Pages

Search This Blog

Showing posts with label KEHIDUPAN/MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN/MOTIVASI. Show all posts

Monday, April 25, 2011

SEMANGAT ISNIN PENUH BAHAGIA

Assalamualaikum wr wb dan Selamat Pagi Semua.
Semangat Pagi Isnin

                                                                 Semangat Kain Pelekat

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM,
Tapi TERSENYUMLAH maka KAMU KIAN BAHAGIA.
Jangan menunggu SEMANGAT baru BEKERJA,
Tapi BEKERJALAH maka SEMANGAT AKAN MENYERTAIMU. 
Berfikir positif, Insyallah dapat mengubah segalanya, 
tapi KEAJAIBAN DATANG DARI KEPERCAYAAN YANG POSITIF. 
Semangat Isnin Penuh Bahagia. Moga berkah Allah sentiasa bersama kita.
Senyumlah..orang bahagia, anda bahagia.

Friday, April 22, 2011

SELAMAT BERKARYA DI JUMAAT YANG PENUH BERKAH

Pagi penuh cinta. 
Semoga berkah & maghfirahNya  menyinari teman-teman semua. 
Ikhlas Bekerja & tidak takut gagal dlm berkarya. 
Semangat di Jumaat penuh manfaat!
Halle bersama teman-teman Salam UI termasuk Oki Setiana Dewi (Ketika Cinta bertasbih)

Istimewa buat 'anakanda' yang di sayangi, Halle Cerry, salah seorang gadis di atas yang baru belajar berblogging. Selamat datang ke dunia blogger, say. 
"Terus berkarya jangan pernah berhenti. 
Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
Love you, say. Take care.

Monday, April 18, 2011

SENYUM..ISNIN DATANG LAGI




Assalamualaikum wr wb.

Selamat Pagi buat semua teman. Hadapi tentangan dengan senyuman, temui cubaan dengan kesabaran. Dalam kesulitan selalu ada kemudahan. Semangat Isnin penuh kegembiraan! 

Tuesday, April 5, 2011

SUDAHKAH KITA MENATA STATION KENANGAN KITA?


