Pages

Search This Blog

Saturday, March 19, 2011

SENYUM YANG DICONTOHKAN LELAKI MULIA ITU

Ada bermacam-macam jenis senyum:
Ate selalu di situasi ke 3 ?? ;)
-Senyum manis.
-Senyum menggoda.
-Senyum pura-pura.
-Senyum simpul.
-Senyum sinis.
-Senyum sadis.
-Senyum musliha muslihat.
-Senyum sumbang sumbing.
-Senyum malu tapi mau.
-Senyum 'ketengi'. 
-Senyum kambing dan berbagai lagi jenis.


Yang terbaik adalah senyum ikhlas yang melahirkan bahasa hati, bahasa perasaan, bahasa cinta penuh ramah dan bersahabat, sehingga membuat orang lain bahagia

Senyum yang di contohkan lelaki mulia itu yang bernama Muhammad saw, tidak hanya diberi kepada para sahabat tetapi juga kepada orang yang membenci dan memusuhi beliau. Uyainah bin Hishan adalah seorang yang sangat kasar, memusuhi dan menolak dakwah Rasulullah. Tapi setiap kali bertembung/berselisih di jalan, Rasulullah saw pasti 'menghadiahkan' senyuman kepadanya.

Lelaki mulia itu, menunjukkan contoh kepada kita, senyumlah walau di sakiti. Ketika Rasulullah sedang berjalan bersama Anas bin Malik, seorang Badui menyentap dengan keras selendang Najran (diperbuat dari kain yang kasar) yang di pakai oleh beliau sehingga berbekas merah di leher baginda. "Orang Badui itu berkata "Ya Muhammad berikan kepada saya harta Allah yang engkau miliki."  Rasulullah melihat orang Badui itu kemudian tersenyum lalu memberikan harta dari baitulmal kepada badui tersebut. Ditengah kekerasan yang di alami beliau, senyum tetap menghiasi wajahnya.

Rasulullah mencontohkan kepada kita senyumlah walau sedang marah. Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, baginda masih tersenyum mendengarkan alasan mereka. Ka’ab berkata, "Setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka, aku mendatangi Rasulullah dan ketika aku mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, walau dalam keadaan marah. Kemudian beliau berkata, ‘Kemari.’ Maka aku mendekati baginda dan duduk di depan beliau.”

Suatu ketika Rasulullah melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lalu berhampiran dan tersenyum kepada mereka.

Abu Darda mengatakan, "Aku tidak pernah melihat dan  mendengar dari Rasulullah saw kecuali beliau berbicara dengan tersenyum.Jarir bin Abdullah ra menceritakan, "Tidak ada yang membatasi antara aku dan Rasulullah sejak aku memeluk Islam dan tidak pernah Rasulullah saw memandang wajahku kecuali dia tersenyum kepadaku."  Abdullah bin Harists bin Jaza berkata, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum dari Rasulullah saw." 

Lelaki mulia itu mencontohkan kepada kita senyumlah walau dalam kesedihan. Beliau memberikan senyuman dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai detik-detik akhir hayat baginda. Anas bin Malik ra menceritakan saat solat Subuh, ketika itu Abu Bakar menjadi imam, kaum Muslimin di kejutkan oleh Rasulullah saw yang menyingkap tirai kamarnya dan memandang para sahabat yang sudah berbaris dalam sof solat. Rasulullah saw tersenyum kepada mereka. (HR Muslim).  Di hari itulah Rasulullah memenuhi panggilan Allah swt. Rasulullah memberikan senyuman perpisahan  yang memunculkan duka kerana saat itu adalah rentang masa terakhir baginda dapat memandang para sahabatnya. Kesan senyuman itu benar-benar sukar dilupakan oleh para sahabat.

Senyum tulus penuh ikhlas dapat menerbitkan cahaya dalam hati orang lain. Lelaki mulia itu yang bernama Muhammad saw, telah memberikan contoh kepada kita bagaimana beliau dapat  meluluhkan hati siapa sahaja dengan senyuman. Beliau mampu ‘menyihir’ hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman. Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan Rasulullah menjadikan senyuman sebagai sumber kebaikan.  Rasulullah bersabda, "Jangan meremehkan kebaikan walau sedikitpun, meski engkau menemui saudaramu dengan wajah ceria." Sabda Rasulullah yang lain, “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi).

