Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestine dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus'ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu. "Berapa orang anak kamu?"
"Anak saya 13 orang" jawab Ustazah.”
"Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14."
Pertanyaan kedua muncul. "Kamu hafal al-Qur’an?" tanya Ummu Mus'ab.
"Belum sampai 20 juz," jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun. Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab.
Tiada jawaban atau alasan yang bisa di ungkapkan. Lalu kepada kami ustazah berkata,
"Yuk..Kita hafal Al Quran" Itulah ajakan ustazah yang tak akan kami lupa. (Malangnya sehingga hari ini Juz Amma pun tak abiz Ate hafal)
*******
Pagi ini, sedang Ate sibuk nak buat Entry...Tritrit, Tritrit...Ada sms masuk. Ohh Dari Anakanda Mamad di Jakarta. Ate buka...
"Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun. menyampaikan ucapan duka cita yg mendalam atas wafatnya ustadzah kita tercinta YOYOH YUSROH jam 3.30am di RS Mitra Keluarga Plumbon, Cirebon. Semoga Allah memberikan balasan kebaikan & kedudukan terbaik di sisi Nya serta mempermudahkan urusan dan memberikan kesabaran & keikhlasan atas keluarga yg ditinggalkannya...Allahummagfirlaha, warhamha, wa'afihi wa'fu'anha." Bergetar dada Ate membaca sms tersebut. Seperti tidak percaya. Terbayang wajah tenang Ustazah yang akrab juga dengan panggilan Ummu Umar itu.
Ustadzah Yoyoh yang Ate panggil 'Ummi' adalah sosok wanita yang sangat Ate kagumi. Dulu sebelum dia menjadi ahli politik, Ate mengagumi wanita sederhana yang penuh dengan ketenangan dan kelembutan ini khususnya dalam kehebatan dia mentarbiah anak-anaknya (kisah ibu 9 anak waktu itu yang solat tahajjud 2 rakaat bagi setiap anak). Tutur katanya perlahan, sering disertai senyuman yang hangat dengan kasih sayang dan selalu ada 'kesejukan hati dalam taujihnya'. Siapa pun kita pasti tidak akan merasa terasing sebaliknya akan sentiasa merasa di raikan apabila menjadi tetamunya. Ate sering menjadikan dia 'pusat rujukan' dalam segala hal kerana dia adalah pendidik dan pendakwah yang sentiasa menerapkan qudwah hasanah dalam kehidupan.
Setelah dia menjadi ahli politik, dia masih lagi 'Ummi' yang sederhana dan ramah dengan senyuman. Walau tugas dan tanggungjawabnya bertambah super duper banyaknya, dia tak pernah berubah. Setiap kali di sms tak pernah sekali pun dia mengabaikan tanpa jawaban. Dia bukan wanita sembarangan. Dia antara pejuang terhebat dalam isu anti pornographi sehingga akhirnya Indonesia berjaya mewujudkan Undang-ungang Pornografi (Ariel dan Luna menjadi 'mangsa' undang-undang tersebut). Dalam kelembutan dia ada ketegasan yang luar biasa. Dalam redup matanya ada semangat yang menggelora. Dia tidak gentar walau pernah di ancam bunuh ketika lawatannya ke Bali suatu ketika dulu dalam rangka perjuangan anti porno.
Dia sangat dihormati dan dipercayai baik teman mahupun lawan hatta oleh Parti yang berbeza di Parlimen mahupun dari golongan agama lain. Hanya orang yang pernah 'di sentuhnya' akan mengetahui betapa istimewanya dia. Dalam kesibukan duniawi (urusan politik dan negara) dia tidak pernah mengabaikan ukhrawi. Dia tetap merendah diri, tidak sombong, tidak 'sok tahu' (aku lah pandai) dan tidak merasa hebat dengan prestasi diri, kerjaya mahupun keluarga. Dia masih lagi mencuri waktu menghafal ayat-ayat Quran, Hadis dan menekuni ilmu akhirat dengan mengikuti secara routine dan consistent kelas pengajian (usrah) walau sesibuk mana pun dia baik di Parlimen, 'mengelilingi Indonesia yang luas' mahupun ketika ke luar negeri dalam rangka urusan negara. Dia seorang wanita yang sangat istimewa dan luar biasa.
Sungguh Ate merasakan duka yg mendalam dengan kepergiannya yang mengejut. Semoga ALLAH menempatkan dia sebaik-baik tempat disisi NYA. Semoga pemergiannya juga ini menjadi tazkirah buat kita yg masih tersisa usia. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk memanggil kita pulang kepada Nya pada bila-bila masa sahaja.
Selamat Jalan Ummi, murabbi (ah) yang kami cintai karena Allah....Tangis kami hanyalah tangis sedih seorang 'anak' yang kehilangan, tapi sesungguhnya hati kami ikhlas mengiringi pertemuan Ummi dengan Sang Maha Pemilik Kehidupan.
Sedih dan pilu...Kami pasti merindui mu....
@@@@@@@