Pages

Search This Blog

Saturday, October 29, 2011

TERIMA KASIH TEMAN BLOGGER

1, 2, 3, 4, 10, 20, 60.... 60? Bukan. Lebih lagi. 100? Macam tu lah lebih kurang. Penat tapi puas... Semalam, sehari suntuk mengadap PC, Ate melawat hampir kesemua 'rumah' teman-teman. Bersilaturahmi. Ada yang sempat Ate tinggalkan komen buah tangan, ada yang Ate singgah sahaja membaca merisik kabar. Alhamdulillah, tu kira macam Ate dah bayar hutang dengan teman-teman blog, pasal lama tak menyinggah. Sempat juga Ate menyalin resepi Ayam Bakar Cik Ina Do Do Cheng. Nanti dah cuba, Insyallah akan Ate kongsikan di blog ni. 

Ate suka menyinggah blog teman-teman kerana banyak ilmu dan kebaikan yang dapat Ate kutip. Bukan sahaja yang berkaitan dengan makanan, tetapi juga pandangan yang positive, pengalaman yang menarik, cerita-cerita lucu yang menghiburkan, idea-idea kreatif, info terkini dan pelbagai lagi manfaat yang telah di tebarkan oleh para blogger. Berbagi atau berkongsi kisah suka duka hidup, menjadikan dunia blogger indah dengan warna warni kehidupan. 

Walau ramai orang kata dunia blog ni banyak keburukan, membazir masa, tempat bergossip, banyak info yang tak boleh dipercayai, tempat orang menyumpah seranah melahirkan perasaan yang negative, pusat penebar fitnah dan pelbagai lagi yang jelek-jelek, tak pa lah. Yang penting kita tahu menapis dan memilih blog apa yang patut di jadikan teman, blog mana yang patut dibaca. Tepuk dada tanya iman. Hanya blogger sejati macam Ate sahaja yang tau menikmati dan menghargai keindahan dunia blog
Hehehe..Sila maafkan Ate yang suka perah santan ni.
(Ate, tolong jgn jadikan blog tempat menebar pesona perasaan perasan ya)
Fruit Salad yang Lazat dan menyegarkan.
 LG taruh cherries, strawberries, longan, pear, gold kiwi dan limau mandarin
Versi Ate tak lengkap, tak ada cherries dan kiwi. 
Oh ya, atas sekali yang putih2 tu adalah whipped cream.
Photo di atas adalah antara contoh manfaat yang telah diperolehi dari teman di blog. Fruit Salad LG yang sedap meleleh, bukan sahaja telah dinikmati oleh ahli keluarga Ate tapi Ate kongsikan juga di satu program kanak-kanak Ikram Junior. Ate ajar anak-anak usia dari 4 - 11 tahun bagaimana nak buat fruit salad tu. Mereka kupas dan potong sendiri buah-buahan. Teruja dan seronoknya mereka sehingga minta bawa balik rumah. Alhamdulillah, Terima kasih LG, anda telah membawa kegembiraan pada ramai orang (khususnya anak-anak) yang menikmati Salad Fruit tu. 

Jutaan terima kasih juga buat semua teman-teman blogger. Moga Allah membalas segala kebaikan yang telah anda kongsikan. Jazakumullahu khairan kathira. Marilah kita sama-sama menjadikan blog suatu wadah untuk berbagi ilmu, nasihat, pengalaman dan tempat terhimpunnya segala kebaikan.
*******
DUNIA INI INDAH KERANA CINTA ALLAH YANG BERLIMPAH.
HIDUP KITA JUGA AKAN INDAH
JIKA KITA MEMILIKI CINTA YANG BERLIMPAH.

10 comments:

  1. Ate apa khabar? dah lama ko tak update. maaflah cik ina sibuk, bukan lupa tau.berblog ni seronok ate dapat bersiaran ngan kawan alam maya yang baik, mcm ate, biarpun tak bertentang mata, tapi kemesraan dan kasih sayang tu dapat dirasai. selamat berblog ate.

    ReplyDelete
  2. blog ni kadang2 boleh bawak 'penyakit berjangkit'
    hehe
    betul tak ate? ;)

    ReplyDelete
  3. berblog ni kenkadang ghajin ...kenkadang malas....

    tapi ada baik ada buruknya ....

    ReplyDelete
  4. alalalalalalalala... sodap ehhhh fruit salad tuuuuu... tolonglah pos kat umah kita!

    ReplyDelete
  5. Apa2 perkara sekalipun ada kebaikan & keburukan, pandai2la kita memilih. Yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan gitu, fewit!

    Alamak fruit salad..mintak ciket?

    ReplyDelete
  6. sedap betul fruit salad ni tergoda melihatnya..hehe

    ReplyDelete
  7. mana ada org yg tak suka fruit salad kan???

    ate...nakkk.....

    ReplyDelete
  8. alahai.. IM takada resipi yang share kat blog IM yang rata-rata followernya ramai wanita.

    resipi goreng telor dadar ada la..

    ReplyDelete
  9. ahakz....den memblog kerna minat.....tak plak rasa membazir masa....kalau terlampau bz...sampai tak leh memblog...rasa rugi sgt sebab tak leh baca komen kawan2...paling teruk rasa bersalah sebab tak leh melawat kawan2 yg telah selalu singgah....mmg terasa sgt bersalah....ahakz

    ReplyDelete