Senyum ceria penuh tulus melahirkan 'cinta di hati anak manusia'. 
(Aww..Killer Smile from BOIM Debab)

Senyum yang dicontohkan lelaki mulia itu adalah tanda Cinta yang dilontarkan dari hati, lalu senyuman itu meluncur laju ke relung hati yang dalam, mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara 'anak manusia' menjadikan hati semakin lapang, tegar, membangkitkan energy dan menggetarkan nurani orang yang melihatnya. Senyum ikhlas dan tulus, tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang-orang yang hatinya penuh dengan kesombongan dan keangkuhan.  Inilah senyum ikhlas penuh cinta yang di contohkan oleh lelaki mulia itu...Senyum sodakoh.

Tuesday, March 15, 2011

STRESS ADALAH KEHIDUPAN


Stress! Stress dengan jalan jem, stress dengan kerja, stress dengan boss, stress tak ada duit, stress tak ada kerja, stress tak menikah lagi (usia dah melampaui dead line), stress suami jatuh cinta kat pompuan lain di fesbok, stress anak-anak buat perangai, stress dengan kerenah masyarakat, stress umah berserak, stress dengan itu, stress dengan ini. Berbagai ragam stress dalam hidup... STRESS ADALAH KEHIDUPAN, kerana itu, orang yang tidak beriman suka-suka hati aja, membunuh hidup diri sebagai jalan menamatkan stress (Dia tak tau kat dalam kubur lagi stress. Mana tak nya, mati bunuh diri.. gerenti lah kena belit ngan ular dan dipukul dipalu oleh malaikat). 


Setiap orang punya 'stress tersendiri'. Maka belajarlah menanggani stress yang sesuai dengan diri kita sendiri, lakukanlah apa yang kita suka dan boleh mendatangkan kegembiraan asal jangan melakukan hal yang Allah murka. 



Kenal pasti apa yang boleh buat kita 'release tension dan stress'. Menyanyi kat bilik air, menjerit sekuat suara kat atas bukit atau kat laut (macam citer2 korea), nak berlari keliling meja opis, nak makan ice cream Haagen Dazs satu balang, nak makan banyakkkk banyak atau pergi berurut kat orang buta..tak pun nak berendam kat kolam umah Ate dalam tempayan atau aquarium..suka hati lah. Buatlah, asal tak memudaratkan diri sendiri atau orang lain.


Nikmati Hidup. Jangan pening-peningkan kepala. Tarik nafas, regangkan kedua-dua tangan ke hadapan dan teriak lah sekuat hati...SUPERMAN. Cubalah berlapang dada... Alihkan stress kita, jangan terlalu difikirkan. Contohnya kalo stress kena marah ngan boss, pandang aja muka dia, sambil membayangkan benda2 yang lucu, spt muka dia ada tahi lalat sebesar Phua Chu Kang atau waktu dia bersemangat teriak sana teriak sini gigi pelesu dia tercabut ke.. Eppi-eppi.

Be positive dan optimis.  Miliki prinsip Happy is my choice.  


Bersyukur selalu. Hitung berapa banyak nikmat yang telah kita dapat, bandingkan dengan jutaan manusia yang tidak bernasib sebaik kita.  


Setiap malam sebelum tidur bersihkan hati dan maafkanlah siapa juga yang menyakiti hati atau membuatkan kita stress. Ketenangan dan kebahagiaan adalah milik orang yang ikhlas dan bersyukur.


Apa pun yang paling utama dalam menghadapi masalah atau stress perbanyakkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah penawar dan rahmat bagi kita. "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman .." (Al Israa': 82)

Berkeluh kesah dan mengadulah kepada Allah swt  dengan perbanyakkan berdoa, berzikir dan solat malam (Qiamulail). Allah SWT berfirman "..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenang" (QS. Ar-Ra’d [13]: 28) 
*******
Buat seorang sahabat Ate yang selalu stress pergi kerja, kerana menengok slides yang melambak-lambak dari pagi ke malam, alihkan stress ukhti dengan belajar-belajarlah 'enjoy' dengan 'kerja-kerja utama' kita.  Kalau urat tengkok tegang datanglah umah, akak dah jumpa buku 'MASSAGE FOR STRESS RELIEF'. 


Sunday, March 13, 2011

Kisah dari SENDAI, Jepun

"Semua orang kata Sendai ialah sebuah bandar yang selesa dan seronok untuk di diami, tak terlalu besar, tak terlalu kecil, dekat dengan laut dan hampir pula dengan gunung.


