Pages

Search This Blog

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wr wb.
Salam Jumaat penuh berkah. 
Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad. Ahad raya haji, raya kurban - Aidil Adha. Ramai balik kampung. Sembelih lembu. Sembelih kambing. Sembelih ayam. Lembu dan kambing dikorbankan sebagai menyempurnakan ibadah Qurban. Ayam dikorbankan sebagai menyempurnakan keperluan perut-perut manusia. Dalam keseronokan nak menyambut Aidil Adha jangan lupa beberapa perkara:
Pertama: Bagi sesiapa yang nak balik kampung (ada yang dah balik hari ni), Berhati-hatilah di jalanraya. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Jangan pandu laju nanti kena saman. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah wajah-wajah kambing dan lembu kurban yang sedang menanti anda di kampung.

Kedua: Esok, hari Sabtu 9 Dzulhijjah, adalah hari offer untuk pelupusan dosa tahun lepas dan tahun sesudahnya. Hari meng erase dosa. Mari lah rebut tawaran yang hebat ni. Ajak ahli keluarga beramai-ramai. Bangun awal pagi sebelum subuh, untuk sahur, lalu tunaikanlah Puasa Arafah kerana dari Abi Qotadah ra, ketika ditanya tentang puasa Arafah, Rasulullah saw bersabda: "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (HR Muslim). (Puasa Arafah ini kurang sesuai bagi sesiapa yang merasakan diri mereka telah bersih dari dosa untuk 2 tahun tersebut. Boleh gitu? Astaghfirullah)
"Allah, ajarkan kami bahawa dalam keikhlasan BERKORBAN terdapat kenikmatan penuh keimanan yang kami rindukan. Eid Mubarak."


Note: Esok, Insyallah Ate akan menyinggah ke rumah maya teman-teman. Sehari dua ni sibuk sedang update blog list teman-teman.

Photo Ehsan Pokcik Goggle

10 comments:

  1. Selamat menyambut hari raya aidil adha buat Ate...
    Rugi rasanya tak dpt nak puasa eok...
    Selamat melakukan ibadah puasa Ate....

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha untuk ate & family.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Adha buat Ate seisi keluarga. :)

    ReplyDelete
  4. Astagfirullahala'zim Ate..ada ke org yg rasa diri dia suci drpd dosa..dh setaraf nabi la pulak kalau gitu..

    insya-allah ate..sy pon rs nk pose besok..

    ReplyDelete
  5. Salam aidil adha atee ...

    Ateee dok balik kg keee

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut AidilAdha, Ate :)

    ReplyDelete
  7. rugi sebab tak dapat berpuasa di 9 zulhijjah!

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidilAdha..
    terimakasih tentang info puasa yang menarik tu ..

    ReplyDelete