Pages

Search This Blog

Monday, November 14, 2011

TAK NAK UBAT, NAK MC AJA DI...

"Doktor, saya tak sihat." (Pesakit)
"Biar saya check, nanti saya bagi ubat ya." (Doktor)
"Tak pe, tak pe doktor. Saya tak nak ubat. Saya cuma nak minta cuti jer." (Pesakit)
"Cuti???" (Doktor)
"Ya, cuti." (Pesakit)
"Nak minta cuti apa kat tempat ni?" (Doktor)
"Cuti dari buat WUKUF DI ARAFAH nanti." (Pesakit @ Jemaah Haji di Mekah)
"Huhh??"
Gedubrakkk
Fingzan, fingzann doktoi.
Nak bagi MC kat siapa ya? Pada Allah ke?
Lucu? Aneh? Merepek? 
Tapi ini adalah kisah benar, bukan rekaan. 
Moga Allah memberi petunjuk Nya kepada jemaah haji tersebut.
*************
Wukuf di Arafah pada 9 Dzulhijjah adalah rukun haji yang terpenting (rukun akhbar). Ertinya tidak sah ibadah haji seseorang jika tidak melaksanakannya. Apa istimewanya padang Arafah yang tandus, dikelilingi bukit-bukit berbatu yang gersang dan di penuhi tanah berdebu? Di sini adalah tempat dimana Nabi Adam dan Hawa dipertemukan semula oleh Allah setelah diusir dari syurga. Di sinilah jua doa taubat pertama dilafazkan oleh umat manusia, Nabi Adam dan Hawa: "Rabbana zolamna anfusana wa in lam taghfir lana wa tarhamna lanakunanna minal khosirin." (Ya Tuhan kami. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni dosa-dosa kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.)

Wednesday, November 9, 2011

RABU HARI TUNJUK-TUNJUK GAMBAR

Baim buat project sorang-sorang.
 (Sila Perhatikan Perut Baim :D)

Abang Smile datang memberikan kerjasama.
Mengorek berjamaah.

 LENGKONG Mangsa Korek yang sempat diselamatkan.
*************
"Salah satu hikmah Qurban adalah cinta dan kasih sayang kita kepada sesama manusia harus didahulukan daripada menuntutnya." SHL

Sunday, November 6, 2011

BERKURBAN APA SAJA

Wahai 'putera-putera kami' Ibrahim dan Ismaeil,
Hayatilah kisah kurban nabi Allah, Ibrahim dan Ismail sebagai BUKTI CINTA mereka KEPADA ALLAH. KEIKHLASAN TAAT dan kehebatan cinta mereka telah pun Allah abadikan di dalam surah As Saffat:102-111. Moga suatu hari nanti nak, kamu berdua juga dapat membuktikan keikhlasan cinta dan ketaatan kepada Allah dalam setiap ibadah, amal soleh dan akhlak kalian sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
*************
Salah satu hikmah berkurban adalah bersyukur dengan menyedari bahawa sesungguhnya kita tidak pernah berkurban apa pun kerana semuanya milik Allah.  "Sungguh, kami telah memberimu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)". (108: 1-3)

(SaHaL)

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wr wb.
Salam Jumaat penuh berkah. 
Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad. Ahad raya haji, raya kurban - Aidil Adha. Ramai balik kampung. Sembelih lembu. Sembelih kambing. Sembelih ayam. Lembu dan kambing dikorbankan sebagai menyempurnakan ibadah Qurban. Ayam dikorbankan sebagai menyempurnakan keperluan perut-perut manusia. Dalam keseronokan nak menyambut Aidil Adha jangan lupa beberapa perkara:
Pertama: Bagi sesiapa yang nak balik kampung (ada yang dah balik hari ni), Berhati-hatilah di jalanraya. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Jangan pandu laju nanti kena saman. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah wajah-wajah kambing dan lembu kurban yang sedang menanti anda di kampung.

Kedua: Esok, hari Sabtu 9 Dzulhijjah, adalah hari offer untuk pelupusan dosa tahun lepas dan tahun sesudahnya. Hari meng erase dosa. Mari lah rebut tawaran yang hebat ni. Ajak ahli keluarga beramai-ramai. Bangun awal pagi sebelum subuh, untuk sahur, lalu tunaikanlah Puasa Arafah kerana dari Abi Qotadah ra, ketika ditanya tentang puasa Arafah, Rasulullah saw bersabda: "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (HR Muslim). (Puasa Arafah ini kurang sesuai bagi sesiapa yang merasakan diri mereka telah bersih dari dosa untuk 2 tahun tersebut. Boleh gitu? Astaghfirullah)
"Allah, ajarkan kami bahawa dalam keikhlasan BERKORBAN terdapat kenikmatan penuh keimanan yang kami rindukan. Eid Mubarak."


