batik dari KOG
(maaf, tiada gambar kerana telah selamat disimpan dlm perut)
Jazakumullah hu khairan kathira.
Moga Allah membalasnya dengan lebih baik lagi.
puasa makin sampai ke penghujung.
ReplyDeleterasa macam baru semalam dgr pengumuman mula puasa.
semoga kite beroleh rahmat yang Allah janjikan, kan Ate.
emmmmm puasa dah di penghujung ..
ReplyDeleteamboi banyak tul hadiah ... jels jelssss
assalamualaikum..
ReplyDeletesemoga kita terus beristiqamah dalam merebut ganjaran yang Allah tawarkan ini :-)
beberapa je lagi nak ke hujung ramadhan.. harap segala amalan di bulan ramadhan dapat diterima olehnya.
ReplyDeletesemoga amalan yg kita laksanakan pada tahun ini diterima ye Ate.. dan berpeluang bertemu ramadhan di tahun2 akan datang :))
ReplyDeletesaya paling nyampah dengan budak main mercun~haih~~
ReplyDeletenakk biskut batik jugak.huhu
ReplyDeleteAte..
ReplyDeleteJazakallahu khaira...
- memang bagus entry ini.... tahniah Ate... salng mengingatkan akak yg terleka ini...
beg mengkuang tu sy ada kaler pink..
ReplyDeletedah penghujung ramadhan ni kita sibuk dgn sale persiapan raya..tp sale ramadhan dah hampir dilupakan..maklumlah mood raya dah menjulang-julang..moga boleh muhasabah diri kan..
- wahhh bln ramadan pon dpt hadiah ye...best nye...
ReplyDeleteSaling menasihati dengan penuh hikmah dan kasih sayang (bukan mengutuk dan menghina)
ReplyDeleteTerimakasih buat semua teman yang meninggalkan komen di sini. Moga kita sama2 berusaha tuk mendapatkan keuntungan dari 'Sale tanpa batas Pahala' ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah-mudahan murah rezeki orang yang memberi.