Pages

Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

BUKU-BUKU BERSELERAKAN DI KUTUB YANG SEPI

Kutubkhanah/Library rumah kami ada:
1. Buku
2. Rak Buku
3. Sofa
4. Buku-buku yang berselerakan, buku lama dan buku-buku yang buannnnyakkk sekali.
Perhatikan Tanda Bulatan Merah di tengah2nya ada perkataan HUDA

Hari itu..Ate nak cari buku.
Bukunya kecil.  Tersangat kecil. Sizenya setelapak tangan. Judulnya ORANG-ORANG  YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH.
Dari satu rak ke satu rak di cari…tak jumpa-jumpa. Habis seluruh library diselongkar dicari. 
Tiba-tiba mata Ate terpandang suatu deretan buku-buku tebal yang ‘ber cop’ bulatan merah ‘HUDA’ di setiap sudut mukasurat. (note)
-          -Tender Touch
-          -Very Young Learner
-          -Parenting Toddler
-          -Don’t Be Afraid to Discipline
-          -The Strong Will Child
-          -Every Child is A Star
-          -You Can Raise a Well Mannered Child
-          -Raising Confident Kids
-          -Raising Thinking Child
-          -How To Raise Child with High EQ
-          -How Good Parent Raise Great Kids
-          -Smart Parenting
-          -How To Parent So Children Will Learn
-          -Teach Your Child How to Think
-          -Children Who Do To Little
-          -Help! The Kids are At It Again
-          -Right Brained Child in a Left Brained World
-          -In Their Own Way
-          -365 After School Activities
-          -101 Things To Do With Your Kids
-          -How To Talk So Kids Can Learn
-          -Talking With Kids
-          -Common Mistakes Good Parents Make
-          -How Children Learn Mathematic
-          -Kids Who Start Ahead Stay Ahead
-          - 
-          -Bla, bla, bla…. And etc …

Harta Qorun Ate

Ck,ck,ck…Banyak nya Ghetaa Qorun Harta Karun Ate kat Library ni. (Berdecak kagum terhadap diri sendiri)
Lama betul tak menyelongkar membaca di Library Rumah Sendiri. 
Pegang-pegang, Belek-belek…Hmm..Cantik lagi Ate Buku-buku Ate macam tak pernah baca pandai jaga.
Tiba-tiba mata mula rasa panas. Hidung mula sneezing..ahhcum, ahhcum,ahhcccuuummm tanpa henti.
Muka, leher dan kepala mula menggatal gatal. Garuk sana garuk sini. Bintat sana Bintat sini.
Uhuk-uhuk..Dada mula Rasa Berdebar-debar Sesak.
Uhhh…Habuk tebal 10 inch.
Ahh..Sekarang  mengertilah Ate…
Kenapa buku-buku Ate masih kelihatan seperti baru walau telah berbelas tahun usianya.
Allergic… Ya, Ate allergic dengan buku habuk.
Kerana itu buku-buku yang bertanda  Warna Merah HUDA semuanya kelihatan masih baru.
Kasihan kat Ate buku-buku…
TERBIAR BEKU DI KUTUB UTARA DI KUTUBKHANAH YANG SEPI.
Sebahagian dari Buku-buku yang Berselerakan di Kutubkhanah Sepi

Mempunyai kutubkhanah/perpustakaan/library di rumah memang penting. Kadang tak perlu satu bilik khas. Mungkin sekadar 'ciptakan' suatu sudut tertentu untuk ruangan membaca.  Home library penting dalam mencipta suasana membaca di rumah.  Kadang untuk merujuk sesuatu persoalan Ate lebih suka mencarinya di buku dari goggling.  Lebih accurate, selamat dan lebih dipercayai.  Especially bila ngan anak-anak yang masih kecil.. Home Library provides a ready access and safe means for them.  

Note:

*Di rumah kami, buku-buku yang di beli melebihi usia satu tahun akan DIBEKUKAN disimpan di dalam library.
*Di library or kutubkhanah rumah kami ada 4 kategori buku:
1. Bercop Warna  Hitam: Maktabah Zainal/Salbiha (Milik tuan ghumah Dr Zainal/ArWong and Mrs ArWong/Umi)

2. Bercop Warna Biru: Ayu (Milik Ustajah)
3. Bercop Warna Merah: HUDA (Milik Ate)

4. Hanya ada tandatangan (Bukan buku wakaf tapi pasal dah malas nak buat keja cop mengecop).
-*Oleh kerana penduduk tetap rumah Ate hanya tinggal 3 orang dan library pula di tingkat atas, kebiasaannya tiadalah sesiapa pun yang rajin bersilaturahmi dengan Kutubkhanah kami. Ianya hanya meriah bila anak-anak dari Indonesia balik masa cuti raya.  Dan satu-satunya orang yang paling rajin membelek-belek buku-buku lama yang tersimpan di Library tu, hanyalah Mohd Ahmad Alrashid. 