Note: Esok, Insyallah Ate akan menyinggah ke rumah maya teman-teman. Sehari dua ni sibuk sedang update blog list teman-teman.

Photo Ehsan Pokcik Goggle

Thursday, November 3, 2011

AKTIVITI BERSAMA BAPAK MITHALI

Alhamdulillah, sejak Bomoh Bijan membuka klinik sendiri, bapak 2 Bujang Senang bertukarrr menjadi Baja Satria Hitam bapak yang LEBIH baik dan bertanggungjawab. Oleh kerana mama sibuk dan tak mahu anak-anak merasa diabaikan, mama telah memaksa bapak meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak. Jom kita tengok, apa Project atau aktiviti yang selalu Bapak Mithali 2 Bujang Sengal Senang (2 BS) ni buat bersama anak-anaknya. 

Balik aja sekolah, bapak akan beli bermacam-macam makanan dari kantin sekolah untuk anak-anak. Tukang Perabis binti Pelahap pastilah Ate, sedap ooo.. makanan kantin sekolah especially nasi goreng / mee bodoh. Pas makan, solat dan rehat sekejab, biasanya bapak ajak anak-anak keluar. Anak-anak memang suka tahap gila, melompat-lompat sambil tarik-tarik rambut seronok, maklumlah tenaga budak-budak kan banyak, mestilah tak suka terperap aja dalam rumah. Pergi bank, service keta, pegi pejabat pos mahupun pegi latihan rugby di sekolah, bapak sentiasa bawa 2 BS. 
Selain tu bapak juga rajin bawak 2 BS, Ate, Kak Bayu dan nenek pergi...
Shopping di JUSCO
Lagi?

Menunggang Kuda Gajah
di JUSCO.

Lagi?
Main-main
di food court JUSCO (Jusco adalah rumah kedua keluarga kami)
sambil Ate makan-minum 
kopi O kaw, roti bakar cecah telur rebus separuh masak.
Lagi?

Main besikal
dalam rumah di padang.
Lagi?

Main panjat-panjat
di ampaian baju monkey bar.
Lagi?

Ohh ini paling best.
Project atau aktiviti Bapak & Anak yang paling sengal keren dan hebat adalah....
BERENANG! 
YEAY!

Kat kolam umah kawan abah ke?
Bukan!

Kat kolam umah kita macam ni?
BUKAN!
Habis tu?
*
*
*
Macam ni?
Yesss!


Tapi jangan takut... Ini fun punya aktiviti, 
tak ada paus,
tak ada ong bak ombak,
tak ada bahaya,
tak ada air.
Macam ni...

Musim hujan nak, ko berdua berenang ajalah atas tikar dalam rumah.
Ya, Cikgu BULPEN, si adik Ate memang tersangatlah sengal seperti 2 BS, anaknya ini. 
Mujur Ate tak sengal.
*************
- "Salah satu sebab kenakalan anak-anak (remaja) adalah ayah yang tidak berperanan sepenuhnya sebagai ayah, kecuali hanya pada hari minggu." (Satria Hadi Lubis)

- "Ayah tidak memberitahuku bagaimana cara untuk hidup tetapi membiarkan aku melihat bagaimana melakukannya." (Clarence Budington Kelland)

- "Father, when I was a child you impressed on my heart and mind the fear of the last Day. You never scolded me, but your daily life was an example for me of a man always aware of the Day of Acconting." Syed Qutb

Wednesday, November 2, 2011

MARI MENDENGAR CERITA TENTANG REZEKI

Di ceritakan dari Dede Farhan tentang seorang penjual bakso yang berjualan 'keliling' di kawasan perumahan (seperti photo di bawah). Pada satu hari, setelah membayar bakso yang dibeli, dia merasa hairan melihat tukang bakso itu memisah-misahkan duit hasil jualan. Sebahagian di simpan di laci, sebahagian di dompet dan sebahagian lagi disimpannya di tin biskut.
"Kenapa dipisahkan-pisahkan duit nya bang?" Terpancul soalan dari mulut Farhan. 

