Pages

Search This Blog

Monday, October 31, 2011

CUCI-CUCI BAGI BERSIH

Sahabatku,
Perkataan dan sikap yang 'tak enak', jangan dimasukkan ke dalam hati. Nanti hati menjadi sempit. Segala hal menjadi rumit, hidup terasa sesak menghimpit. Lahir Batin terasa sakit. Sebaiknya berilah kemaafan dan doakan kebaikan. Agar hati kian bersih, fikiran pun akan jernih. 
Jika segala hal yang 'tak enak' di masukkan ke dalam hati, sampai bila pun tak akan ada ruang kosong buat kebahagiaan memenuhi hidup ini.
Sungguh, kita pasti merasa tak selesa, bila ke mana-mana membawa buah-buahan yang busuk, apatah lagi jika ke mana-mana membawa hati busuk. Fikiran jahat akan merasuk, akhlak kian buruk. Hubungan dengan Allah pasti jauh apatah lagi sesama makhluk.
Kita tahu yang busuk itu sering di kaitkan dengan sesuatu yang buruk dan kotor. Anehnya, kita sering bersungguh-sungguh menjaga pakaian agar tidak dikotori tapi kurang bersungguh-sungguh dalam menjaga hati agar tidak terkotori. Pakaian yang bersih, selesa dipakai, apatah lagi hati yang bersih. Fikiran kan menjadi jernih. Kejayaan dunia akhirat, dapat di raih. So, tunggu apa lagi. Mari kita jaga hati. Kalau ia telah dikotori jom kita cuci. Agar kita tidak termasuk golongan orang yang rugi.

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (hati) itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (91:9-10)

(Inspirasi dari seorang Murabbi )
Photo terakhir: Ehsan Pokcik Google

19 comments:

  1. Assalamualaikum Ate,

    Sebuah N3 yang sangat berfaedah. Memang susah menjaga hati daripada terhimpun perkara-perkara yang tak elok. Tapi kita cubalah menghindari perkara2 yang boleh meninggalkan titik hitam dihati kita semoga kita boleh hidup tenang dan bahagia, tanpa sakit hati pada sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Hati cukup senang terdengar2 bisikan manja utk buat perkara murka.. tanpa sedar.. moga2 hati dan akal ini cepat sadar..

    ReplyDelete
  3. x guna berbaju bersih dan lawa apatah lagi berwajah suci dan lawa kalau hati hitam..isk..takut sungguh kalau hati jd camtu..

    ReplyDelete
  4. Ate..
    Selamat kembali..
    Akak gembira bila kesini...
    Thank you mengingatkan...

    ReplyDelete
  5. tak guna juga muka cantek, baju mahal2, tapi hati takde nilai langsung.

    sebolehnya biar serba sederhana dan punya hati yang cukup ikhlas

    ReplyDelete
  6. Salam
    Semoga kita di klurniakan dengan hati yang sentiasa mensyukuri akan nikmat Allah dan bersangka baik terhadap Allah

    ReplyDelete
  7. Hari2 kita kena sental hati kita kannnnnnn :)

    ReplyDelete
  8. nak bersihkan baju yg tertumpah air kopi senang..gosok2 dengan sabun, curah air, hilang

    tp nak bersihkan hati cukup susah..nak rendam dengan 7 air laut pun belum tentu bersih..


    *dlm proses nak melapangkan hati..walaupun cukup sukar..tsk..tsk..

    ReplyDelete
  9. sama2lah kita jaga dan cuci hati kita supaya tidak kotor dan berbau busuk...

    p/s..terima kasih atas prkongsian...

    ReplyDelete
  10. Pelik kan Ate, kita sering tak sedar akan kekotoran yang menyelaputi hati, sedangkan sedikit kotor tercalit di pakaian, kita akan merasa tak selesa. :(

    ReplyDelete
  11. balut hati dalam plastik, baru tak kena kotor =)

    ReplyDelete
  12. Betul jugak tu kan. Baju kotor sibuk kita nak basuh tapi hati kotor..hmm..sesuatu yg sangat berguna untuk difikirkan. Terima kasih Ate :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. setuju dengan n3 ni hari ni.. dalam sungguh maksudnyer..

    huhuhu.. tapi hatiku pernah dikatakan hati hitam.. herm.. senang je manusia menuding jarikan..

    ReplyDelete
  15. kalau nak cantik luaran kena cantikan dalaman, barulah terserlah berganda-ganda kecantikan. ye dak ate.

    ReplyDelete
  16. salam ate,
    kt first n3 tu anak2 ate kah? ye ke?

    ntah la thn ni t.tau la ssl korban ke tak...nk semak kt msjid samada dh cukup korum ke tak
    klau nk buat bnda elok slalu je btangguh kan..geram btul


    payah nak jg sketul daging ni....kna slalu mujahadatunnafsi stiap ms...

    ReplyDelete
  17. mohon share gambar kartun di atas utuk tujuan dakwah....

    ReplyDelete