Pages

Search This Blog

Thursday, May 19, 2011

TEMAN DALAM PENANTIAN JODOH

Sejak mula berangkat ke Jakarta memang Ate dah pasang niat nak belikan dia sesuatu.
Dia seorang yang baik hati. Suka menolong tanpa meminta balasan. Membantu tak mengira waktu.
"Tak pe lah kak, orang ikhlas. Tak payah bayau. Yang penting orang lain suka...orang pun suka."
Ya..dia orang Melaka. Sebab tu dia menggunakan perkataan 'orang' sebagai gantinama diri.


Dia telah menghadiahkan Ate dan Team Semut ini.

Dan Ate belikan dia ini.

Tapi maaf dik, Ate belum pos lagi..pasal tetiba aja Ate pun jatuh cinta pada 'Teman Dalam Penantian' dan Ate sempat curi-curi menyelak, membelek dan membaca. Alamak berat hati pulak nak bagi. Tapi tak baik kan, tak jadi beri benda yang memang kita dah niat nak beri kat seseorang. Buruk Siku! 

Ok, ok..Ate tak ambik lah (susah nanti kalau buruk siku, busuk hati kaki). Insyallah esok Ate poskan bersama ole-ole yang lain. Ate suka awak. Sungguh tak tau, bagaimana nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas bantuan awak yang besusah payah sehingga ngantuk-ngantuk ngadap lappy. Jazakillah hu khairan kathira, dik. Moga setiap orang yang dapat manfaat dari kebaikan awak akan mendoakan kesejahteraan awak dunia akhirat. Barakah hidup, dipertemukan jodoh dan CERIA selalu seperti CIK CERIA.
*******
Buat semua 'adik-adikku' di luar sana....

Aku mengerti kesedihan mu. Aku mengerti kerinduan kamu. Di dalam sunyi ia selalu hadir.  Di dalam sendiri ia selalu menyindir. Kadang meronta bersama air mata. Seolah tak kuasa menahan duka. Sabarlah menanti. Sabarlah menunggu. Janji Allah itu pasti, sayang. Moga kamu tetap sabar dan tabah dalam PENANTIAN JODOH.
(Menunggu di sayup Rindu)
"Ya Allah jika jodoh 'adik-adikku' masih jauh, maka dekatkanlah. Jika sudah dekat, maka satukanlah mereka dalam ikatan suci. Dan jika ini merupakan ujian buat mereka, damaikanlah hati mereka dengan ketentuan Mu."

14 comments:

  1. ada orang hilangkan sunyi dia dengan tengok drama korea banyak² :)

    ReplyDelete
  2. Ate kalau dah suka apa yang ditunggu lagi.penantian satu penyiksaan.

    ReplyDelete
  3. Ate...
    akak ni banyak ketinggalan agaknya...
    apapun akak mendoakan yang terbaik sebab jangan berputus harap dengan Rahmat dan Kasih ALLAH snw... akan ada sesuatu yang baik dari ALLAH. Berdoalah.... Insya'Allah...

    ReplyDelete
  4. @KOG: Sape lah org tu agaknya ya? Hehehe.

    ReplyDelete
  5. @Cik Ina: Ate dah lama berhenti menanti..dah expired hahaha.

    ReplyDelete
  6. @Ibu & abah: Citernya cam ni kak.. Ari tu ate ada minta tlg rakan blogger iaitu Cik Ceria design kan gambo cartoon semut yg cute2 utk 'Team Semut'Ikram Junior. Team semut terlibat merangka dan menyediakan program bermanfaat untuk kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 thn. Ate terharu sgt psl Cik Ceria tak nak terima bayaran. Dia kata dia ikhlas nak tlg. So masa Ate pergi Indonesia, Ate berniat nak beli kan dia sesuatu. Tu yg Ate belikan buku tu psl Ate rasa buku tu sesuai utk Cik Ceria. Tapi bila nak pos kan, Ate membelek2lah buku tu. Bagus buku tu. Ada tips bagaimana dalam menanti penantian jodoh. Tetiba rasa terharu mengenangkan ramai 'adik2' yg dah bersedia nak berumahtangga tapi masih belum di temukan jodoh. Ate pernah menghadapi fasa tu..tapi laa ni dah tak rasa apa2 pun pasal age factor mungkin. Dah expired kak..hehehe. Tapi Ate rasa perlu bantu dan bersama dengan 'adik2' yg blm tahu bgaimana nak mengatasi rasa sepi dan sunyi bila hidup sendiri. Teman2 yg memahami dan bersikap optimis penting dlm fasa2 tertentu.

    ReplyDelete
  7. Ohh...saya baca dan follow juga blog Cik Ceria Corner tu...rasa rasanya dia memang jenis yang ceria dan suka membantu...bagus dapat kawan kawan begini..

    ReplyDelete
  8. teringat lak dulu penah dapat buku "Ya Allah aku tak ingin sendiri' ateh beli masa g Indon...dah abis baca pasni leh bagi sahabat lain bc pulak..(^_^)

    ReplyDelete
  9. @Daddy Ziyyad: Yer..Cik Ceria Corner mmg suka membantu.

    ReplyDelete
  10. @Gumiho: Ehh..bawak balik buku tu..Ate nak pinjam (kalo pinjam tak buruk siku kan??).

    ReplyDelete
  11. ade ke klab nih?join bulih?hahah
    ^^V

    ReplyDelete
  12. @Puding Karamel: Klab mana yg awk nak join? Yg Ikram junior ke yg Teman Penantian?

    ReplyDelete
  13. @Norh: Amin. Mg di perkenankan Allah.

    ReplyDelete