"Saya sangat senang dan gemar merenung. Mengingat-ingat masa lalu, masa kecil, kebersamaan dengan ibubapa, sahabat bahkan dengan siapapun untuk mengambil hikmah dari apa yang dialami mereka. Hasil dari perenungan itu biasanya saya tuangkan dalam bentuk tulisan. Yang sering saya tuliskan adalah kenangan masa kecil bersama ibu. Ibu mempunyai suatu kebiasaan iaitu menjadikan pengemis 'raja' di rumah saya. Ibu bukan sahaja memberikan duit kepada pengemis yang datang malah pengemis itu diberi makan dan minum. Bagi ibu, terhadap para pengemis ini, jangan sampai mereka itu menandakan rumah kami sebagai rumah yang tertutup bagi orang-orang seperti mereka. 
          Kenangan saya dengan ayah yang tidak terlupakan. Ketika usia saya sekitar 6-7 tahun. Saya selalu ingin belajar naik motor. Dan jawapan ayah terhadap permintaan saya adalah, "Suatu saat kamu akan berjalan sendiri, tugas ayah sekarang ini adalah menuntun kamu. Kerana kamu laki-laki, suatu saat kamu akan jalan sendiri." kata -kata itu saya ingat sampai sekarang. Ternyata betul, saya sebagai manusia dewasa harus berjalan sendiri. Itulah nikmatnya mengingat masa-masa lalu. Otak kita ini sebenarnya merakam setiap kejadian, kita hanya perlu menggalinya kembali ke permukaan dan ternyata kenangan masa lalu itu sangat jelas di kepala kita.
           Hari ini kenangan yang dibangun untuk anak-anak dan keluarga saya, jelas memberikan hasil dari kenangan saya dulu. Bahkan itu yang saya terapkan kepada anak-anak saya. Seperti datuk saya yang suka memberi kepada orang susah, InsyaAllah itu menjadi kebiasaan bagi saya dan di turunkan kepada anak-anak. Saya sendiri punya prinsip yang saya ajarkan kepada anak-anak bahawa setiap tempat itu adalah sekolah, maka setiap orang adalah guru. 
           Semasa kecil saya masih ingat ibubapa saya suka bercerita. Sekarang seboleh mungkin saya bercerita kepada anak-anak sebelum tidur, agar mereka juga dapat belajar dengan mendengar. Kita banyak mendengar dari orang tua kita yang baik-baik dan kemudian kita ingin memberikan kata-kata yang baik. Intinya kita harus belajar kepada setiap orang kerena di mana pun kita berada kita juga sebenarnya belajar.
           Pada suatu ketika perjalanan pulang ke kampung, sepanjang perjalanan kelihatan beberapa orang pengemis.  Setiap kali melalui pengemis itu beberapa kali langkah kaki saya di hentikan oleh anak saya. "Ayah, lihat orang itu. Satu kakinya tidak ada, kasihan ya." Saya tahu maksudnya, iaitu dia harus memberi sesuatu pada orang itu. Kemudian pada masa yang sama ada seorang nenek tua yang meminta-minta. Saat itu juga anak saya menghentikan langkah saya (bila di hitung-hitung pada waktu itu ada empat kali dia menghentikan langkah saya). Saya bersyukur kepada Allah, ternyata kebiasaan ini sudah 'berjangkit' kepada mereka dan ini reflek tanpa saya harus mengarahkan kepada mereka.
          Motivasi lain untuk membangun kenangan ini, saya berusaha belajar dari masa lalu untuk kualiti hidup masa depan. Apapun kelebihan dan kekurangan masa lalu, apakah yang di alami ibubapa kita sendiri mahupun orang lain. Yang kita lihat atau kita sendiri ikut terlibat dengannya bahkan yang kita mendengar kisahnya. Kita ambil hikmahnya jadi bekal kehidupuan kita masa datang.
Beberapa waktu lalu, saya naik beca. Tukang beca bertanya kepada saya, "Anak encik dua orang?" Saya jawab, "Iya, baru dua, ini pun saya sudah 'pening'." Dengan selambanya tukang beca itu menjawab, " Wah, baru dua, saya sepuluh." Secara pribadi, jawapannya bagaikan pukulan bagi saya. Kemudian saya tuliskan ianya dalam tulisan saya. Menurutnya anak itu adalah amanah dan amanah itu ada imbalannya. Tukang beca itu menjelaskan penumpang adalah amanah untuk di hantarkan ke tempat tujuan yang diinginkan penumpang. Setelah penumpang sampai di rumah dan memberi wang, itu adalah imbalan. Kata dia lagi, begitu juga anak, kalau dididik dengan baik dan benar yang merupakan titipan dari Allah. Maka Allah senang dan Allah tidak akan bertangguh-tangguh dalam memberikan rezeki kepada kita. Ini ucapan dari seorang tukang beca dan bagi saya ini adalah guru saya.
           Bagi saya kepentingan kenangan itu adalah, setiap kita harus memiliki kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang. Dengan kenangan-kenangan dan mencatatnya, maka hikmah dari setiap kenangan dapat memperbaiki kualiti hidup kita yang akan datang."

Seperti yang di tuturkan Ahmad Bayu kpd Tarbawi Di olah oleh AteNoMoto: "Kenangan bisa meningkatkan kualitas hidup saya."
*********
Ramai blogger telah mendokumentasikan 'Station Kenangan' mereka di blog masing-masing. Mungkin setelah kita di panggil pulang menemui Illahi, anak cucu dan sahabat handai akan singgah sebentar di 'Station Kenangan' kita. Mengenang kembali segala suka duka, luahan kasih dan pembelajaran yang kita tinggalkan. Setiap kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab merancang station kenangan untuk memacu, setidak-tidaknya terhadap orang-orang terdekat kita. Merancang station kenangan tidak lah susah. Tidak perlu modal material yang memberatkan. Hanya perlu kesedaran dan keyakinan bahawa hidup ini hanya sekali, tidak akan pernah terulang. Kerana itu tidak boleh di sia-siakan.  Jika kita ingin kenangan manis di usia tua, kita tidak boleh lupa merancangnya dari sekarang. Station kenangan tidak sekadar untuk dikenang anak cucu, tapi juga tonggak-tonggak bagi kesinambungan kita nanti, bila ada umur yang masih tersisa.

