Pages

Search This Blog

Monday, November 14, 2011

TAK NAK UBAT, NAK MC AJA DI...

"Doktor, saya tak sihat." (Pesakit)
"Biar saya check, nanti saya bagi ubat ya." (Doktor)
"Tak pe, tak pe doktor. Saya tak nak ubat. Saya cuma nak minta cuti jer." (Pesakit)
"Cuti???" (Doktor)
"Ya, cuti." (Pesakit)
"Nak minta cuti apa kat tempat ni?" (Doktor)
"Cuti dari buat WUKUF DI ARAFAH nanti." (Pesakit @ Jemaah Haji di Mekah)
"Huhh??"
Gedubrakkk
Fingzan, fingzann doktoi.
Nak bagi MC kat siapa ya? Pada Allah ke?
Lucu? Aneh? Merepek? 
Tapi ini adalah kisah benar, bukan rekaan. 
Moga Allah memberi petunjuk Nya kepada jemaah haji tersebut.
*************
Wukuf di Arafah pada 9 Dzulhijjah adalah rukun haji yang terpenting (rukun akhbar). Ertinya tidak sah ibadah haji seseorang jika tidak melaksanakannya. Apa istimewanya padang Arafah yang tandus, dikelilingi bukit-bukit berbatu yang gersang dan di penuhi tanah berdebu? Di sini adalah tempat dimana Nabi Adam dan Hawa dipertemukan semula oleh Allah setelah diusir dari syurga. Di sinilah jua doa taubat pertama dilafazkan oleh umat manusia, Nabi Adam dan Hawa: "Rabbana zolamna anfusana wa in lam taghfir lana wa tarhamna lanakunanna minal khosirin." (Ya Tuhan kami. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni dosa-dosa kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.)

21 comments:

  1. maksud entry ni siapa yang tak pergi arafah ni ye?

    ReplyDelete
  2. Seorang doktor yg bertugas di Mekah bercerita ada seorang lelaki yg kelihatan sihat telah dtg menemuinya mintak MC, pasal tak nak pergi Wukuf di Arafah.

    ReplyDelete
  3. kalau dia tak buat...mknanya kena bayar dam la eh..??

    ReplyDelete
  4. serius betul demam jemaah tu~keh keh~

    ReplyDelete
  5. Boleh pulak mintak2 cuti hehe..

    ReplyDelete
  6. Ate..
    Mmg bahagian masing2..
    Maknanya kita sendiri bertanggungjawap pd setiap perbhatan kita semasa di sana...
    Dah pesakit tu yg sendiri memilih tak mau ke Arafah, kerugian pd dirinya sendiri...

    ReplyDelete
  7. Nak gelak cik ina , nak bagi mc kat sapa.konpius. dalam menunaikan ibadah haji, ada lagi hati nak buat cam tu. macam-macam.

    ReplyDelete
  8. Orang macam tu mintak MC kat Dr sebab dia tahu, kalau mintak MC kat Allah pun Allah takkan beri.

    Qaseh: tak ada istilah dam kalau tidak wukuf di arafah...maka tidak sahlah haji orang yang tidak berwukuf di arafah.. Kerana "Haji itu adalah Arafah".

    ReplyDelete
  9. alahai, agaknya dlm hdup dia dah biasa ngelat la tu.
    isyh3x mcm org t.g kursus. alahai, pnat la ngeluh2. doaknlah moga dia dberi ptunjuk olehNya n mohon juga agar kita djauhkn dr prangai cam tu

    ReplyDelete
  10. heheheheh
    buat lawak ke hapa jemaah haji tu???
    adehhhhhhhhh!~

    bleh plak mintak mc kekdahnya!

    ReplyDelete
  11. Ujian untuk pesakit dan doktor. He he

    ReplyDelete
  12. Astaghafirullah, macam ni pun ada ka..tu dia aih..

    ReplyDelete
  13. pelik plak manusia2 yg terlebih bijak ni....

    ReplyDelete
  14. bila tiba di sana...mmg boleh jumpa pelbagai ragam...yer la bahagian masing2... :)

    apa la agaknya eh kesudahan jemaah tu.... :)

    ReplyDelete
  15. hmmm tak terfikir plak nak buat camtu.. tapi kita tak tau apa yang berlaku di sana. Ada seorang rakan menceritakan tentang rakannya yang sentiasa dalam ketakutan di Mekah. Hatinya tidak tenteram sehingga dirujuk ke pskitari.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, moga diampunkan dosa kami dan mereka...kalau lah betul ini wujud, apa tujuannya ke tanah suci?

    ReplyDelete
  17. moga lambat laun akan timbul keikhlasan di hati lebih2 lagi apabila melihat kawan2 yg ada di tanah suci..

    ReplyDelete
  18. Astaqfirullah...!tak tau nak cakap apa.macam2.

    ReplyDelete
  19. p/s: nak dtg jepun ke? bila dan berapa lama? roger2lah ada rezeki boleh jumpa, snowcap tu beli kat sini lagi banyk pilihan dan pelbagai harga, takpun beli baju yang ada hood... hanis pakai tu sebab baju takde hood, kat atas tempat juhyo tu kalau berangin sejukkkk pakai cap kuranglah sikit, enjoy holiday di jepun k! i likeee...

    ReplyDelete
  20. boleh pulak minta cuti....macam2...

    ReplyDelete