"Ohh, ini sudah kebiasaan sejak saya berjualan bakso hampir 17 tahun lalu, Incik. Saya memisahkannya mengikut 'hak-hak' tertentu. Yang dalam dompet ni hak saya dan keluarga untuk kami memenuhi keperluan hidup sehari-hari. Yang dalam laci ini hak untuk orang lain iaitu infaq, sedekah dan melaksanakan ibadah Qurban. Dan Alhamdulillah selama 17 tahun menjadi tukang bakso, saya selalu dapat Qurban seekor kambing meskipun kambing nya ukuran sederhana sahaja. Sedangkan duit yang masuk ke tin ini adalah peruntukan tabungan ibadah haji iaitu hak cita-cita saya dalam menyempurnakan rukun Islam. Selama 17 tahun menabung, sekitar dua tahun lagi saya dan isteri Insyallah dapat melaksanakan ibadah haji."

"Alhamdulillah, bagus apa yang abang lakukan itu. Tapi... ibadah haji itukan hanya wajib bagi yang berkemampuan, bang."

"Betul tu Incik, tapi soal mampu atau tidak itu bukan milik orang tertentu. Kalau kita rasa diri kita tidak mampu, sampai bila pun kita tidak akan mampu. Kerana itu kita kena yakin kita mampu, Insyallah dengan segala kekuasaan Allah maka Dia akan memberi kemampuan pada kita." 
Ambil lah pelajaran dari si tukang bakso Ate.
Ate terhenyak membaca kisah benar ini. Infaq dan sedekah Ate ala kadarnya. Ibadah Qurban ditunaikan sekali sekala. Simpanan untuk menunaikan ibadah haji?? Jauh sekali simpan korek, simpan korek, korek, korek, simpan, korek lagi. Alasannya (lagi-lagi alasan) gaji kecik, duit tiap bulan sentiasa tak cukup. Sedih sekali Ate tidak punya fikiran dan perancangan yang indah seperti tukang bakso tersebut.

Rezeki bagaikan jodoh, ianya merupakan suatu misteri milik Allah. Jumlah besar tak semestinya cukup dibanding jumlah kecil, kerana dalam soal rezeki ada faktor 'jumlah' dan 'berkah'. Bukan banyak sikitnya duit atau harta yang utama, tapi keberkahan lah yang menjadikan kita orang yang bersyukur dengan apa juga jatah rezeki yang Allah kurniakan. Jika berkah, faktor jumlah menjadi relatif.
*********
- Ate berhitung-hitung, 'petua ibadah Qurban setiap tahun' Kak Bayu, satu hari simpan RM1, satu tahun RM365. Cukup benar nak Qurban.
- Senyum sumbang sumbing Ate malam tadi dengar pertanyaan yg dikemukakan dalam rancangan Lambaian Kaabah TV1... "Bank Rakyat boleh tak beri pinjaman RM40k atau RM50k untuk orang yang nak pergi haji?" Tak pa lah, tak tahu kenalah bertanya ya tak?

INSPIRASI TARBAWI: EDISI 259
Photo Ehsan Pokcik Google

RABU TANPA KATA-KATA HANYA ADA DOA

"Ya Allah, Tuhan yang Maha Melindungi. Lindungilah anak-anak kami dalam naungan kasih sayang Mu. Jadikanlah mereka orang-orang yang sentiasa menegakkan solat dan selalu berada di jalan Mu yang lurus. Kumpulkanlah Al Quran di dada mereka. Jadikanlah hati bagian manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah kesempatan, agar mereka menjadi bagian dari para pembebas Al Quds. Amin ya Robbal 'Alamin."
Ku untai doa di setiap waktu. 
Buat anak-anak tercinta. 
Bagi setiap kalimah pengharapan dalam doa. 
Moga kasih ini tertanam dalam.
Dalam dakapan cinta kita kerana Allah,
menghimpunkan kita di syurga nanti.