Friday, April 1, 2011

DOKTOR, KITA SAMA AJA."JANGAN TIRU SAYA."

Pergi berkursus. Dalam lebih dari 50 orang peserta terdapat berbelas orang dokter. Maka penganjur berpakat untuk menfaatkan mereka (tanpa pengetahuan peserta terlebih dahulu). Malam tu pas dinner, di pesan pada semua peserta, selepas pukul 10, tak dibenarkan makan dan minum apa-apa kecuali air masak (maka serta mertalah Ate menghabiskan berbotol air Ribena yang Ate bawa). Izin makan hanya dibenarkan masa breakfast besok pagi. Pas subuh, peserta dokter-dokter di panggil secara rehsiya rahsia, yang lain-lain di minta beratur mengikut kategori umur. "20an satu baris. 30an satu baris. 40an satu baris. 50an satu baris." Begitulah arahan dari 'komander'. Begitu begini akhirnya tahulah kami, pemeriksaan kesihatan akan dilakukan. Yang usia 50an diberi keutamaan. Ada khidmat scan oleh pakar O&G (tetiba aja rasa rugi usia belum agak tua). Dah lama jugak Ate tak buat pemeriksaan kesihatan. Kali terakhir 5 tahun lalu, masa Khidmat Kesihatan untuk Persatuan Penduduk Kampung Pisang di rumah Ate. Tapi dek kerana Ate tuan rumah merangkap AJK, Sengaja tak nak tak sempat lah nak menimbang berat badan dan ukur tinggi tuk kira BMI. 

Kali ni tak boleh lari. Mau tak mau kena ikut kata 'komander'. 
Station 1 Ukur Tinggi: No problem. 
Station 2 Timbang berat Badan: Mak ooiii...terkecut jantung Ate..Mesti penimbang rosak. "Taklah betullah tu, memang berat you berkilo-kilo meter" Huhuhu, yang jaga ni Dentist..Mesti dia tak tahu bab timbang menimbang, berkata Ate masih tak percaya.
Station 3 Kira BMI: Isshhh...As Ate expected, panjang lebar anaesthetist tu berterus terang menerangkan. Mujurlah dia syantik jelita, tak lah jemu Ate mendengar memandang.
Station 4: Kira Ukur Lilit Pinggang. Ate tak terus pergi. Tunggu dulu, cari mana-mana  yang lebih kurang same size atau yang over-over size dari Ate. Biar tak terlalu pedih telinga menelan kata-kata nista nasihat. Ate pun melompat terus ke station 6. (Station 5: Scan Special buat Ahkak-ahkak warga emas).
Beria-ia mengulur tangan padahal nak amik darah di jari aja
Station 6: Ambil darah check kandungan gula. Alhamdulillah, Ok. "Tapi kena control ye." Pesan pathologist jelita, yang malam sebelumnya kagum, menyaksikan Ate meneguk 2 botol Ribena. 
Station pump tangan ;)
Station 7: Ambil tekanan Darah. 3 orang doktor yang menjaga. Semuanya boleh tahan kuat berleter mesra alam. "Ahkak, mari sini saya check." Kata Dr Di yang manis. "Hehehe..tak pe lah, doktor, ahkak dah cek." Ate mengelak dan Dr Di pun terpaksa percaya. 
Balik semula Station 4, ada beberapa orang doktor yang dah mula check mengechek sesama mereka. Ada Dr Za, Dr Bi, Dr Ii, Dr Yaya dan Dr Fufu yang kesemuanya pipi dan jejarinya gebu-gebu macam DZ (upps, sorry doktor). Cepat-cepat Ate ikut mereka, pasal di kepala dah ada plan. Kalau Dr Pi (Psychiatrist) yang mengukur baju di badan sendiri pinggang, cakap apa-apa, Ate akan bersuara "Dokter-dokter tu pun berat belaka sama aja." (Kenapa yang tak baik mesti di tiru?). Lama juga Dr Pi menekan-nekan, daging pejal, lemak bertepu mencari pinggang Ate. Tetiba dia berkata: "Ahkak, jangan tahan napas kempiskan perut. (Alaaa..mana dia tahu trick Ate). 
Tukang Jahit Mengukur di badan sendiri (Dokter sesama dokter)
Selesai pemeriksaan kesihatan, di buat kesimpulan, lebih dari 60% tidak memuaskan. Masa breakfast nak tau apa terjadi?? Air Teh berbekas-bekas tak ada orang minum. Nasi lemak berbungkus-bungkus tak habis dimakan. Rupa-rupanya semua orang takut dan mula insyaf (taubat?). Timbul kesedaran nak berdiet menjaga kesihatan. Tapi sempat lagi ada yang bergurau, "tak baik membazir, makan aja lah besok baru start diet." Iya lah tu...entah berapa lama bertahan tak tau lah. Takut semuanya hanya taubat sambal belacan.


