Pages

Search This Blog

Tuesday, July 5, 2011

BUBUR MENJADI NASI

Hari ini Ate makan nasi telah menjadi bubur yang telah menjadi nasi. Berlaukkan kentang masak ikan bilis kicap dan Sambal Ketuk (Bilis+Belacan+Bawang+Cili Padi. Goreng semua bahan dan blend). 
Untuk anak-anak ada tambahan sup fish cake. Makanan orang sakit.
Bukan Ate yang sakit...tapi 2 Bujang Senang, Semail dan Baim. Demam dan batuk. Baim si adik yang paling teruk. Asal makan ubat, muntah. Bukan sikit-sikit. Habis semua isi perut di keluarkan. Pas tu menanggis macam nak rak. Meragam dan minta dukung sahaja. Kesian melihat dia, kami makcik-makcik (Kak Bayu dan Ate) yang menjaga dia pun jadi tak selera nak makan tentu arah. Nak masak bubur tapi yang jadi bubur hangit nasi lembik. Nak buat entry serious tapi yang jadi entry tah apa-apa. Satu kerja pun tak menjadi...sibuk melayan kerenah anak-anak sakit. Betullah...Anak ni ujian. Mereka sihat lain ujiannya. Mereka sakit, lain pula ujian nya. Walau ada rasa geram letih dan rimas dengar mereka merengek sahaja...tapi dah namanya sayang. Sabar saja lah. (Maaf, aktiviti blogwalking terpaksa di hentikan buat sementara waktu...tunggu anak-anak sihat sikit)
Gigihnya Ate mengelap muntah mengambil gambar Baim yang sedang meraung menanggis.
(Kak Bayu bengang jer..asyik dia yang kena lap muntah, Ate sibuk amik gambo)
*******
Jika Allah sayang dengan hamba-Nya, maka Allah akan "ayun" hamba Nya dengan kenikmatan dan kesusahan. Persis seperti anak sedang diayun oleh ibu yang menyayanginya.

MULAKAN PAGI DENGAN HITUNGAN MATEMATIK KEBAIKAN

Assalamualaikum wr wb.
Kepada semua teman dan pembaca yang baik hati,
Mulakan awal pagi kita dengan memikirkan idea ini:
Anggaplah setiap orang yang hatinya kita gembirakan
dengan kesantunan, senyuman, terima kasih dan bantuan,
menghasilkan rezeki sebesar RM 1
yang dapat menambah kesejahteraan hidup kita 
dan mengurangi kesakitan dan masalah.
Jika kita memerlukan 100,000 Ringgit
berapa hati-kah yang harus kita gembirakan?

 Allah selalu merahmati kebaikan kita.
Praktikkanlah kebaikan hati selalu.
Ini akan membuat orang lain merasa lebih baik. 
Ini akan membuat kita juga merasa lebih baik.
Tak percaya?
Cubalah!
Resepi Adunan MT & SHL. Di bumbu oleh AteNoMoto. 

Sunday, July 3, 2011

BILA ANAK BERTANYA: IKUT SUKA ALLAH...??

