Pages

Search This Blog

Wednesday, June 29, 2011

VOLVO C30 HILANG? FIKIR-FIKIR POSITIF.

Pada suatu ketika, Nasaruddin Hoja pergi menunaikan solat di masjid. Ketika selesai solat, dia mendengar suara orang riuh rendah di luar. Lalu dia pun keluar dan bertanya. 
"Kenapa kecoh-kecoh ni?"
"Ada unta hilang! Terlepas dari tambatan." Jawab beberapa orang jemaah masjid itu. 
Ketika di periksa, ternyata unta Nasaruddin yang hilang...
Jika anda adalah Nasaruddin apakah agaknya reaksi pertama anda? Anda diberi masa 3 saat dari sekarang. Cuba fikir-fikirkan. (Perlu diingatkan disini, unta merupakan salah satu kenderaan mewah pada zaman dahulu...mungkin sekarang kita boleh samakannya dengan Volvo C30...hehehe ini kereta impian pujaan Ate.) 
Tut
*
Tut
*
Tut
*
Pretttttt!
Habis Masa.
Cuba nilai jawaban anda dengan apa yang dilakukan oleh Nasaruddin. Jom kita baca sambungan ceritanya:
Dengan terburu-buru Nasaruddin terus masuk semula ke dalam masjid dan melakukan sujud syukur. Semua jemaah yang melihat perbuatan Nasaruddin itu merasa hairan lalu bertanya, "Peliklah kamu ini. Unta hilang, merupakan satu musibah. Mengapa pulak kamu sujud syukur?" Dengan selambanya Nasaruddin berkata, "Aku bersyukur kerana mujur hanya unta aku sahaja yang hilang. Kalaulah aku ada di atas unta itu, pastilah dengan aku-aku sekali hilang bersama-sama unta tu."

Mungkin ada di antara anda merasakan betapa bodohnya Nasaruddin berfikir seperti itu. Nasaruddin Hoja memang terkenal sebagai seorang Mullah (guru, guru sufi) yang lucu dan lugu. Tapi dari kisah-kisahnya yang kadang berbau agak hangit kurang pintar, ada banyak hikmah yang dapat kita petik. Kalau kita lihat dari kisah di atas, kita akan dapati betapa positif nya cara pemikiran Nasaruddin. Perkara yang dianggap sebagai musibah tetapi bila di lihat dari sisi positif akan menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur. Tahukah kamu apabila kita bersyukur maka kebahagiaan akan sentiasa bersama kita? (Apasal hari ni Entry Ate ada bunyi ala-ala Ustaz Zambri bercerita dengan adik-adik hah??). 
***********
Anda mungkin tidak dapat mengendalikan keadaan, 
tapi anda dapat mengendalikan fikiran anda. 
Fikiran positif menghasilkan perbuatan dan hasil yang positif. 