Kita tahu kesihatan merupakan nikmat yang tidak dapat dinilai dan di bandingkan dengan harta benda. Kerana itu Islam menuntut agar kita merebut peluang menjaga kesihatan dengan baik sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima yang lain; masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk dan masa hidup kamu sebelum datang masa mati” (Riwayat Al-Hakim). Tapi kita tetap tak jaga.


Kita juga tahu menjaga kesihatan penting untuk membuktikan rasa syukur kita kepada Allah. Kalau badan tidak sihat, bagaimana kita hendak melaksanakan ibadah dengan optimal? Tapi kita tetap tak jaga. Pasal apa? Pasal kita lebih suka ikut nafsu, nampak makanan sedap, berpinggan-pinggan ditelan masuk perut kita. Sedangkan Islam menganjurkan, jangan makan berlebihan dari keperluan. Tapi kita tetap tak jaga. Jadi apa nak kata? Bila badan solid berlemak, perut vuncit dengan spare tyre, penyakit mula menyerang kita, masa tu barulah merana. Fikir-fikir sendiri lah ya... (Ni Ate mengata diri sendiri)


"Allahumma 'afini fi badani: Ya Allah afiatkanlah tubuh badan ku." Berdoalah untuk kesihatan tubuh badan kita kerana di dalam hadis Riwayat At Turmuzi Rasulullah bersabda, “Tidak ada sesuatu yang diminta yang lebih disukai oleh Allah dari `afiat (kesejahteraan)”.
Wallahualam.

Wednesday, March 30, 2011

Allah burdens not a person beyond his scope. 


Allah doesn't give us anything he doesn't think we can handle. 


He just puts a lots of trust in us.


Sometimes He takes us into troubled waters, 


not to drown us, but to cleanse us.


Sunday, March 13, 2011

Kisah dari SENDAI, Jepun

"Semua orang kata Sendai ialah sebuah bandar yang selesa dan seronok untuk di diami, tak terlalu besar, tak terlalu kecil, dekat dengan laut dan hampir pula dengan gunung.


Saya pergi ke Sendai seorang diri, untuk berjumpa kawan di Universiti Tohoku. Hajat bertemu rakan tercapai, tapi rancangan perjalanan pulang ke Tokyo dengan menaiki kereta api laju Shinkansen dari stesen JR East Sendai tidak kesampaian.  Saya tersadai di tepi jalan selepas tiba-tiba jalan raya bergegar selama beberapa minit dan merekah, sehingga teksi yang dinaiki melanggar batu jalan.  Pemandu teksi, seorang warga emas meminta saya jangan keluar dari kenderaan.


