Pages

Search This Blog

Showing posts with label PENDIDIKAN ANAK. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN ANAK. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN

Pertama kali membaca kisah ini Ate rasa, ya Allah banyaknya dosa yang aku dah buat pada 'anak-anakku'. Rasa bersalah yang amat sangat, kerana selama ini banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam mendidik anak. Jom kita layan kisah inspirasi yang seharusnya menjadi teladan buat kita semua khususnya para ibubapa dan pendidik...
Dr Arun Gandhi (cucu kepada Mahatma Gandhi) bercerita:
"Ketika berusia 16 tahun, saya dan dua adik perempuan saya tinggal bersama kedua orang tua saya di sebuah yayasan yang didirikan oleh datuk saya di tengah-tangah kebun tebu, 18 KM di luar kota Durban, Afrika Selatan. Kami tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai jiran tetangga. Oleh kerana itu, setiap kali ada kesempatan pergi ke bandar, pasti kami tidak akan melepaskan peluang dengan mengunjungi teman atau menonton wayang di pawagam.
             Suatu hari ayah meminta saya menghantarnya ke satu conference. Pada waktu yang sama ayah juga meminta saya melakukan beberapa perkara termasuk menghantar kereta untuk di service di bengkel. Ketika sampai di tempat conference ayah berpesan; "Ayah akan tunggu kamu di sini jam 5 nanti." Setelah itu saya pun menghantar kereta ke bengkel dan cepat-cepat menyelesaikan semua tugas yang di minta oleh ayah agar saya dapat mencuri waktu untuk menonton wayang. Seronok dan leka menonton 2 tayangan cerita lakonan John Wayne, tanpa saya sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. 
Saya pun apa lagi..terburu-buru mengambil kereta di bengkel dan terus menjemput ayah. Dari jauh telah kelihatan ayah begitu sabar menunggu. Apabila masuk sahaja dalam kereta dengan tenang ayah bertanya. "Apa yang menyebabkan kamu terlambat, nak?"
Aduhh..malu saya nak mengaku yang saya lambat kerana tengok wayang. Spontan saya berbohong; "Lama di bengkel. Kereta lambat siap." Padahal, ternyata tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya ayah telah menelefon bengkel tersebut. Dan kini..ayah tahu saya telah berbohong. (Kalau Ate dah bertempik dah...Biasa dia berbohong heh!! Ingat Ate tak tau, bla,bla,bla...tak berenti berleter dengan suara yang high pitch macam beri ceramah tanpa microphone kat 100 peserta).
           Ayah berkata; "Ada sesuatu yang salah dalam membesarkan kamu sehingga kamu tidak memiliki keberanian untuk menceritakan kebenaran kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, ayah akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki sepanjang 18 KM dan memikirkannya baik-baik." Lalu dengan tenang ayah turun dan mula berjalan kaki pulang ke rumah, sedangkan waktu itu hari sudah mula gelap. Tak sanggup meninggalkan ayah, saya 'menemani'nya dengan membawa kereta perlahan-lahan di belakang ayah selama 5 jam setangah. Melihat penderitaan yang dialami oleh ayah hanya kerana kebohongan bodoh yang saya lakukan, sejak itu saya bertekad tidak akan lagi pernah berbohong.



Dr Arun melanjutkan, "Seringkali saya berfikir mengenai peristiwa ini dan merasa hairan. Seandainya Ayah menghukum saya sebagaimana kita menghukum anak-anak kita, maka apakah saya akan mendapatkan SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN? Saya kira tidak, saya akan menderita atas hukuman itu dan akan mengulangi melakukan hal yang sama lagi. Tetapi, hanya dengan satu tindakan tanpa kekerasan yang sangat luar biasa, dapat menyedarkan saya dan memberi kesan yang sungguh mendalam sehingga saya merasa kejadian itu baru saja terjadi kemarin. Itulah KEKUATAN TANPA KEKERASAN."

                Huhuhu...Sedih. Sedih sungguh Ate baca kisah ini. Terfikir Ate tah berapa kali Ketidak Sengajaan Kekerasaan Yang Telah Ate Lakukan kepada 'anak-anak'. Waaa....Tak terhitung...(Maafkan Ate anak-anakku) Ketika Ate ceritakan kisah ini kepada adik ipar Ate, Bomoh Bijan, lama dia terdiam. "Ate tanya nape awak diam?" Bomoh Bijan jawab; "Saya sedang fikir dan kira. Agak-agaknya berapa kilometer saya kena jalan. Dari KL sampai Kampung di Perak pun belum tentu saya habis fikir kesalahan saya dalam mendidik 2 Bujang Senang tu". Betul tu. Tapi perkara yang dah berlalu jangan dikesalkan, minta maaf pada anak dan keampunan dari Allah. Pas ni Ate kena fikir banyak kali sebelum 'teriak-teriak' hilang sabar kat anak. Takut jenuh nak kena jalan kaki berkilo-kilo meter memikirkan di mana silapnya Ate ketika mendidik anak. (Sure boleh kurus macam Rozita Che Wan)
Ate cari photo Rozita Che Wan kurus kat Pak Cik Google dan dia beri Ate gambo ni ;)
(Sumber Cerita:Tarbawi)

Tuesday, April 5, 2011

SAAT 'IA' TERKULAI (BELAJAR DARI ANAK)