Photo Ehsan: Pokcik Google

Monday, June 27, 2011

TEPUK-TEPUK YANG MEMBANGKIT SEMANGAT

Masuk 4 hari Ate tak update blog...sibuk berlatih dan buat persembahan menari dan menyanyi. Ehem...Jangan tak tahu...Hari Ahad yang lalu, Ate buat persembahan di konsert Sure Kecoh.  Apa senyum-senyum...Tak percaya ke? Tak baik tau memandang kurus rendah akan kemampuan Ate. Ate tahulah suara Ate tak semerdu Sharifah Aini atau Adibah Noor (walau badan Ate ada iras-iras mereka). Ate juga tahu, Ate sangatlah tak pandai menari macam Justin Bibir Bieber (ohhh..sangatlah tidak relevan perbandingan ini). Betol, Ate tak tipu....Tapi, Ate bukanlah menari dan menyanyi solo, ala-ala Maher Zain tu. Ate buat persembahan berkumpulan bersama beberapa orang sahabat golongan ahkak-ahkak, ibu-ibu dan mokcik-mokcik (range umur dari 30-50an). Kami telah diminta untuk membuat persembahan tertutup khusus buat wanita sahaja sempena lawatan Jawatankuasa Wanita ke organisasi NGO yang Ate sertai. 
Guru Tari Saman 'kami' (kiri) ketika membuat persembahan di Sekolah Nurul Fikri, Anyer.
Guru tarian, kami import dari Indonesia. Bukan kerana kami tak menghargai tarian dan budaya Malaysia tapi kerana kami tak mampu nak bayar guru tari Malaysia. Masa kami pun terhad, ada seminggu saja. Di waktu yang sama masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga. So kami grab aja siapa yang available dan khidmatnya free. Siapa lagi kalau bukan anak saudara Ate yang sedang liburan/bercuti. Susah juga nak buat Tari Saman dari Acheh tu...jenuh jugaklah kami belajar 'bertepuk', sampai lebam-lebam merah-merah tangan. Bak kata suami Doktor Yano "Apa kena lah dah tua-tua baru nak belajar menyanyi dan bertepuk-tepuk." Anak sedara Ate pun hampir putus asa mengajar 'anak-anak murid dewasa kelas pemulihan'. "Slow banget", dia bilang. Tapi Alhamdulillah, akhirnya berbekalkan dua tangan dan suara sumbang seadanya, maka kami pun bertepuk-tepuklah mempersembahkan Tari Saman dan menyanyi nasyid TEKAD serta di selakan dengan sajak 'JEJAK' dengan penuh kuss semangat. Nak tahu macam mana rupanya Tari Saman tu? Cuba lihat video di bawah ini.
Ini adalah antara gerakan Tari Saman. Tapi oleh kerana Ate and the gang dah masuk kategori usia Wanita Bertulang Kurang Kalsium, maka kami tak lah buat sampai tunduk-tunduk macam tu. Kami buat pergerakan basic aja. Kalau kami buat pergerakan macam video di atas, mau sebulan kami tak bangun sakit pinggang.
Sepanjang latihan persembahan, banyak yang 'kami' pelajari. Kesefahaman (nak synchonise gerakan tu tak mudah), kerjasama, sabar (sakit tau tangan...huhuhu), saling membantu (yang muda sabar membantu yang veteran dan yang veteran pula bersungguh-sungguh belajar tanpa jemu) dan yang paling indah, kami bertambah taaruf (mengenali) antara satu sama lain dan ini menguatkan lagi ukhuwah antara kami. Walau pada hari persembahan, nasyid kami sempat juga kedengaran sumbang sumbing di baris yang awal dan tangan kami menggeletar macam orang sakit parkinson, yang penting kami puas kerena kami tahu, kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Walau tidak mendengar apa-apa pujian (bukan ini matlamat utama) yang penting kami sendiri terhibur (syok sendiri ke?).   Bak kata Anfal sahabat Ate, "Rasa tak, kita buat persembahan ni, untuk menghibur dan menggembirakan diri sendiri?" (kali terakhir latihan, kami sangat beriang ria, bergelak ketawa dan enjoyed ourself). Apa pun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan boss kami, Doktor Neikmah sempat berbisik pada Kak Bayu 'sang pengurus', "Next time kita sponsor baju." Hahaha...mesti dia kesian tengok kami pakai apa yang (lagi-lagi) available dan mudah: Jubah hitam (semua ada pasal senang dapat bila org balik Mekah), kerudung warna krim, selendang hitam putih Palestine dan 'Bulu-bulu' biru firus di ikat di tangan kanan kami (Gubahan 'Mak Buyung' Cikku Vita-Moga selamat melahir baby esok). Pakaian yang Simple and practical. 
***********
Jika kita selalu bersyukur dan menggembirakan hati, 
niscaya banyak nikmat Allah yang akan kita dapatkan.
"Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Illahi, Rabbi..."
*****
Malam ni atau esok subuh, Insyallah Ate nak bersilaturahmi ke rumah maya teman-teman. Rasa macam dah lama betul tak menyinggah. Jangan lupa hidangkan kopi o kaw ya...)

Friday, June 24, 2011

JUMAAT ITU HARI BEST, LHO.

Assalamualaikum wr wb
Salam di hari Jumaat yang berkah.
Jumaat adalah hari kerja yang paling BEST.
kerana waktu rehat makan siangnya panjang.
Jumaat Best kerana ia adalah hari untuk berbelanja tingkap (Window shopping) bagi para wanita.
Jumaat Best kerana ia adalah hari makan siang special 
kerana ada gerai mingguan yang hanya di jual pada hari Jumaat di hadapan masjid-masjid.
Jumaat juga Best kerana ia adalah hari makan pisang free di kebanyakan restoren.
 Sup Tulang Best
 Kopi O Ais Kaw Best
 Nasi + Ikan Bakar Best
 Abang Best
(Semua 'abg2' di restoren ini best kerana pandai melayan pelanggan)
 Gulai Kawah Best
 Tidur pas makan memang Best.
(Adakah ini kategori makan berlebihan??)
Atau ini mode orang kalau mendengar khutbah Jumaat?
 Model Free Best dari Anyer
Restoren Nasi Kerabu Ketereh Best di Bandar Enstek, Nilai.