Beberapa jam kemudian baru diketahui, Sendai yang indah dan aman itu menerima penangan paling teruk akibat gempa dan tsunami.  Tokyo yang terletak dua jam perjalanan kereta api dari situ turut terkena serangan gempa.


Saya tidak ingat berapa minit gegaran berlaku, tapi memang cukup lama dan cukup kuat sampai berdengung telinga.  Semua macam orang mabuk, tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul.  Saya melihat ramai orang lari keluar dari bangunan dan berkumpul di tempat lapang serta di tengah-tengah jalan raya.


Tingkap bangunan pecah berderai dengan bermacam-macam bunyi siren kedengaran.  Banyak bangunan rosak, ada yang terbakar tetapi tidak kelihatan pula yang runtuh.


Pada mulanya terasa apalah malang nasib ini kerana mengalami saat cemas bencana sambil di kelilingi orang-orang yang kita tidak kenal sama sekali.  Kalau nak mati pun, biarlah dapat melihat muka orang yang saya kenal.


Tapi kemudian perasaan itu hilang apabila kami mula bantu membantu satu sama lain.  Melihatkan saya bukan orang Jepun, ada yang datang bertanya, saya OK atau tidak. Saya bersama beberapa orang lain, turut membantu mencarikan anak seorang wanita yang hilang, serta membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga sebuah bangunan pada waktu gegaran susulan melanda.


Saya juga melihat seorang peruncit menolak troli dengan berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk di agihkan kepada orang ramai dan sekumpulan kanak-kanak pra sekolah yang berkumpul di depan kedainya.  Sebuah kedai elektrik yang di tinggalkan tergesa-gesa dalam keadaan terbuka juga tidak menjadi sasaran pencuri.  Saya tabik orang Jepun, mereka tetap ada harga diri walaupun dalam situasi bencana."


Petikan E-mel dari seorang pelajar Malaysia kepada Saudara Zuhairi Ali yang di hantar beberapa jam selepas bencana Gempa dan tsunami. Sebelum menutup e-melnya pelajar tersebut menyatakan keinginannya untuk menumpang bilik sewa rakannya di Sendai. Dia sudah terperangkap.  Semua sistem pengankutan darat dan udara sudah lumpuh.  Sdra Zuhairi cuba mendapatkan cerita lanjut tetapi e-mel tidak berbalas.  Moga dia selamat dan sama seperti warga kota Sendai yang lain moga dapat menggunakan pengalaman menghadapi bencana ini untuk bangkit menjadi lebih kuat.
(Cas Bateri:KOSMO)
*******
Membaca kisah di atas teringat Ate akan orang-orang Malaysia yang majoritinya MELAYU ISLAM dan dua Peristiwa yang terjadi baru-baru ini:
-Pesta Duit Syiling Di Lebuhraya
-Kutip Beras dari Lori Terbalik


Agak-agaknya bagaimana lah rupanya sikap orang Malaysia kalau negara kita di timpa bencana ya? Minta di jauhkan, tapi kuasa Allah siapa yang tahu.  Ada rasa ngeri dan ngilu bila mengingatkan sikap rakyat Malaysia. Moga nilai kemanusiaan dan ehsan masih ada....


(Waktu untuk` bekerja' dan tiada masa tuk berpangku tangan lagi).

Tuesday, February 22, 2011

Sout Al Horeya صوت الحريه Amir Eid - Hany Adel

Ate suka sangat tengok video ni, eppi aja dengar. Touching part: 2.18, 2.37 & 2.47. Jom layaaaannn...



Thursday, February 17, 2011

NEVER GIVE UP



Tahukah engkau
apa hakikat dari IKHTIAR....saudaraku ?

Ikhtiar adalah ketika kita
melihat bayang-bayang KEGAGALAN di depan mata,
Tapi kita tetap melakukan yang TERBAIK dalam tiap USAHA.

Karena kita YAKIN
ada DIA yang Maha Kuasa,
Yang ketika DIA berkata "jadi"
...maka JADILAH...