"Ahhhhh! Tolongggg!" Keheningan pagi itu terganggu dek jeritan yang sangat menggelikan mengerikan. "Bagaimana semua ini boleh terjadi? Malam tadi elok aja. Kenapa pagi ini dia terkulai mati? Waa a'a'a" Raung seorang wanita gemok gempal menanggis tak berlagu.
Tucing yang tidur terkulai ini tiada kena mengena dengan entry.
"Dah lah beli aja yang baru." Seorang wanita lain cuba menenangkan. 
"Beli baru? Senangnyaa... Awk tau brapa harga dia? 2,000 hengget. Bukan murah." 
"Dah tau mahal nape letak sepah-sepah?" 
"Sepah-sepah? Saya letak elok-elok kat atas meja. Ni mesti kerja 2 bujang senang tu . Malam tadi dia orang dok panjat dan terjun dari atas meja. Bila saya marah dia orang memanjat, lompat sana, lompat sini, nanti patah kaki, ehh..dia sengeh-sengeh senang hati. Mesti masa tu dia orang dah pijak SPEK MATA ni sampai terkulai mati macam ni. Susahlah saya tak de 'mata'. Eeee..geramnya. Memang nak kena bujang berdua ni. Lasak semacam." Gerutu wanita gempal itu penuh kesal.
"Bujang Senang yg lasak sdg berpoya-poya"

Dan pagi yang dingin itu pun menjadi panas. Kulit sawo matang Ate wanita gempal itu mula BERTUKARR menjadi Power Rangers hijau keGREENnan. Kuasa Incredible Hulk mula menguasai diri. Kekuatan akibat marah menyebabkan dia boleh mengangkat menghempas pintu kereta sekuat hati. Muncung (Moyong) mulut panjang 20 centi (bak kata arwah abah muncung boleh gantung beg sekolah). Panas nya hati tak terperi. Nak marah siapa pun dia tak mengerti. Mungkin ini takdir Illahi atas kafarah dosa diri sendiri.                                                         
Boim:"Soyi Ate. Saaayang Ate"
Iya..Positive Thinking saja. Terimalah ini sebagai takdir. Nak marahkan 'anak-anak', ketika kita sedang 'panas'  dan beremosi hanya meninggalkan 'luka' di hati mereka. Tunggulah bila Ate dah tenang, Ate akan explain pada 2 bujang senang ini tentang akibat dari perbuatan mereka. Biasanya mereka lembut hati, bersimpati, meminta maaf dan buat lagi...huhuhu. Sabar jer le. Teringat seorang teman pernah berkata, "Saya ni kan kak, makin banyak anak bukan makin pandai sabar tapi makin hilang sabar."  

                
               Semail:"Maap Ate, tapi Aeil nak buat lagi"
Sedar atau tidak, anak memang menjadi sebahagian dari ujian Allah untuk kita meningkatkan kesabaran dalam banyak hal. Setiap hari ada sahaja pelajaran yang boleh kita dapat dari 'anak-anak'. Anak-anak, anugerah terindah dalam hidup, selalu memberikan pelajaran berharga dalam perjalanan kehidupan kita baik sebagai ibubapa mahupun pendidik. Mengasuh dan mendidik anak memerlukan kita sentiasa berdoa yang terbaik, berfikiran positif dan saling berbagi pengalaman supaya kita menjadi lebih berhikmah dalam menangani masalah anak-anak





Tuesday, March 8, 2011

Pendidikan Anak Pra Sekolah: DOA 'Ber-VOLUME'

Scene 1
Tempat: Di sebuah tadika.
Sebelum pulang, anak-anak murid beratur menunggu giliran. Seorang demi seorang pelajar menundukkan dan menghulurkan kepala kepada guru untuk di rukyah didoa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Jadikan Azzam anak yang soleh, lembut hatinya, cerdas akalnya dan cergaskanlah tubuh badannya. Amin ya rabbal 'alamin.” Fffuuhhhh.. Sang Guru menyembur menghembus di bahagian ubun-ubun anak murid. Usap kepala (sebenarnya nak sapu air liur yang tersembur) dan mencium dahi (uhh..bau! Tahan nafas). Hulur kaki tangan, untuk di salam. "Next!"
“Cikgu..doakan lagi. Hari ini saya nak banyak nie.” Tersengih-sengih Azzam (5 tahun waktu itu) mengangkat kedua tangannya sambil menunjukkan 10 jarinya.

Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

Scene 2
Tempat: Di rumah
“Ummi! Tengok Abang Azzam ni..dia amik buku adik.”
“Azzammm.. berapa kali dah ummi cakap. Jangan kacau adik.  Kenapa Azzam tak nak dengar kata ummi.”
“Ummi tu..”
“Eh eh! Kenapa pulak dengan ummi?”
"Ya lah. Ummi tu yang tak mau doakan Azzam macam Cikgu, sebab tu Azzam ‘nakal’."
“Siapa kata Ummi tak doakan Azzam? Ummi selalu doakan Azzam dan semua anak-anak ummi.”
“Azzam tak pernah dengar pun.”

Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.

*******
Kisah 2 scene di atas adalah kisah benar yang terjadi berbelas tahun lalu. Bukan Azzam sahaja, malah ramai pelajar lain turut bertanya kepada ibubapa, kenapa mereka tidak pernah mendengar umi/abah mendoakan mereka? 