Semua makanan best, tak boleh cakap tak best, kerana Abu hurairah r.a, pernah cerita: "Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan walaupun sekali.
(HR.Bukhari)
Jadi...Apakah kaitan Jumaat Best dengan hadis dan photo-photo di atas?
Jangan tanya Ate, kalau anda bijak, perah sikit otak, fikirlah sendiri...
Setiap sesuatu itu pasti ada kaitannya.
Kalau tidak, tak kan Ate lontarkan di sini.
Ceh..alasan. Sebenarnya Ate pun tak tau cam ne nak relate. Kalau exam pasti fail pasal terkeluar tajuk.
***********
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Q.S. Al-A’raf, 7 : 31)

Wednesday, June 22, 2011

YAKINLAH! RENCANA ALLAH BERAKHIR DENGAN KEBAIKAN

Rencana Allah selalu berakhir dengan kebaikan.
Ulangilah..
Rencana Allah selalu berakhir dengan kebaikan.

Sehingga... 
Jika yang sedang kita alami sekarang masih belum baik, 
bererti itu bukan akhir.
Jika keadaan kita sekarang masih susah, 
menggalaukan dan penuh sakit hati,
bererti itu belum selesai.
Jika hati kita sekarang sebak, sesak bagai tiada jalan,
bererti itu hanya tikungan. 
Bertahanlah. Teruslah berupaya.
Rencana Allah selalu berakhir dengan kebaikan.
(MT dibumbu oleh Ate No Moto)
Buat seorang sahabat yang sedang galau di hari Rabu yang payau.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan  ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (94:5&6)

Tuesday, June 21, 2011

MENCEGAH VIRUS DI KOMPUTER QALBU

Kemaren, sehari suntuk Ate dok sibuk membersihkan blog ini dari Malware dan segala macam virus dan cacing yang bersarang di blog. Bertanya sana sini pada teman-teman blogger (TQ KOG dan Dr Singa). Menyelusuri semua jalan-jalan yang di tunjukkan oleh Pok Cik Guggle. Sempat juga Ate menyinggah beberapa rumah maya yang memberi pelbagai tips dan triks. Satu demi satu di cuba dengan tersangatlah gigih. Doa pun tak putus-putus di panjatkan pada Illahi. "Ya Allah, 'sembuhkanlah' blog Ate." Seyes...begitu bersungguh-sungguh sekali. Alhamdulillah, menjelang maghrib akhirnya bersih juga 'Ketikan Ate' ini.
Malam tadi sebelum tidur tetiba aja Ate terfikir susah jugak nak membersihkan virus ni ek.  Itu baru di blog. Dulu masa lappy Ate di serang virus, Ate tak sedar pun yang virus tu dah lama bersembunyi dan bersarang di celah-celah file dan dokumen, tiba-tiba jer lappy coma dan harus masuk ICU. Alhamdulillah masih boleh di selamatkan lagi. 

Macam mana pulak kalau virus menyerang di hati ya? Akan begitu sungguh-sungguh ke Ate nak membersihkannya? Ishh..lama gak Ate tak scan hati nih. Entah-entah tanpa sedar virus telah pun menyerang dan bersarang dalam Komputer Qalbu sehingga mengoyakkan seluruh jaringan. Uhhh...Bahaya nih, takut tup-tup aja 'padam'. Jom kita jengah-jengah skit bagaimana nak mencegah virus yang bersarang di hati.
1. Harus pasang anti virus yang power dan menyeluruh: Contoh, Anti virus Sabar (untuk virus Marah),  Anti virus Ikhlas (untuk  virus Resah Gelisah), Anti virus Tawadhuk (untuk virus sombong), Anti virus Syukur (untuk virus dengki) dll.
2. Harus update sentiasa: Kalau tak update mudah bagi virus berkembang biak.
3. Harus Scan dengan Zikrullah, tilawah, tahajjud, puasa sunnat dan muhasabah. 
4. Jangan lupa kunjungi website antivirus untuk update: Majlis Ta'lim, kuliah agama, berkumpul bersama teman-teman yang soleh dan yang sewaktu dengannya.
5. Hindari website yang berpotensi menyebarkan virus seperti: Majlis Gosip, Majlis maksiat atau www.hasadengki.com.
6. Pasang aplikasi Istiqamah dan doa.
Sebenarnya tips and trik ni belum cukup power lagi ni...Ada sesiapa yang nak tambah? Biar Komputer Qalbu kita benar-benar bersih dari segala virus yang bersarang.



Monday, June 20, 2011

MANFAATKAN HARI KITA DENGAN...SAYA! SAYA! SAYA!