Tuesday, November 1, 2011

MASALAH MENJADI MASALAH KERANA MASALAH

Perasan tak kita kadang suka menggunakan perkataan 'masalahnya' dalam ungkapan kata-kata kita? Khususnya bila kita disuruh buat sesuatu atau diberi tanggungjawab tapi kita tidak belum menyelesaikan tanggungjawab tersebut maka kita mula mencari alasan dengan mengatakan "Masalahnya bos, project ni susah nak dapat kerjasama bla, bla, bla". Atau bila anak kita mendesak kita pergi ke mana-mana atau buat sesuatu dan kita malas, kita akan menjawab, "Masalahnya bukan mama tak nak, tapi.....bla, bla, bla." Kita suka mencari alasan dengan 'mengkambing hitamkan masalah'. Itu belum lagi bila kita memang benar-benar ditimpa masalah. Berbagai rungutan dan keluhan yang kita ungkapkan baik dibibir mahu pun dalam hati tak lepas dari perkataan 'MASALAH'. 
"Masalahlah dia ni."
"Ni lah masalah nya."
"Alaa..Aku tengah banyak masalah lah."
"Masalah kau ni kan, kau yang bermasalah."
Budak ni memang selalu bermasalah.
Sikit2 merajuk.
Ya, kita bermasalah kerana kita selalu menjadikan masalah itu sebagai masalah. Kita bermasalah kerana kita selalu mengeluh dengan masalah kita. Kita bermasalah kerana kita selalu fikir kita bermasalah tetapi tidak memulakan langkah ke arah solusi. Teringat Ate kata-kata seorang kenalan dari Indonesia bila Ate merungut, "Alaaa... banyaknya kerja. Masalah betullah." Lalu dia menjawab, "Kerja ya harus dikerjain, Mbak. Jangan difikirin aja. Gak tuntas kerjanya kalo difikirin aja. Gak nyelesai'in masalah." (Duzhummm... Uhh! kena Ate sejibik). Kita kena tukar cara pemikiran kita macam N3 Ate bulan May "Hai masalah, Allah Maha Besar". 

Kita kena membiasakan diri jangan mengeluh atau merungut kerana masalah. Hayati makna di balik semua masalah, maka semua masalah akan membuat hidup menjadi lebih bermakna. Jika kita fikir setiap masalah boleh diselesaikan dengan keluhan, maka teruslah mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Namun kenyataannya, mengeluh itu bagaikan menambah batu pada beban yang kita bawa. Tiap keluhan membuat beban itu menjadi semakin berat dan akhirnya memperlambatkan langkah kita. Maka jangan banyak mengeluh. Ikhtiar dan perbanyakkan doa. Agar langkah terasa ringan dan kita dapat bergerak pantas, maju ke hadapan.
If you have time to whine and complain about something 
then you have the time to do something about it.

Monday, October 31, 2011

CUCI-CUCI BAGI BERSIH

Sahabatku,
Perkataan dan sikap yang 'tak enak', jangan dimasukkan ke dalam hati. Nanti hati menjadi sempit. Segala hal menjadi rumit, hidup terasa sesak menghimpit. Lahir Batin terasa sakit. Sebaiknya berilah kemaafan dan doakan kebaikan. Agar hati kian bersih, fikiran pun akan jernih. 
Jika segala hal yang 'tak enak' di masukkan ke dalam hati, sampai bila pun tak akan ada ruang kosong buat kebahagiaan memenuhi hidup ini.
Sungguh, kita pasti merasa tak selesa, bila ke mana-mana membawa buah-buahan yang busuk, apatah lagi jika ke mana-mana membawa hati busuk. Fikiran jahat akan merasuk, akhlak kian buruk. Hubungan dengan Allah pasti jauh apatah lagi sesama makhluk.
Kita tahu yang busuk itu sering di kaitkan dengan sesuatu yang buruk dan kotor. Anehnya, kita sering bersungguh-sungguh menjaga pakaian agar tidak dikotori tapi kurang bersungguh-sungguh dalam menjaga hati agar tidak terkotori. Pakaian yang bersih, selesa dipakai, apatah lagi hati yang bersih. Fikiran kan menjadi jernih. Kejayaan dunia akhirat, dapat di raih. So, tunggu apa lagi. Mari kita jaga hati. Kalau ia telah dikotori jom kita cuci. Agar kita tidak termasuk golongan orang yang rugi.

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (hati) itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (91:9-10)

(Inspirasi dari seorang Murabbi )
Photo terakhir: Ehsan Pokcik Google

Saturday, October 29, 2011

TERIMA KASIH TEMAN BLOGGER

1, 2, 3, 4, 10, 20, 60.... 60? Bukan. Lebih lagi. 100? Macam tu lah lebih kurang. Penat tapi puas... Semalam, sehari suntuk mengadap PC, Ate melawat hampir kesemua 'rumah' teman-teman. Bersilaturahmi. Ada yang sempat Ate tinggalkan komen buah tangan, ada yang Ate singgah sahaja membaca merisik kabar. Alhamdulillah, tu kira macam Ate dah bayar hutang dengan teman-teman blog, pasal lama tak menyinggah. Sempat juga Ate menyalin resepi Ayam Bakar Cik Ina Do Do Cheng. Nanti dah cuba, Insyallah akan Ate kongsikan di blog ni. 