Ternyata anak-anak suka MENDENGAR mereka di doakan.


Doa sememangnya memainkan peranan penting dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Libatkanlah Allah selalu dalam setiap tahapan mendidik anak dengan memperbanyakkan doa sejak anak di dalam kandungan lagi. Memperbanyakkan berdoa, membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan berbual-bual dengan anak adalah merupakan suatu bentuk ‘bonding communication’.

Doa buat kekasih anak boleh di lantunkan secara:
1.   Mute atau dengan suara yang perlahan dan penuh berharap setiap selesai solat 5 waktu dan dalam solat tahajud. Cara ini lebih merupakan pengharapan dan permohonan kita kepada Allah buat anak-anak kita.* (Note)
2.   Ber ‘volume’ bersama dengan anak. Khusus buat anak pra sekolah doa 'ber volume' ini penting agar anak tahu apa harapan ibubapa. Doa bervolume ini biasanya merupakan doa ‘pribadi’ (personal) dan di lakukan secara spontan. Tetapi doa pribadi bervolume ini boleh juga di lakukan secara routine seperti yang dilakukan oleh guru tadika di atas. Kalau di rumah mungkin waktu yang sesuai adalah ketika anak bangun atau sebelum tidur.

Doa 'ber volume' ini akan menjadi lebih berkesan:
a)   Berdasarkan kesesuaian mood anak. Contohnya jika waktu itu anak asyik memukul atau berkelahi dengan adiknya, maka doakanlah "Ya Allah kurniakanlah rasa belas kasihan dan perasaan sayang pada Ismaeil terhadap adiknya Ibrahim."
b)   Menggunakan bahasa yang mudah mengikut usia anak. Simple and direct. Contohnya kalau anak suka menangis. Berdoalah "Ya Allah, janganlah Kau jadikan Himmah anak yang suka menanggis. Gembirakanlah dia. Jadikanlah dia tersenyum selalu."
c)   Menyebut nama anak sambil memberikan sentuhan, pelukan dan ciuman.

Ibubapa harus membiasakan anak-anak berdoa dalam setiap detik kehidupan mereka.  Selain dari doa-doa ‘pribadi’ dan yang di lakukan secara spontan jangan sesekali melupakan doa harian yang di ajarkan di dalam Islam.  Minimal ibubapa harus menghafal doa-doa harian yang basic seperti:
a)   Doa sebelum dan selepas makan. (Sebelum mkn ni doa paling famous. Kalau ibubapa tak hafal juga tak taulah den nak kato apo)
b)   Doa sebelum dan selepas bangun tidur.
c)   Doa sebelum dan selepas keluar tandas. (Haa..yang ini selalu terlupa pasal biasanya terburu-buru masuk, tak sempat nak berdoa)
d)   Doa memakai pakaian.
e)   Doa ketika bercermin.
f)    Doa sebelum keluar rumah.
g)   Doa naik kenderaan.
h)   Doa sebelum belajar.
i)    Doa buat kedua ibubapa.
(Secara jujur dari 9 list doa di atas berapa agaknya yang kita sbg ibubapa dah hafal ek?)

Praktikkan doa-doa di atas bersama anak-anak. Membiasakan anak-anak berdoa, secara langsung kita telah mendidik anak kita bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan berkuasa melakukan apa sahaja.  Dia dapat mendengar setiap doa dan kerana itu kita harus sentiasa berdoa kepada Allah. Dialah satu-satunya yang dapat memberi kita segala hal yang kita perlukan. Hanya Allah tempat meminta dan hanya Allah tempat kita memohon perlindungan.
*******
* Khusus buat anak yang mula membesar dan remaja, seboleh mungkin doakan setiap anak beserta dengan solat tahajud 2 rakaat. (Biar betul? Kalau 10 anak 20 rakaat?..Fuyoo..Solat tahajud sepanjang malamlah gamaknya). Iya, Ate pernah mendengar kisah benar, seorang Ibu 9 anak yang sering bersolat tahajud 2 rakaat bagi setiap anak kerana ingin mendoakan kesejahteraan dan keselamatan dunia akhirat buat anak-anaknya. Menurut Ibu tersebut, sebagai manusia kita punya kuasa yang terbatas. Kita tidak mampu mengawasi anak kita setiap detik. Kita juga tidak dapat tahu dan tidak dapat melihat apa yang anak kita lakukan di luar rumah. Tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Maka itu, kita perlu berdoa dan menitipkan anak kita kepada Allah dengan memohonkan keselamatan buat mereka. Kalau kita berdoa dengan penuh ikhlas tidak mungkin Allah akan menghampakan kita.

