Pages

Search This Blog

Friday, April 29, 2011

HIBERNISASI

Ate tak rela tapi terpaksa.
Ate di paksa.
Ya! Saya dipaksa dan terpaksa.
Untuk Hibernisasi.
Seperti Dormouse di bawah ini?
Ohh tidak. Bukan seperti Dormouse yang petite, kecik molek dan cute mute itu.
Walau suatu ketika dulu, Ate memang sangat petite, kecik molek dan cute mute.
Ate tak suka di samakan dengan apa-apa juga makhluk yang berbunyi mouse mouse hatta Mickey Mouse or Minnie Mouse.
Lagi pun Ate bukan nak berhibernisasi lama-lama macam Dormouse yang boleh hibernate lebih dari 6 bulan.
Tidak juga hibernisasi selama ratusan tahun seperti kisah Ashabul Kahfi.
Habis tu?
.
.
.
.
Ate nak berhibernisasi seperti ini?
Ohh Tidak. 
Walau style,rupa dan kebesaran makhluk yang bernama Polar Bear ini ada persamaan dengan Ate..
Ini sudah keterlaluan.
Ate bukan hibernate untuk mengumpulkan lemak.
Membesarkan badan.
Jauh sekali kerana nak buat plastic surgery mem'vacum' keluar lemak-lemak tubuh.
Ehh...bukan, bukan.
Ate bukan hibernate pasal putus cinta.
Habis tu?
Ate ni nak hibernate ke nak berehat?
Bersantai Hibernisasi di tepi pantai?
Mana ada! Hibernisasi bukan tuk bersantai.
Kerana tiada kerehatan yang hakiki sehingga bertemuNya.

Sesi Hibernisasi ini hanya di Blog Ketikan Ate.
Ate mengumpul tenaga...
Ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.
Perlu perhatian yang tidak berbelah bagi.
Perlu kerahan tenaga dan akal fikiran.
Program Ikram Junior harus diutamakan.

Sepanjang tempoh hibernisasi ini...
Ate tak dapatlah nak buat Entry baru.
Tapi Insyallah, tak lama..hanya beberapa hari atau mungkin seminggu dua,
 Seboleh mungkin Ate akan cuba menyinggah ke rumah teman-teman.
Doakan Ate..Moga amanah yang diemban dapat dilaksana.

Tanggung jawab itu bererti berani memilih dan berani menanggung risiko atas pilihannya, serta berani mengorbankan keinginannya atas apa yang tidak dipilihnya. (SHL)



Psstt...Ate nak Cuba, try, test cipta lagu dan melatih anak-anak choral speaking. Caya tak?? Tak perlu percaya kerana Ate pun tak percaya... 


Wednesday, April 27, 2011

SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN

Pertama kali membaca kisah ini Ate rasa, ya Allah banyaknya dosa yang aku dah buat pada 'anak-anakku'. Rasa bersalah yang amat sangat, kerana selama ini banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam mendidik anak. Jom kita layan kisah inspirasi yang seharusnya menjadi teladan buat kita semua khususnya para ibubapa dan pendidik...
Dr Arun Gandhi (cucu kepada Mahatma Gandhi) bercerita:
"Ketika berusia 16 tahun, saya dan dua adik perempuan saya tinggal bersama kedua orang tua saya di sebuah yayasan yang didirikan oleh datuk saya di tengah-tangah kebun tebu, 18 KM di luar kota Durban, Afrika Selatan. Kami tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai jiran tetangga. Oleh kerana itu, setiap kali ada kesempatan pergi ke bandar, pasti kami tidak akan melepaskan peluang dengan mengunjungi teman atau menonton wayang di pawagam.
             Suatu hari ayah meminta saya menghantarnya ke satu conference. Pada waktu yang sama ayah juga meminta saya melakukan beberapa perkara termasuk menghantar kereta untuk di service di bengkel. Ketika sampai di tempat conference ayah berpesan; "Ayah akan tunggu kamu di sini jam 5 nanti." Setelah itu saya pun menghantar kereta ke bengkel dan cepat-cepat menyelesaikan semua tugas yang di minta oleh ayah agar saya dapat mencuri waktu untuk menonton wayang. Seronok dan leka menonton 2 tayangan cerita lakonan John Wayne, tanpa saya sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. 
Saya pun apa lagi..terburu-buru mengambil kereta di bengkel dan terus menjemput ayah. Dari jauh telah kelihatan ayah begitu sabar menunggu. Apabila masuk sahaja dalam kereta dengan tenang ayah bertanya. "Apa yang menyebabkan kamu terlambat, nak?"
Aduhh..malu saya nak mengaku yang saya lambat kerana tengok wayang. Spontan saya berbohong; "Lama di bengkel. Kereta lambat siap." Padahal, ternyata tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya ayah telah menelefon bengkel tersebut. Dan kini..ayah tahu saya telah berbohong. (Kalau Ate dah bertempik dah...Biasa dia berbohong heh!! Ingat Ate tak tau, bla,bla,bla...tak berenti berleter dengan suara yang high pitch macam beri ceramah tanpa microphone kat 100 peserta).
           Ayah berkata; "Ada sesuatu yang salah dalam membesarkan kamu sehingga kamu tidak memiliki keberanian untuk menceritakan kebenaran kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, ayah akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki sepanjang 18 KM dan memikirkannya baik-baik." Lalu dengan tenang ayah turun dan mula berjalan kaki pulang ke rumah, sedangkan waktu itu hari sudah mula gelap. Tak sanggup meninggalkan ayah, saya 'menemani'nya dengan membawa kereta perlahan-lahan di belakang ayah selama 5 jam setangah. Melihat penderitaan yang dialami oleh ayah hanya kerana kebohongan bodoh yang saya lakukan, sejak itu saya bertekad tidak akan lagi pernah berbohong.



