Pages

Search This Blog

Sunday, August 14, 2011

SAAT 'PENGUIN SAKIT'

Hari ini entah bagaimana mulanya, awal pagi lagi, Penguin dapat merasakan hatinya menjadi keras membengkak. Bukan sekadar membengkak tapi juga tumbuh bisul-bisul bernanah sehingga terasa sakit yang amat sangat. Lebih menyakitkan dan menambahkan derita, tiba-tiba sahaja Penguin terasa segala-galanya gelap gelita. Blackout...Penguin down, tak berdaya. Tidak tertahan dengan rasa sakit dan kegelapan itu, maka mengalirlah air mata Penguin sehingga tertadah sebanyak 7 tempayan seperti permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. 
Dalam keadaan sedih yang teramat sangat dan sakit-sakit hati itu, Penguin teringat akan hadis Rasulullah saw: "Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bercahaya, tetapi kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awannya menyingkir, ia pun kembali bersinar." (H.R Bukhari Muslim)

Hadis ini mempunyai maksud yang sungguh indah. Fitrahnya hati itu sungguh bersih dan bercahaya, namun kerana sering ditutupi oleh awan kemaksiatan dan dosa, hati menjadi gelap sehingga sinarnya tidak kelihatan. Tetapi jika kita bersihkan dia dari kemaksiatan dan dosa, maka awan yang menutupinya akan menyingkir dan hati akan kembali bersinar, bercahaya. 

Ya, mungkin kerana dosa-dosa yang pernah Penguin lakukan maka hati dia selalu membengkak, keras, menanah dan akhirnya 'blackout' menjadi gelap gelita di tutupi 'awan'. Ya, mungkin ini kafarah dosa yang Penguin lakukan, maka Allah uji Penguin dengan berbagai dugaan kesakitan, kesedihan, kedukaan, kekecewaan, kelukaan, untuk membersihkan hati agar dia kembali kepada fitrahnya... bercahaya dan bersinar semula.

"Hai orang-orang yang beriman, Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkah kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,.."(At-Tahrim 66:8)
Buat Penguin yang sedang 'menderita sakit' di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, berhentilah sejenak, lakukanlah  introspeksi diri (Muhasabatun Nafsi), mencari punca penyakit hati yang dideritai agar penyakit itu tidak melarat menjadi barah yang memakan diri. "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Hasyr 59:18)
*******
Saat badai menyapa, cubalah untuk tegar. Meski kadang harus ada telaga di sudut mata. Pedih & perih menggelayuti jiwa. Namun, bersabarlah...Allah ada! Itulah ujian keikhlasan. InsyaAllah di balik keras ujianNya ada peluang untuk tumbuhnya jiwa, meluasnya hati & membijaknya sikap. Boleh jadi, itulah cara Allah menambah pahala & kebaikan, saat ibadah kita dirasa masih kurang disisi Nya. Yakinlah, Dia selalu tahu yang terbaik bagi hamba-Nya.

16 comments:

  1. saya suka entry ni...
    Ate, take care ya...

    ReplyDelete
  2. ATe...
    sekali lagi akak nak beritahu Ate...
    jika hati akak kelam kusut serabut...
    akak cari entry Ate yang sekarang dan lepas2...
    Ate pandai terangkan dan sampaikan... jelas terbentang maksudnya...
    terima kaseh Ate.....

    ReplyDelete
  3. Kesiannya penguin itu, sedih tengok dia nangis..semoga tabah menghadapi dugaan yg buat dia nangis tu & semoga dia takkan sedih lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  4. hati jgnlah sampai kerasa dan hitam kan..susah nk terima hidayah..

    betul ke kalau kita tido lepas makan pon blh jd punca kpd hati jadi hitam dan keras (selain berpunca dr dosa)?

    ReplyDelete
  5. kalau gitew banyaknya nangis, penuhlah swimming poool kat depan tu

    ReplyDelete
  6. Ate, terima kasih sediakan cik ina makan dan minum yang lazat hari ni.

    ReplyDelete
  7. @Ibu & Abah: Marilah sama2 kita meleraikan kekusutan hati...luv you kak.

    ReplyDelete
  8. @Dinas Aldi: Terimakasih kak Dinas yang baik hati. Moga Penguin itu tetap tabah. Amin.

    ReplyDelete
  9. @Cik Betty: Yup mudah2an hati tidak menjadi sekeras batu dan terus berada di dalam kegelapan 'awan' sehingga tertutup untuk menerima hidayahNya.

    ReplyDelete
  10. @ Geraugebang: Hahaha...swimming pool kat depan tu penuh tak pe, senang nak mandi, bil air pun tak de lah melambung naik, cuma masin jer rasanya, habis semua klorin neutralize. Penjimatan super... tadah dg air mata.

    ReplyDelete
  11. @Cik Ina: Terimakasih juga buat Cik Ina atas semua perkongsian di 2 blog cik Ina (especially tips masak memasak).

    ReplyDelete
  12. - ramai yg seperti penguin itu kan...

    ReplyDelete
  13. salam kenal ate...huhu tacing sungguh entry ni... salam ramadhan juga...

    ReplyDelete
  14. Allah ada bersama kita..Allah ada. Tegar lah hadapi ujian. Tanda rahmat dan kasih sayang Allah buat kita..terima kasih ate;)

    ReplyDelete
  15. tgh bhempas pulas bmujahatunnafsi nih....slalu mrh diri sdiri, knp hari ni t.smolek dulu T_T

    ReplyDelete