Pages

Search This Blog

Tuesday, January 17, 2012

DAIRI HIDUP SIHAT & ISTIQOMAH

Minggu pertama:
Aerobic Riang Ria dengan penuh semangat (Positive thinking).
Menu Sihat: Salad Satu Mangkuk Besar. 
Penyeksaan mental + tekak.
Dengan penuh ketabahan Ate perabiskan telan juga.
Alhamdulillah, kurang 2kg. Penurunan yang memberangsangkan.

Minggu kedua dan ketiga (Alhamdulillah masih Istiqamah):
Aerobic + Sit Up 100 kali dengan gigih.
Hasilnya lumayan...Menderita lenguh seluruh badan. 
Nak kurus sihat memang kena korban sakit sikit.
Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bersakit-sakit dahulu, berslim slim bersenang-senang kemudian.
Menu Sihat: Salad + Sedikit hirisan ayam berempah.
Kurang 1kg + 1kg = 2kg lagi. Alhamdulillah semangat masih berkobar. 
Ganbatte ne!

Minggu keempat dan ke lima:
Tepuk-tepuk tangan jer sambil Lompat-lompat sikit.
Menu Sihat: Salad. (Lagi???)
Kurang 5kg 500gram. Alhamdulillah badan tangan mula terasa lebih ringan.

Minggu ke enam: 
Menu sihat: 3 sudu Nasi + 3 Senduk besar sayur.
Senaman? Kali ini dilakukan secara berjemaah.
Bersama-sama Baim, Ate
Berenang Gaya Bebas di atas katil sambil pejam-pejam mata -_-.
Alhamdulillah kurang satu dua beberapa gram lagi.

Minggu ke tujuh?
Uppss...Blackout! (Ishh.. Baru minggu ke tujuh dah give up?)
Dairi Hidup Sihat ini sedang mengalami gangguan bekalan tenaga semangat 
buat sementara waktu. 
Kerja-kerja baik pulih semangat agar terus istiqamah sedang di jalankan dengan giatnya.
Mohon maaf di atas segala kekecewaan anda untuk melihat Ate slim.
Kesabaran anda amat dihargai.
*****
Ternyata dalam apa juga pekerjaan atau amal yang kita lakukan, semangat sahaja tidak mencukupi. Perlu ada consistency (Istiqamah). Namun yang namanya istiqamah itu memang tak mudah, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil juga. Harus ada semangat 'berjuang' yang tinggi (Himmah), diiringi kesabaran dan keteguhan hati (Tsabat). Bertahan, tak tergoyah oleh apa pun umpama batu karang yang tetap teguh di terpa ombak. Itulah istiqamah.

Wahai Ate, LANGKAH BERMULA telah pun diayun (dalam semua hal, baik dalam merubah gaya makan hidup ke arah yang lebih sihat, baik dalam soal menulis blog, baik dalam pelaksanaan amal ibadah mahupun berada di jalan dakwah ini) teruslah melangkah jangan sampai terhenti di tengah jalan. Bingung, malas, letih, lelah dan kekecewaan pasti menghambat perjalanan, mohonlah kekuatan dari Nya, agar dapat terus bertahan sampai ke penghujung jalan. Keep Hamasah! Keep Istiqamah!

5 comments:

  1. bravo ate, bravo,,,, saya? ha ha ha...treadmill saya sudah lama berlipat...saya sangat istiqamah sekarang....

    ReplyDelete
  2. @Kak Gerau: Hahaha.. Istiqamah makan karipap 300 hari setahun dan istiqamah melihat treadmill yang berlipat eh?

    ReplyDelete
  3. salam akak..diet atkins ye..chaiyo!akak..dulu sy penah cuba..tp hangat2 tahi ayam...heheh

    ReplyDelete
  4. Salam...thanks sudi terjah blog sy dlm diam....mcm lama blog ni tak bertulis mcmana dgn tuannya dh berjaya capai target slim tu ke Belum...semoga berjaya dan tercapai impiannya...selalulah amalkan Gaya hidup sihat.

    ReplyDelete