Pages

Search This Blog

Wednesday, August 3, 2011

LEBURKAN JIWA BERSAMA TASBIH UNTUK NYA

Wahai hati ku,
Alaa bizikrillah tadmainnul qulub
Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
Wahai hati ku.... 
Gelisahmu adalah bahagian dari fitrah, 
dan tak ada satu pun di dunia ini yang tidak bersumber dari-Nya. 
Maka gelisah hanyalah sepotong episode dalam harimu,
entah kamu suka ataupun tidak, 
kondisi itu tetap akan datang. 
Maka gelisahlah kerana kita belum memulangkan gelisah kepada Allah.
Gelisahlah ketika jiwamu yang luka belum disembuhkan 
dengan meredam segala keinginan dunia.
Wahai hati ku.... 
Di setiap gelisah, Allah-lah penawarnya. 
Titisan cahaya-Nya kadang meleburkan semua keresahan. 
Mengairi padang tandus yang sudah terlalu lama kemarau 
kerana kemaksiatan dan kerisauan akan dunia. 
Di setiap gelisah, cubalah menjengah jiwa, adakah Allah di sana ? 
Jika tiada, maka carilah DIA. 
Leburkanlah jiwamu bersama tasbih untuk-Nya.
"Wahai Allah, Dzat yang menguasai hati, 
Dzat yang membolak-balikan hati, 
peliharalah hati ini, tenangkanlah jiwa ini Ya Allah.. ''
*******
Sebaik tiba Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda, 
yang bermaksud:
 Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan 
oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. 
Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun). 
Kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah. 
Ketiga, berdoa meminta syurga dan 
Keempat, memohon keredaan Allah. 
(Hadis riwayat Al-Baihaqi).
Resepi Ust Darlis di adun oleh AteNoMoto


7 comments:

  1. bila gelisah, ingatlah Allah. pasti akan tenteram kerana hanya Allahlah penawar jiwa. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    kadang2 kita ni memang lupa... bila datang kesedihan.. kita resah.. Lupa pada ALLAH...
    terima kaseh Ate sering mengingatkan hal2 yang baik....
    Selamat Berbuka....

    ReplyDelete
  3. Teringat kata emak IM. Dia berzikir semasa naik basikal pergi dan balik kerja.

    ReplyDelete
  4. emmm...sejuk hati membaca nya....IsyaAllah akan di turuti...

    ReplyDelete
  5. - TQ Ate...
    - selalu gelisah jua...

    ReplyDelete
  6. Terimakasih dan jazakumullah atas komen semua teman. Sungguh bila gelisah hanya Allah tempat mencurah rasa, hanya zikir penenang jiwa.

    @IM: Seharusnya kita juga begitu kan, membiasakan berzikir ketika driving.

    ReplyDelete