Pages

Search This Blog

Friday, October 28, 2011

RESEPI MAKANAN MUDAH, SIHAT, BERKHASIAT LAGI LAZAT.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Mu Allah atas segala nikmat hidup hari ini. Memberi kami kesempatan (lagi) untuk untuk mensyukuri, menghargai  dan mengisi hari demi hari dengan amal soleh dan bekal ketika pulang kepada Mu. 

Sesungguhnya hidup adalah tanggungjawab yang setiap detiknya harus bermakna ibadah. Keindahan hidup tidak diukur dari panjang atau pendeknya umur, tidak juga di ukur dari kaya atau miskinnya seseorang itu melainkan bagaimana cara kita mengisi kehidupan kita. Ada orang hidup untuk kaya. Ada orang hidup demi cinta. Ada orang hidup untuk negara. Ada orang hidup demi gaya. Ada orang hidup untuk makan. Ada orang hidup demi hidup...Hiduplah. Hiduplah untuk apa pun, tak mengapa asal semuanya tidak tersasar dari tujuan asal kita di hidupkan. Hiduplah mengikup ketetapan sang Maha Pencipta. Hiduplah dengan apa yang Allah inginkan, bukan dengan apa yang kita inginkan. 

Oleh itu untuk orang yang 'hidup untuk makan', di sini Ate ingin persembahkan...Jeng, jeng, jeng... Resepi Makananan Sihat, Mudah Lagi Berkhasiat tapi lazat (Uhhh..duniawi banget). 

Puan-puan dan tuan-tuan sekalian, sebelum Ate menurunkan resepi (macam menurunkan ilmu apa jer), terlebih dahulu Ate ingin menerangkan tentang kepentingan pengambilan makanan sihat (alaa.. ada kuliah kesihatan pulak). Pengambilan makanan yang sihat adalah salah satu cara untuk  menjaga kesihatan. Sebagai seorang Muslim penting kita menjaga kesihatan kerana Rasulullah saw telah berpesan AL MUKMINUL QAWIYYU KHAIRUN WA AHABBU ILLAH MINAL MU'MINID DHAIF (Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih di sukai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah). Kalau badan kita selalu tak sihat dan tak kuat, macam mana kita nak beribadah? Mengerjakan haji, Puasa dan Solat, semua tu perlu badan yang sihat dan kuat. Itu belum lagi dalam rangka kita melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap ibubapa, anak, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kerana itu penting kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat tapi lazat (nak jugak sebut lazat...ya lah kalau tak lazat siapa yang nak makan kan?) dalam kehidupan kita sehari-hari. Hargailah tubuh anda, ianya adalah amanah. Ok lah jom kita layan resepi nya.....
Serbuk Kuah Kacang Pecal.
Boleh di beli di Pasar Tani atau Pasar Malam.
Jenama Ceria tu beli dengan kawan Ate Kak Ruzaimah (Bunda dia buat dari Kedah).
Bahan-bahan:
1. Timun di potong dengan suka hati nya (ikut suka)
2. Tempe di potong kecil-kecil dan di goreng garing (maaflah tempe terpaksa digoreng, takleh nak rebus. Kalau tak goreng, tak lazat. Tapi tempe sumber protein yang baik, mudah dicerna dan penurun kolesterol)  
3. Taugeh 'Kepala Besar' 
4. Carrot di potong suka-suka hati 
5. Fish ball dipotong sesuka-suka hati.
6. Sayur Kangkung.
7. Serbuk Kuah Kacang Pecal (Rujuk gambar nombor 2 di atas)
8. Thousand Island Dressing (Yang ini Ate tak pasti sihat ke tidak yang pasti ianya lazat)
9. Rempeyek dipecah-pecahkan jadi sebesar lebih kurang ibu jari (suka2 hatilah nak ikut besar ibu jari siapa)

Cara-cara Membuat:
1. Celur bahan-bahan yang nombor 2, 3, 4, 5 dan 6.
2. Setelah di celur, gaul kan kesemua bahan.
3. Hidangkan bersama nasi atau boleh di makan begitu sahaja.

Mudahkan. Semudah 1,2,3...:). Kalau tak nak letak rempeyek pun tak apa. Tapi rempeyek tu lah yang memberi kesan ummppph gitu. Kalau nak nampak cantik masa hidang, letakkan thousand island akhir sekali di atas bahan-bahan yang lain (Jangan campurkan thousand island awal-awal). Masa nak makan baru gaulkan. Resepi ni Ate dapat dari Kak Pah jiran Ate, masa kami bertukar juadah di bulan puasa. Kami tertarik dengan keunikan rasa paduan barat dan timur...Thousand Island dan Kuah Kacang Pecal. Di rumah Ate dah banyak kali dah Kak Bayu buat kami makan. Banyak mana bahan-bahannya, kami main agak jer (suka-suka hati). Nama makanan ni? Errr..Kak Pah yang inventor nya tak bagi nama, kami yang 'generasi penerus' nya pun blum lagi ada idea nak memberi nama. Ada sesiapa yang ada cadangan? Atau nak beri nama Rojak Suka-suka Hati? 
Minum air lemon ni dengan rojak tadi...Perghh Mantap.
(Tuhh..kan. Duniawi Banget lo Ate. Emang hidup tuk makan?)

(Perasan tak..ni first time Ate berkongsi resepi. Maklumlah sebelum ni jarang 'berukhuwah' dengan dapur. Berkongsi resepi ni sebahagian dari ibadah kan?)

27 comments:

  1. Ate..
    Baru berkenalan dgn cik dapur...
    Bestkan? Mcm2 cik dapur boleh beri jika ngam dgn dia....
    Nanti nak cubalah makan pecal dgn thousand island dan rempeyek...
    Bunyi mcm sedappp....
    Terima kase ate...

    ReplyDelete
  2. rojak fusion ni~siap ada dressing lagi~he~~

    ReplyDelete
  3. jom tukar-tukar link..yana dah follow blog ni...pecal memang sebab kalo kuah dia sedap kan....

    ReplyDelete
  4. boleh la ate masuk masterchef lepas ni =D

    ReplyDelete
  5. sejuk di petang hari ni buat perut saya lapar ..
    ;o)

    ReplyDelete
  6. sejak rojak time chemah kawen malatop, terus terinspirasi nk cipta rojak suka suki ye?
    hehe
    smg bermanfaat utk (perut-perut) ummah

    ReplyDelete
  7. ok sape yg nak resepi pecal dia sedap cam ate cerite tu, bleh contact saya utk beli rempeyek yg dijamin sedap. terbaik dari alor gajah. sekian!

    ReplyDelete
  8. ate , arwah mak cik ina terror wat kuah pecal tau, sebab dia asal banting. dulu time bolan posa, cik ina niaga pecal. ate kalau senang, cik ina tunjukkan wat kuah pecal , buh cekur elak angin.

    ReplyDelete
  9. SEBUT PASAL PECAL..MAK MERTUA SAYA MMG SUKA MAKAN PECAL...PECAL MMG SEDAP SAYA SUKA TANG TEMPENYANYA..HEHE

    ReplyDelete