Dr Arun melanjutkan, "Seringkali saya berfikir mengenai peristiwa ini dan merasa hairan. Seandainya Ayah menghukum saya sebagaimana kita menghukum anak-anak kita, maka apakah saya akan mendapatkan SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN? Saya kira tidak, saya akan menderita atas hukuman itu dan akan mengulangi melakukan hal yang sama lagi. Tetapi, hanya dengan satu tindakan tanpa kekerasan yang sangat luar biasa, dapat menyedarkan saya dan memberi kesan yang sungguh mendalam sehingga saya merasa kejadian itu baru saja terjadi kemarin. Itulah KEKUATAN TANPA KEKERASAN."

                Huhuhu...Sedih. Sedih sungguh Ate baca kisah ini. Terfikir Ate tah berapa kali Ketidak Sengajaan Kekerasaan Yang Telah Ate Lakukan kepada 'anak-anak'. Waaa....Tak terhitung...(Maafkan Ate anak-anakku) Ketika Ate ceritakan kisah ini kepada adik ipar Ate, Bomoh Bijan, lama dia terdiam. "Ate tanya nape awak diam?" Bomoh Bijan jawab; "Saya sedang fikir dan kira. Agak-agaknya berapa kilometer saya kena jalan. Dari KL sampai Kampung di Perak pun belum tentu saya habis fikir kesalahan saya dalam mendidik 2 Bujang Senang tu". Betul tu. Tapi perkara yang dah berlalu jangan dikesalkan, minta maaf pada anak dan keampunan dari Allah. Pas ni Ate kena fikir banyak kali sebelum 'teriak-teriak' hilang sabar kat anak. Takut jenuh nak kena jalan kaki berkilo-kilo meter memikirkan di mana silapnya Ate ketika mendidik anak. (Sure boleh kurus macam Rozita Che Wan)
Ate cari photo Rozita Che Wan kurus kat Pak Cik Google dan dia beri Ate gambo ni ;)
(Sumber Cerita:Tarbawi)

Tuesday, April 26, 2011

YANG KEMPES BERISI KEMBALI

Assalamualaikum wr wb.
Hari ini....

Ada sesuatu yang tak kena pada Ate. Bangun pagi-pagi dah tak ada mood, perut sakit berdenyut-denyut, tapi masih gagah ngadap laptop, buka blog, hanya Cik Ina fames yang dah post entry. Sekejab-sekejab Ate menyinggah umah Cik Ina di Hijau Itu Indah, pasal umah Cik Ina cantik lagi sejuk mata memandang. Sampai Cik Ina menegur dengan penuh kasih sayang, "Ate, Mak Cik tak kesah Ate datang pagi-pagi asyik minta kopi, tapi tolonglah cuci muka dan berus gigi. Pi lah balik umah dulu, urus diri. Esok-esok datang lagi." Baik Mak Cik. Terimakasih, iznkan Ate mengomel panjang di umah mak cik. Saaayang Mak Cik...
Hari ini juga...
   Ate terima sms dari seorang hamba Allah yang baik budi. "Assalamualaikum Kak Ann, apa kabar? Ada apa-apa hajat tak yang saya boleh bantu tunaikan.." Huh? Mimpikah Ate? Dapat sms dari 'Genie in the bottle phone' yang nak menunaikan wish hajat Ate. Aaaa..Best nyerrr. Otak Ate mula ligat berfikir, hajat apa yang tersimpan di hati...Ate nak Ferrari...Ehh tak jadi, tak jadi..Ate nak Lamborghini...Errr..tak jadi, tak jadi... mahal woiii nak maintain keta cam tu, Ate bukannya banyak duit tak nak membazir. Tak jadi Lamborghini atau Ferrari, Ate nak....Camry, Yesss...Camry. Dapat Camry pun tak pe Yano. Ciss..MOBILlistic kau Ate. Tamak tak bertempat..Cuba dalam hidup ini, belajar-belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Dikurniakan kenderaan mini walau sekadar Savvy, kamu tak perlu bersusah payah berjalan kaki. APA PUN YANG TERKADANG KITA ANGGAP KEKURANGAN, SESUNGGUHNYA ITU RAHMAT JIKA KITA MENSYUKURI. Ok lah, ok lah.. Sorry. Ate tak minta 'benda-benda dunia'. Ate dah tahu, Ate nak mintak apa. Ate pun membalas sms Dr Yano yang berhati mulia, "Yano, akak hajat nak pegi Haji, sanggup awak tolong tunaikan hajat akak yang suci lagi murni ni?" Hahaha..Ate boleh bayangkan wajah Dr Yano semasa menerima sms Ate ni. Pasti dia terkujat-kujat kena sawan. Jangan stress Yano, Jangan stress. Sampai petang ni, dia tak jawab-jawab lagi sms Ate. Mesti dia menyesal antar sms pagi tadi.
(Sebenarnya Ate terharu semasa mendapat sms dari sahabat Ate yang di kasihi ini. Pagi-pagi dapat gaji, tak lupa dia pada Ate.Uhibbufillah ya ukhti..Aku mencintaimu kerana Allah.)

Hari ini yang terpenting...
Hari GAJI bagi orang-orang yang bekerja dengan Gomen. Dua tiga hari lalu, POKET YANG KEMPES MULA BERISI KEMBALI. Selamat Berbelanja dengan Berhemah. Jangan lupa sisihkan sedikit gaji anda untuk di sedekahkan. BELAJARLAH MEMBERI MESKI TAK SEBERAPA. Ingatlah, JANGAN MINTA BANYAK HARTA AGAR DAPAT MEMBERI. MINTALAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DAPAT BANYAK MEMBERI, ENTAH PUNYA HARTA ATAU TIDAK.

Monday, April 25, 2011

MILIK SIAPAKAH BLOG INI?

