Pages

Search This Blog

Wednesday, November 2, 2011

RABU TANPA KATA-KATA HANYA ADA DOA

"Ya Allah, Tuhan yang Maha Melindungi. Lindungilah anak-anak kami dalam naungan kasih sayang Mu. Jadikanlah mereka orang-orang yang sentiasa menegakkan solat dan selalu berada di jalan Mu yang lurus. Kumpulkanlah Al Quran di dada mereka. Jadikanlah hati bagian manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah kesempatan, agar mereka menjadi bagian dari para pembebas Al Quds. Amin ya Robbal 'Alamin."
Ku untai doa di setiap waktu. 
Buat anak-anak tercinta. 
Bagi setiap kalimah pengharapan dalam doa. 
Moga kasih ini tertanam dalam.
Dalam dakapan cinta kita kerana Allah,
menghimpunkan kita di syurga nanti.

10 comments:

  1. insyaAllah... berkat doa ibu akan dimakbul olehNya

    ReplyDelete
  2. famili ate kah? besar panjang semua~he~~

    ReplyDelete
  3. Amin, InsyaAllah doa seorang ibu akan diperkenankan Allah.

    ReplyDelete
  4. amiiiiin..

    wah, meriahnye..suka kakNo tengok..mudahan mereka akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah..amiiiiin...

    ReplyDelete
  5. Tu anak-anak sedara Ate tapi sebahagian besar dari mereka Ate jaga sejak dari kecil. (Ate dulu ada Taska dan Tadika). Tak ada anak sendiri, tumpang kasih sayang anak sedara. Mendidik sebahagian besar dari mereka, mencari saham di akhirat nanti :).

    ReplyDelete
  6. Ohh ya, satu lagi fakta tentang anak-anak sedara Ate ni, mereka bukan sahaja sepupu yang membesar bersama, hampir kesemuanya adik beradik sesusu. Dah besar panjang cam ni, senang nak jaga aurat, tak perlu pakai tudung sentiasa.

    ReplyDelete
  7. baca komen ate kt atas ni..


    mm, maksudnya ms mereka bayi ibu-ibu saling bergilir nyusukan anak sendiri dan anak saudara eh?

    ReplyDelete
  8. @Cik Betty: Benar tu Rina. Allah izin bila sorang mengandung ada aja adik beradik lain yang mengandung juga (macam berjangkit). Jadi ibu2 dapat lah menyusukan anak sendiri dan anak sedara biasanya sehingga anak sedara tu usia 4 atau 5 bulan. Kalau dah besar lagi mereka tau mau minum susu org lain kecuali mak mereka.

    Sepupu yang membesar bersama dan mempunyai hubungan yang rapat biasanya bila telah baligh lupa akan batas2 pergaulan. Perasaan dan pergaulan rapat mcm adik beradik sdg kan dlm Islam mrk tetap bukan muhrim. Kelebihan menyusukan sesama sepupu menukarkan status mereka. Hubungan lebih terjaga. Bnyk lagi kelebihan adik beradik sepupu menjadi sesusu ni especially bila mrk belajar di luar negara dan selalu travel bersama.

    ReplyDelete
  9. Amin.... :)

    Adik beradik Ate ke...ramai juga yer...sure rumah kecoh bila berkumpul... :)

    ReplyDelete