Tuesday, February 22, 2011

CERITA DARI SEKOLAH HARAPAN AL QUR'AN

Setelah membuat post sebelum ini (Ibu, Ayah..Berikanlah Kami Teladan), Ate jadi tertarik untuk mengenali Sayed Muhammad Husain Tabatabai. Googling punya googling, akhirnya Ate menemukan tentang kaedah menghafal Al Quran yang di ajarkan oleh ayah Sayed Husain di sekolahnya Jamiatul Quran.  Kaedahnya santai tapi sangat berkesan. Di sekolah tersebut anak-anak di tanamkan kecintaan pada Al Quran sehingga berjaya menghadamkan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari.  Jika anda bercita-cita untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut lupakanlah sahaja...kerana sekolahnya nunnnnnn...jauh di Iran. Tapi jika anda ingin mencuba untuk melaksanakannya sendiri kepada anak-anak, kuasailah Al Quran terlebih dahulu, Insyallah pasti berjaya. (huhuhu...macam susah jerrr). Cerita dibawah dipetik dari blog bundakirana dan diubah sedikit (sikitttt aja) beberapa perkataannya ke bahasa Malaysia tanpa mengubah maksudnya.
***********
Namanya Muhammad Husain Tabatabai. Dalam usianya yang baru lima tahun (sekarang, mungkin 19 atau 20 tahun), dia sudah menghafal seluruh isi Al Quran bersama dengan terjemahannya. Bak komputer, dia mampu menyebutkan ayat pertama dari setiap halaman Al Quran, baik berurutan dari depan ke belakang atau dari belakang ke depan. Dia mampu membacakan ayat-ayat dalam satu halaman secara mundur (dari ayat terakhir hingga ayat pertama). Dia mampu menjawab pertanyaan “Apa bunyi ayat dari surat sekian, ayat sekian?” atau sebaliknya, “Ayat ini berasal dari surat mana, ayat berapa?” Dia juga boleh menjawab pertanyaan tentang topik-topik ayat, contohnya "Sebutkan semua ayat dalam Al Quran yang berhubungan dengan Isa bin Maryam.” Pada usia enam tahun, dia mendapat gelar Dr. HC dari sebuah universitas Islam di London.

Sayed Muhammad Husain Tabatabai

Ketika saya mengandungkan Kirana, saya dan suami telah bercita-cita memasukkan anak kami ke Jamiatul Quran, sebuah sekolah hafalan Quran untuk anak-anak yang didirikan oleh ayahanda Muhammad Husain Tabatabai, setelah beliau berhasil mendidik anaknya menjadi hafiz Quran. Akhirnya, ketika Kirana berumur empat tahun, cita-cita itu tercapai. Inilah sekelumit cerita tentang sekolah itu:

Anak-anak usia bawah lima tahun yang masuk ke sekolah ini, tidak disuruh langsung menghafal juz’amma, melainkan setiap kali datang, diperlihatkan gambar kepada mereka, misalnya, gambar anak sedang mencium tangan ibunya, (di rumah, anak disuruh mewarnakan gambar itu). Lalu, guru bercerita tentang gambar itu (jadi anak harus baik…dll). Kemudian, si guru mengajarkan ayat “wabil waalidaini ihsaana/Al Isra:23” dengan menggunakan isyarat (seperti isyarat orang yang cacat pendengaran/pekak), misalnya, “walidaini”, isyaratnya buat misai dan buat tudung di wajah (menggambarkan ibu dan ayah). Jadi, anak-anak mengucapkan ayat itu sambil memperagakan makna ayat tersebut. Begitu seterusnya (satu pertemuan hanya satu atau dua ayat yg diajarkan). Hal ini dilakukan selama 4 hingga 5 bulan. Setelah itu, mereka belajar membaca dan baru kemudian mulai menghafal juz’amma.

Suasana kelas juga semarak sekali. Sejak anak masuk ke ruang kelas, sampai pulang, para guru memberikan pujian-pujian (sayang, cantik, manis, pintar…dll) dan pelukan atau ciuman. Tiap hari (sekolah ini hanya 3 kali seminggu) selalu ada saja hadiah yang diberikan untuk anak-anak, stickers, pensil warna, mainan kereta dll. Habis baca doa, anak-anak diajak bersenam, baru mulai menghafal ayat. Itupun, sebelumnya guru mengajak bersembang dan anak-anak saling berebut memberikan pendapatnya. (Sayang Kirana kerana masalah bahasa, cenderung diam, tapi dia menikmati kelasnya). Setelah berjaya menghafal satu ayat, anak-anak diajak melakukan berbagai permainan. Oh ya, para ibu juga duduk di kelas, bersama anak-anaknya. Kelas itu berjalan dalam masa 90 minit .

 "Mama, membuka paip air dengan besar itu israf'" Kirana

Hasilnya? Wah, bagus sekali! Ketika melihat saya membuka paip air terlalu besar, Kirana akan menegur, “Mama, itu israf (mubazir)!” (Soalnya, gurunya menerangkan makna surat Al A’raf :31 “kuluu washrabuu walaatushrifuu/makanlah dan minumlah, dan jangan israf/berlebih-lebihan). Waktu dia menonton TV ada adegan polis mengejar penjahat, dia berkata “Innal hasanaat yuzhibna sayyiaat/ Sesungguhnya kebaikan akan mengalahkan kejahatan” (Hud:114). 

