Pages

Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

GIVE GIFTS, INCREASE THE LOVE BETWEEN YOU

Jom kita hafal satu hadis: 
"Tahaddu Tahabbu"
Saling memberi hadiah maka kamu akan saling menyayangi.
Pendek aja kan?
Dah hafal?
Dah hafal kena amalkan.

Kerana pesanan Rasulullah ini,
Seorang hamba Allah di KLCC membeli 8 buku:
Cara Nabi MENDIDIK ANAK (RM54.00 satu). 
Untuk di hadiahkan kepada adik-beradiknya di bulan Ramadhan.

Kerana mengingatkan pesanan Rasulullah: "Tahaddu Tahabbu",
Seorang hamba Allah lain telah membeli beberapa keping DINAR DIRHAM,
Sebagai Hadiah Ramadhan buat adik beradik dan anak saudara.
Alhamdulillah 
Ate dapat sekeping yang kuning Perak.
(Ni yang untung jadi adik)
Nilainya....DIRHAM (Amount Rahsia)
Cukuplah buat simpanan Ate di hari tua...hehehe.
(Yer yer orr jer Ate.)
Moga orang yang memberi itu di murahkan rezeki dan diberkahi Allah senantiasa.

Amalan memberi duit raya merupakan suatu pemberian 'Hadiah' jika kita niatkan sedekah dengan hati yang IKHLAS. Tanpa mengharapkan balasan (Kalau aku bagi anak dia, nanti dia bagi kat anak aku). Alangkah indah, seandainya pemberian hadiah atau duit raya di beri pada bulan Ramadhan. Huh? Kenapa? Ya lah di bulan Ramadhan kan Allah offer pahala yang berganda. Tak nak rebut tawaran istimewa dari Allah ke? So kalau dah balik kampung, dah jumpa mok pok, adik kakak dan anak sedara, mana-mana yang dah masuk budget duit raya tu, berilah sebelum manghrib di Ramadhan yang akhir (yang hanya jumpa masa raya tu lain citerlah). Manalah tahu 'sedekah' kita itu boleh bantu top up pahala kita. Di iringi pula dengan doa dari mereka yang 'menerima' (doa orang yang berpuasa di bulan Ramadhan kan makbul) moga kita di murahkan rezeki dan hidup berkat. Tak ke untung berganda??

Note: English saya hancur tapi nak tulis tajuk Inggeris gak. Maafkan saya Techa Hani dan Ceecha Dinas.

16 comments:

  1. ala nak rahsia², google aje harga dirham, kih kih... dirham kelantan ke tu? dinar pun ada! nak satuuu!

    ReplyDelete
  2. bestnya buku tu cam nak beli je. ate baik cakap berapa tu? senang nak hafal. pendek je hadis tu manafaatnya banyak.

    ReplyDelete
  3. agak-agak kita termasuk dalam senarai dapat hadiah tak? he he he...kalau ikut turutan kita adik paling "Comel" mesti dapat hadiah yang comel gak. ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Bestnyer...nak jugak sekeping.. he he..

    a'aaa kan, biasanya akak bagi time pagi raya tu. eloknya bagi masa bulan ramadhan lagi la kan?kan? heee;)...

    insyaAllah ate, kali ni nak ubah la sket..nak kasi kat semua orang sbelum azan magrib hari terakhir ramadhan;..insyaAllahhh...

    ReplyDelete
  5. Teringin juga nak miliki dinar atau dirham itu...

    ReplyDelete
  6. mana nak beli yea? rasa macam nak jugak la...

    ReplyDelete
  7. @KOG: Mmg boleh google tapi kita dapat berapa Dirham, kita tak tunjuk kat belakang tu..hehehe. Dirham tu ada yg sekeping 1, 2 dan 10 dirham.

    Yang Dinar kita baru tengok 1/2 Dinar dan 1 dinar. Kita kerja cleaner jer, tak mampu wei nak beli Dinar. Hehehe. Accountant atau Doctor boleh lah :).

    ReplyDelete
  8. @ Cik Ina: 1 Dinar (emas) 2 hari lalu RM850. Minggu lepas RM835. Kejab jer naik. Tapi Ate tak mampu nak beli. Ate kan bibik cleaner, mana lah ada duit. Dirham (perak) murah, minggu lepas 1 Dirham RM25.

    Hadis tu pendek dan mudah di ingat kan..:). Boleh ajar Firdaus.

    ReplyDelete
  9. @GerauGebang: Awak kan adik paling 'comel', mana boleh kakak awak lupa.

    (Oleh kerana kita 'tak ada badang' maka kita dengan rasminya declare yg kita adalah 'adik' awk. Maka dengan segala hormatnya awak kena beri kita hadiah...kih,kih)

    ReplyDelete
  10. Beli lah sbg saving :).

    Tol tu, kena ubah sikit kebiasaan kita, Duit Raya di beri awal skit agar lebih berkah:).

    ReplyDelete
  11. @ Insan Marhaen: Belilah satu, sementara harga belum naik melambung :).

    ReplyDelete
  12. @Tukang Karut: Ate beli (sekeping jer) kat kawan. Yang banyak2 tu orang lain yang beli. Kat kedai dia (jual pakaian Muslimah dan design T Shirt) boleh pakai dirham atau dinar tu.

    ReplyDelete
  13. opss..lepas baca entry ate nih, tetiba saya pun dapat tempiasnya. Dengan tak disangka-sangkanya dapat baju raya free..yeayyy!

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat dirham tuuuu! :)

    Kalau akak fikir pasal 'aku bagi anak dia, dia bagi anak aku', alamat tak merasalah budak2 dapat duit raya dari akak sebab akak takda anak, kihkihkih! Jadi, bagi jalah & tak payah fikir apa2 dah lepas tu :)

    ReplyDelete
  15. @Cinta cukulet: Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

    ReplyDelete
  16. @ Dinas Aldi: Yang penting ikhlas kan kak...

    ReplyDelete