Ate suka menyinggah blog teman-teman kerana banyak ilmu dan kebaikan yang dapat Ate kutip. Bukan sahaja yang berkaitan dengan makanan, tetapi juga pandangan yang positive, pengalaman yang menarik, cerita-cerita lucu yang menghiburkan, idea-idea kreatif, info terkini dan pelbagai lagi manfaat yang telah di tebarkan oleh para blogger. Berbagi atau berkongsi kisah suka duka hidup, menjadikan dunia blogger indah dengan warna warni kehidupan. 

Walau ramai orang kata dunia blog ni banyak keburukan, membazir masa, tempat bergossip, banyak info yang tak boleh dipercayai, tempat orang menyumpah seranah melahirkan perasaan yang negative, pusat penebar fitnah dan pelbagai lagi yang jelek-jelek, tak pa lah. Yang penting kita tahu menapis dan memilih blog apa yang patut di jadikan teman, blog mana yang patut dibaca. Tepuk dada tanya iman. Hanya blogger sejati macam Ate sahaja yang tau menikmati dan menghargai keindahan dunia blog
Hehehe..Sila maafkan Ate yang suka perah santan ni.
(Ate, tolong jgn jadikan blog tempat menebar pesona perasaan perasan ya)
Fruit Salad yang Lazat dan menyegarkan.
 LG taruh cherries, strawberries, longan, pear, gold kiwi dan limau mandarin
Versi Ate tak lengkap, tak ada cherries dan kiwi. 
Oh ya, atas sekali yang putih2 tu adalah whipped cream.
Photo di atas adalah antara contoh manfaat yang telah diperolehi dari teman di blog. Fruit Salad LG yang sedap meleleh, bukan sahaja telah dinikmati oleh ahli keluarga Ate tapi Ate kongsikan juga di satu program kanak-kanak Ikram Junior. Ate ajar anak-anak usia dari 4 - 11 tahun bagaimana nak buat fruit salad tu. Mereka kupas dan potong sendiri buah-buahan. Teruja dan seronoknya mereka sehingga minta bawa balik rumah. Alhamdulillah, Terima kasih LG, anda telah membawa kegembiraan pada ramai orang (khususnya anak-anak) yang menikmati Salad Fruit tu. 

Jutaan terima kasih juga buat semua teman-teman blogger. Moga Allah membalas segala kebaikan yang telah anda kongsikan. Jazakumullahu khairan kathira. Marilah kita sama-sama menjadikan blog suatu wadah untuk berbagi ilmu, nasihat, pengalaman dan tempat terhimpunnya segala kebaikan.
*******
DUNIA INI INDAH KERANA CINTA ALLAH YANG BERLIMPAH.
HIDUP KITA JUGA AKAN INDAH
JIKA KITA MEMILIKI CINTA YANG BERLIMPAH.

Friday, October 28, 2011

RESEPI MAKANAN MUDAH, SIHAT, BERKHASIAT LAGI LAZAT.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Mu Allah atas segala nikmat hidup hari ini. Memberi kami kesempatan (lagi) untuk untuk mensyukuri, menghargai  dan mengisi hari demi hari dengan amal soleh dan bekal ketika pulang kepada Mu. 

Sesungguhnya hidup adalah tanggungjawab yang setiap detiknya harus bermakna ibadah. Keindahan hidup tidak diukur dari panjang atau pendeknya umur, tidak juga di ukur dari kaya atau miskinnya seseorang itu melainkan bagaimana cara kita mengisi kehidupan kita. Ada orang hidup untuk kaya. Ada orang hidup demi cinta. Ada orang hidup untuk negara. Ada orang hidup demi gaya. Ada orang hidup untuk makan. Ada orang hidup demi hidup...Hiduplah. Hiduplah untuk apa pun, tak mengapa asal semuanya tidak tersasar dari tujuan asal kita di hidupkan. Hiduplah mengikup ketetapan sang Maha Pencipta. Hiduplah dengan apa yang Allah inginkan, bukan dengan apa yang kita inginkan. 

Oleh itu untuk orang yang 'hidup untuk makan', di sini Ate ingin persembahkan...Jeng, jeng, jeng... Resepi Makananan Sihat, Mudah Lagi Berkhasiat tapi lazat (Uhhh..duniawi banget). 

Puan-puan dan tuan-tuan sekalian, sebelum Ate menurunkan resepi (macam menurunkan ilmu apa jer), terlebih dahulu Ate ingin menerangkan tentang kepentingan pengambilan makanan sihat (alaa.. ada kuliah kesihatan pulak). Pengambilan makanan yang sihat adalah salah satu cara untuk  menjaga kesihatan. Sebagai seorang Muslim penting kita menjaga kesihatan kerana Rasulullah saw telah berpesan AL MUKMINUL QAWIYYU KHAIRUN WA AHABBU ILLAH MINAL MU'MINID DHAIF (Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih di sukai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah). Kalau badan kita selalu tak sihat dan tak kuat, macam mana kita nak beribadah? Mengerjakan haji, Puasa dan Solat, semua tu perlu badan yang sihat dan kuat. Itu belum lagi dalam rangka kita melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap ibubapa, anak, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kerana itu penting kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat tapi lazat (nak jugak sebut lazat...ya lah kalau tak lazat siapa yang nak makan kan?) dalam kehidupan kita sehari-hari. Hargailah tubuh anda, ianya adalah amanah. Ok lah jom kita layan resepi nya.....
Serbuk Kuah Kacang Pecal.
Boleh di beli di Pasar Tani atau Pasar Malam.
Jenama Ceria tu beli dengan kawan Ate Kak Ruzaimah (Bunda dia buat dari Kedah).
Bahan-bahan:
1. Timun di potong dengan suka hati nya (ikut suka)
2. Tempe di potong kecil-kecil dan di goreng garing (maaflah tempe terpaksa digoreng, takleh nak rebus. Kalau tak goreng, tak lazat. Tapi tempe sumber protein yang baik, mudah dicerna dan penurun kolesterol)  
3. Taugeh 'Kepala Besar' 
4. Carrot di potong suka-suka hati 
5. Fish ball dipotong sesuka-suka hati.
6. Sayur Kangkung.
7. Serbuk Kuah Kacang Pecal (Rujuk gambar nombor 2 di atas)
8. Thousand Island Dressing (Yang ini Ate tak pasti sihat ke tidak yang pasti ianya lazat)
9. Rempeyek dipecah-pecahkan jadi sebesar lebih kurang ibu jari (suka2 hatilah nak ikut besar ibu jari siapa)

Cara-cara Membuat:
1. Celur bahan-bahan yang nombor 2, 3, 4, 5 dan 6.
2. Setelah di celur, gaul kan kesemua bahan.
3. Hidangkan bersama nasi atau boleh di makan begitu sahaja.

Mudahkan. Semudah 1,2,3...:). Kalau tak nak letak rempeyek pun tak apa. Tapi rempeyek tu lah yang memberi kesan ummppph gitu. Kalau nak nampak cantik masa hidang, letakkan thousand island akhir sekali di atas bahan-bahan yang lain (Jangan campurkan thousand island awal-awal). Masa nak makan baru gaulkan. Resepi ni Ate dapat dari Kak Pah jiran Ate, masa kami bertukar juadah di bulan puasa. Kami tertarik dengan keunikan rasa paduan barat dan timur...Thousand Island dan Kuah Kacang Pecal. Di rumah Ate dah banyak kali dah Kak Bayu buat kami makan. Banyak mana bahan-bahannya, kami main agak jer (suka-suka hati). Nama makanan ni? Errr..Kak Pah yang inventor nya tak bagi nama, kami yang 'generasi penerus' nya pun blum lagi ada idea nak memberi nama. Ada sesiapa yang ada cadangan? Atau nak beri nama Rojak Suka-suka Hati? 
Minum air lemon ni dengan rojak tadi...Perghh Mantap.
(Tuhh..kan. Duniawi Banget lo Ate. Emang hidup tuk makan?)

(Perasan tak..ni first time Ate berkongsi resepi. Maklumlah sebelum ni jarang 'berukhuwah' dengan dapur. Berkongsi resepi ni sebahagian dari ibadah kan?)

Wednesday, October 12, 2011

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA ATE TIDAK UPDATE BLOG.

Assalamualaikum wr wb.
Salam Hari Rabu yang menggebu. Moga rahmat dan kasih sayang Allah mengiringi anda selalu.