Tringggg..titititit (Macam tulah lebih kurang bunyinya sms dari henpon baru BrackCherry BALD Ate)
Ate buka sms hp cikai, made in Kulai yang tak ada pin number:
"Bacalah..blog mama-abah: Sweetnessofislam.blogspot.com"
Milik siapakah hati ini blog ini?
Ate klik, Ate baca.
Aaa...suka, suka sangat Entry "The Power Of Doa".
Ate mengomel mengomen: "When you pray for other, Allah listens to you and blesses them and sometimes, when you are safe, success and happy, remember that someone has prayed for you..."** Sob,sob. Ate cried approximately 5 tablespoon of tears (Hek eleh...Ada orang heran Ate menangis? Huh dasar kememeh aka si cengeng. Apalah sangat tangisan sekadar 5 sudu besar airmata??)
Terharu. Kini bertambah seorang lagi ahli keluarga Ate yang jadi blogger.
Ate tak pasti tuan tanah sebenarnya milik siapa.
Gaya penulisan macam milik Cikku BulPen. Tapi tidak mustahil juga kalau sang isteri, Bomoh Bijan yang beri inspirasi dan idea. 
Apa-apa pun tahniah dan  SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGER.
Semangat! BOLEH BAH KALO KO! KO BOLEH BAH CIKKU!
Bomoh Bijan/Mrs BulPen bersama suami, Cikku BulPen dan anak-anak.

Cikku BulPen bersama Puan Lilynana Tompok salah seorang blogger misteri yang fames.

**"Bila kita berdoa buat orang lain, Allah mendengar dan mengabulkannya. Bila ada ketikanya kita merasa dilindungi, mendapat kejayaan dan kebahagiaan, ingatlah pasti ada seseorang di luar sana yang telah mendoakan kita..." 

SEMANGAT ISNIN PENUH BAHAGIA

Assalamualaikum wr wb dan Selamat Pagi Semua.
Semangat Pagi Isnin

                                                                 Semangat Kain Pelekat

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM,
Tapi TERSENYUMLAH maka KAMU KIAN BAHAGIA.
Jangan menunggu SEMANGAT baru BEKERJA,
Tapi BEKERJALAH maka SEMANGAT AKAN MENYERTAIMU. 
Berfikir positif, Insyallah dapat mengubah segalanya, 
tapi KEAJAIBAN DATANG DARI KEPERCAYAAN YANG POSITIF. 
Semangat Isnin Penuh Bahagia. Moga berkah Allah sentiasa bersama kita.
Senyumlah..orang bahagia, anda bahagia.

Friday, April 22, 2011

APRIL, MENGENANG DETIK PEMERGIAN ABAH

RAKAMAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
Kepada Adinda:
Haji Mohd Fahmi Bin Haji Mohd Yusof
&
Hajah Rosidah Binti Ahmad
Di atas
Segala Pengorbanan, Perihatin, Kasih Sayang,
Khidmat Bakti Dan Jariah Yang Tercurah
Selama 24 Tahun.
 Untuk
Memelihara Dan Menjaga Kebajikan Untuk
Almarhumah Emak Tersayang Semasa Hayatnya.
"JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA"
(Semuga Allah Membalas Kebajikan Yang Sebanyak-banyaknya Kepada Adinda Berdua. Amin)
Dengan Ingatan Kasih Mesra
Setulus Rasa daripada Kekanda:

Muhammad & Siti Sekeluarga
Johor Bahru
15 MAC 1999
       Mac 1999..12 Tahun yang lalu. Abah mengirimkan surat penghargaan ini kepada adik bongsunya yang telah mencurahkan kasih dan khidmat baktinya menjaga bunda mereka, nenek Ate. Abah selalu begitu..suka memberi penghargaan, bukan dengan wang ringgit kerana abah bukan seorang yang berada tetapi sering dizahirkan melalui untaian kata yang ditulis.
       Selepas pemergian nenek, abah selalu mengadu dengan Kak Long, hampir setiap malam dia mimpikan nenek. "Mungkin nenek 'perlukan bantuan abah'. Abah banyakkanlah lagi solat malam dan doa untuk nenek." Kata Kak Long. Sejak dari itu, abah banyak berubah. Sebelum nenek meninggal dunia, setiap kali kami anak cucunya balik, Abah pasti meraikan kami dengan bersembang dan sibuk membelikan makanan kegemaran kami di gerai-gerai tertentu. Untuk sarapan sahaja, tidak hairan kalau abah menyinggah sehingga 5 gerai di kawasan yang berbeza, semata-mata untuk mendapatkan makanan yang paling sedap mengikut kegemaran setiap satu anak cucunya.
    Setelah pemergian nenek abah kurang bersembang dan meraikan kami pun hanya seadanya kerana masa abah lebih banyak di habiskan dengan tilawah Al Quran. Tapi ketika aqiqah 2 cucunya, dia 'bersesoh' beria-ia nak memasak sendiri nasi beriani. 
      Beberapa minggu kemudian dia mengadu sering sakit dada. Ah Wong kata bagus kalau dapat check di KL, kerana Ah Wong ada teman Cardiologist. Lagi pun dengan 'pas sebagai Medical Lecturer' mudah bagi Ah Wong nak keluar masuk hospital tengok abah. 
        Sampai KL, Sabtu tengahari itu, abah kata dia nak makan 'berjemaah' dengan anak-anak. Petangnya abah ke hospital dengan Ah Wong. Ahad di ward, abah meminta Kak Bayu masakkan cekodok ikan bilis beserta sosnya.  Dia juga meminta Ate membelikan dia akhbar 'H'. Abah tak biasa menyuruh-nyuruh. Abah juga tak suka menyusahkan orang walau anak isterinya. Dia di susahkan tak apa. Tapi hari Ahad itu, abah buat banyak permintaan. Bila Ate lupa membelikan akhbar yang diminta secara berseloroh dia berkata "Konyok awak..Selalu lupa." 
       Isnin abah buat stress test. Ketika stress test tiba-tiba abah jatuh, kena stroke. Abah yang terkenal 'riuh'  berusaha berkomunikasi, tapi bahasanya tidak kami fahami. Jururawat yang jaga ward abah pada masa itu, sedih melihatkan keadaan abah. Mereka kata "Pak cik ni baik, ramah dan suka bergurau. Masa hantar dia buat stress test tadi dia sibuk berbual dan gembira aja. Tak sangka dia macam ni sekarang." 
       Selasa, abah hanya diam, tidak cuba berkomunikasi seperti hari sebelumnya. Dia hanya memejamkan matanya, sesekali airmatanya mengalir. Petang itu Kak Long berbisik di telinga abah.."Abah, abah jangan susah hati. Sasa akan jaga adik-adik dan ibu." Airmata abah mengalir lebih laju dari deraian airmata Kak Long. Saudara mara dan sahabat handai mula datang tanpa henti.  
Malam, Ate membawa Kak Long dan Kak Ngah (kedua-duanya baru habis pantang) pulang bersama anak-anak. Di hospital, Kak Bayu menemani ibu dan Ah Wong pula tanpa henti mengaji disisi abah. Jam 4.50 pagi Kak Long terjaga. "Ate, bangun bukak pintu. Ah Wong dah balik tu." Terpisat-pisat Ate menjengah ke luar. 
"Mana ada orang?" 
"Ada, saya dengar orang beri salam dan ketuk pintu tadi." 
"Awak mimpi kot?" 
"Tidak, saya dengar, jelas." 
Tiba-tiba telefon berdering, terdengar sedu sedan Kak Bayu, "Abah dah tak ada." Innalillahiwainnailaihirojiun.

