Pages

Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

NEVER GIVE UP



Tahukah engkau
apa hakikat dari IKHTIAR....saudaraku ?

Ikhtiar adalah ketika kita
melihat bayang-bayang KEGAGALAN di depan mata,
Tapi kita tetap melakukan yang TERBAIK dalam tiap USAHA.

Karena kita YAKIN
ada DIA yang Maha Kuasa,
Yang ketika DIA berkata "jadi"
...maka JADILAH...


NEVER GIVE UP 
(DK:Penebar Tausiah)


Wednesday, February 16, 2011

Shaum Yaumul Bidh

Sehari sebelum 13 haribulan Hijriah setiap bulan, Ate sering menerima sms yang membuatkan hati haru biru.  Setiap kali menerima sms tu rasa macam nak nanggis guling-guling. Kenapalah Mok Usrah Murabbi ate suka antar sms yang menggelikan mengerikan ni? SMS nya berbunyi:  "Akhwat yang di kasihi, besok bermula Yaumul Bidh, moga diberi kekuatan untuk berpuasa." Huhuhu..Sampainya hati dia..teganya dikau dia..kejamnya dia..memaksa Ate secara halus tuk berpuasa. Dah dapat sms cam tu, nak tak nak, kenalah puasa juga. Terpaksa? Ya..memang terpaksa. Tapi nak buat camne, kalau kita mengaku sayang kat Rasulullah, kenalah juga puasa.

Puasa sunnah 3 hari straight memang terasa berat 10 ton. Mula-mula buat dulu (hehehe..bukan dulu tapi baru... malu nak cakap bila) rasa macam separuh nyawa (tapi mana ada orang mati pasal berpuasa kan,kan,kan?).  Seksinya Seksanya lebih dasyat dari Puasa Bulan Ramadhan. Mana taknya, kita puasa, orang keliling kita dok relax makan minum. Pas complete 3 hari straight, gembira bukan main. Alhamdulillah berjaya juga melaksanakan pesanan Rasulullah.

Kita sering kata cinta Rasulullah tapi sedar atau tidak kita sering meremeh-remehkan sunnah baginda. Apakah ini tanda kecintaan dan kasih sayang kita kepada Rasulullah.. "Sayangkan anak tinggal-tingalkan" "Sayangkan Rasulullah tinggal-tinggalkan sunnahnya." (Menyindir mode: ON) (Dua-dua 'pepatah' tu tak leh di guna pakai kay, sila abaikan).  Apa yang Rasulullah tak suruh buat, kita suka-suka nak buat jugak. Apa yang Rasulullah suruh kita buat, suka-suka kita tak nak buat.  Contohnya Rasulullah tak suruh kita baca yasin setiap Khamis malam Jumaat.. ehhh, itu lah yang pulun kita buat. Rasulullah suruh kita puasa 3 hari setiap bulan... ehhh, itulah yang tak pernah kita buat.

Abu Hurairah berkata:"Kekasihku (Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam) mewasiatkan kepada ku agar tidak meninggalkan tiga hal sehingga aku mati; puasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan shalat dhuha dan shalat witir sebelum tidur." (HR.Al-Bukhari).

Bila kita mengatakan kita cinta pada Rasulullah maka seharusnya kita berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan apa yang baginda pesan.  Nak memulakan sesuatu yang baik tu memang berat. Kadang memerlukan kita memaksa diri sendiri. Tapi bila dah terbiasa, Insyallah amalan yang tadi kita rasa berat 10 ton, lama-lama menjadi semakin ringan. Kalau rasa puasa sunnah sendirian tu berat, ajaklah ahli keluarga atau sahabat-sahabat kita bersahur, berpuasa dan berbuka bersama-sama (Iftar Jemaah Jamaei).  Insyallah, marilah kita bersama-sama belajar menikmati amalan Sunnah sebagai sebahagian dari ketaatan kita kepada Allah. 

Tetap Segar, Ceria dan Cergas walau berpuasa ;)

Monday, February 14, 2011

BACALAH SAYANG..