Di hari Sabtu yang lalu Ate berangkat dengan keluarga ke Johor Bahru (JB). Niat hati nak melawat Mak Ngah, ibu saudara Ate yang sudah semakin uzur. Sampai JB tengah malam.

Ahad pagi, Kak Kartini (sepupu) hidang nasi lemak ikan goreng, Mee Hoon Goreng Biji Sawi, Mee Hoon Kicap Bebudak Style Kak Kar, Karipap Sardin, Kopi O kaw dan Teh O Sedap. Maaf, gambo lupa nak ambil pasal excited tengok makanan yang terhidang especially nasi lemak Johor yang sambalnya mengancam ketenteraman saraf otak sehingga sempat hilang kewarasan sebentar. Sadar-sadar...ehh..Nasi Lemak 2 1/2 Bungkus, Bee Hoon 2 Piring, Karipap Sardin 3 keping, Kopi O Kaw 4 cawan, Teh O sedap 2 cawan telah selamat bergaul dalam perut Ate. Burpp..Alhamdulillah makanan enak, perut senak.
Tengahari: Ziarah Rumah Mak Ngah yang hanya terbaring dan kelihatan sanggat uzur. Bila salam sorang demi sorang perkenalkan diri..Ternyata dia masih boleh kenal, cuma sebutan dia kurang jelas. 
"Mak Ngah..Ni Nanip (adik lelaki Ate)" Tetiba Mak Ngah bertanya, "Mona mana Mona?" Kami meneka dia nak menyebut nama adik lelaki bongsu kami Nuor. Tapi yang keluar dari mulutnya adalah Mona (geli hati pun ada). Tapi yang mengharu birukan hati kami bila dia sebut "Lin? Fami?" Berulang kali. Lin adalah sepupu kami yang sempat tinggal beberapa bulan di rumahnya ketika bekerja di JB manakala Fami adalah abah kepada Lin iaitu adik ipar Mak Ngah. Sayu mendengar dia mencari-cari orang yang dekat di hati nya. Alhamdulillah petang itu dalam perjalanan pulang tetiba Ate dapat sms dari Lin mengatakan dia nak pergi jumpa Mak Ngah. Macam dia tahu-tahu sahaja Mak Ngah ingat dan rindu dia.
Terima kasih Mak Long.
Di usia menjangkau 90 tahun dalam keadaan tangan yang terketar-ketar masih bersusah payah memasak Asam Pedas, sebagai tanda cinta Mak Long kepada kami, anak-anak saudaranya.
Jam 3 petang Ahad: Kami makan nasi berlaukkan Kuah Asam Pedas Mak Long. Paginya dah makan terlalu banyak Ate mengingatkan diri sendiri "Tak leh jadi ni, hancur berderai diet Ate, kena kurangkan makan." Maka sesenduk nasi sahaja di ambil. Mmmm..Asam Pedas Mak Long memang tiada tandingan. Nasi di pinggan telah habis. Ahhh..Lazat sungguh Asam Pedas Mak Long...Alhamdulillah nikmat tak terkata tambah pulak ada Bebotok Ikan Tenggiri yang di beli di Restoren Ulam Raja Bandar Baru Uda. Huhhh..memang terangkat. Bila di tanya berapa banyak Ate makan di rumah Mak Long? Dengan bangganya Ate menjawab sesenduk sahaja. Dah habis, ditambah sesenduk. Habis. Tambah sesenduk lagi. Ya Ate hanya makan SESENDUK nasi + sesenduk + sesenduk. Nak buat cam mana, semua itu tindakan luar sadar.
Sebelum kena asthma Ate telah telan 4 benda ini.
On the way pulang ke Kay El, Ate kena 'semput' dada rasa sempit dan setiap kali tarik nafas ia mula ber whistle "ikkkk, ikkkk, ikkkk.. berdondang sayang. "Ate allergic apa ni? Suara macam org kena attack." Telinga Bijan adik ipar Ate cepat menangkap. Siapa ada Asthalin? Ate perlu inhaler. (Sebelum di 'attack' Ate sempat makan 4 biji telur pindang...allergic telur?? Tak mungkin).
Tak sampai 24 jam, 30 butir telur Pindang hanya tinggal 14 biji.
Agenda Utama balik JB untuk menziarahi orang sakit tapi aktiviti makan-makan lebih hebat dari agenda utama. Apa nak jadi ni?? Insaf-insaflah Ate. Contohilah Abu Bakr yang sentiasa berlumba-lumba mendahului para sahabat dalam berbuat amal kebaikan.  
Dalam Sahih Muslim daripada Abi Hurairah r.a. katanya:
“Baginda Rasulullah s.a.w. suatu hari pernah bertanya sahabatnya: ‘Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu mengiringi jenazah pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu yang bersedekah hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya seterusnya: ‘Siapakah dalam kalangan kamu menziarahi orang sakit pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Lantas Rasulullah bersabda: ‘Sesiapa yang terkumpul padanya sifat-sifat seperti yang disebutkan maka beliau akan memasuki syurga.’”
Di pagi Isnin bulan Rejab ini, jom kita warm up sebelum tibanya Marathon Ramadhan dalam melakukan amal kebaikan. Manfaatkan hari kita dengan SAYA, SAYA DAN SAYA dalam berlumba-lumba membuat amal kebaikan. Sesungguhnya setiap tarikan nafas kita adalah amanah untuk melanjutkan hidup yang penuh berkah. 