7 April 1999, jam 4.50 pagi...Abah pergi menemui Pemiliknya. Pergi yang tidak kan kembali lagi. Meninggalkan station kenangan yang tak terlupakan.
Abah, sungguh aku rindu kepadamu. 
Ingin sekali aku ungkapkan, 
"Abah, anakmu ini sangat menyayangimu." 
Tapi sayang semuanya telah terlambat. 
Hanya doa yang bisa ku titipkan. Moga rohmu aman disisiNya.


"SUNGGUH, AKAN AKU TAMBAHKAN SOLATKU KERANAMU, AGAR AKU SELALU DIJAGA (ALLAH) UNTUKMU."
Kata-kata Said bin Musayyid kepada anaknya.


SELAMAT BERKARYA DI JUMAAT YANG PENUH BERKAH

Pagi penuh cinta. 
Semoga berkah & maghfirahNya  menyinari teman-teman semua. 
Ikhlas Bekerja & tidak takut gagal dlm berkarya. 
Semangat di Jumaat penuh manfaat!
Halle bersama teman-teman Salam UI termasuk Oki Setiana Dewi (Ketika Cinta bertasbih)

Istimewa buat 'anakanda' yang di sayangi, Halle Cerry, salah seorang gadis di atas yang baru belajar berblogging. Selamat datang ke dunia blogger, say. 
"Terus berkarya jangan pernah berhenti. 
Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
Love you, say. Take care.

Thursday, April 21, 2011

BUAT 'MAWAR NAFASTARI' DAN KITA SEMUA...


Saat Rindu Membuncah Dada
Saat Cinta Tak Lagi Bertasbih
Saat Kenangan Menggamit Hati.
Tumpahkanlah segalanya kepada Dia. 
Hanya Dia lah yang mampu membuat kamu tersenyum, walau dalam keadaan menangis.

Tempat bertahan ketika kamu merasa ingin menyerah. 
Tempat berdoa ketika kamu kehabisan kata-kata.
Yang sentiasa Mengerti di saat tiada seorang pun yang memahami.

Semoga Allah senantiasa menjagamu disiang dan malam hari.
Mengiringi setiap langkahmu. 
Memudahkan setiap urusanmu.
Melapangkan hatimu.
Memberkahi hidupmu.
Amin.

Buat semua teman dan para pembaca yang sentiasa memerlukan DIA. Apapun yang terjadi adalah KurniaNya jua. Susah senang hanya peristiwa. Semua berhujung indah selama kita sikapi dengan berlapang dada. Semangat Hari KHAMIS.


