Hari ini, Ramadhan sudah di penghujungnya dan Syawal bakal menjelang. Dalam kegembiraan kita meraikan kemenangan di hari yang fitri (secara jujur bertanyalah pada diri sendiri, apakah ianya benar-benar merupakan suatu 'kemenangan buat kita"?) jangan lupa untuk intropeksi diri. Apakah madrasah Ramadhan kita kali ini layak mendapat kelulusan yang cemerlang dan seterusnya, memperolehi natijahnya iaitu ampunan Allah, dibebaskan dari api neraka dan beroleh ketakwaan yang akan jadi benteng diri kita untuk sebelas bulan mendatang?? (Mudah-mudahan...dengan izin Allah, kita berjaya. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat ampunan dan rahmatnya dan dibebaskan dari api neraka)
Di kesempatan ini, Ate ingin memohon maaf kepada semua teman dan para pembaca Ketikan Ate, seandainya ada perkataan Ate yang menyakitkan, tulisan-tulisan (N3) yang tidak sedap dibaca, kelakukan seperti lupa usia, gurau senda yang terkasar bahasa, mahupun janji yang tak tertunaikan....Mohon Maaf zahir batin atas segala khilaf.
"Ya Rabbi, berkahi umur kami hingga Ramadhan tahun hadapan.
Sucikan hati kami untuk saling memaafkan.
Taqabalallahu minna wa minkum."
Photo: Sessi Awal Pengambaran Idul Fitri 1432