*******
A recent study by researchers at the University of Nevada and UCLA, entitled: Family scholarly culture and educational success: Books and schooling in 27 nations, concludes  that having a  family library of 500 books at home gives children an educational advantage over those who don’t. “Growing up in a home with 500 books would propel a child 3.2 years further in education, on average, than would growing up in a similar home with few or no books.”

Tuesday, March 8, 2011

DI TELAGA ITU RASUL MENANTI

Rindu kami padamu Ya Rasul. Rindu tiada terperi.


Salam sejahtera untukmu wahai kekasih Allah, Rasul pilihan.  Kami merindukan mu, wahai Nabi yang penyayang.  Di atas lembaran-lembaran yang masih utuh, engkau terus memanggil, menyapa dalam kasih sayang yang abadi.  Melalui sabda-sabdamu yang menghidupkan, melalui sunnahmu yang menghantarkan, melalui ajaranmu, petunjuk jalan, arah dan ajakanmu... Semuanya dalam citra rasa cintamu yang tanpa pamrih.  Para ulama besar menyambungkannya untuk kami.  Semuanya adalah rangkaian jalan panjang, yang kau hamparkan di sini.  Tapi hujung jauhnya tersambung di sana, di puncak cintamu di telaga itu, kelak.
******
Manusia agung itu memang telah tiada.  Setelah dua puluh tiga tahun menebar cahaya Islam dengan penuh cinta dan kasih sayang, untuk menyelamatkan kita, umatnya.. akhirnya beliau pergi menemui Rabb.  Kepergiannya membuat seisi dunia menangis dan berduka. Meskipun telah tiada, namun kecintaan sang Nabi kepada kita, tidak pernah berhenti.  (Walau terkadang kita yang di cintanya tidak  pandai membalas cinta). Kecintaannya di bawa ke akhir hayat.. Bahkan tidak berujung.  Cinta itu selalu hadir kapan dan bagaimanapun situasinya.  Tak terbatas dunia dan akhirat. Tak terbezakan di saat aman atau tidak.  Di saat seorang ibu dan seorang anak tidak saling mengenal sekalipun.

Di sana, di padang mahsyar ketika segenap kita di sibukkan oleh urusan masing-masing.  Ketika kita digiring secara kasar menuju pengadilan Tuhan Yang Maha bijaksana.  Ketika kita dikumpulkan dalam keadaan telanjang dan tanpa alas kaki. Ketika matahari dengan sinarnya yang membakar hanya berjarak satu hasta dari kepala.  Ketika rasa haus mencekik tenggorok. Ketika ini dan itu terjadi, cinta manusia agung itu kembali hadir. Ya, hadir dalam sebuah telaga yang indah nan menyegarkan.  Yang semua orang pasti berharap dapat meneguk  airnya di tengah berbagai kesulitan yang mendera.

Anas bin Malik ra pernah bercerita, "Suatu hari ketika Rasulullah sedang berada di tengah-tengah kami, beliau mengantuk.  Mendadak beliau terbangun sambil tersenyum,  Kami bertanya, "Kenapa engkau tersenyum, wahai Rasulullah?"  Beliau menjawab, " Baru sahaja turun sebuah surah kepadaku."  Beliau lalu membaca surah Al Kautsar.  Kemudian beliau bertanya, " Tahukah kalian, apa itu Al Kautsar?"  Kami menjawab, Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih mengetahui."  Beliau bersabda, "Ia adalah sebuah telaga yang penuh dengan kebajikan, yang dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku.  Pada hari kiamat nanti umatku akan mendatangi telaga itu." (HR Muslim)

Ibnu Abbas ra pernah berkata, "Rasulullah saw di tanya tentang padang mahsyar, tempat makhluk menghadapi Allah; apakah di sana ada air?"  Beliau menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman Nya, di sana ada air.  Orang-orang yang di kasihi Allah akan mendatangi telaga para nabi.  Allah akan mengutus tujuh puluh ribu malaikat dengan memegang tongkat dari neraka yang digunakan untuk menghalau orang-orang kafir yang datang ke telaga para nabi."

