Pages

Search This Blog

Saturday, June 18, 2011

HELP! MALWARE DETECTED. CAMNE??

Assalamualaikum wr wb,
Kepada teman-teman blogger, Ate ingin memohon bantuan. (Ceh, serious dan formal aja bunyinya...maklumlah nak minta tolong, kenalah bersopan santun ala-ala Wanita Melayu Terakhir). Pertamanya, Ate ingin membuat pengakuan terlebih dahulu. Ate ni tak tahu apa-apa tentang komputer dan sangat sempit pemikiran tentang internet. Maka kerana itu tolonglah jangan ketawa geli-geli, jika nanti soalan Ate kedengarannya agak kurang pintar gitew. 

Soalannya begini: Pagi ni, ketika Ate cuba buka blog Ate, tetiba jer 'depa' kata "WARNING. SOMETHING'S NOT RIGHT HERE! kacamatate.blogspot.com contains content from ......, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this side." (babycutekami.blogspot tu salah satu follower Ate yg agak lama juga. Selama ni tak de pape problem pun. Seingat Ate, Ate tak de copy apa-apa atau menggunakan apa-apa aplikasi dari blog itew.)

Mengapakah ek terjadi begitew?? Apakah 'bahaya' yang bakal di hadapi bagi sesiapa yang nakkkk jugak masuk. Ada kah blog ini telah di hacked? Boleh sesiapa tolong explain kan skit, berdasarkan pengetahuan mahupun pengalaman para blogger. 
Bingung Ate memikirkan masalah ni, sampai tak selera tidur. Makan pun tak basah apa tah lagi mandi...tak lena-lena. Rasa cam nak nangis guling-guling pun ada. Ate kan baru saja beberapa bulan berjinak-jinak dengan blog, tetiba ada masalah cam ni tak best ahh. Ada tak cara nak membaik pulih semula blog ini agar hidup aman sentosa macam sebelum-sebelum ni? Atau ini ada kaitan dengan 'Pemasangan Internet Security' Kaspersky di lappy Ate malam tadi? So dia jadi over sensitif, cepat jer men detected segala macam kumbang, kuman mahupun buih sabun trojan. Boleh sesapa tolong jelaskan permasalahan 'umat blogger' ini? Atas segala jawaban dan bantuan terlebih dahulu Ate ucapkan ribuan terimakasih dan Jazakumullahu khairan kathira, Moga Allah membalas segala kebaikan.
Doktor Pencuci Kolam..Adakah sesukar tugas Doktor Pencuci Worm di Komputer?

8 comments:

  1. errrrrrrrrrrrr...
    no idea.
    virus babycutekami tak pernah dbaca dalam buku tex zaman dulu2
    kalau nak antibiotik, antivirus atau antifungal, saya leh tolong amik d HKL
    hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Time kacih Doktoi Puding. Kalo cam tu Ate nak antifungal buat sapu kurap di hati.

    Ok dah...dah tanya teman internet yg biasa buat keja2 hacked menghacked ni. Dia kata ok jer tu, tak de pape..itu hanya 'cacing' yg TIDAK merbahaya dan tidak akan membuat komputer kita mahupun orang lain cirit birit.

    ReplyDelete
  3. nasib baik hari tu anak cik ina ajar suruh tekan proceed anywhere, kalau tidak binggung nak mengomen kat sini.cik ina ni godek komputer je tahu , kalau bab bab yang ate tanya tu kurang mahir.

    Selamat berhujung minggu ye.

    ReplyDelete
  4. tak dapat membantu ate..hu hu

    ReplyDelete
  5. singgah sini serang balas balik... ai follow yu... *__*

    ReplyDelete
  6. @Cik Ina: Time kasih cik Ina. Mujur ada anak2 cik Ina yg bole di tanya2 ek. Ate pun pasal komputer ni main hentam jer.

    ReplyDelete
  7. @NM02: Terima kasih..nak panggil apa ek??

    ReplyDelete