Tuesday, April 19, 2011

NAMA ADALAH DOA DAN HARAPAN

"Bila nak 'tambah' adik lagi ni? Adik kan dah besar." Tanya Ate kepada Bijan.
"Nanti lah Te, tunggu abang besar dulu. Bukan tunggu adik besar tapi abang. Pasal adik senang, tak cerewet, pandai bawak diri dan ok jer. Abang yang manja sangat-sangat dan banyak kerenah. Apa-apa, semua adik yang kena mengalah. Tu yang kena tunggu abang besar dulu." Panjang lebar Bijan, adik ipar Ate menjawab.
Tiba-tiba Kak Bayu menyampuk, "Semua tu salah awak, sape suruh bagi nama anak 'terbalik'. Memanglah perangai adik lebih matang dari abang. Dah adik tu 'ayah' dan abang  pulak 'anak'.  Abangnya Ismaeil, adiknya Ibrahim. Tu yang bila Ismaeil menanggis, Ibrahim yang memujuk."
       A'ah ek. Betul jugak. Tapi betul ke nama atau panggilan nama itu ada kaitannya dengan sikap dan minat anak-anak? Bak kata William Shakespeare "Apalah erti sebuah nama." Boleh di pakai ke kata-kata Shakespeare tu?
        Dalam pemerhatian Ate Professor yang tidak bertauliah, 'fakta' yang tak berapa tepat nama memang sedikit sebanyak ada pengaruhnya. Bukankah dalam Islam kita harus memberikan anak dengan nama dan panggilan yang mempunyai makna yang baik? Nama yang baik juga merupakan suatu doa. Kajian 1 tahun jam yang dilakukan Ate terhadap 6000 6 orang, menemui beberapa penemuan bukti DNA yang menyokong 0.1% kebenaran fakta tersebut. Di sini Ate tunjukkan hasil kejian kajian Ate:
       Muhammad Ahmad Alrashid: Nama diberi sempena tokoh penulis dari Mesir, Muhammad Ahmad Alrashid. Pernah cikgu dia orang menyebut "Wah, tamaknya, dua-dua diambil, dah ada Muhammad, ada pulak Ahmad, kan maksudnya sama aja iaitu 'yang terpuji'." Perwatakan Ahmad tidak keras, sangat sensitif dan peka pada suasana sekitarnya sangat sesuai dengan sifat-sifat yang biasa di miliki oleh seorang penulis. Ketika usia 3 tahun Ahmad sudah boleh membaca dan suka sekali menulis dan melukis. Sekitar usia 5 tahun dia telah membuat satu buku mini dan ketika itu kami fikir, bila besar nanti dia pasti akan menjadi seorang penulis seperti Muhammad Ahmad Alrashid. Ternyata kini, di usia 21 tahun Ahmad tidak belum lagi menjadi penulis... :). Dia mengambil jurusan Fizik di universiti tetapi pada waktu yang sama selalu membuat kerja-kerja sambilan 'men translate' melalui penulisan (dapat duit tu). 
       Abu Ubaidah: Diberi nama kerana cerita yang unik tentang patah gigi. Ketika perang Uhud, Rasulullah telah dipanah dan akibatnya dua mata rantai besi dari  penutup muka Rasulullah tertancap di pipi baginda. Sahabat Rasulullah, Abu Ubaidah Al Jarrah telah menggigit besi tersebut untuk mengeluarkannya dari pipi Rasulullah sehingga patah 2 batang gigi depan Abu Ubaidah Al Jarrah. Ketika mengandungkan Abu Ubaidah moden, gigi depan ummi dia patah, kerana itu dia diberi nama Abu Ubaidah. Kini Abu Ubaidah sedang sibuk belajar mematahkan gigi mengumpulkan gigi-gigi patah(Jurusan Kedokteran Gigi). (Pelajarilah kisah Abu Ubaidah Al Jarrah, moga kamu mempunyai peribadi sepertinya, itu harapan ummi abah kamu, ingatlah nak).
       Abdullah Azzam: Sempena nama pejuang Islam dari Palestine yang syahid di Afghanistan Dr Abdullah Azzam. Dr Abdullah Azzam, seorang yang berani, berpegang teguh dengan prinsip jihad berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bersabda “Berdiri satu jam dalam pertempuran di Jalan Allah lebih baik daripada berdiri menunaikan shalat selama enam puluh tahun." (HR Imam Ahmad, Muslim). Membaca kisah Dr Abdullah Azzam anda akan kagum dengan pengorbanan dia dan ahli keluarganya, kegigihan serta kewibawaan dia sebagai pemimpin kafilah para syuhada. Seorang yang sangat cerdik tapi tidak pernah meninggi diri dikalangan sesama Muslim, sangat menghormati pandangan generasi yang lebih muda dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata kasar atau berbicara buruk tentang orang lain walau ketika dia difitnah. Ketika kecil Abdullah Azzam moden juga sangat berani dan sangat kuat azamnya sehingga ibunya sering menukar nama panggilannya daripada Azzam kepada Abdullah (hamba Allah) sahaja.

       Khadijah Husnayain: Dengan harapan agar Khadijah akan menjadi  seorang yang bijak, setia, sabar, dan solehah sebagaimana pribadi wanita yang sangat dicintai oleh Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid. Khadijah moden suka skali berniaga sama seperti Khadijah Ummul Mukminin yang terkenal sebagai peniaga wanita yang berjaya. Kini di usia 12 tahun, Khadijah Husnayain sentiasa berusaha memperbaiki dirinya agar menjadi lebih di cintai dan disenangi oleh Allah, ahli keluarga dan teman-teman walau dalam keadaan dia masih bergelut dengan perubahan dirinya dalam 'proses peralihan usia early adolescence' dia tetap ingin meraih 'Husnayain' iaitu dua kebaikan di dunia dan akhirat.

       Himmah Tsabitah: Perwatakannya sangat sesuai dengan namanya Himmah (hasrat yang kuat atau bercita-cita tinggi) dan Tsabitah asal dari perkataan Tsabat (tetap teguh). Belum 5 tahun tapi sangat cerdik dan kalau berbicara mengalahkan mak nenek. Hah..dia ni memang kes berat. Kalau dia kata nak, nak juga. Dia tahu apa yang dia nak, dia sangat jelas dan faham apa yang dia mahu dan dia akan jadi sangat tidak faham dan tidak mahu faham tentang apa-apa yang dia tak mahu. Pandai manipulasi, pintar cywar sampai abah atau orang yang lemah semangat surrender dan cakap "BOLE BAH KALO KO". Ummi dia tak tahu nak panggil dia apa kalau dia dah buat bodo perangai 'HIMMAH TSABAT'. Hek Eleh...Kalau Ate panggil aja dia Cik Kak Poyo.
       Abdullah Fatih: Uminya nak beri nama Muhammad Al Fateh sempena nama tokoh terkenal yang membuka Costantinople tapi abahnya kata Al, Al ni macam nama Arab. Abah dia juaga nak letak nama Abdullah tak mau Muhammad. Maka jadilah nama dia Abdullah Fatih. Masa kecik sibuklah dia menjadi 'Hamba Allah yang suka Membuka' (Fateh = Pembuka). Habis semua lemari, beg dan apa juga yang boleh dibuka, di buka oleh dia dan diselongkar dikeluarkan segala isi perut yang ada di dalamnya.

       Begitulah antara fakta kurang tepat yang Ate temui dalam kajian tak ilmiah Ate. Maka pada semua pembaca, berhati-hatilah dalam memilih nama anak. Apa pun Ate percaya nama itu adalah doa dan bukankah doa seharusnya di sertakan dengan usaha dan tindakan. Kerana itu Ate suka bertanya dan bercerita dengan anak-anak buah dan anak-anak bunga murid, kisah disebalik nama mereka. Apa makna nama mereka dan kalau nama itu ikut tokoh tertentu highlight kan kebaikan-kebaikan sifat tokoh tersebut agar menjadi contoh teladan. Sesungguhnya Di sebalik nama tersirat doa dan harapan dari ibubapa buat anak-anak

Monday, April 18, 2011

SENYUM..ISNIN DATANG LAGI




Assalamualaikum wr wb.