Di telaga itu Rasulullah saw menanti umatnya dangan luapan cinta dan kasih sayangnya, menyambut mereka yang sedang kehausan.  Beliau sangat menenali umatnya kerana memang mereka memiliki tanda yang tidak dipunyai oleh siapapun dari umat lain.  "Kalian akan datang kepadaku dengan muka, lengan dan betis yang berkilauan kerana tanda air wudhu," tegas beliau dalam sabdanya.

Dan orang yang pertama kali datang menghampiri telaga itu adalah para fakir miskin dari golongan Muhajirin.  Tsauban ra meriwayatkan dari Rasulullah saw beliau bersabda, "Manusia pertama yang datang ke sana adalah para fakir miskin kaum Muhajirin yang pakaian nya kotor, berambut kusut, yang tidak menikah dengan wanita yang hidup sejahtera dan tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu rumah .(HR Ibnu Majah)

Ketika mendengar hadis dari Tsauban itu, Umar bin Khattab menangis tersedu-sedu sehingga airmata membasahi janggutnya.  Dia berkata, "Tetapi aku menikah dengan wanita yang hidup sejahtera dan aku dibukakan pintu pintu rumah."  Dia amat sedih dan khuatir kalau- kalau dia tidak dapat merasakan nikmatnya air telaga Rasulullah saw.

Umar menangis, padahal dia adalah sebahagian dari sepuluh orang yang dijamin masuk syurga.  
Umar menangis, padahal dia termasuk dalam golongan orang-orang yang pertama masuk Islam.  
Umar menangis, padahal dia adalah salah satu perajurit Badar.
Umar menangis, padahal Anas bin Malik meriwayatkan dia akan menjadi penjaga salah satu sudut telaga sang Rasul.  
Umar menangis, padahal dia memiliki banyak keistimewaan di sisi Allah dan Rasul Nya.

Siapakah kita di bandingkan dengan Umar?  Adakah kita pernah menangisi keadaan kita di hari yang mencengkam itu? Kita bukanlah sesiapa. Kita belum pernah melakukan sesuatu yang istimewa untuk Allah, untuk RasulNya, untuk agamaNya bahkan untuk diri kita sendiri.  Namun anehnya, air mata kita belum pernah setitis pun mengalir menangis kerana takut tidak di beri barang seteguk pun air telaga Kausar.  Pada hal kita tidak tahu bagaimana kondisi kita saat itu, apakah terusir ataukah dibiarkan mendekat.

Rasulullah saw bersabda, “Aku terus berada di telaga sampai aku melihat siapa di antara kalian yang datang.  Akan ada beberapa orang yang dilarang mendekati aku, lalu aku katakan, “Wahai Tuhanku, biarkanlah mereka mendekati aku.  Mereka adalah umat ku.” Allah bertanya kepadaku, “Tahukah kamu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu?  Sesungguhnya dahulu mereka murtad, Kamu tidak tahu apa yang mereka ada-adakan sepeninggalanmu.”

Cinta Rasul kepada umatnya tidak akan pudar.  Meski ada dari umatnya di larang mendekat, beliau terus berdoa memohon kepada Allah agar mereka diperkenankan mendekati telaganya.  Tapi cinta itu tidak akan berpengaruh pada keselamatan kita, jika kita tidak pandai membalas cinta Rasulullah dengan mengikuti seruannya dan menghindari larangannya.  

Hari ini, entah di hujung pelarian mana kita menuju.  Tapak demi tapak adalah keniscayaan menuju kematian.  Di telaga itu kelak, Rasul tercinta setia menanti.  Dengan cinta dan kasih sayangnya. Tidak ada yang patut dilakukan kecuali sentiasa memohon agar bila tiba saatnya, kita bisa bertemu Rasul di telaga itu, lalu meminum airnya dengan sepuas hati.  Di sana…di telaga itu Rasul menanti. 
(Tarbawi)

Pendidikan Anak Pra Sekolah: DOA 'Ber-VOLUME'

Scene 1
Tempat: Di sebuah tadika.
Sebelum pulang, anak-anak murid beratur menunggu giliran. Seorang demi seorang pelajar menundukkan dan menghulurkan kepala kepada guru untuk di rukyah didoa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Jadikan Azzam anak yang soleh, lembut hatinya, cerdas akalnya dan cergaskanlah tubuh badannya. Amin ya rabbal 'alamin.” Fffuuhhhh.. Sang Guru menyembur menghembus di bahagian ubun-ubun anak murid. Usap kepala (sebenarnya nak sapu air liur yang tersembur) dan mencium dahi (uhh..bau! Tahan nafas). Hulur kaki tangan, untuk di salam. "Next!"
“Cikgu..doakan lagi. Hari ini saya nak banyak nie.” Tersengih-sengih Azzam (5 tahun waktu itu) mengangkat kedua tangannya sambil menunjukkan 10 jarinya.

Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

Scene 2
Tempat: Di rumah
“Ummi! Tengok Abang Azzam ni..dia amik buku adik.”
“Azzammm.. berapa kali dah ummi cakap. Jangan kacau adik.  Kenapa Azzam tak nak dengar kata ummi.”
“Ummi tu..”
“Eh eh! Kenapa pulak dengan ummi?”
"Ya lah. Ummi tu yang tak mau doakan Azzam macam Cikgu, sebab tu Azzam ‘nakal’."
“Siapa kata Ummi tak doakan Azzam? Ummi selalu doakan Azzam dan semua anak-anak ummi.”
“Azzam tak pernah dengar pun.”

Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

*******
Kisah 2 scene di atas adalah kisah benar yang terjadi berbelas tahun lalu. Bukan Azzam sahaja, malah ramai pelajar lain turut bertanya kepada ibubapa, kenapa mereka tidak pernah mendengar umi/abah mendoakan mereka? 

Ternyata anak-anak suka MENDENGAR mereka di doakan.


Doa sememangnya memainkan peranan penting dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Libatkanlah Allah selalu dalam setiap tahapan mendidik anak dengan memperbanyakkan doa sejak anak di dalam kandungan lagi. Memperbanyakkan berdoa, membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan berbual-bual dengan anak adalah merupakan suatu bentuk ‘bonding communication’.

Doa buat kekasih anak boleh di lantunkan secara:
1.   Mute atau dengan suara yang perlahan dan penuh berharap setiap selesai solat 5 waktu dan dalam solat tahajud. Cara ini lebih merupakan pengharapan dan permohonan kita kepada Allah buat anak-anak kita.* (Note)
2.   Ber ‘volume’ bersama dengan anak. Khusus buat anak pra sekolah doa 'ber volume' ini penting agar anak tahu apa harapan ibubapa. Doa bervolume ini biasanya merupakan doa ‘pribadi’ (personal) dan di lakukan secara spontan. Tetapi doa pribadi bervolume ini boleh juga di lakukan secara routine seperti yang dilakukan oleh guru tadika di atas. Kalau di rumah mungkin waktu yang sesuai adalah ketika anak bangun atau sebelum tidur.

Doa 'ber volume' ini akan menjadi lebih berkesan:
a)   Berdasarkan kesesuaian mood anak. Contohnya jika waktu itu anak asyik memukul atau berkelahi dengan adiknya, maka doakanlah "Ya Allah kurniakanlah rasa belas kasihan dan perasaan sayang pada Ismaeil terhadap adiknya Ibrahim."
b)   Menggunakan bahasa yang mudah mengikut usia anak. Simple and direct. Contohnya kalau anak suka menangis. Berdoalah "Ya Allah, janganlah Kau jadikan Himmah anak yang suka menanggis. Gembirakanlah dia. Jadikanlah dia tersenyum selalu."
c)   Menyebut nama anak sambil memberikan sentuhan, pelukan dan ciuman.

Ibubapa harus membiasakan anak-anak berdoa dalam setiap detik kehidupan mereka.  Selain dari doa-doa ‘pribadi’ dan yang di lakukan secara spontan jangan sesekali melupakan doa harian yang di ajarkan di dalam Islam.  Minimal ibubapa harus menghafal doa-doa harian yang basic seperti:
a)   Doa sebelum dan selepas makan. (Sebelum mkn ni doa paling famous. Kalau ibubapa tak hafal juga tak taulah den nak kato apo)
b)   Doa sebelum dan selepas bangun tidur.
c)   Doa sebelum dan selepas keluar tandas. (Haa..yang ini selalu terlupa pasal biasanya terburu-buru masuk, tak sempat nak berdoa)
d)   Doa memakai pakaian.
e)   Doa ketika bercermin.
f)    Doa sebelum keluar rumah.
g)   Doa naik kenderaan.
h)   Doa sebelum belajar.
i)    Doa buat kedua ibubapa.
(Secara jujur dari 9 list doa di atas berapa agaknya yang kita sbg ibubapa dah hafal ek?)