Malam tadi, Ate dan keluarga pergi makan di satu Restoren di Taman Melati. Ramai sungguh orang. Maklumlah Malming (Malam Minggu) di awal bulan. Susah betul nak cari parking.
Masa makan tu kan, adalah seorang kanak-kanak lelaki usia 5 tahun yang tak reti duduk diam. Kejab-kejab dia mintak masuk satu bilik kecik yang tertulis "WASH ROOM'. Ate heran jugak, apesal lah budak ni, sakit perut ke? Sampai Ate tak boleh nak menumpukan perhatian terhadap makanan-makanan mahal sedap yang terhidang. Kesian Ate tengok mama budak tu, sibuk melayan anak sampai tak makan. Sang suami pula makan terburu-buru, mungkin nak bergilir-gilir menjaga anak. Rimas tengok budak tu ke hulu ke hilir, Ate dengan tersangatlah keypohnya bertanya: "Anak awak sakit perut ke?" Mama budak tu tertawa kecil sambil menjawab, "Tak lah, dia memang cam tu, suka masuk mana-mana bilik air yang cantik." Ohh...ada ke pulak pe'el cam tu ek..Suka masuk bilik air cantik. Teringin jugak Ate nak menjenguk kecantikan bilik air tu, tapi malas lah pulak, nak berebut dengan budak kecik tu. Ate pun teruslah makan.
Manakala budak tu pula, tak letih-letih 'meronda' restoren. Risau Ate, bukan apa, takut terlanggar orang hantar makanan/minuman panas. Kan melecur pulak, tak ke naya. Maka dengan membelalakkan mata lemah lembutnya Ate berkata kepada budak itu, "Abang, bahaya tau berjalan ke sana ke mari kat dalam restoren..." Belum habis bicara Ate, dengan beraninya budak tu menjawab "Suka hati abanglah." Mendengar itu mamanya cepat-cepat menegur: "Abang, tak baik cakap macam tu. Kita orang Muslim mana boleh buat sesuka hati kita. Kita mesti buat apa yang Allah suka. Bukan yang kita suka." 
"Habis tu nak cakap macam mana, ma? Suka hati Allah lah? Cam tu ke?" 
Mama budak itu terdiam sebentar, mungkin berfikir, kemudian menyambung, "Errr...kita kena buat apa yang Allah suka. Tadi, apa yang Abang buat, Allah tak suka." (Sah lah mama nya tak menjawab soalan)
"Ohh..jadi Allah tak suka ke Abang jalan-jalan dalam Restoren?"
Mata sang mama terkebil-kebil (mencari jawapan yang paling mudah dan tepat) dan Ate...ketawa geli-geli dalam hati. Mujur budak tu anak sedara Ate. Hehehe. Anak zaman sekarang memang pintar dan sering memeningkan kepala kita untuk menjawab seribu satu soalan mereka.
Restoren tu cahayanya suram. Ate tutup mulut 'abang' tu kerana geram.
*******
Terima kasih buat adinda Ate yang belanja makan malam tadi. Masa makan Ate selalu lupa. Tapi dah kenyang dan tengok orang keluar duit, bayar bil lebih dari seratus ringgit, Ate selalu ada satu perasaan..."Betapa banyaknya dan sangatlah bermewahnya kita berbelanja dalam urusan mengenyangkan perut. Sedangkan ramai lagi orang yang susah, malah berjuang untuk mendapatkan sebuku roti @ sesuap nasi. Ada rasa kesal di hati ini. Tapi kemudian lupa lagi. Wang.. di INFAQ kan untuk nafsu perut...ada kah ianya boleh membantu kita di kampung akhirat nanti?

Friday, July 1, 2011

BILA BUNGA BELUM TERSUNTING. BICARA JODOH (LAGI).