Selamat Pagi buat semua teman. Hadapi tentangan dengan senyuman, temui cubaan dengan kesabaran. Dalam kesulitan selalu ada kemudahan. Semangat Isnin penuh kegembiraan! 

Saturday, April 16, 2011

PELAJARAN DARI SEORANG LELAKI TUA PENARIK BECA

Di dalam kuliah nya  baru-baru ini, Kak Bayu bercerita tentang seorang lelaki tua bernama Bai Fang Li. Mendengar cerita Kak Bayu tentang kesungguhan dan keikhlasan Bai Fang Li dalam memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim, walau dia sendiri berada dalam kesusahan dan hidup serba kekurangan, menarik minat Ate untuk mengenali lebih lanjut lagi akan kisah kehidupan Bai Fang Li.
       Siapakah Bai Fang Li? Bai Fang Li adalah seorang penarik beca yang berasal dari Tianjin, China. Ketika usia Bai Fang Li 74 tahun dia terpandang akan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang sibuk menawarkan khidmat mengangkat barang-barang yang dibeli oleh para pelanggan di pasar untuk mendapatkan upah. (Pemandangan ini biasa juga di lihat di Pasar-pasar di negeri Sabah). Tubuh kecil budak itu kelihatan terhoyong hayang ketika mengangkat barang-barang tersebut. Setiap kali memperolehi upah atas 'khidmat'nya dengan tersenyum senang di simpan wang upah itu di saku. Apa yang menghairankan Bai Fang Li, kanak-kanak itu juga mengais-ngais tempat sampah untuk memungut makanan lalu makan dengan penuh selera. Sedangkan dengan wang upah yang diperolehi, boleh sahaja dia membeli makanan yang sewajarnya. Ketika ditanya, ternyata kanak-kanak tersebut tidak mau 'mengusik' wang hasil susah payahnya, untuk membeli makanan buat mengisi perut sendiri kerana wang itu akan di gunakan untuk membeli makanan buat dua orang adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun. Mereka bertiga hidup bersama di pondok yang kumuh setelah kedua orangtua mereka hilang entah ke mana.
       Bai Fang Li tersentuh mendengar kisah budak tersebut. Seorang anak kecil berusia 6 tahun sanggup berkorban, mengenepikan kepentingan diri sendiri semata-mata kerana kasih buat 2 adik tercinta yang masih terlalu kecil. Bai Fang Li menghantar kanak-kanak itu pulang. Setelah itu dia membawa ketiga kanak-kanak itu ke rumah anak-anak yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. 
       Sejak saat itu, bermula pada tahun 1986, tanpa cuti selama 365 hari setahun, tanpa mengira terik panas matahari atau dingin salji yang membeku dalam perubahan cuaca yang silih berganti, Bai Fang Li mula mengikut jejak budak berusia 6 tahun itu, dengan memberikan hasil susah payahnya buat rumah anak-anak yatim, manakala untuk diri sendiri dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Setiap hari dia menghabiskan waktu dari awal pagi hingga ke malam dengan mengayuh beca untuk mendapatkan wang. Wang penghasilannya setelah ditolak sewa pondok buruk yang hampir roboh, membeli dua potong roti kismis untuk makanan siangnya dan sepotong kecil daging serta sebutir telur untuk makan malamnya, di sumbangkan ke rumah anak yatim tersebut. 
        Dia hidup 'seadanya'. Setelah lelah bekerja sepanjang hari mengayuh beca, dia berehat di pondok kecilnya dengan merebahkan badan di sehelai tikar tua yang telah koyak disekeliling penjuru. Kelengkapan dipondoknya hanyalah sebuah kotak yang berisi beberapa helai baju dan sehelai selimut tipis tua yang telah bertampal-tampal. Ada satu pinggan dan satu 'cawan ayan' serta satu lampu minyak tanah. Untuk pakaian dirinya, diambil dari tempat sampah.
       Adalah suatu kemewahan yang luar biasa apabila dia berjaya mendapatkan pakaian yang koyak tapi masih boleh dipakai yang di perolehi di tempat pembuangan sampah. Dijahit dan ditampal baju tersebut lalu di pakai. Malah menjadi kebiasaan bagi dia memakai stokin yang berbeza warna. Anak perempuannya, Bai Jin Feng, menceritakan: "Dia menderita sepanjang hidup. Berjimat cermat terhadap makanan dan minuman. Menjahit dan menampal terus menerus pakaiannya." Apakah benar dia menderita dengan cara kehidupannya? Tidak. Tidak sama sekali, malah dia menikmati kehidupan itu dengan penuh kebahagiaan. Dia merasa sangat bahagia sekali melakukan semua itu, ditengah kesederhanaan dan keterbatasan dirinya.
  
“Tidak apa-apa saya menderita sedikit, yang penting biarlah anak-anak yang miskin itu dapat makanan yang layak dan dapat bersekolah. Dan saya bahagia melakukan semua ini…,” katanya bila orang-orang bertanya mengapa dia berkorban demikian besar untuk orang lain tanpa peduli dengan dirinya sendiri. Wang yang dia sumbangkan ditujukan kepada semua anak yatim piatu yang memerlukannya. Dia tidak pernah mengharapkan penghargaan, pujian apatah lagi balasan. Dia tidak pernah meminta nama-nama anak yatim yang menerima bantuannya. Dia hanya pernah sekali bergambar bersama dengan beberapa anak-anak yatim tersebut.
       Saat ditanya harapan yang dia miliki terhadap anak-anak yatim piatu itu, dia menjawab dengan rendah hati :’Saya hanya ingin mereka rajin belajar, mampu bekerja, menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada negara.”
Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, sehingga hampir 20 tahun Bai Fang Li mengayuh becanya demi memperoleh wang untuk menambah sumbangannya pada rumah anak yatim piatu di Tianjin itu. Ketika usianya 91 tahun, dia memberikan sumbangan terakhirnya sebesar 500 Yuan (sekitar RM200). Kepada pengurus dan guru-guru di rumah anak yatim tersebut Bai Fang Li berkata “Saya sudah terlalu tua dan menghadapi masalah kesihatan. Saya sudah tidak dapat mengayuh beca lagi. Saya tidak dapat menyumbang lagi. Ini mungkin wang terakhir yang dapat saya sumbangkan……” Bai Fang Li meninggal dunia pada tahun 2005. Dia meninggal dalam kemiskinan dan tidak menyisakan wang maupun harta benda lainnya untuk dirinya sendiri. Dia hanya memiliki keikhlasan, kesungguhan dan kemurniaan kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemergiannya di tangisi oleh lebih dari 300 anak yatim yang pernah disentuh dengan sifat pemurah Bai Fang Li.