Saya pergi ke Sendai seorang diri, untuk berjumpa kawan di Universiti Tohoku. Hajat bertemu rakan tercapai, tapi rancangan perjalanan pulang ke Tokyo dengan menaiki kereta api laju Shinkansen dari stesen JR East Sendai tidak kesampaian.  Saya tersadai di tepi jalan selepas tiba-tiba jalan raya bergegar selama beberapa minit dan merekah, sehingga teksi yang dinaiki melanggar batu jalan.  Pemandu teksi, seorang warga emas meminta saya jangan keluar dari kenderaan.


Beberapa jam kemudian baru diketahui, Sendai yang indah dan aman itu menerima penangan paling teruk akibat gempa dan tsunami.  Tokyo yang terletak dua jam perjalanan kereta api dari situ turut terkena serangan gempa.


Saya tidak ingat berapa minit gegaran berlaku, tapi memang cukup lama dan cukup kuat sampai berdengung telinga.  Semua macam orang mabuk, tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul.  Saya melihat ramai orang lari keluar dari bangunan dan berkumpul di tempat lapang serta di tengah-tengah jalan raya.


Tingkap bangunan pecah berderai dengan bermacam-macam bunyi siren kedengaran.  Banyak bangunan rosak, ada yang terbakar tetapi tidak kelihatan pula yang runtuh.


Pada mulanya terasa apalah malang nasib ini kerana mengalami saat cemas bencana sambil di kelilingi orang-orang yang kita tidak kenal sama sekali.  Kalau nak mati pun, biarlah dapat melihat muka orang yang saya kenal.


Tapi kemudian perasaan itu hilang apabila kami mula bantu membantu satu sama lain.  Melihatkan saya bukan orang Jepun, ada yang datang bertanya, saya OK atau tidak. Saya bersama beberapa orang lain, turut membantu mencarikan anak seorang wanita yang hilang, serta membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga sebuah bangunan pada waktu gegaran susulan melanda.


Saya juga melihat seorang peruncit menolak troli dengan berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk di agihkan kepada orang ramai dan sekumpulan kanak-kanak pra sekolah yang berkumpul di depan kedainya.  Sebuah kedai elektrik yang di tinggalkan tergesa-gesa dalam keadaan terbuka juga tidak menjadi sasaran pencuri.  Saya tabik orang Jepun, mereka tetap ada harga diri walaupun dalam situasi bencana."


Petikan E-mel dari seorang pelajar Malaysia kepada Saudara Zuhairi Ali yang di hantar beberapa jam selepas bencana Gempa dan tsunami. Sebelum menutup e-melnya pelajar tersebut menyatakan keinginannya untuk menumpang bilik sewa rakannya di Sendai. Dia sudah terperangkap.  Semua sistem pengankutan darat dan udara sudah lumpuh.  Sdra Zuhairi cuba mendapatkan cerita lanjut tetapi e-mel tidak berbalas.  Moga dia selamat dan sama seperti warga kota Sendai yang lain moga dapat menggunakan pengalaman menghadapi bencana ini untuk bangkit menjadi lebih kuat.
(Cas Bateri:KOSMO)
*******
Membaca kisah di atas teringat Ate akan orang-orang Malaysia yang majoritinya MELAYU ISLAM dan dua Peristiwa yang terjadi baru-baru ini:
-Pesta Duit Syiling Di Lebuhraya
-Kutip Beras dari Lori Terbalik


Agak-agaknya bagaimana lah rupanya sikap orang Malaysia kalau negara kita di timpa bencana ya? Minta di jauhkan, tapi kuasa Allah siapa yang tahu.  Ada rasa ngeri dan ngilu bila mengingatkan sikap rakyat Malaysia. Moga nilai kemanusiaan dan ehsan masih ada....


(Waktu untuk` bekerja' dan tiada masa tuk berpangku tangan lagi).