Saturday, June 18, 2011

HELP! MALWARE DETECTED. CAMNE??

Assalamualaikum wr wb,
Kepada teman-teman blogger, Ate ingin memohon bantuan. (Ceh, serious dan formal aja bunyinya...maklumlah nak minta tolong, kenalah bersopan santun ala-ala Wanita Melayu Terakhir). Pertamanya, Ate ingin membuat pengakuan terlebih dahulu. Ate ni tak tahu apa-apa tentang komputer dan sangat sempit pemikiran tentang internet. Maka kerana itu tolonglah jangan ketawa geli-geli, jika nanti soalan Ate kedengarannya agak kurang pintar gitew. 

Soalannya begini: Pagi ni, ketika Ate cuba buka blog Ate, tetiba jer 'depa' kata "WARNING. SOMETHING'S NOT RIGHT HERE! kacamatate.blogspot.com contains content from ......, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this side." (babycutekami.blogspot tu salah satu follower Ate yg agak lama juga. Selama ni tak de pape problem pun. Seingat Ate, Ate tak de copy apa-apa atau menggunakan apa-apa aplikasi dari blog itew.)

Mengapakah ek terjadi begitew?? Apakah 'bahaya' yang bakal di hadapi bagi sesiapa yang nakkkk jugak masuk. Ada kah blog ini telah di hacked? Boleh sesiapa tolong explain kan skit, berdasarkan pengetahuan mahupun pengalaman para blogger. 
Bingung Ate memikirkan masalah ni, sampai tak selera tidur. Makan pun tak basah apa tah lagi mandi...tak lena-lena. Rasa cam nak nangis guling-guling pun ada. Ate kan baru saja beberapa bulan berjinak-jinak dengan blog, tetiba ada masalah cam ni tak best ahh. Ada tak cara nak membaik pulih semula blog ini agar hidup aman sentosa macam sebelum-sebelum ni? Atau ini ada kaitan dengan 'Pemasangan Internet Security' Kaspersky di lappy Ate malam tadi? So dia jadi over sensitif, cepat jer men detected segala macam kumbang, kuman mahupun buih sabun trojan. Boleh sesapa tolong jelaskan permasalahan 'umat blogger' ini? Atas segala jawaban dan bantuan terlebih dahulu Ate ucapkan ribuan terimakasih dan Jazakumullahu khairan kathira, Moga Allah membalas segala kebaikan.
Doktor Pencuci Kolam..Adakah sesukar tugas Doktor Pencuci Worm di Komputer?

Friday, June 17, 2011

APAKAH INI KATEGORI SX? PANDANGLAH DENGAN MATA LEBAH

Ate letak gambo ni di Wallpaper hp Blurrcerry Ate.
"Astagfirullah hal adzim!" (Sambil kejam-kejam mata)
"Akakkkk..tak senohong senonoh jerr."
"Ishh...tak de gambo lain ke akak nak letak?"
"Eeiii..gambo sape ni, Ann? Nape lah letak gambo cam ni?"
Begitulah antara reaksi kebanyakan teman-teman Ate bila melihat SEKILAS gambar di atas.
Malah ada yang dengan cepat mengkritik Ate macam-macam tanpa mengetahui hal sebenar.
Sehingga menimbulkan rasa malu yang amat dewasa besar pada diri Ate.
Uhhh...Salah kah aku??
Ate sama sekali tak berniat untuk memaparkan gambar aksi porno tak senonoh kategori SX.
Sungguh Ate tidak berfikiran blue, yellow atau apa juga fikiran yang melencongkan kaler-kaler menjadi kurang bersih.
Kerana pemilik 'Kepunggungan itu'
Mengingatkan Ate kepada...
ROTI BUN

Ya..Ate terbayang Roti Bun kegemaran Ate, setiap kali melihatnya.
Dan pemilik 'Vunggung Roti Bun' di atas, sering membahagiakan Ate.
Seorang lelaki yang sentiasa membuat cinta Ate melimpah ruah.
(Fuhh..lebih hebat dari penangan Seth)
Ya..Dia seorang lelaki yang hebat.
 Penawar hati. Penghibur luka lara.
Lucu, suci dan sangat polos.
Inilah lelaki hebat Pemilik Vunggung Roti Bun itu.