       Apa pelajaran yang dapat kita perolehi dari kisah seorang lelaki tua berhati mulia bernama Bai Fang Li ini? Cuba lihat diri kita. Pekerjaan, rumah dan kenderaan kita. Makan minum kita setiap hari. Pakaian yang kita miliki. Masihkah ada rungutan gaji kita tidak mencukupi. Kemanakah habisnya wang kita? Bagaimana pula infak dan sedekah kita? 
"Bagaimana nak bersedekah? Untuk kehidupan kita sendiri pun belum mencukupi." 
"Tiap hujung bulan nak tunggu gaji, poket dan dompet kita dah sakarat, bagaimana nak 'memberi'."
"Allah tahu, saya tak mampu. Saya bukan orang kaya. Hidup pun cukup makan aja."
Inilah realitinya kebanyakan kita. Memberi hanya bila 'ada wang lebih'. Kesusahan kita yang selalu kita fikikan. Sering merasa belas kasihan dan bersimpati pada diri sendiri. Kerana kita tidak pernah mensyukuri dengan apa yang kita miliki. "Dan (ingatlah juga), tak kala Tuhanmu memaklumkan;"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)


ANTARA SINGKONG DAN KEJU.

Aku suka singkong, kau suka keju
Oh oh oh oh
Aku ini hanya anak singkong
Aku hanya anak singkong


Begitulah lebih kurang lirik suatu lagu lama dolu-dolu dari Indonesia yang sempat juga ngetop kat Malaysia, tapi entah siapa penyanyinya Ate tak ingat. Yang pasti dulu Ate ingat singkong tu adik beradik atau sedara maranya King Kong (serious, Ate tak pernah sangka singkong itu boleh dimakan). Dah tua-tua dewasa baru tahu rupa-rupanya singkong tu ubi kayu. 
       Sebenarnya apa yang Ate nak cerita hujung-hujung minggu ni? Pasal lagu ke..pasal Singkong atau Keju? Bukan pasal lagu tapi ada kaitan dengan Singkong dan Keju. Ate jarang cerita pasal makanan dan Entry Ate kali ini nak cerita tentang makanan yang sedap tapi murah dari pedagang kaki lima di Jakarta. Ketika pertama kali ke Indonesia lebih kurang 9-10 tahun lalu, Ate dinasihatkan agar jangan membeli makanan di kaki lima melainkan kalau 'perut kita kebal'. Tapi setahun beberapa kali balik pergi ke Jakarta mana tahan asyik nak makan di Restoran Padang aja. Ahh..makanlah apa-apa asal halal dan murah. Sebelum 'ngap' baca aja Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim Insyallah tiada mudarat paling-paling pun cirit birit aja.
Berbalik tentang ubi kayu atau singkong, paling sedap dimakan kalau direbus dan di cicah bersama sambal tumis ikan bilis. Tapi itu di Malaysia, kalau di Indonesia Ate paling suka makan yang digoreng atau di sana mereka menyebutnya Gorengan Singkong, dimakan bersama cabe rawit (cili padi hijau). Gorengan Sinkong di sana beza dengan Ubi goreng di Malaysia, di sana lebih lembut dan gurih. Walau dah sejuk berjam-jam pun masih lagi lembut. Rahsianya mereka goreng 2 kali. Mula-mula, goreng separuh masak sahaja, kemudian angkat panas-panas terus masukkan ke dalam air yang telah siap dengan bumbu seperti bawang putih, garam dsbnya. Biarkan rendam lama-lama kemudian toskan dan goreng sekali lagi. Ada juga yang kukus dulu kemudian baru rendam. Ate sempat 'berguru' dengan beberapa orang pedagang kaki lima di sana. Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri. Confused belajar dengan ramai guru dan masalah bahasa, akhirnya Ate langsung tidak pernah cuba buat.
       Satu lagi makanan kegemaran Ate, bakwan sayur juga sedap dimakan bersama cabe rawit. Sekali rasa macam cekodok atau cucur atau jemput-jemput tapi kalau kita biasa makan kita akan dapat bezakan bakwan itu lebih lembut dan lebih 'berasa' kerana tepung yang digunakan bukan tepung gandum biasa tapi tepung terigu. Macam mana rupa tepung terigu tu? Jangan tanya Ate kerana Ate memang tak tahu, dah tanya banyak kali tapi tetap tak tahu pasal..lagi-lagi masalah bahasa. Banyak terms bahan-bahan masakan di sana yang Ate tak faham.
Bubur Ayam. Murah, enak dan mengenyangkan untuk breakfast. Puas Ate makan bubur ayam di Malaysia rasanya tak sama dengan bubur ayam di Bogor Jakarta. Mereka ada bumbu istimewa yang mana rahsianya belum lagi dapat Ate gali. Hanya yang pernah merasa tahu akan keenakannya.
       Martabak keju. Rasanya lebih kurang apam balik tapi tersangatlah sedappppp dan lemak berkrim. Keju dan susu kental yang meleleh uhhh... Punyalah Ate jatuh hati kat penjual Martabak Keju ni, masa mula-mula kenal setiap malam Ate tak boleh tidur, asyik teringat-ingat sambil mengecap-ngecap mulut, ilerrr. Martabak keju dijual pada malam hari jer itu yang setiap malam dok gila bayang. Balik aja Malaysia Ate pun mencarilah resepinya. Pertama kali buat...ahhh... sedap tak terkata walau bantat. Rupa ada sikit kurang, terlebih tebal 5 inch, tapi siapa peduli, tiada orang di rumah Ate yang pernah tengok bagaimana rupa Martabak Keju tu yang sebenar, kecuali Ate. So depa bedal aja. 
       Nak di jadikan cerita, masa Ate keluar bekerja datanglah seorang hamba Allah dari Padang bertamu di rumah kami. Kak Bayu yang baik hati telah menghidangkan Martabak Bantat buat tetamu. Kepada sang tamu Kak Bayu berkata, "jemputlah makan, ini kue dari Indonesia, di masak oleh Ate." Bertanyalah sang tetamu "Kue apakah ini, tidak pernah pula saya tahu, ada kue seperti ini." Dengan  bangga kak Bayu menjawab "Katanya kue Martabak Keju." Sambil tersenyum sang tamu menjawab, "Ohh..makanan khas dari Jakarta kali." Huhuhu..Malunya Ate dengar cerita Kak Bayu, tentang martabak keju dan tetamu. "Ahhh...Benciii...Kenapa hidangkan? Itu Kue tak jadi. Martabak keju tebal 5 inch, muka Ate tebal 5 kaki." Kak Bayu ketawa geli-geli hati "Awat tak habaq awai-awai kue Ate tak jadi?"





