Pages

Search This Blog

Wednesday, November 2, 2011

MARI MENDENGAR CERITA TENTANG REZEKI

Di ceritakan dari Dede Farhan tentang seorang penjual bakso yang berjualan 'keliling' di kawasan perumahan (seperti photo di bawah). Pada satu hari, setelah membayar bakso yang dibeli, dia merasa hairan melihat tukang bakso itu memisah-misahkan duit hasil jualan. Sebahagian di simpan di laci, sebahagian di dompet dan sebahagian lagi disimpannya di tin biskut.
"Kenapa dipisahkan-pisahkan duit nya bang?" Terpancul soalan dari mulut Farhan. 

"Ohh, ini sudah kebiasaan sejak saya berjualan bakso hampir 17 tahun lalu, Incik. Saya memisahkannya mengikut 'hak-hak' tertentu. Yang dalam dompet ni hak saya dan keluarga untuk kami memenuhi keperluan hidup sehari-hari. Yang dalam laci ini hak untuk orang lain iaitu infaq, sedekah dan melaksanakan ibadah Qurban. Dan Alhamdulillah selama 17 tahun menjadi tukang bakso, saya selalu dapat Qurban seekor kambing meskipun kambing nya ukuran sederhana sahaja. Sedangkan duit yang masuk ke tin ini adalah peruntukan tabungan ibadah haji iaitu hak cita-cita saya dalam menyempurnakan rukun Islam. Selama 17 tahun menabung, sekitar dua tahun lagi saya dan isteri Insyallah dapat melaksanakan ibadah haji."

"Alhamdulillah, bagus apa yang abang lakukan itu. Tapi... ibadah haji itukan hanya wajib bagi yang berkemampuan, bang."

"Betul tu Incik, tapi soal mampu atau tidak itu bukan milik orang tertentu. Kalau kita rasa diri kita tidak mampu, sampai bila pun kita tidak akan mampu. Kerana itu kita kena yakin kita mampu, Insyallah dengan segala kekuasaan Allah maka Dia akan memberi kemampuan pada kita." 
Ambil lah pelajaran dari si tukang bakso Ate.
Ate terhenyak membaca kisah benar ini. Infaq dan sedekah Ate ala kadarnya. Ibadah Qurban ditunaikan sekali sekala. Simpanan untuk menunaikan ibadah haji?? Jauh sekali simpan korek, simpan korek, korek, korek, simpan, korek lagi. Alasannya (lagi-lagi alasan) gaji kecik, duit tiap bulan sentiasa tak cukup. Sedih sekali Ate tidak punya fikiran dan perancangan yang indah seperti tukang bakso tersebut.

Rezeki bagaikan jodoh, ianya merupakan suatu misteri milik Allah. Jumlah besar tak semestinya cukup dibanding jumlah kecil, kerana dalam soal rezeki ada faktor 'jumlah' dan 'berkah'. Bukan banyak sikitnya duit atau harta yang utama, tapi keberkahan lah yang menjadikan kita orang yang bersyukur dengan apa juga jatah rezeki yang Allah kurniakan. Jika berkah, faktor jumlah menjadi relatif.
*********
- Ate berhitung-hitung, 'petua ibadah Qurban setiap tahun' Kak Bayu, satu hari simpan RM1, satu tahun RM365. Cukup benar nak Qurban.
- Senyum sumbang sumbing Ate malam tadi dengar pertanyaan yg dikemukakan dalam rancangan Lambaian Kaabah TV1... "Bank Rakyat boleh tak beri pinjaman RM40k atau RM50k untuk orang yang nak pergi haji?" Tak pa lah, tak tahu kenalah bertanya ya tak?

INSPIRASI TARBAWI: EDISI 259
Photo Ehsan Pokcik Google

14 comments:

  1. Bagus artikel ini. Satu motivasi yang sangat baik. Simpan RM1 sehari bagaikan tidak terasa pun, tapi kenapa kita berat untuk melakukannya, ya? :(

    ReplyDelete
  2. Trus teringat bakso yg sedap kat kg pandan ☺☺

    Citer yg penuh pengajaran. Insaf saya bila membacanya.

    ReplyDelete
  3. bagusnya penjual bakso tu
    dapat juga menabung dari jualan bakso

    kita yg keja pejabat ni pun
    ntah bilanya nak menabung tanpa keluar balik!

    ReplyDelete
  4. nice entry...
    sangat suka, motivasi untuk menambah tabungan haji dan umrah. insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  5. bagus betul amalannya tu
    saya pun pernah terfikir nak wujudkan 'tabung2' tertentu.. tapi, masih belum jadi kenyataan.. huhu~

    ReplyDelete
  6. saya terus termenung....


    banyaknya salahguna rezeki yang dah saya buat. ate...pinjam bahu! sob sob!

    ReplyDelete
  7. oh,prioriti dah terpesong...
    urusan dunia dkejar, yg d sana diabaikan
    TT_TT
    terima kasih atas ketukan tukul 3 kg tu.huhu

    ReplyDelete
  8. ada tabung tapi tak penuh penuh pun -_-"

    ReplyDelete
  9. IM pun ada banyak tabung, tapi selalunya penuh awal bulan jer...

    ReplyDelete
  10. "salam ate...sehari seringgit tk terasa,kalau sekali nak keluar 365 ringgit rasa byk sgt..tp nak buat secara konsisten tu yg takde smgt..kdg2 buat,bila byk..keluarkan beli benda lain..."

    ReplyDelete
  11. isk isk..terasa kerdil benar sy nk dibanding dgn tukang bakso tu

    ReplyDelete
  12. bagus artikel tu, kalau tunggu mampu, sampai bila-bila pun tak mampukan. apa yang penting kita kena ingat menunaikan ibadah haji tu wajib, jangan ingat hanya tuk yang mampu je. semua orang mampu.

    ReplyDelete