Pages

Search This Blog

Thursday, August 18, 2011

I WISH I COULD PROSTRATE TO ALLAH AND NEVER RISE FROM IT.

"Saya punya 3 impian:
1. Dapat bersujud kepada Allah.
2. Dapat menyelak helaian muka surat Al Quran.
3. Ketika Eid (hari raya) saya dapat memeluk ibu saya."
"Ketika saya masih boleh berjalan suatu ketika dulu, saya sering meninggalkan solat.
Semua orang yang melihat saya ketika ini, pasti merasa sedih dengan keadaan diri saya,
tapi mereka tidak pernah bersedih, ketika saya melalaikan perintah Allah."  
Abdullah Bane'ema

Benar, kadang kita sedih melihat kecacatan fizikal seseorang
tapi kita tidak pernah bersedih atas 'kecacatan' mereka 
dalam melaksanakan perintah Allah.
Tontonlah satu lagi video, 
yang sungguh mengharukan dari Abdullah tentang 
'HARGAI LAH IBU'...
"AND YOU PREFER YOUR WIFE OVER YOUR MOTHER?"
"She is everything to me.... my hands, my legs, my eyes"

Note: Satu kesimpulan yang Ate buat setelah melihat video di atas, dia tidak pernah 'letih' dari mengucapkan "Alhamdulillah". Dalam keadaan dia yang lumpuh begitu dia masih lagi senantiasa bersyukur kepada Allah dan menghargai orang-orang yang di samping dia. Dia mungkin cacat dari segi fizikal tapi kita mungkin lebih cacat dari dia dari segi takwa. 

7 comments:

  1. tak dpt tengok video kat ofis..
    Allah Maha Penyayang tapi sy sebagai hamba ni, banyak lagi yang lalai..

    ReplyDelete
  2. teringin nak tgk video tu. kat opis tak leh tgk..

    mesti sayu

    ReplyDelete
  3. tak leh nak bukak la sis kat opis ni...kompom sedih kan sis...

    ReplyDelete
  4. Ate..
    akak pernah bukak youtube kisah ini..
    sedihnya...
    buat insaf diri..
    -kena tengok selalu biar lebih bersyukur dan insaf dengan kekurangan orang lain ..

    ReplyDelete
  5. menginsafkan. tapi insaf kita ni datang dan pergi..amat berharap insaf kali ni datang untuk bermukim..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih buat semua teman yang telah meninggalkan komen di sini. Ohhh..kalau di office tak leh buka video ya. Apa pun moga Ramadhan ini berjaya menginsafkan dan menyadarkan kita dalam pelbagai perkara sehingga menjadikan kita orang yang bersyukur seperti kata 'Ibu & abah'.

    Mohon lah kepada Allah agar hati kita tetap lembut dan tetap dalam kebaikan agar dia tidak sesukanya datang dan pergi. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia tetapkan hati kami agar kebaikan terus bermukim dalam diri ini. (Terima kasih cikgu Hani)

    Terimakasih juga buat Norh, Niza dan sis Aini..(betul ke Eye nee = Aini??)

    ReplyDelete