Pages

Search This Blog

Friday, April 1, 2011

DOKTOR, KITA SAMA AJA."JANGAN TIRU SAYA."

Pergi berkursus. Dalam lebih dari 50 orang peserta terdapat berbelas orang dokter. Maka penganjur berpakat untuk menfaatkan mereka (tanpa pengetahuan peserta terlebih dahulu). Malam tu pas dinner, di pesan pada semua peserta, selepas pukul 10, tak dibenarkan makan dan minum apa-apa kecuali air masak (maka serta mertalah Ate menghabiskan berbotol air Ribena yang Ate bawa). Izin makan hanya dibenarkan masa breakfast besok pagi. Pas subuh, peserta dokter-dokter di panggil secara rehsiya rahsia, yang lain-lain di minta beratur mengikut kategori umur. "20an satu baris. 30an satu baris. 40an satu baris. 50an satu baris." Begitulah arahan dari 'komander'. Begitu begini akhirnya tahulah kami, pemeriksaan kesihatan akan dilakukan. Yang usia 50an diberi keutamaan. Ada khidmat scan oleh pakar O&G (tetiba aja rasa rugi usia belum agak tua). Dah lama jugak Ate tak buat pemeriksaan kesihatan. Kali terakhir 5 tahun lalu, masa Khidmat Kesihatan untuk Persatuan Penduduk Kampung Pisang di rumah Ate. Tapi dek kerana Ate tuan rumah merangkap AJK, Sengaja tak nak tak sempat lah nak menimbang berat badan dan ukur tinggi tuk kira BMI. 

Kali ni tak boleh lari. Mau tak mau kena ikut kata 'komander'. 
Station 1 Ukur Tinggi: No problem. 
Station 2 Timbang berat Badan: Mak ooiii...terkecut jantung Ate..Mesti penimbang rosak. "Taklah betullah tu, memang berat you berkilo-kilo meter" Huhuhu, yang jaga ni Dentist..Mesti dia tak tahu bab timbang menimbang, berkata Ate masih tak percaya.
Station 3 Kira BMI: Isshhh...As Ate expected, panjang lebar anaesthetist tu berterus terang menerangkan. Mujurlah dia syantik jelita, tak lah jemu Ate mendengar memandang.
Station 4: Kira Ukur Lilit Pinggang. Ate tak terus pergi. Tunggu dulu, cari mana-mana  yang lebih kurang same size atau yang over-over size dari Ate. Biar tak terlalu pedih telinga menelan kata-kata nista nasihat. Ate pun melompat terus ke station 6. (Station 5: Scan Special buat Ahkak-ahkak warga emas).
Beria-ia mengulur tangan padahal nak amik darah di jari aja
Station 6: Ambil darah check kandungan gula. Alhamdulillah, Ok. "Tapi kena control ye." Pesan pathologist jelita, yang malam sebelumnya kagum, menyaksikan Ate meneguk 2 botol Ribena. 
Station pump tangan ;)
Station 7: Ambil tekanan Darah. 3 orang doktor yang menjaga. Semuanya boleh tahan kuat berleter mesra alam. "Ahkak, mari sini saya check." Kata Dr Di yang manis. "Hehehe..tak pe lah, doktor, ahkak dah cek." Ate mengelak dan Dr Di pun terpaksa percaya. 
Balik semula Station 4, ada beberapa orang doktor yang dah mula check mengechek sesama mereka. Ada Dr Za, Dr Bi, Dr Ii, Dr Yaya dan Dr Fufu yang kesemuanya pipi dan jejarinya gebu-gebu macam DZ (upps, sorry doktor). Cepat-cepat Ate ikut mereka, pasal di kepala dah ada plan. Kalau Dr Pi (Psychiatrist) yang mengukur baju di badan sendiri pinggang, cakap apa-apa, Ate akan bersuara "Dokter-dokter tu pun berat belaka sama aja." (Kenapa yang tak baik mesti di tiru?). Lama juga Dr Pi menekan-nekan, daging pejal, lemak bertepu mencari pinggang Ate. Tetiba dia berkata: "Ahkak, jangan tahan napas kempiskan perut. (Alaaa..mana dia tahu trick Ate). 
Tukang Jahit Mengukur di badan sendiri (Dokter sesama dokter)
Selesai pemeriksaan kesihatan, di buat kesimpulan, lebih dari 60% tidak memuaskan. Masa breakfast nak tau apa terjadi?? Air Teh berbekas-bekas tak ada orang minum. Nasi lemak berbungkus-bungkus tak habis dimakan. Rupa-rupanya semua orang takut dan mula insyaf (taubat?). Timbul kesedaran nak berdiet menjaga kesihatan. Tapi sempat lagi ada yang bergurau, "tak baik membazir, makan aja lah besok baru start diet." Iya lah tu...entah berapa lama bertahan tak tau lah. Takut semuanya hanya taubat sambal belacan.