Seorang teman saya mengeluh (dengan nada bangga) bahwa setiap kali dia bersembang dgn temannya ttg orang lain, anaknya akan menegur “Mama, ghibah ya?” (soalnya, dia sudah belajar ayat “laa yaghtab ba’dhukum ba’dhaa”). Anak saya (dan anak-anak lain, seperti yang di ceritakan oleh ibu-ibu mereka), ketika sendirian, suka sekali mengulang-ulang ayat-ayat itu tanpa perlu disuruh. Ayat-ayat itu seolah-olah menjadi bahagian dari diri mereka. Mereka sama sekali tidak disuruh pakai tudung. Tapi, setelah diajarkan ayat tentang jilbab, mereka langsung minta sama ibunya untuk dipakaikan tudung. Anak saya, ketika mungkir janji (misalnya, janji tidak main keluar lama-lama, ternyata mainnya lama), saya ingatkan ayat “limaa taquuluu maa laa taf’alun” …dia terus menjawab “Nanti tidak akan buat begitu lagi Ma…!” Akibatnya, jika saya mengatakan sesuatu dan tidak saya tepati, ayat itu pula yang keluar dari mulutnya!

Setelah bertanya pada pihak sekolah, baru saya tahu bahwa method seperti ini tujuannya adalah untuk menimbulkan kecintaan anak-anak kepada Al Quran. Anak-anak usia bawah lima tahun ini diharapkan pada masa hadapan akan mempunyai kenangan indah tentang Al Quran. Di Iran, gerakan menghafal Quran untuk anak-anak kecil memang benar-benar digalakkan. Setiap anak penghafal Quran dihadiahkan pergi haji bersama ibubapanya oleh negara dan setiap tahunnya ratusan anak kecil di bawah usia 10 tahun berhasil menghafal Al Quran (baik berasal dari Jamiatul Quran, maupun sekolah-sekolah lain). Salah satu tujuan Iran dalam hal ini (kata salah seorang guru) adalah untuk menepis isu-isu dari musuh-musuh Islam yang ingin memecah-belahkan umat muslim, yang menyatakan bahwa Quran-nya orang Iran itu lain daripada yg lain. Sepertinya, saya memang harus bersyukur bahwa Kirana memiliki kesempatan untuk bergabung dalam gerakan menghafal Quran ini.
***********
(Ahhh...Ate mengimpikan sekolah seperti ini di Malaysia.  Ate mengharapkan 'kita' bisa melahirkan seramai mungkin Generasi Qurani, Ate mengkhayalkan kerajaan Malaysia akan memberikan insentive seperti cerita di atas buat para Hafiz... Impian dan Harapan dalam Dunia Magika penuh Khayalan.. Mungkinkah menjadi kenyataan??) 


Monday, February 21, 2011

IBU, AYAH..BERIKANLAH KAMI TELADAN.

Beberapa hari ini Ate busy jadi babysitter. Stress berat  badan dengan ‘keaktifan’ 2 BUJANG SENANG (BS) yang mempunyai Super Energy mengalahkan arnab bateri energizer. Tapi dalam kelibang kelibut bergelut dengan 2 BS tu, sempat juga Ate menonton satu rancangan reality pemilihan untuk menjadi artis.  Seorang Mak Cik menanggis tersedak-sedak tersedu-sedu, sedih yang amat sangat kerana anaknya gagal dalam uji karat bakat tersebut.  “Saya sentiasa berdoa kepada Allah, agar cita-cita anak saya untuk menjadi artis tercapai. Tak sangka dia tak dapat...mungkin belum rezeki dia lagi”, kata Sang Ibu sambil menyeka air hidung mata. Huhuhu. Ate pun tumpang sedih…sedih dan kasihan kat Mak Cik glamour tu. Ternyata sang ibu tidak menyedari bahawa dengan mendoakan anaknya supaya berjaya menjadi artis dia telah ‘menghantarkan’ anaknya semakin jauh dari Allah. 

2 Bujang Senang (BS) sedang bersenang lenang

Sebenarnya ketikan Ate kali ini ingin menyentuh tentang betapa pentingnya kesolehan ibubapa sebagai contoh tauladan dalam mendidik anak-anak.

Tsana,  salah seorang putri Hassan Al Banna bercerita, “Ayah memanggilku dan kakakku  Wafa, untuk diperdengarkan Al Quran yang di baca oleh Ayah.  Kami memegang mushaf lalu menyimak bacaan ayah.  Ayah berkata, “Aku mulai membaca ayat ini…”  Ketika dewasa, baru aku faham,  bahawa apa yang dilakukan ayah ketika itu adalah mengajarkan kami dari hal yang kami tidak tahu, iaitu bagaimana membaca Al Quran dengan betul, tanpa kami sedari..” Ini adalah cara mendidik yang paling indah dirasakan oleh anak-anak.  Mereka belajar tentang sesuatu melalui contoh langsung yang ditunjukkan dari ibubapa mereka. 

Syed Husein Tabatabai dari Iran, berjaya menghafal Al Qur’an dan menguasai tafsirnya ketika berusia 5 tahun. Subhanallah, satu prestasi yang sangat luar biasa.  Namun kalau kita melihat latar belakang keluarganya, prestasi dia itu adalah sesuatu yang wajar. Ternyata ayah dan ibu Syed Husein merupakan hafidz dan hafidzah.  


Ketika Ayah Syed Husein, diminta menceritakan bagaimana dia mendidik anaknya, dengan merendah diri dia berkata, “Sebenarnya saya hanyalah seorang ayah yang tidak layak berpesan kepada orang lain. Tapi di atas nama seorang pengajar Al Quran, maka saya ingin berpesan kepada para ibubapa bagaimana saya mengajarkan Al Quran kepadanya.  Langkah awal adalah daripada para ibubapa sendiri  yang harus memiliki perhatian khusus terhadap Al Quran terlebih dahulu.  Di rumah, ibubapa harus sentiasa membaca Al Quran.  Jika tidak, jangan harap anak-anak akan menjadi seorang penghafal Al Quran yang mampu memahami makna Al Quran. Di rumah juga, saya membiasakan berbicara menggunakan bahasa Al Quran dengan Husein. Begitu juga ibunya. Sebagai penghafal Al Quran setiap hari kami harus membaca sekurang-kurangnya dua juzu.”