"Wahai puteraku ..
Jika engkau hendak mengkritik, biasakan untuk melihat dengan mata lebah .. dan jangan memandang orang lain dengan mata lalat, sebab engkau akan terjatuh kepada perkara yang busuk!" (Nasihat untuk Sang Putera oleh ustazah Yoyoh Yusroh buat anak-anaknya beberapa hari sebelum dia pulang menemui Illahi)
Ya...Wahai putera putriku, bila kau mula dewasa nanti, LIHATLAH DENGAN MATA LEBAH BUKAN DENGAN MATA LALAT. Usah cepat menilai sesuatu dengan fikiran yang negatif. Bukankah bersikap husnudzon (berbaik sangka) itu lebih baik dari su'udzon (berburuk sangka)? 

Photo Bun Kacang itu ihsan Pok Cik Guggle

Thursday, June 16, 2011

JIKA 'DIA SABAR' MAKA SAYA HARUS SABAR MENASIHATINYA

Antara prinsip mendidik anak itu : SABAR. 
Tepatnya ini yang mesti dikatakan oleh Ibubapa : 
"Jika anak saya boleh sabar tidak mengikuti perintah saya,
maka saya harus LEBIH SABAR menasihatinya."
SHL

Si kecil yang sering menguji kesabaran.
Mungkinkah dia juga terpaksa bersabar dengan ketidak sabaran kita?
Jom kita main sabar-sabaran!

Wednesday, June 15, 2011

JOM TOLONG PERANG-PERANGKAN

Ibu-ibu bapak-bapak, siapa yang punya anak (cam lirik Cari Jodoh,Wali Band)
Atau ibu-ibu yang bakal punya anak
Juga anak-anak yang punya ibu ;)
Mari kita menimba Ilmu
Jangan malas, jangan jemu
Jom ke Seminar "Ibu, Kaulah Inspirasiku; Syurgaku di bawah telapak kakimu"
Benda yang baik tak salah kita tolong perang-perangkan..Errr..maksud Ate war-warkan. Anak-anak yang berusia 12 tahun ke atas pun boleh ikut serta program ni. So kepada semua yang tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengan nya, jom kita menambah ilmu, Menimba Hikmah daripada Ibu-ibu yang Terbilang.
***********

"Bunda adalah yang terhebat di dunia 
sebab ia melahirkan kehidupan   
dan memberi nyawa pada kata cinta."
(Abdurahman Faiz)


Tuesday, June 14, 2011

ATE BUKAN ANGEL PAKAI GUCCI ATAU PARI-PARI TANPA GIGI

Assalamualaikum wr wb.
Kala dadamu sesak dengan beban kehidupan. Percayalah, pasti semua diberiNya sesuai kemampuan (2:286). Jangan bersedih, ukirlah senyuman. Selasa pagi penuh harapan.
***********
Ate bukanlah anak malaikat. Apatah lagi keturunan 'Angel Pakai Gucci'. Bukan juga pari-pari tanpa gigi.
Ate hanyalah anak manusia yang bersenjatakan galah, menjolok buah cempedak di luar pagar. Ya Ate masih belajar, belajar setiap hari, untuk berfikiran positif dengan menyemangati diri sendiri. Segala kalimat-kalimat semangat yang di tulis kat fesbok, YM, blog, twitter (uppss belum bukak akun twitter lagi) dan segala macamnya, adalah di tujukan khas buat diri sendiri bagi memotivasi diri.  Kerana Ate percaya, jauh lebih susah menyemangati diri sendiri dibandingkan memotivasi orang lain (Sila angkat tangan jika anda bersetuju). Dan jika ternyata kalimat penyemangat itu dapat menular dan menyemangati orang lain itu adalah nilai bonus. Dan hari ini juga Ate memerlukan kalimat-kalimat positif seperti di bawah ini.

"Ketika kau merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kau sedang belajar tentang ketangguhan. Ketika hatimu terluka, maka saat itu kau sedang belajar bersabar dan memaafkan. Lihatlah kanan kiri, depan belakang. Semua orang punya masalah, tapi mereka masih boleh tersenyum. Kenapa kita tidak? Senyumlah dan dunia pun kan tersenyum pada kita." 