PELAJARAN DARI SEORANG 'BIBIK PENJUAL POPIA'


“Sedap popia gemuk bersambal awak.  Kita suka sangat. Awak buat sendiri?” 
"A' ah, tapi sambalnya tokey yang buat”
“Ohh..awak kerja ngan orang? Gaji ikut hari ke? Kerja dari kul brapa sampai kul brapa? Satu hari brapa gaji? Cuti ari apa?" (Menyoal orang macam polis pencen Interrogation).
"Gaji..(tuutt). Dari pagi sampai petang. Tak ada cuti. Tokey kata bila dia mati baru saya boleh cuti. Hahaha” (Huh?? Dasatnya tokey bibik ni.  Dia plak bole happy jer cerita). 
"Sikit jer ek, awak dapat. Pas tu tak penat ke kerjaaa aja tak ada cuti?"  (Haloo..sesedap mulut jer mengeluarkan kata2).
"Alhamdulillah..disini rejeki ;) saya. Sikit tak apa asal berkah. Penat? Mestilah penat. Nak cari rezeki buat anak-anak belajar...kena rajin kerja, tak bolehlah cuti-cuti Malaysia."
"Betul ke awak tak ada cuti? Habis kalau sakit, kerja jugak?" (Macam tak cayaaa jer)
"Alhamdulillah Allah beri saya sehat. Sakit sikit-sikit tu masih bolehlah kerja. Saya makan jamu dari muda, biar badan kuat."
"Brapa umur awak?" (Isshhh...tak puas hati lagi tu..masih nak soal siasat)
"46."
"Untung awak ya, di beri Allah kesehatan yang baik. Saya ni, umur muda sikit dari awak tapi selalu sakit2."
"Syukur Alhamdulillah, saya masih kuat dan sehat. Tapi...orang Malaysia memang macam tu..tak kuat macam kita orang Indonesia."
Duhh..Bibik ni macam nyindir aku jer. 
*******
Pagi itu..dari seorang 'bibik yang bekerja sebagai penjual popia' Ate belajar tentang:
1. Konsep Syukur.
2. Rezeki sedikit tak mengapa yang penting berkah. 
3. Harus rajin bekerja dan berusaha baru Allah beri rezeki, jangan asyik fikir nak berehat dan cuti aja macam Ate
4. Penting kita menjaga kesehatan tubuh badan sedari muda kerana sebagai seorang Islam kita  harus memiliki daya tahan tubuh yang kuat (Qawiyyun Jism) sehingga dapat bekerja dan melaksanakan amal ibadah dengan lebih produktif. Sehat tubuh badan itu kan suatu nikmat. Bahkan lebih dicintai oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis riwayat Muslim: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah”. 
5. Dalam meniti hidup banyak Ibrah yang boleh kita perolehi. BELAJARLAH MENGAMBIL HIKMAH DARI SIAPA SAJA, walaupun orang itu lebih muda dari kita atau tidak punya pangkat kedudukan di mata masyarakat mahupun berpelajaran rendah...mungkin ada pengalaman hidup mereka menjadikan mereka lebih 'berfikiran' dari kita.  Seperti pada pagi itu...Ate belajar dari seorang 'bibik penjual popia'.

Thursday, March 10, 2011

BAHASA CINTA SEORANG AYAH


Iklan Petronas Lamaaaa Dulu.. NO CHARGE
Iklan ni, tak pernah gagal membuat Ate menjejes air hidung menitis airmata.

Hari ini tetiba jerr Ate teringat kat abah...




*******
Kepada sesiapa yang masih punya ayah, abah, apok, abi, bapak, baba, daddy, papa atau apa juga panggilan buat seorang bapa hargailah mereka selagi mereka masih ada.  Banyak sudah kisah kita dengar, orang-orang yang menyesali masa lalu.  Menyesal, mengapa kita tidak pernah melakukan apa-apa yang selayaknya kita lakukan ketika seseorang yang kita kasihi masih ada di dunia ini. Menyesal, kerana setelah semuanya tinggal kenangan ternyata kita tidak sempat berbakti.  Menyesal kerana kita tidak pernah memahami bahasa cintanya. Menyesal kerana setelah semuanya tinggal kenangan ternyata kita tidak pernah sekali pun melahirkan ungkapan cinta kita buat seorang lelaki yang bernama ayah.  

"Memahami BAHASA CINTA seorang lelaki yang bernama AYAH tak selalu mudah. Tapi siapa pun ayah kita, yakinlah, ada kelembutan di hatinya. Seperti apa pun caranya, percayalah ada ketulusan si sebaliknya.  Seorang lelaki yang bernama Ayah punya cara tersendiri dalam mencintai kita." (Tarbawi)
*******
( kucingorengemok jangan nak menyorok kat grobok eh)