Sibuk. Busy. Hanya ini alasan (klise bin lapuk) yang dapat Ate berikan atas ketidak mampuan Ate menziarahi ke rumah maya teman-teman semua. Ini juga jawaban kepada persoalan mengapa Ate tak hapdet-hapdet blog. Banyak perubahan berlaku di sekeliling Ate sehingga 'memaksa' Ate untuk menyesuaikan diri dengan segala perubahan tersebut. Antaranya, sekarang Ate dah kerja part time jer. Banyak buat kerja dari rumah. Bila di rumah biasalah... lebih sibuk dari di pejabat. Ada sahaja kerja rumah yang tak habis-habis. Bila sibuk turun naik, turun naik rumah, nampak pulak bantal melambai-lambai :). 
Mak sibuk ngan Klinik baru.
Bapak sibuk melatih student Rugby.
Anak dapat kasih sayang dari 'Singa'.
Waktu yang sama, adik ipar Ate, Bomoh Bijan dah mula bukak klinik sendiri di Taman Melati, dah tak kerja lagi dengan rangkaian Syarikat Dukun-dukun BerJAYA. Bila kerja sendiri, faham-faham ajalah, mesti kerja lebih kuat. Apatah lagi pesakit-pesakit santau belum kenal dia lagi. Buat permulaan ni awal pagi dah keluar, lewat malam baru balik. Anak-anak dia, 2 Bujang Senang tu sentiasa di rumah Ate. Bila dia orang kat rumah tak da can lah Ate nak bukak pc. Berebut dengan dia orang saja. Nak hapdet di handphone? Oho... Maap  lah, Ate punya handphone bukan jenama Canggih binti Canggun. Jauh sekali ada iphone, ipad, ipod...tah apa-apa i...Ate cuma ada iron yang buleh buat baju tegang lagi kemas jer.
Antara project Ate,  membaiki jam.
(Ternyata langsung tak berbakat, Seperti tikus membaiki labu)
Dalam kepala Ate ni ada juga project baru yang nak di ceburi. Tapi masih banyak benda yang nak kena belajar, kena pergi kursus dan cari modal. Insyallah kalau ada rezeki, Ate akan cuba teruskan project tu. Pokoknya dalam tempoh Ate di rumah ni juga, Ate baru berpeluang belajar memasak. Selama ni Kak Bayu dan Ibu jer yang sibuk masuk dapur. Akhir-akhir ni dapur baru nak berkenalan ngan Ate...Eh, ke Ate baru nak kenal dapur?? Tak kisah lah, mana-mana jer. Maka bila Ate di dapur, riuh-rendahlah mulut Ate mencari (bukan cari ngan mata) mana periuk tu, mana sudip ni, mana itu, mana ini... Tu belum lagi sibuk salin dan bukak resepi, ke mana-mana bawak buku nota. Mana makanan yang menjadi,  Alhamdulillah seronok rasanya dapat menjamu orang. Mana yang tak jadi, jenuh 'Imad Sengal' (anak sedara) menjadi mangsa kena habiskan. Tapi Alhamdulillah setakat ni belum ada yang cirit birit makan masakan Ate.
Antara hasil masakan Ate.
Puding tah apa-apa.
Rupa tak da, rasa mantap :)
Insyallah Ate akan usahakan juga curi-curi masa untuk jalan-jalan ke rumah maya teman-teman, tinggalkan comments, menjawab comments di N3 Ate yang sebelum2 ini dan update blog semampu mana yang Ate boleh. Sebenarnya masa tu ada jer, cuma Ate belum pandai adjust lagi dengan perubahan baru ni. Time Management belum pas lagi. Dalam tempoh 'transisi' ni pun Ate banyak muhasabah diri. Banyak yang Ate fikir... 

Eh, eh panjang pulak Ate melalut. Ok lah, sebelum Ate mengakhiri surat tunjuk sebab mengapa Ate dah lama tak berblog ni, Ate ingin memetik kata-kata dari seorang teman, moga menjadi renungan kita bersama. "Kita sering bercermin untuk merapikan rupa paras fizikal kita, namun kita sering lupa bercermin untuk merapikan ucapan dan perilaku kita". (Benarkan?) Astaghfirullah hal adzim, la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah. Ampuni lah kami ya Allah, atas segala dosa-dosa kami yang sering lalai dan menzalimi diri sendiri. Moga kita dapat bercermin di atas kesilapan diri dan memohon keampunan di atas kelemahan dan kesilapan diri sendiri.

Wednesday, September 28, 2011

BERSIARAN LAGI DI HARI TERAKHIR SYAWAL

Assalamualaikum wr wb. 
Apa khabar teman-teman dan para pembaca yang di rahmati Allah? Moga semuanya senantiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga. Ate kembali bersiaran lagi setelah lama menyepi dari dunia blog. Hari ini, di petang yang redup dan sungguh mendamaikan ini, tetiba saja, ate terasa nak update blog. Sebenarnya ramai dah bertanya kenapa lama Ate tak update (2, 3 org bertanya kira ramai jugak lah kan, hehehe). Nak kata busy tak de lah se busy mana pun, walau masa minggu pertama raya tu memang sibuk dengan kenduri kahwin adik bongsu Ate (Acu), minggu kedua jalan-jalan beraya meraikan anak-anak sedara yang masih bercuti dan minggu ketiga pulak bantu Kak Bayu buat catering open house, pas tu tak ada apa-apa pun project. Tapi tah lah, rasa macam liat aja nak update bila dah lama bercuti raya. 