Photo ihsan Guggle Pakai Prada

Monday, June 13, 2011

CUKUPKAH SETAHUN SEKALI?

Seorang abah melayan anak-anak di Pantai Lido.
"Allah tak kurniakan semua orang pandai. Tak mengapa kalau kita tak sepandai orang lain yang penting kita usaha. Kalau orang lain melangkah 10 tapak telah sampai ke tempat tujuan, awak harus kuatkan semangat, terus menapak walau terpaksa melangkah 2 kali ganda malah 3 kali ganda berbanding orang lain." Itu nasihat abah pada Ate ketika dia menghantar Ate ke station keretapi sebelum pulang ke kampus berpuluh tahun lalu.

"Kita bawak kereta, jangan syok sendiri. Kena alert dan pandai menafsir, akan kemungkinan kereta depan tetiba nak belok ke, brake ke, dsbnya. Mata bukan kat depan jer, tepi, belakang semua kena jaga-jaga." Sambil duduk di sisi Ate yang sedang memandu, Abah berpesan ketika Ate mula dapat lesen.

"Ye lah, ye lah. Awak menang. Awak aja yang betol." Ini kata-kata abah bila Ate 'berdebat' dengan dia.
"Bapak Ann, memang tak sama ngan mak. Tapi kau orang mana faham isi hati abah." Abah cukup sensitive, mudah mengalirkan airmata. Apatah lagi bila tindakan dia tidak di fahami oleh anak-anak. (Ya, anak-anak sering kurang mengerti bahasa cinta seorang bapa berbanding bahasa cinta seorang ibu).
"Hidup kita ini jangan sampai di jadikan contoh yang tidak baik bagi orang lain."
"Biar aku di susahkan orang, jangan orang susah kerana aku."
"Jangan mengata anak orang hatta di dalam hati, nanti besok kau orang dapat anak, Allah akan uji."
"Aku besok-besok kalau mati, tak tinggalkan harta. Kau orang belajar lah hidup berdikari."


Berbakul prinsip, berkoyan pesanan dan nasihat abah dulu kurang diambil berat. Kini menjadi kenangan. Kenangan yang berubah menjadi rindu yang tak kan terubat, kerana abah telah pergi buat selamanya. Begitu abah telah tiada, baru di rasai. Betapa masih banyak yang belum di lakukan untuk abah tercinta. Betapa masih banyak yang belum di buat untuk membahagiakan dia, meski secuil pun dia tidak pernah meminta kami membahagiakan dia. Sesal? Itu sudah pasti. Maka kepada semua pembaca, jangan jadi seperti Ate. Setelah abah pergi buat selamanya, barulah Ate cuba belajar mengerti dan menyelami lebih jauh 'isi hati abah sebagai seorang abah'. Kini, yang mampu Ate lakukan hanyalah mengenang abah dalam bait doa setiap usai solat.

Teringat Ate kisah seorang lelaki di majalah Tarbawi. Saat ayahnya meninggal dia berusaha tegar dan tidak menangis. Dalam sakit ayahnya yang berbilang tahun, dia cuba merawat ayahnya dengan sabar. Ketika teman-temannya bertakziah, teman-teman itu pun berkata, "Sekurang-kurangnya kamu sudah puas berbakti kepadanya." Temannya melihat bahawa lelaki itu telah mencuba merawat ayahnya dengan baik sehingga akhir hayat. Begitu temannya mengatakan kalimah itu, lelaki itu lari ke kamar dan menangis panjang. Dia bisa tegar kerana kehilangan ayah tercinta, tapi dia tidak bisa merasa puas berbakti kepada ayahnya. "Seberapa pun yang telah kita lakukan, tidak akan ada kata puas untuk berbakti kepada orang tua."
Raikan Father's Day secara bulanan??
Minimal sekali dalam hidupnya, seorang abah pasti pernah menangis untuk kita anak mereka. Tapi pernahkah kita menitiskan air mata untuk semua kebaikan abah kepada kita yang tak dapat kita balas? Kepada yang masih punya abah, luangkan lah waktu bersamanya. Seharusnya sesekali, secara khusus duduk bersama abah untuk waktu yang lama, khusus untuk bercerita apa saja tentang diri kita. Atau bertanya tentang apa jua harapan-harapannya. Pasti kita akan dapati raut muka dan air wajahnya berbeza. Pasti kenangan kita akan ayah tercinta terasa berbeza. Kenanglah dia bukan sekadar pada minggu ke tiga setiap bulan Jun (seperti budaya 'mat salih'), tapi kenanglah dia senantiasa selagi dia masih bersama kita. Ate mengerti, dalam dunia serba moden yang memerlukan kita bergerak pantas, dalam kesibukan kita yang tenggelam dengan tugas yang pelbagai, kadang, tanpa sadar kita telah mengabaikan perhatian kita kepada orang tua kita, kerana itu kita memerlukan 'special day' untuk mengenang mereka. Mengapa tidak kita jadikan birthday mereka sebagai hari yang istimewa itu? Plus, minimum sebulan sekali pada minggu tertentu kita jadikan sebagai hari penghargaan buat mereka. Mengapa harus menunggu setahun sekali? Mengenang jasa bakti mereka setiap hari sahaja belum tentu mencukupi apatah lagi setahun sekali. Fikir-fikirkan lah.