Hari ini, Ate ada baca satu Entry yang menarik dari Gadis Bunga (GB). Ada pelbagai rasa ketika Ate membacanya... ada rasa manis, pahit, kelat, pedas dan masin. Bila Ate gaulkan semua perasaan itu, di aduk dengan berbagai bumbu pengalaman kehidupan dan ditambah pula perisa peluh Ate No Moto, akhirnya jadilah ia suatu adunan yang hebat seperti di bawah ini: Jeng, jeng...
Photo Ehsan: Pokcik Google
Hahaha...Ate sedang kemaruk cinta dengan Volvo C30. Ok, ok, sorry. Sila abaikan 'kegilaan Ate' ini. Kita berbalik kepada topic asal...Entry Gadis Bunga yang berkisar tentang topic terhangat di kalangan Bunga-bunga yang belum tersunting atau terpetik lagi, iaitu Soal Jodoh. Sebenarnya semua soalan-soalan lazim yang ditanyakan kepada mereka yang belum kawin di Entry GB itu telah pun GB jawab dengan baiknya. Cuma Ate ingin menambah sedikittttt lagi serbuk perisa Ate No Moto, dengan 3 kisah benar berdasarkan pengalaman, mahupun apa yang dipandang dan yang di dengar tentang golongan yang bergelar ANDALUSIA (Anak dara lanjut usia).
Kisah 1: Gelaran Andalusia akhirnya berakhir di usia 33 tahun.
Anisah (bukan nama sebenar) seorang wanita solehah berusia 29 tahun. Di lamar oleh Salleh (bukan nama sebenar), lelaki seusia yang soleh. Sebelum Salleh berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran peringkat PHD, dia datang menemui ayah Anisah. Ayah Anisah agak keberatan hendak melepaskan anak gadisnya, untuk dinikahkan dengan Salleh, kerana ayah Anisah mendapat tahu bahawa Ibu Salleh kurang berkenan dengan Anisah (bukan calon menantu pilihan, dengan alasan kenegerian dan paras rupa yang tidak rupawan berbanding Salleh yang tampan).
Redha Ibu di utamakan.
Kepada Salleh, ayah Anisah berkata, "Pergilah kamu melanjutkan pelajaran terlebih dahulu. Jika ada jodoh kamu berdua, pasti tak kan ke mana. Siapa tahu mungkin ibu kamu berlembut hati dan bisa menerima kekurangan Anisah. Soal jodoh ini kita serahkanlah kepada Allah. Berdoa sahajalah." Ternyata setelah 2 tahun, pandangan ibu Salleh tentang Anisah masih sama, "Ibu memang kurang berkenan dengan Anisah, tapi kalau kamu nak juga menikah dengan dia, terserah kamu lah." Mendengarkan kata-kata itu, Salleh merasakan, masih ada harapan baginya untuk menyunting Anisah sebagai suri di hati. Ke rumah Anisah dia bertemu lagi dengan ayah Anisah. "Pak cik, ibu tak menghalang walau masih belum bersetuju sepenuhnya. Apakah pak cik sudi menerima saya sebagai menantu?" Ayah Anisah diam seketika sebelum berkata, "Nak, redha ibu kamu itu penting. Kalau dia berkata begitu, bererti dia belum redha. Hubungan suami isteri boleh terlerai dengan satu lafaz cerai, tapi hubungan ibu dan anak kekal selamanya, nak. Anggaplah di antara kamu berdua sudah tiada jodoh." 
Kesedihan ayah Anisah mengatasi kepiluan hati Anisah. "Ayah mana yang tak sedih. Telah datang seorang lelaki soleh meminang anak gadisnya, tapi terpaksa di tolak demi kebahagiaan kamu jua, nak. Pernikahan, bukan sekadar ikatan dua hati, tapi juga ikatan diantara dua keluarga. Mana mungkin kamu bahagia jika pernikahan kamu tidak direstui oleh ibu suami kamu." Maka 'terbazirlah waktu 2 tahun' Anisah menanti di satukan dengan Salleh sebagai suami isteri. Tak sampai setahun kemudian, Anisah mendapat kabar, Salleh telah menikah dengan gadis jelita lagi rupawan dan berasal dari negeri yang sama, sebagaimana impian ibu Salleh. Anisah tidak kesal atau meratap tangis akan nasibnya kerana dia tahu 'menikah bukan lah matlamat utama dia di hidupkan'. Hidup dijalani dengan penuh optimis. Akhirnya di usia 33 tahun Anisah menikah dengan seorang lelaki soleh berkerjaya professional. Anisah juga menjadi menantu kesayangan bukan kerana paras rupa tapi kerana kesolehah dan baik budinya menjadi kebanggaan mertuanya. Kini lebih dari 20 tahun dia melayari alam rumahtangga..bahagia di samping suami dan 4 anak lelaki yang pintar, taat dan soleh.
Ini bukan keluarga Anisah. Tapi rumahtangga keluarga ini juga telah melebihi dari 20 tahun.
Apa pelajaran yang pembaca dapat dari Kisah 1 di atas? 
Buat para Bunga di luar sana yang masih belum tersunting, bersabarlah. 
Dalam penantian jodoh ambillah ibrah dari kisah di atas dan kisah dari Rithah.
Apa? Kisah ke 2? Nantilah..kita sambung lagi ek. Kalau Ate rajin.
*******
Ya Allah....seringkali kekhawatiran kami akan masa depan,
mengalahkan keyakinan kami akan pertolongan-Mu.
SHL

MALAM, WAKTU UNTUK SENANDUNG CINTA.

Senandungkanlah cinta di senyap sepinya dunia. 
Maka Kasih & Rindu kan terkilas sehingga fajar ketenangan tiba.
"Ya Allah...
Engkau ciptakan malam 
agar kami selalu mendekatkan diri kepada-Mu, 
akan tetapi kami sering menyia-nyiakannya 
dengan banyak bermaksiat kepada-Mu. 
Ampuni kami ya Allah...
dan kuatkan kami untuk menjadikan malam 
sebagai ladang ibadah kami."
SHL
*******
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan oleh Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan, (yakni) mereka sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Adz-Dzariyat: 15-18)

“Hendaklah kalian melakukan solat malam, karena solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan ibadah yang mendekatkan diri pada Tuhan kalian serta penutup kesalahan dan sebagai penghapus dosa” (HR. Tirmidzi no. 3549, Al Hakim I/380, Baihaqi II/502. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwa Al Ghalil II/199/no. 452)