Oh ya sebut pasal raya, hari ni hari akhir bulan Syawal kan? Apa khabar amalan puasa 6 'kita'? Sempat habis ke tidak? 6 hari nampak macam sikit aja kan? Tapi ternyata susah nak laksanakan. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Sebenarnya, bukan kita tak tahu atau tak mahu buat apa yang telah di anjurkan oleh Rasulullah tu, tapi.. (mulalah tu nak beri alasan) Syawal kan 'Bulan Raya' (Ada ke hadis kata sebulan Syawal tu raya?), sana sini orang sibuk jemput makan, open house lah, open opis lah...heii, merata. Tu yang liat payah nak menghabis puasa 6. Pernah sekali Ate tak sempat habis puasa 6, dapat 5 hari jer pasal 'ABC' tercepat dari tarikh sepatutnya, ingatkan serik, ehh...tiap-tiap tahun tang tu jugak Ate buat, iaitu Puasa Saat-saat Akhir. Tahun ni Alhamdulillah habis (walau masih last minutes). Nak salahkan siapa? Salahkan orang yang buat open house? Salahkan 'adat kebiasaan' orang Malaysia yang beraya sampai sebulan? Atau salahkan nafsu dan tekak yang tak tahan godaan tengok makanan yang 'sexy'? 

Nasib baik 2 blogger ni jemput Ate 'makan beraya' pada waktu malam. Kalau tidak... Dia pun 'bersalah' menjadi tertuduh yang mengakibatkan Ate lambat abiz puasa 6. Mana tidaknya, makanan yang mereka hidangkan semuanya menggoda.
Ini Makanan  yang di hidangkan oleh Blogger 'Kakak Comey' dari Damansara.
Tapi yang paling menggoda, dia punya 
Macaroni Goreng yang super duper enak rasanya.
Dan Ate juga tergoda dengan
Sambal Telur Sexy ini.
 Di bawah ini pula makanan yang di hidangkan oleh blogger ke 2.
Seorang blogger directory makanan tersohor.
Bee Hoon 2 jenis, ayam golek dan satu makanan aneh.
Ya, makanan aneh yang mengganggu kedamaian hati Ate.
Rupa parasnya hitam legam, rasanya manis-manis pedas.
Texture dia lembut-lembut, lembek.
First time Ate jumpa makanan ni.
Rupa tak ada, tapi rasanya marvelous. 
Kerana kejakunan Ate membelek-belek dan mencicip-cicip makanan aneh ini, maka Ate telah di tuduh sebagai Orang Johor Murtad, kerana asal makanan ini katanya dari Johor. Namanya sama sekali tak menggambarkan rupanya. Nama glamour makanan aneh di atas adalah Cik Tong Gor (Saudara kepada Goh Chok Tong). Nama sebenar dia Lontong Goreng. Apa yang lebih mengganggu fikiran Ate adalah, makanan tersebut merupakan buatan Ah Poh, adik kepada blogger tersohor itu. Ya, pada malam tersebut Ate benar-benar terpana dengan kebolehan Ah Poh memasak yang selama ini di bayangi oleh kehebatan kakaknya. Tahniah Ah Poh! Menurut Ah Poh, Lontong Goreng ini paling famous di Batu Pahat (dijual pada waktu malam) dan di Kluang (di jual pada waktu sarapan).

Ok lah berbalik kepada topic puasa 6 di bulan Syawal, kepada sesiapa yang tak sempat buat tahun ni, marilah berniat dan berazam untuk melaksanakannya pada tahun hadapan. Selain dari pahala yang besar, puasa 6 hari pada bulan Syawal adalah merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa fardhu Ramadhan kita. Puasa Syawal, Sya'ban dan puasa-puasa sunat yang lain bagaikan solat sunat rawatib, berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan atau kecacatan amalan fardhu. Pada hari kiamat, perbuatan fardhu akan di sempurnakan dengan perbuatan sunat. Segala amalan yang di kerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia. Ajaklah ahli keluarga untuk sama-sama melaksanakannya agar ianya menjadi pendorong agar kita lebih bersemangat untuk berlumba-lumba membuat amal kebaikan bersama ahli keluarga kita yang tercinta.