NEVER GIVE UP 
(DK:Penebar Tausiah)


Friday, February 11, 2011

Memulai..Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Jangan menunggu bisa menulis baru menulis tapi mulai menulis agar anda bisa menulis. (Menyahut tantangan tuk menulis... Bisakah aku??)." Inilah kata2 yang ate post di wall fb sebaik sahaja pulang dari Bengkel Penulisan beberapa minggu yang lalu. Biasalah selesai sahaja dari sesuatu bengkel semangat pun berkobar-kobar dan hasilnya...??? Woww. Sungguh mengagumkan..Sehingga ke hari ini belum ada satu pun hasil penulisan yang telah ate buat..huhuhu. Hebat sekali ya? Sehingga terharu jadinya :D. Ternyata berkata itu mudah dari melakukan. 


Ustaz Salim A fillah pernah di tanya bagaimanakah caranya mahu menulis (kenal tak siapa dia 'Salim A Fillah? Tak kenal? Kalau tak kenal goggling lah sendiri nama dia...hehehe. Maaf bagi homework sikit). "Memaksakan diri, saat kita mengetahui mengapa kita harus menulis, mengapa harus kita yang menulis dan mengapa itu harus ditulis."  Itu jawaban Ustaz Salim. Pendek sahaja jawaban dia tapi banyak membuat ate berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir (sampai tak juga mula menulis..hehehe).


Akhirnya hari ini..di hadapan  Netbook Dell ate, dimulai dengan Bismillah dan di akhiri dengan Alhamdulillah.. Ehh salah..belum berakhir lagi. Dimulai dengan Bismillah dan berbekalkan petua "Allahumma PAKSA" maka dengan ini bermulalah penulisan pertama ate di blog Dari Kaca Mata Ate. (Alhamdulillah tips pertama Ustaz Salim A Fillah telah di laksanakan)


Mengapa kita harus menulis, mengapa harus kita yang menulis dan mengapa itu harus ditulis? Hah, tu diaa..susah nak jawab ni. Itu yang berminggu2 asyik dok fikir aja, tak juga menulis.  Hehehe. Oklah..(serious mode:On) Sebagai seorang Muslim kita mempunyai tanggung jawab untuk menyampaikan kebaikan walaupun sekadar satu ayat. Apatah lagi setiap kita adalah dai'e. Oleh itu menulis merupakan suatu keharusan. Dengan menulis kita dapat menyebarluaskan fikrah Islam dan berdakwah. Cuba bayangkan bagaimana kesannya jika seseorang yang tidak memahami Islam yang syumul, menyebarluaskan idea atau fahaman mereka yang keliru tentang Islam melalui penulisan. Tak ke parah namanya?? 


Menulis adalah merupakan satu wadah untuk mendokumentasikan idea atau fikiran kita ke bentuk berupa rangkaian huruf sehingga boleh di baca oleh orang lain. Jika apa yang kita tulis itu membawa manafaat atau membawa kesedaran ke arah positive bagi orang yang membacanya, seterusnya mereka berkongsi pula hasil penulisan kita itu dengan orang lain, pastilah secara langsung kita dapat melipatgandakan 'share' atau saham yang membawa keuntungan bila kita pulang ke Kampung Akhirat nanti (Cehhh Ate..sebut pasal langsung, untung, saham...macam skim MLM la pulak).  Pahala menulis adalah amal jariah yang melampaui zaman. Jika ditakdirkan kita telah tiada di bumi Allah ini tapi hasil penulisan kita itu tetap di baca maka selagi itu ianya tetap menjadi amal jariah.  


Ok lah...Post ini merupakan permulaan ate untuk menulis (mudah-mudahan bukan yang terakhir ya ate). Harapan ate agar post 'MEMULAI..Bismillah' ini akan menjadi pemangkin untuk motivate ate menulis dan terus menulis dengan lebih baik lagi.


"Jangan menunggu bisa menulis baru menulis tapi mulai menulis agar anda bisa menulis dan terus menulis.."