Praktikkan doa-doa di atas bersama anak-anak. Membiasakan anak-anak berdoa, secara langsung kita telah mendidik anak kita bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan berkuasa melakukan apa sahaja.  Dia dapat mendengar setiap doa dan kerana itu kita harus sentiasa berdoa kepada Allah. Dialah satu-satunya yang dapat memberi kita segala hal yang kita perlukan. Hanya Allah tempat meminta dan hanya Allah tempat kita memohon perlindungan.
*******
* Khusus buat anak yang mula membesar dan remaja, seboleh mungkin doakan setiap anak beserta dengan solat tahajud 2 rakaat. (Biar betul? Kalau 10 anak 20 rakaat?..Fuyoo..Solat tahajud sepanjang malamlah gamaknya). Iya, Ate pernah mendengar kisah benar, seorang Ibu 9 anak yang sering bersolat tahajud 2 rakaat bagi setiap anak kerana ingin mendoakan kesejahteraan dan keselamatan dunia akhirat buat anak-anaknya. Menurut Ibu tersebut, sebagai manusia kita punya kuasa yang terbatas. Kita tidak mampu mengawasi anak kita setiap detik. Kita juga tidak dapat tahu dan tidak dapat melihat apa yang anak kita lakukan di luar rumah. Tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Maka itu, kita perlu berdoa dan menitipkan anak kita kepada Allah dengan memohonkan keselamatan buat mereka. Kalau kita berdoa dengan penuh ikhlas tidak mungkin Allah akan menghampakan kita.

Wednesday, March 2, 2011

SEBUAH KISAH MENGENAI SEORANG KAWAN

Selalu begitu. Menyengat. Jujur. Tulus. Kata-katanya menggambarkan, "Iya, Aku selalu akan mendoakanmu. Tanpa mungkin harus kau pinta juga."  Itu yang Aku rasa ketika dalam obrolan via YM. Kupinta doanya. Dan dengan singkat, ia hanya jawab, "Selalu Mat".


Ahh, entahlah. Tapi mari kuperkenalkan kepada teman-teman semua sahabatku yang satu ini. Sahabat yang langka. Kurasa adalah karunia Allah yang besar ditakdirkan bisa bergaul bersamanya.

Skenario Allah, beliau bisa menamatkan hafalan 30 juz Al Quran pada usia 13 tahun.
Skenario Allah, kedua orang tuanya terilhamkan untuk menitipkan pendidikan putranya ini di sebuah Sekolah berasrama nan jauh di pelosok desa Cihideung, kecamatan Cinangka. Dan di pendidikan SMP kelas dualah, awal mula aku berkenalan dengannya. Tidak ada yang istimewa. Selain, dia dari Negeri Seberang sana dan penghafal 30 juz Al Quran. Orangnya biasa-biasa saja. 

Sesuatu yang luar biasa kami lewati bersama. Ah. Ya, karunia-Nya juga, kami sama-sama melanjutkan ke SMA yang sama. Menjadi Mentor Asrama bersama. Petualangan. 
Proses interaksi kami dengan Islam cenderung bersama. Tapi, ya. Di sini beliau melesat tinggi.

Jujur, beliau termasuk sebaik-baik saudara yang pernah kukenal. Sebaik-baik kawan yang pernah kukenal. Nasihatnya sering terucap secara halus. Dengan nuansa yang tidak teramat menyinggung. Kedalaman ilmunya tampak pada ketenangannya.

Beliau melanjutkan kuliah di sebuah Unversitas yahud Negeri ini. Di sebuah jurusan ilmu alam. Interaksiku dengan beliau berkurang. Hanya sesekali. Terkadang via online. Ah, mungkin kita kurang kan menangkap sesuatu yang teramat istimewa pada dirinya. Tapi justru itulah yang membuatku justru semakin senang padanya. Kehebatan yang paling agung seringkali tidak tampak sebagai sesuatu yang 'wah' di permukaannya. Tapi semakin sering kita berinteraksi dengannya, semakin rindu kita padanya. Hingga sekarang, kabar-kabar yang beliau bagi semakin membuatku sayang padanya. Semua yang beliau capai memang pantas. Semakin tanya itu menyelusup..
"Surga, terasa jauh..."

Aku ingin kalian mengenal saudaraku yang satu itu...
Dan bersiap-siaplah untuk kecewa karena kalian tidak akan menemukan kehebatan yang terlalu besar pada beliau. Tapi, mungkin.. kalian akan betah untuk berlama-lama dengannya. Namun jalan kita masih panjang. Dan semoga persahabatan itu tidak berakhir disini. Semoga kelak persahabatan itu berujung di Surga-Nya yang terhormat. Ya, disana kita Reuni. REUNI AKBAR. Amin.