Thursday, April 14, 2011

BERBAHAGIA DENGAN SATU ISTERI. MONOGAMI ITU SUNNAH NABI.

Kenapa mahu menikah lagi sedangkan sudah punya isteri? 
Ini antara beberapa jawapan para suami teraniaya:
"Untuk mencairkan kejenuhan berumahtangga."
"Saya sedang bermasalah dengan isteri pertama. Tidak nyaman hidup saya bersamanya." 
"Isteri saya sibuk sentiasa, tidak pernah ada di rumah. Fikirannya sangat ideologis dan tidak romantis. Saya ingin isteri yang lemah lembut dan manja."
"Jadi suami itu yang inovatif. Jangan monoton dengan satu isteri."
"Biar isteri ada saingan. Kalau tidak, melayani suami seadanya. Bila ada saingan pasti akan berlumba-lumba memperbaiki layanan kepada suami."
"Kerana saya telah bertemu bidadari. Perempuan baru ini luar biasa. Dia sangat memahami kemahuan saya. Tidak seperti isteri saya yang tidak pernah mengerti keinginan suami."
"Isteri saya jauh lebih tua, sekarang saatnya memilih yang muda."
"Isteri pertama saya janda, sekarang waktunya menikah dengan gadis."
"Isteri pertama saya perawan muda belia. Saya ingin menikah lagi dengan janda tua yang kaya."
"Tidak perlu ada alasan. Pokoknya poligami itu dibolehkan. Noktah."
"Saya ingin mengikut sunnah Nabi."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Begitu banyak sunnah Nabi, mengapa mendahulukan poligami? Monogami juga sunnah Nabi. Mengapa tidak ikut Sunnah Nabi, dengan melakukan monogami? Ishh..Biar betul monogami itu sunnah Nabi? Kan selalu orang lelaki berkata poligami tu Sunnah Nabi,  tak pernah pun dengar monogami tu Sunnah Nabi.
        Mari kita telusuri sirah Nabi saw. Beliau melakukan monogami selama hampir 25 tahun dengan Khadijah sebagai isteri. Sebagaimana disampaikan oleh Aisyah, "Nabi Saw tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (HR.Muslim)
       Sewaktu menikah, Khadijah adalah seorang janda berusia 40 tahun, sedangkan Nabi Saw ketika itu berusia 25 tahun. Nabi Saw hidup bersama Khadijah selama 15 tahun, sebelum beliau diangkat menjadi Nabi + 10 tahun (setelah beliau menjadi Nabi). Khadijah r.a meninggal dunia 3 tahun sebelum hijrah. Setelah Khadijah wafat, Nabi Saw hidup menduda sekitar 3 tahun. Nabi Saw kemudian menikah Aisyah binti Abu Bakar dan Saudah binti Zum'ah dalam waktu yang lebih kurang sama. Seterusnya kehidupan poligami yang dipraktik kan oleh Nabi Saw adalah selama lebih kurang 10 tahun sehingga beliau wafat. Ertinya monogami adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau telah contohkan selama hampir 25 tahun, manakala poligami juga adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau contohkan selama 10 tahun.  
       Kedua-duanya Sunnah Nabi tapi manakah yang lebih lama dijalani oleh Rasulullah? 25 tahun monogami atau 10 tahun poligami? Pastilah jawapannya 25 tahun monogami. Tapi aneh ya..mengapa ramai orang lelaki hanya menyebut "Nak berpoligami kerana ikut sunnah nabi?" Tak pernah pula mendengar mereka berkata, "Saya monogami kerana ikut Sunnah Nabi." Adakah kerana mereka memang belum betul-betul mempelajari akan sirah Nabi (Ate juga belum khatam-khatam baca sirah Rasulullah) atau 'Poligami itu Sunnah Nabi' hanya digunapakai sebagai alasan? 
Membaca buku Pak Cah yang terkenal sebagai consultant keluarga iaitu buku Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri, Ate boleh faham mengapa ketika buku ini diterbitkan pada tahun 2007 Pak Cah menjadi 'musuh' bagi ramai kaum lelaki, bahkan dikalangan teman-temannya sendiri. Pak Cah cuba meluruskan persepsi yang salah tentang poligami. Pak Cah bukan penentang poligami. Pak Cah sangat jelas dengan hukum poligami dan keharusannya dalam Islam. Tapi bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan poligami. Poligami adalah jalan darurat, masih banyak pilihan kebaikan dapat dilakukan tanpa perlu mengamalkan poligami. Apa yang sangat dikesalkan adalah ramai yang berpoligami mengatasnamakan syariat tetapi pelaksanaannya jauh dari kebaikan. Jika banyak hak tidak dapat dipenuhi maka sebaiknya BELAJARLAH MEMBAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTERI.