Title macam ala-ala Romantis..tapi entry ini bukanlah entry yang Romantik bin Jiwang atau apa-apa juga yang sewaktu dengannya. Sebaliknya Entry ini hanyalah suatu entry 'lugu', tercetus dari soalan-soalan anak saudara Ate yang telah pun 'cukup umur', tapi excited dan curious nak tau bagaimana perasaan Acu, bapa saudara bongsu mereka sebaik sahaja selesai upacara akad nikah pada hari Sabtu 28 Mei lalu.
Anak-anak saudara Ate memang sangat rapat dengan Acu mereka. Khususnya 5 orang yang sedang belajar di seberang. Tengahari sebelum akad nikah tu, Mamad salah seorang dari mereka menghantar sms ini, "Allahummaa yassir wa laa tu'assir (Ya Allah mudahkan urusan ini dan janganlah dipersulit) Semoga Acu lancar masa lafaz terima akad nikah, hehehe. Semoga Mamad pun nanti lancar...opps." Adik beradik Ate semua ketawa sambil bergurau "Ahh..anak bujang kita dah teringin dah...pas Acu ni, giliran anak-anak pulak." 3 lagi anak saudara ucap tahniah di fesbuk (fb) "Congrats to our Poyo Uncle, Acu Abang Jambu.. Happy for you!" Yang paling 'best' anak saudara sorang ni yang bertanya via YM (chatting), "Macamana perasaan Acu masa kali pertama menyentuh tangan Mak Su? Deg degan (berdebar) tak? Saat sentuhan pertama...ada rasa macam kejutan letrik...zusss gitu? Bila dia cium tangan Acu? Acu ada cium dahi dia tak macam yang selalu orang buat? Best tak dapat isteri?" Ehhh..punyalah banyak soalan. Belum sempat Acu nya menjawab tetiba si penanya berkata "Alaaa gatallah Acu ni." Maka pecahlah tawa kami sekeluarga kerana dia yang bertanya macam-macam, tetiba dia bilang Acu nya yang gatal (nak cover line lah tu). Begitulah soalan anak kami yang hampir berusia 12 21 tahun. Ya, soalan itu di tanya oleh seorang anak yang berusia menjangkau 21 tahun, ok, bukannya 12 tahun. Soalan ala ala gatal begitu lahir kerana setakat ini di dalam keluarga kami, pernikahan terjadi berdasarkan 'Prinsip Pacaran setelah Menikah' kerana itu, proses taaruf (perkenalan), pertunangan dan pernikahan biasanya mengambil masa tidak lebih dari 6 bulan. Jadi anak-anak kami sejak dari remaja telah terbiasa di ingatkan, kalau belum bersedia menikah jangan berani nak bercintan-cintan (berpacaran). Setakat ini Alhamdulillah, mereka masih 'bertahan' dengan prinsip tu. Pada masa mendatang wallahu a'lam, tapi mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara 'hati dan diri' mereka.
Pengantin bersama Mak Long kami yang berusia hampir 90 tahun (sila abaikan budak baju merah itu)
Mengenang kembali kisah pengantin baru bagi orang yang Pacaran Setelah Menikah ini memang lucu. Contohnya seperti cerita Kak A. "Pas nikah, satu minggu akak tak buka tudung dalam rumah. Berkelubung aja. Nak panggil abang pun tak terkeluar suara. Takut, malu...eiii tak tau nak kata."
Nana juga bercerita, "5 hari kat kampung, saya tak pernah salin baju kat bilik pengantin. Keluar bilik air, dah sempurna pakai baju."
Kata Vitti, "Sukar nak gambarkan bagaimana perasaan saya saat pertama kali di sentuh oleh seorang 'lelaki asing'. Sentuhan itu adalah ketika saya bersalam dengannya setelah akad nikah. Menggigil dan sejuk kaki tangan saya. Bila sedara mara bising-bising suruh cium tangan suami, rasa kebas hidung, macam tak leh bernapas. 3 ke 4 hari pas tu, saya sentuh suami masa salam dia pas solat jemaah jer. Nak kejutkan dia bangun pagi pun saya pakai jari telunjuk, cucuk-cucuk tangan dia. "
Jijin pula bercerita, "Ingat-ingat balik..lucu bebenor rasanya. Sampai sekarang suami saya suka usik. Betapa terrer nya saya saat menukar tudung atau telekung. Macam magic, tub tub..ehh..dah berganti tudung dan tak pernah terlihat rambut saya. Malam, dah tutup lampu baru buka tudung. Selepas 3 hari, saya dapat sms dari kakak ipar mengingatkan... 'suami awak halal melihat rambut awak'. Pas tu malu-malu saya bukak tudung, merah padam muka. Hahaha."
Dah halal..pelukan mesra menjadi pahala (Photo ihsan pengantin lama)
Begitulah antara kisah lugu lagi lucu namun menjadi kenangan yang sangat indah bagi pasangan yang bercinta setelah menikah. Bak kata Salim A Fillah dalam bukunya NIKMATNYA PACARAN SETELAH MENIKAH, Belajar dari ahli puasa, ada dua kebahagiaan baginya. Saat berbuka dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala. Inilah puasa panjang syahwatku. Kekuatannya ada pada menahan dan rasa nikmat itu terasa, di waktu berbuka yang penuh kejutan. Cuba saja, Kalau Allah yang menghalalkan. Setitis cicipan syurga, kan menjadi sodaqah berpahala.
Ya, sesungguhnya kita tidak dilarang untuk berpacaran. Tetapi kita dituntut untuk sabar dan melakukan pacaran itu sebagaimana yang di tuntut oleh islam iaitu Pacaran dalam Balutan Ikatan Suci Tali Pernikahan barulah kan terasa betapa indahnya Sentuhan Pertama Setelah di Ijab Qabul kan.
Wallahu a'lam.