Itulah gambaran keluarga Syed Husein yang telah berjaya mendidik anaknya menjadi seorang hafizh di usia yang sangat kecil.  Seakan tersambung dengan cara berfikir ayahnya, ketika dia diminta untuk memberikan nasihat, sambil tersenyum Syed Husein membacakan satu ayat, “Dan perintahkanlah kepada keluargamu (untuk) mendirikan solat” (Thoha:132)

Jika kita lihat dalam kehidupan para ulama dan salafusholeh, di usia yang masih kecil lagi rata-rata, mereka telah menyelesaikan hafalan Al Quran kerana contoh dan pengaruh dari ibubapa mereka. Ternyata lingkungan keluarga yang baik dan soleh akan memberikan pengaruh yang positif kepada perkembangan anak-anak. Ibubapa adalah cermin bagi anak-anak. Nak Anak Yang Soleh? Jadilah orang Soleh terlebih dahulu. Wahai Ibu, Wahai Ayah...tunjukkan teladan yang baik kepada kami, anak-anakmu

Wallahu `alam.

Monday, February 14, 2011

BACALAH SAYANG..

"Sungguh, air mata yang menitis kerana takut kepada Allah adalah ubat dan kesembuhan bagi jiwa.  Menangis adalah ungkapan hati yang bersih.  Dia adalah bahasa yang tidak di kenali kecuali bagi orang-orang yang memiliki hati bercahaya.  Dia adalah keberkahan yang di miliki seorang yang beriman dan keselamatan bagi orang-orang yang punya rasa takut akan kebesaran Rabbnya." TARBAWI: Kapan Terakhir Kali Kita Menitikkan Air Mata

Membaca 'Tarbawi' ada suatu perasaan yang sukar digambarkan. Sangat menyentuh dan menggugah hati nurani..Iya..Indah sekali untaian kata-kata yang di tulis, sarat dengan makna. Suatu majalah kecil dan tipis tapi isi kandungannya...MANTAPP. Seperti Ate, ramai teman Ate yang suka membaca dan melanggan tarbawi. Tapi yang hairannya mereka (mereka ya...bukan Ate..hehehe tak nak ngaku) tidak pernah ternanti-nanti akan kehadiran tarbawi. Aneh kan? Suka, tapi tak terindu-rindu. Tak ternanti-nanti tuk 'berjumpa lagi'. Bagaimana mau merindu rinduan kalau belum habis baca dah datang lagi edisi seterusnya. Belum sempat membelek edisi baru, datang lagi edisi terbaru...ahhh.. lama-lama rasa suka bertukar jadi bosan. Bila kebosanan mula menguasai diri, timbul pula rasa malas dan benci. Membenci Tarbawi siapa yang rugi? Siapa lagi kalau tak diri sendiri? Ewah...berpantun pulak Ate.

"Bukan tak nak baca. Tapi tak ada masa." 
"Buat rugi aja melanggan dan beli. Bacanya tak juga. Edisi lama tak sempat baca lagi dah keluar yang baru." 
"Penatlah membaca."
Duh..Juling mata Geleng kepala Ate mendengarnya. Kalo membaca majalah Tarbawi yang kecil tipis tu tak ada masa nak membacanya bagaimanalah pulak nasib buku-buku lain ya? Bak kata Long Ate, kalaulah kita yang membaca ini merasa penat, bayangkan tak betapa penat dan susahnya orang yang menulis. Inilah sikap masyarakat kita yang tidak menjadikan membaca itu suatu budaya. 
Majalah Tarbawi kecil (15x21cm sahaja) dan tipis (80 mukasurat sahaja)

Ramai orang yang tidak suka membaca memberikan alasan TIDAK ADA MASA. Sebenarnya kita tak sempat membaca kerana kita tidak mencari masa tuk membaca dan tidak membiasakan diri dengan membaca. Memanglah memupuk minat membaca itu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Tapi kalau dah besar panjang masih tak suka membaca tak kan nak salahkan ibubapa lagi. 

Asal berkemahuan, membaca itu bukan suatu perkara yang susah. Harus ada motivasi. Kalau awal-awal lagi dah rasa membaca itu membosankan, menghantukkan mengantukkan dan segala macam alasan memanglah sampai bila-bila pun kita tidak akan mencari waktu untuk membaca. Buang jauh-jauh fikiran begitu sayang...;). Harus positive..Yakinlah Anda Boleh Fikirkan menafaat atau kebaikan membaca, motivate diri..Membaca itu sesuatu yang menyeronokkan (Seru Lho), menggembirakan, menenangkan, mendamaikan, menghiburkan, menambahkan wawasan dan ilmu, membaca itu jendela dunia, membaca itu .. errr...apa-apalah yang baik dan semua yang baik-baik aja. 


