Ramadhan Ate di hari 1, 2 dan 3:
Siang hari.
Malam hari :
Ate? Biar betul. Macam tak percaya Ate serajin ni.
Ya betul.
Betul...jangan percaya.
Kerana yang senonya (sebenarnya)
Malam-malam Ramadhan Ate adalah
seperti ini:
dan begini
Rasa-rasanya iler Ayaq Liuq Ate yang 'tumpah' selama 3 hari ini lebih banyak,
berbanding ibadah Tilawah dan Tahajjud Cinta yang Ate laksanakan.
Sedih. Memang sedih. Tapi tah kappe (kenapa) tahun ni awal-awal lagi Ate dah terkulai. Lelah, letih dan tak larat memanjang. Membaca kata-kata Ibnu Qayyim di dalam majalah tarbawi: "Tak ada kemudahan bagi yang tak punya kehendak kuat. Tak ada kesenangan bagi yang tak punya sabar. Tak ada kurnia kenikmatan bagi yang tidak bersusah-susah. Tak ada kebahagiaan bagi yang tak berlelah-lelah. Bahkan bila seorang Muslim mahu berlelah sedikit, itu berbalas kelapangan yang berpanjangan. Jika dia mahu menahan beratnya sabar barang sesaat, dia akan di hantarkan kehidupan yang lebih abadi. Semua jalan menuju kenikmatan memerlukan saat-saat kesabaran. Dan hanya Allah lah tempat meminta pertolongan."
Saat lelah itu hadir, kita harus menumbuhkan rasa tunduk kita kepada Allah, betapa kita hanya seorang hamba. Betapa kita harus bergantung dan terus memohon kepada Allah yang tak pernah punya rasa lelah. Bila rasa lelah datang dan terus menekan diri kita, itu saat yang sangat baik untuk bermunajat kepada Allah. Berdoa, mengadu dan memohon. Pada saat yang bersamaan kita harus mengelola rasa lelah itu untuk menguatkan kesadaran kita tentang kekuasaan Allah. Lalu kita memohon kekuatan dan itu semakin meneguhkan kenyataan betapa Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Tempat segalanya bergantung. "Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Maka nikmat tuhan kamu yang anakah yang kamu dustakan. (Ar Rahman:29-30).
Ya..Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan Ate...lemparkanlah jauh-jauh rasa lelah kamu, Te. Ya Allah, aku sadar, sesungguhnya kekuatan akan datang berdasarkan kadar kesungguhan orang yang mempunyai kemahuan. Kerana itu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakan ibadah kepada Mu.
Photos Ehsan Pokcik Google.
salam akak..
ReplyDeleteheheh..sama la kite..tdo byk..ibadah krg..xpe pasni kite perbaiki..heheh
selamat berpuasa akak yg baik ati...hheheh..
assalamualaikum
ReplyDeleteinilah cabaran sebenar berpuasa di bulan ramadhan ini ya...semoga kita terus meningkatkan amal ibadah kita
salam ate...
ReplyDeleteakak pulak.. awai lagi dah ABC
memang banyak tidur macam dalam gambar Ate tu...
Mudah2an lepas ABC ni, akak boleh lakukan semuanya dengan semangat baru...
Thank you Ate,, banyak kata2 nasihat dan semangat dalam entry ini.
ate..mungkin cuaca yg panas..yg mmbuatkan kita rasa letih dan ngantuk.
ReplyDeletejgn ikutkan rasa ngantuk...nanti semua kerja tak jadi.
haha.. saye pon.. gelakkan diri sendiri saya!
ReplyDeletesaya sampai sudah tak berkesempatan tarawih~~haih~~asal lepas buka je sakit kpala~~
ReplyDeleteAssalamualaikum ate
ReplyDeleteAmin...
yang mana termampulah, dari paksakan diri pastu besok ngantuk terlanggar b-nt-t kereta orang, kan bahaya (kejadian benar)
ReplyDeleteDari aspek sains, keletihan/lethargy itu boleh dikurangkan , andai kita mengambil langkah begini:
ReplyDelete- makan makanan yg slow digestible masa sahur, yakni yg high fibre/slow GI. Eg: oat, cereal, bijirin, roti gandum. Sebab ia hadam slow dalam masa 6-8 jam, maka kita Insya Allah akan terasa cergas dan tak letih, walhal dah pukul 2-3pm.
-tido qaiulullah, bukan tido lepas Asar! hehe..saya sendiri dah try, kalau tido lepas Asar(dgn alasan nak bagi segar malamnya), makin mengantuk di malam hari.
-kalau lapar macam mana pun waktu buka, makan sikit, tapi kerap(small frequent meals). 7.30pm makan, before terawih makan sikit, 10.30pm makan sikit...
sy minum suplemen i-food ms sahur..bertenaga uruskan rumah tangga smbil berpuasa..leh tarawikh tanpa mengantuk..
ReplyDeleteKata2 hikmah saidina Ali:
ReplyDeleteApabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keeletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal
Terima kasih dan jazakumullah hu khairan kathira buat semua teman-teman yang menghantar komen disini.
ReplyDeleteTerimakasih atas ucapan Selamat Berpuasa.
Terimakasih atas sharing pengalaman.
Terimakasih atas nasihat @ masukan yang diberi.
Terimakasih atas tips dan info untuk tetap segar walau berpuasa.
Terimakasih atas 'tazkirah' dan kata-kata hikmah.
Terimakasih..moga Allah membalas segalanya dengan kebaikan buat semua teman.
(Insyallah Ate baca dan Ate cuba ikut mana yang termampu dan Alhamdulillah, Ate rasa makin kuat)