Oh..Aku hampir lupa untuk mengatakan nama sahabatku itu. Beliau bernama Mohd Ahmad Al Rashid. Oh ya, beliau juga nggak punya akaun facebook. Jadi jangan coba-coba untuk mencarinya. :D
Mohd Ahmad Alrashid-Hanyalah seorang yg biasa2.


Kadang, seorang yang biasa-biasa bisa meninggalkan kesan yang luar biasa dalam diri kita. Tak kenal maka tak cinta.  Cinta yang tumbuh lillahi taala, antara sahabat yang berlandaskan Ukhuwah Islamiah bukan kepalang hebatnya, sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada para nabi dan syuhada' sebagaimana sabda Rasulullah saw. “Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi atau syuhada’. Para Nabi dan syuhada cemburu kepada mereka.” Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah.” (HR Tirmizi) 

Petikan kisah seorang kawan, yang di zahirkan oleh seorang pemuda bernama RAKHMAT WIRAWAN adalah gambaran kedekatan hati dua insan yang berada di dalam DAKAPAN UKHUWAH.
 ********

Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta. Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhuwah. Jadilah ia persaudaraan kita; sebening prasangka, sepeka nurani, sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji. 

Dalam dekapan ukhuwah, kita akan mengeja makna-makna itu, menjadikannya bekal untuk menjadi pribadi pencipta ukhuwah, pribadi perajut persaudaraan, pembawa kedamaian, dan beserta itu semua; pribadi penyampai kebenaran. Dalam dekapan ukhuwah, kita tinggalkan Narcissus yang dongeng menuju Muhammad yang mulia dan nyata. Namanya terpuji di langit dan bumi.
(Dalam Dakapan Ukhuwah Salim A Fillah) 

Tuesday, March 1, 2011

WAHAI DIRI..MENANGISLAH


Orang Johor cakap kememeh.  Orang Indonesia bilang Cengeng.  Orang Jawa sebut Gembeng. Orang Poteh say Cry Babies or highly sensitive. Apa pun sebutannya begitulah lah Ate..seorang yang sangat suka mudah menangis. Anehnya, kalau dah mula menangis bukan sahaja air mata yang mengalir, air liur hidung pun turut menjejes jejes macam leaking pipe. Ada orang bergurau, masa banjir bulan lepas, Ate tak boleh balik Johor, nanti 'bah' nya tak surut-surut pasal airmata Ate murah sangat. Tapi Ate bersyukur kerana banyak menangis itu tanda hati kita lembek lembut.  Menangis bukan bererti kita lemah (melainkan di hadapan Allah) tapi menangis adalah salah satu terapi mengurangkan depression (Ate akan ceritakan di post yang akan datang tentang 'kelebihan mengeluarkan airmata').  Jika anda tergolong dalam golongan orang yang tidak belum pandai menangis belajar-belajarlah menangis.

Menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah menangis itu ada 10 kategori:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana merasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana ikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Bersama air mata yang mengalir dan derai tangis membasahi, terimalah taubat ku Ya Allah

Kalaulah kita lihat kategori di atas, pada kali terakhir kita menangis (bila tu??), agak-agaknya kategori yang mana kita ni ya? Alangkah indahnya jika kita dapat menangis kerana kasih, sayang, takut, cinta dan merasa hina di hadapan Allah.  Wahai Diri..Menangislah. Titiskanlah airmata kerana Allah agar kita termasuk dalam salah satu golongan orang yang mendapat naungan Allah di hari kiamat nanti.**
Wallahualam.
******


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Tangis adalah basahan hidup, justeru:
Hidup dimulakan dengan tangisan
Dicela oleh tangisan dan
Diakhiri dengan tangisan.
Manusia sentiasa dalam dua tangisan
Sabda Rasulullah Salallahi ‘Alaihi Wassalam
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,
pertama titisan darah para Syuhada
dan titisan air mata yang jatuh
kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad Salallahi ‘Alaihi Wassalam bersabda
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Bukankah Nabi Salallahi ‘Alaihi Wassalam
pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat
syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri
Agar senyumanmu banyak di kemudian hari
Kerana engkau belum tahu
Nasibmu dihisab kanan Atau kiri 
(Petikan Puisi dari ROY:UNTOLD STORY)
**Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitiskan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)