Setelah anda termotivasi, buat jadual waktu untuk membaca..berapa jam (atau minit) sehari.  Buat target berapa buku seminggu atau sebulan (atau setahun??). Mulakan dengan membaca majalah (bukan majalah hiburan ya sayang) seperti Tarbawi, Dewan Masyarakat dan sebagainya. Terus tingkatkan lagi dengan membaca buku yang nipis dulu. Membaca Harus Dijadikan Kebiasaan kerana itu penting ada jadual dan target. Seperti kebiasaan yang lain, membaca juga perlu dilakukan secara rutin dan terus menerus. Untuk menjadi rutin dan terus menerus, displin diperlukan. Mendisplinkan diri untuk membaca, diperlukan jadual. 


Bagi yang benar-benar sibuk dan tak punya banyak masa untuk membaca belajarlah mencuri-curi makan masa. Bawalah buku ke mana sahaja, ada masa luang..baca. Dalam kereta masa traffic jam? Dalam commuter atau LRT? Menanti giliran semasa bayar bill di pejabat pos? Menjemput anak balik sekolah? Menunggu 'bhai' roti lalu depan rumah? Insyallah kalau kita bersungguh, kita akan dapati ada sahaja masa luang yang boleh kita menafaatkan dengan membaca.  Ayuh apa di tunggu lagi? Bacalah Sayang.. SELAMAT MEMBACA

Sunday, February 13, 2011

Mendidik Anak Muslim Prasekolah

Semalam Ate bersama 'Ummu Aufa' (blog sifu Ate) telah di minta oleh teman-teman sepengajian (geng belajar mengaji dan kelas agama ;)) untuk berkongsi bersama tentang Bengkel Penulisan yang pernah kami hadiri sebelum ini. Sepanjang tempoh 4 jam program perkongsian tersebut Ate sempat SYOK SHOCK (terkezutt) dengan kebolehan para sahabat Ate khususnya beberapa orang yang bergelar 'DOKTOR'. Kenapa?? Errr...sekarang belum boleh bagitau dulu kerana ada masalah teknikal sikit ;) (alasan..hehehe).  Jadi kita tinggalkan dulu cerita Bengkel Penulisan yang syok dan shock tu. Insyallah bila masalah teknikal dah selesai Ate ketik di post akan datang.
Sebelum mula menggedik mengetik Ate membaca satu artikel tentang DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK MUSLIM USIA PRASEKOLAH. Apa yang ditulis oleh artikel itu bukan lah perkara baru bagi Ate kerana sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam bidang Taska dan Tadika selama lebih dari 10 tahun, Ate dah hadam dah (konon-kononnya) soal Pendidikan Anak-anak ni. Tapi bila dah terlalu lama meninggal dunia meninggalkan bidang ini kadang-kadang banyak juga yang telah terlupa. Apatah lagi zaman dah berubah. Pesan Rasulullah saw "Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya." Maka dengan rendah kaki hati Ate bersedia untuk ulangkaji semula apa yang pernah di ajar dan apa yang perlu Ate belajar lagi tentang pendidikan anak-anak dan sama-samalah kita berkongsi di Ketikan Ate ini.


DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK PRASEKOLAH.
1. AKIDAH DAN KEIMANAN (Salimun Aqidah)
a. Membacakan kalimat tahlil (LA ILAHA ILLA ALLAH) kepada anak berulang-ulang kali setiap hari. 
b. Memperdalamkan muraqabah (kedekatan) Allah dalam hati anak: "Jagalah (perintah) Allah, maka Allah akan menjagamu," dengan senantiasa mengucapkan: "Sesungguhnya Allah melihatmu, Allah mendengarmu dan Allah senantiasa bersamamu". 
c. Memperdalamkan kecintaan anak kepada Allah dan Rasulullah dengan banyak berzikir dan selawat. 

d. Membiasakan anak untuk mendengar dan membaca Al-Qur'an.
e. Membiasakan anak dengan hadis-hadis dan doa-doa dalam kehidupan sehari-hari.

2. ILMU PENGETAHUAN (Mutsaqqoful Fikri)
a. Mengajar anak kandungan Al-qur'an dan Sunnah. 
b. Mengajarkan anak sirah nabi, akhlak, dan perilaku baginda.
c. Menghantar anak ke Tadika atau playgroup yang baik untuk belajar. (Baik tidak semestinya mahal dan mahal tidak semestinya baik.)

d. Membiasakan anak dengan buku dan memupuk kecintaan kepada buku. Bawa ke pameran-pameran buku. Jika berkemampuan, sediakan bilik atau ruangan khas sebagai perpustakaan di rumah.
e. Menjawab semua pertanyaan anak sesuai dengan usia dan 'kemampuan fikiran nya'. 
f. Mendongengkan kisah-kisah teladan yang mendidik (hindari kencenderungan mutlak terhadap dunia khayalan, dengan tetap mempertimbangkan pentingnya daya khayal).
g. Tidak memaksa anak menulis/membaca sebelum masanya (dengan tetap memberikan latihan membaca dan menulis secara bertahap dan perhatikan mood nya.)