Saturday, June 11, 2011

MATA INI KEJAM

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
Ya itu lah yang terjadi kepada Ate. 
Abiz seminar..Mata sentiasa berat dan bersifat 'kejam' seperti ini:
Bahu punyalah pegal macam orang angkat berat 10kg.
Rumah maya teman-teman, ramai lagi yang tak sempat di silaturahmi.
smiley1680.gif
Otak tak boleh fikir macam fius terbakar tak berfungsi.
pink panther thinking
Namun cuba jua di gagahi....
http://planetsmilies.net/animal-smiley-4960.gif
Untuk mengetik Kata-kata pilihan Ate hari ini:

"Nikmatilah setiap momen dalam kehidupan Anda. Terkadang hal-hal sederhana adalah momen yang terindah dalam hidupmu dan Anda baru menyadarinya saat dia telah berlalu dan takkan pernah kembali lagi." SHL
(Maaf, kesemua photo di atas kurang relevan kerana otak kiri dan otak kanan Ate hari ini sepertinya tidak connected dan perlu di reformat.)
Ate ingin meneruskan kekejaman mata Ate..Blackout!
***********
Terimakasih kepada semua panitia, penganjur, peserta, penderma, perasmi dan semua pe pe dari segala pe pe yang terlibat secara langsung atau tidak pada Pertemuan Nasional Semut-semut di Wadi/Lembah Semut. 
Tak mengapa kita menjadi orang soleh tak bernama, asal BUKAN menjadi orang soleh tak BERDAYAGUNA. Kepada semua Bunda Semut marilah kita Giat Bermanfaat mendidik Generasi Hebat.

Note: Org Johor kata: Kejam Mata = Pejam Mata



Monday, June 6, 2011

KESEIMBANGAN MENUJU KEBERHASILAN

Assalamualaikum wr wb.
Selamat beraktivitas di Hari Isnin Dengan Penuh Semangat. 
Kepada semua teman-teman yang masih dok tercegat. 
Pergi kerja cepat-cepat. Agar hidup mendapat berkat.
Kepada yang masih bercuti Selamat Bercuti Ria.

Entry kali ini sekadar pemberitahuan kepada yang ingin tahu (yang tak ingin tahu kena juga tahu ;)). Sepanjang minggu ini Ate sibuk dengan persiapan Seminar Menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia 'Semut-semut Kecil' dan pada waktu yang sama laptop Ate ada masalah yang masih belum dikenal pasti penyakitnya (huhuhu tengah sibuk2 ni lah lappy meragam). Ini menyulitkan Ate untuk online (sekarang online pakai laptop Lady Sarry si Pengantin Baru). Jadi Ate ingin meminta maaf sekiranya Ate tidak berkesempatan menyinggah ke rumah maya teman-teman buat beberapa hari ini. Insyallah ukhuwah kan terus terjalin. (Betul tak Rina?)

Sebelum ber off line, mari lah kita baca kata-kata di bawah untuk dipikir-pikirkan. 

Jika Anda sedang benar, janganlah terlalu berani;

dan jika Anda sedang salah, janganlah terlalu takut. 

Saat Anda benar,
sesungguhnya Anda sedang mewakili kebenaran.
tapi ingatlah Allah tidak menyukai orang yang sombong.

Saat Anda salah,
sesungguhnya Anda sedang dituntun ke arah kebenaran.
Berbesar hatilah, karena Allah sentiasa bersama Anda.


Jangan sampai kebenaran menjadikan kita sombong dan ta'ajub terhadap diri sendiri.
Jangan sampai ketakutan mengalahkan keyakinan kita terhadap pertolongan NYA.
Keseimbangan sikap, adalah penentu ketepatan perjalanan, menuju keberhasilan.
Selamat Imbang mengimbang....
(MT dibumbu oleh ATE NO MOTO)