Kita tahu kesihatan merupakan nikmat yang tidak dapat dinilai dan di bandingkan dengan harta benda. Kerana itu Islam menuntut agar kita merebut peluang menjaga kesihatan dengan baik sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima yang lain; masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk dan masa hidup kamu sebelum datang masa mati” (Riwayat Al-Hakim). Tapi kita tetap tak jaga.


Kita juga tahu menjaga kesihatan penting untuk membuktikan rasa syukur kita kepada Allah. Kalau badan tidak sihat, bagaimana kita hendak melaksanakan ibadah dengan optimal? Tapi kita tetap tak jaga. Pasal apa? Pasal kita lebih suka ikut nafsu, nampak makanan sedap, berpinggan-pinggan ditelan masuk perut kita. Sedangkan Islam menganjurkan, jangan makan berlebihan dari keperluan. Tapi kita tetap tak jaga. Jadi apa nak kata? Bila badan solid berlemak, perut vuncit dengan spare tyre, penyakit mula menyerang kita, masa tu barulah merana. Fikir-fikir sendiri lah ya... (Ni Ate mengata diri sendiri)


"Allahumma 'afini fi badani: Ya Allah afiatkanlah tubuh badan ku." Berdoalah untuk kesihatan tubuh badan kita kerana di dalam hadis Riwayat At Turmuzi Rasulullah bersabda, “Tidak ada sesuatu yang diminta yang lebih disukai oleh Allah dari `afiat (kesejahteraan)”.
Wallahualam.

10 comments:

  1. best2 la entri yg saya baca harini.

    saya pun turut insaf...esok akan mula diet. esok malam.. heheh~

    ReplyDelete
  2. Hehehe..jari gebu saya pun masuk dalam cerita ni...:P

    Eh..ni kursus apa yer? ramai bebenor doc yg pergi..

    ReplyDelete
  3. @GB:Insaf, esok...malam? Jangan esok-esok dan esok lagi ya..hehehe.

    ReplyDelete
  4. Jari gebu DZ kan famous. Kita numpang glamour sekaki.

    Kursus motivasi, ada staff dari hospital swasta.

    ReplyDelete
  5. btul2 jagalah nikmat yg Allah beri ini smolek moleknya

    best ;D

    ReplyDelete
  6. Ate, tergelak gelak makcik pepagi ni, mengingat taubat sambal belacan.terasa diri sendiri plak, bila kena motivasi , insaf jap.lepas beberapa hari datang selera makan balik.lepas ni kalau boleh nak insaflah.

    ReplyDelete
  7. Ate...(1st time panggil u Ate..)
    akak antara contoh kerana nak sedap tekak.. akhirnya dapat darah tinggi dan kencing manis.. akhirnya renal failure...
    jika sekiranya akak berjaga2 dulu.. sure tak jd mcm ni..
    mmg bagus dikongsi entry Ate ini....

    ReplyDelete
  8. @Cik Ina: Bila fikir-fikir balik ada selera makan tu salah satu nikmat juga kan? :D

    ReplyDelete
  9. @Ibu n Abah: Thanks panggil saya Ate. Saya ni kak, dulu kerja dengan boss German, suka dengar anak2 dia panggil makcik Tante (ejaan sama Indonesia tapi bunyi lain). Tu yang brangan nak anak2 saudara panggil Tante tapi bunyinya pelik aja, lama2 jadi Ate (dah melayu tu melayu jugak).

    Tak pe lah kak. Benda nak jadi. Mudah2an akak tetap sabar dalam menghadapi ujian sakit ni.

    ReplyDelete
  10. comel la enrty ney..hahaha... nasi lemak tak nak makan dah.. huhu post la bagi pada kami di Mesir.. hehe..

    ReplyDelete