3. AKHLAK, PERILAKU DAN SOPAN SANTUN ANAK (Matinul Khuluq)
a. Method paling efektif dalam membentuk akhlak dan mengajar anak tentang sopan santun adalah melalui teladan yang baik dari ibubapa. Sopan santun dipelajari melalui imitation atau peniruan dan kebiasaan anak-anak di rumah. Oleh itu ibubapa harus berhati-hati dalam berperilaku dan berikanlah teladan yang baik buat anak.
b. Menggunakan perkataan yang baik kepada anak, khususnya ketika kita sedang marah atau menasihatinya.
c. Membiasakan anak-anak dengan ucapan terima kasih, maaf dan sebagainya dalam interaksi seharian.
d. Menepati semua janji yang dibuat dengan anak.
e. Tidak berbohong dan sentiasa berkata benar atau jujur.


4. FIZIKAL DAN KESIHATAN TUBUH ANAK (Qowiyyul Jismi)
a. Membiasakan anak bersenam. Sebaik-baiknya di lakukan aktiviti bersama keluarga seperti berjogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.
b. Menjaga pemakanan mereka dengan memberikan makanan berkhasiat. Jangan membiasakan mereka dengan makanan ringan yang mengandungi 'MSG'.
c. Melakukan check up secara berkala, terutama untuk gigi dan mata anak.

d. Membiasakan anak menjaga kebersihan diri seperti mandi, menggosok gigi, sentiasa mencuci tangan dan sebagainya. 
e. Membiasakan anak sebelum tidur dan ketika sakit membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.



5. EMOSI DAN PERASAAN ANAK
a. Mengenali emosi anak dan keperluannya pada setiap fasa.
b. Menjadi pendengar yang baik terhadap apa yang dibicarakan anak dan membuatnya merasa bahwa apa yang dibicarakannya adalah penting. Jangan melayani bicara anak dengan separuh hati.
c. Menghargai anak dan tidak merendah-rendahkannya, khususnya di hadapan teman-temannya atau teman-teman anda.
d. Memberi arahan kepada anak dengan jelas, mudah dan lemah lembut.
e. Menemani dan melayani anak ketika dia bermain.
f. Berusaha menggembirakan dan menyenangkan anak, khususnya sebelum tidur dan menjauhkannya dari kejadian-kejadian dan suara-suara menakutkan.
g. Menyedari keburukan memberikan hukuman fizikal seperti memukul, mencubit dan sebagainya
h. Menyadari keburukan memberikan ancaman yang mengakibatkan anak merasa tidak selamat dan tidak di sayangi.



6. KETERAMPILAN SOSIAL ANAK-ANAK
a. Membawa anak ke majlis-majlis (jangan lupa perkenalkan adab majlis) agar anak dapat bergaul dan menumbuhkan rasa percaya diri (keyakinan).
b. Membiasakan anak mengucapkan salam.
d. Membiasakan anak meminta izin dalam segala hal.
e. Mendidik anak untuk membantu melakukan pekerjaan di rumah.
f. Membiasakan anak untuk bermuamalah jual beli, biasakan untuk berani tapi tetap sopan.
g. Mengajar anak konsep silaturrahim dengan mengunjungi kaum keluarga, sahabat dsbnya.
h. Mengajaknya ke masjid untuk menumbuhkan keterikatan hatinya dengan masjid dan ajari mereka untuk tidak malu berinteraksi dengan orang-orang di masjid.

i. Memelihara haiwan peliharaan (ikan, kucing, hamster, labu-labi labi-labi dsb) yang  memungkinkan anak untuk berinteraksi, sayang menyayangi dan belajar bertanggungjawab.
j. Memilih teman yang baik buat anak.

Memelihara Haiwan memupuk perasaan kasih sayang, interaksi dan sifat bertanggungjawab.
7. MEMBENTUK KESENIAN, KEINDAHAN DAN KREATIVITI ANAK
a. Mengajak anak untuk memperindah dan menghiasi bilik tidur mereka.
b. Menyediakan buku mewarna/kertas lukisan (drawing block) dan pensil warna/crayon atau yang 'sewaktu dengannya' dan membiarkan anak melahirkan kreativiti mereka sendiri tetapi masih dibawah pengawasan.
c. Menyediakan permainan "bongkar pasang" seperti lego, puzzle dsbnya.
d. Membawa anak ke tempat-tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, pergunungan dan sebagainya.
e. Menonton dokumentari tentang keindahan alam dan sebagainya.
f. Mendengarkan lagu-lagu yang sesuai dengan umur anak (sebaiknya lagu yang 'bermakna' dan memberi pengajaran atau nasehat)
g. Mempamerkan hasil karya seni anak-anak di ruangan khusus seperti di dinding, bilik tidur dan sebagainya sebagai tanda menghargai karya mereka.

Anak kreatif..'melekatkan' telefon di kepala.
Sebenarnya bila membicarakan soal PENDIDIKAN ANAK-ANAK memang tidak akan pernah ada nokhtahnya. Sedar atau tidak dalam proses kita mendidik anak-anak banyak 'keaiban' 'keajaiban' yang kita pelajari dari mereka. Walau lelah dan sangat meletihkan dalam melayani dan mendidik anak-anak, tidak dapat dinafikan ketulusan dan kesucian mereka banyak mewarnai kehidupan kita. 


Sudah terlalu panjang ketikan Ate pada post kali ini. Tangan dah ketar, mata mula berpinar..bukan karena letih mengetik dan memandang screen computer tapi kerana perut mula berdongdang sayang. Sampai bertemu lagi di Ketikan Ate seterusnya...