Pages

Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA ATE TIDAK UPDATE BLOG.

Assalamualaikum wr wb.
Salam Hari Rabu yang menggebu. Moga rahmat dan kasih sayang Allah mengiringi anda selalu.

Sibuk. Busy. Hanya ini alasan (klise bin lapuk) yang dapat Ate berikan atas ketidak mampuan Ate menziarahi ke rumah maya teman-teman semua. Ini juga jawaban kepada persoalan mengapa Ate tak hapdet-hapdet blog. Banyak perubahan berlaku di sekeliling Ate sehingga 'memaksa' Ate untuk menyesuaikan diri dengan segala perubahan tersebut. Antaranya, sekarang Ate dah kerja part time jer. Banyak buat kerja dari rumah. Bila di rumah biasalah... lebih sibuk dari di pejabat. Ada sahaja kerja rumah yang tak habis-habis. Bila sibuk turun naik, turun naik rumah, nampak pulak bantal melambai-lambai :). 
Mak sibuk ngan Klinik baru.
Bapak sibuk melatih student Rugby.
Anak dapat kasih sayang dari 'Singa'.
Waktu yang sama, adik ipar Ate, Bomoh Bijan dah mula bukak klinik sendiri di Taman Melati, dah tak kerja lagi dengan rangkaian Syarikat Dukun-dukun BerJAYA. Bila kerja sendiri, faham-faham ajalah, mesti kerja lebih kuat. Apatah lagi pesakit-pesakit santau belum kenal dia lagi. Buat permulaan ni awal pagi dah keluar, lewat malam baru balik. Anak-anak dia, 2 Bujang Senang tu sentiasa di rumah Ate. Bila dia orang kat rumah tak da can lah Ate nak bukak pc. Berebut dengan dia orang saja. Nak hapdet di handphone? Oho... Maap  lah, Ate punya handphone bukan jenama Canggih binti Canggun. Jauh sekali ada iphone, ipad, ipod...tah apa-apa i...Ate cuma ada iron yang buleh buat baju tegang lagi kemas jer.
Antara project Ate,  membaiki jam.
(Ternyata langsung tak berbakat, Seperti tikus membaiki labu)
Dalam kepala Ate ni ada juga project baru yang nak di ceburi. Tapi masih banyak benda yang nak kena belajar, kena pergi kursus dan cari modal. Insyallah kalau ada rezeki, Ate akan cuba teruskan project tu. Pokoknya dalam tempoh Ate di rumah ni juga, Ate baru berpeluang belajar memasak. Selama ni Kak Bayu dan Ibu jer yang sibuk masuk dapur. Akhir-akhir ni dapur baru nak berkenalan ngan Ate...Eh, ke Ate baru nak kenal dapur?? Tak kisah lah, mana-mana jer. Maka bila Ate di dapur, riuh-rendahlah mulut Ate mencari (bukan cari ngan mata) mana periuk tu, mana sudip ni, mana itu, mana ini... Tu belum lagi sibuk salin dan bukak resepi, ke mana-mana bawak buku nota. Mana makanan yang menjadi,  Alhamdulillah seronok rasanya dapat menjamu orang. Mana yang tak jadi, jenuh 'Imad Sengal' (anak sedara) menjadi mangsa kena habiskan. Tapi Alhamdulillah setakat ni belum ada yang cirit birit makan masakan Ate.
Antara hasil masakan Ate.
Puding tah apa-apa.
Rupa tak da, rasa mantap :)
Insyallah Ate akan usahakan juga curi-curi masa untuk jalan-jalan ke rumah maya teman-teman, tinggalkan comments, menjawab comments di N3 Ate yang sebelum2 ini dan update blog semampu mana yang Ate boleh. Sebenarnya masa tu ada jer, cuma Ate belum pandai adjust lagi dengan perubahan baru ni. Time Management belum pas lagi. Dalam tempoh 'transisi' ni pun Ate banyak muhasabah diri. Banyak yang Ate fikir... 

Eh, eh panjang pulak Ate melalut. Ok lah, sebelum Ate mengakhiri surat tunjuk sebab mengapa Ate dah lama tak berblog ni, Ate ingin memetik kata-kata dari seorang teman, moga menjadi renungan kita bersama. "Kita sering bercermin untuk merapikan rupa paras fizikal kita, namun kita sering lupa bercermin untuk merapikan ucapan dan perilaku kita". (Benarkan?) Astaghfirullah hal adzim, la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah. Ampuni lah kami ya Allah, atas segala dosa-dosa kami yang sering lalai dan menzalimi diri sendiri. Moga kita dapat bercermin di atas kesilapan diri dan memohon keampunan di atas kelemahan dan kesilapan diri sendiri.

22 comments:

  1. assalam ate...ooo takpe la kan..keje tu lebih penting jd buat yg penting dlu ye..tp kesihatan tu jangan la pula buat dek ye..makan minum kene cukup..ok kakNo harap semoga ate selesa dengan tugas baru tu hehe...

    ReplyDelete
  2. Memang lama betul tak update :D

    ReplyDelete
  3. @Norhafiza: Terima kasih Nor. Insyallah Ate cuba jaga kesihatan..Thanks again. (Ni yg Ate sayang ngan teman2 blog ni :))

    ReplyDelete
  4. @Pizli: Hahaha...Mmg pun..rumah awk pun tak ssempat nak menyinggah.

    ReplyDelete
  5. takpe ate
    kadang2 tanggungjawab kita kat luar tu lagi penting drpd tanggungjawab pada blog kan :D

    ReplyDelete
  6. kadang2 kekangan waktu dan tugas ... memerlukan kita tumpukan pada yang lebih penting ...

    selamat kembali...

    ReplyDelete
  7. mmg rindu ngan tulisan ate...
    wah, ternyata ate banyak memajukan diri dalam tempoh yg singkat ni...
    saya pula sibuk memundurkan diri,huhu
    may Allah bless

    ReplyDelete
  8. Setiap kita pasti akan menempuh beberapa perubahan. Samada kita suka atau tidak, selesa atau tidak.

    Jangan lupa kami yaaaa....

    ReplyDelete
  9. comeynye tangan kecik tuuuuu...ok, dah terjawab dah persoalan saya selama nih..hihhihi

    ReplyDelete
  10. ha ha ha ha....boleh gelak ke? ha ha ha ha....gelak tengok rupa puding? lengkong? apa tu? ha h aha haaa.... emmm emmm...erkkk..kita pun pernah buat jadi rupa tu gak...ka ka kahhhh Lariiiiiiii jangan marah...nanti tua

    ReplyDelete
  11. Patutla senyap ja, ada banyak projek naa!

    Mak akak selalu kata akak cari barang dapur dengan lutut. Maklumlah selalu tak jumpa. Tapi itu strictly di dapur saja, kat tempat lain, akak jumpa, kehkeh!

    Selamat meneruskan projekmu, dik :)

    ReplyDelete
  12. Ate...
    terus teranglah akak katakan... sikit sebanyak akak rindu juga dengan ketikan Ate yang banyak berkongsi ilmu...
    hingga jumpa lagi....Insya'Allah...

    ReplyDelete
  13. apa khabar ate..
    moga sihat dan ceria selalu wlupun dah lama tak bersiaran...

    ReplyDelete
  14. salam ceria di hari minggu ate..
    ;)

    ReplyDelete
  15. Semoga Ate sihat dan ceria selalu....

    Pnjng jugak yer surat tunjuk sebab tu..hihihi
    Tak pe lah Ate...nnti free, bolehlah tulis lagi..

    ReplyDelete
  16. isteri/suami juga adalah cermin bagi kita. sebab itu jika mereka tegur akan sikap kita, dengar dan telitilah kebenarannya.

    ReplyDelete
  17. akak pun sama ate...bblog klau ada ms tluang jerk...tp ate jgn rehat lama2 plak

    yes jom kta cermin2 kn diri. Rupa vogue hati bkudis t.guna...

    ReplyDelete
  18. tenggelam tenggelam timbul...janji timbul lagi..jgn tenggelam terus.

    ReplyDelete