"Sungguh, air mata yang menitis kerana takut kepada Allah adalah ubat dan kesembuhan bagi jiwa.  Menangis adalah ungkapan hati yang bersih.  Dia adalah bahasa yang tidak di kenali kecuali bagi orang-orang yang memiliki hati bercahaya.  Dia adalah keberkahan yang di miliki seorang yang beriman dan keselamatan bagi orang-orang yang punya rasa takut akan kebesaran Rabbnya." TARBAWI: Kapan Terakhir Kali Kita Menitikkan Air Mata

Membaca 'Tarbawi' ada suatu perasaan yang sukar digambarkan. Sangat menyentuh dan menggugah hati nurani..Iya..Indah sekali untaian kata-kata yang di tulis, sarat dengan makna. Suatu majalah kecil dan tipis tapi isi kandungannya...MANTAPP. Seperti Ate, ramai teman Ate yang suka membaca dan melanggan tarbawi. Tapi yang hairannya mereka (mereka ya...bukan Ate..hehehe tak nak ngaku) tidak pernah ternanti-nanti akan kehadiran tarbawi. Aneh kan? Suka, tapi tak terindu-rindu. Tak ternanti-nanti tuk 'berjumpa lagi'. Bagaimana mau merindu rinduan kalau belum habis baca dah datang lagi edisi seterusnya. Belum sempat membelek edisi baru, datang lagi edisi terbaru...ahhh.. lama-lama rasa suka bertukar jadi bosan. Bila kebosanan mula menguasai diri, timbul pula rasa malas dan benci. Membenci Tarbawi siapa yang rugi? Siapa lagi kalau tak diri sendiri? Ewah...berpantun pulak Ate.

"Bukan tak nak baca. Tapi tak ada masa." 
"Buat rugi aja melanggan dan beli. Bacanya tak juga. Edisi lama tak sempat baca lagi dah keluar yang baru." 
"Penatlah membaca."
Duh..Juling mata Geleng kepala Ate mendengarnya. Kalo membaca majalah Tarbawi yang kecil tipis tu tak ada masa nak membacanya bagaimanalah pulak nasib buku-buku lain ya? Bak kata Long Ate, kalaulah kita yang membaca ini merasa penat, bayangkan tak betapa penat dan susahnya orang yang menulis. Inilah sikap masyarakat kita yang tidak menjadikan membaca itu suatu budaya. 
Majalah Tarbawi kecil (15x21cm sahaja) dan tipis (80 mukasurat sahaja)

Ramai orang yang tidak suka membaca memberikan alasan TIDAK ADA MASA. Sebenarnya kita tak sempat membaca kerana kita tidak mencari masa tuk membaca dan tidak membiasakan diri dengan membaca. Memanglah memupuk minat membaca itu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Tapi kalau dah besar panjang masih tak suka membaca tak kan nak salahkan ibubapa lagi. 

Asal berkemahuan, membaca itu bukan suatu perkara yang susah. Harus ada motivasi. Kalau awal-awal lagi dah rasa membaca itu membosankan, menghantukkan mengantukkan dan segala macam alasan memanglah sampai bila-bila pun kita tidak akan mencari waktu untuk membaca. Buang jauh-jauh fikiran begitu sayang...;). Harus positive..Yakinlah Anda Boleh Fikirkan menafaat atau kebaikan membaca, motivate diri..Membaca itu sesuatu yang menyeronokkan (Seru Lho), menggembirakan, menenangkan, mendamaikan, menghiburkan, menambahkan wawasan dan ilmu, membaca itu jendela dunia, membaca itu .. errr...apa-apalah yang baik dan semua yang baik-baik aja. 


Setelah anda termotivasi, buat jadual waktu untuk membaca..berapa jam (atau minit) sehari.  Buat target berapa buku seminggu atau sebulan (atau setahun??). Mulakan dengan membaca majalah (bukan majalah hiburan ya sayang) seperti Tarbawi, Dewan Masyarakat dan sebagainya. Terus tingkatkan lagi dengan membaca buku yang nipis dulu. Membaca Harus Dijadikan Kebiasaan kerana itu penting ada jadual dan target. Seperti kebiasaan yang lain, membaca juga perlu dilakukan secara rutin dan terus menerus. Untuk menjadi rutin dan terus menerus, displin diperlukan. Mendisplinkan diri untuk membaca, diperlukan jadual. 


Bagi yang benar-benar sibuk dan tak punya banyak masa untuk membaca belajarlah mencuri-curi makan masa. Bawalah buku ke mana sahaja, ada masa luang..baca. Dalam kereta masa traffic jam? Dalam commuter atau LRT? Menanti giliran semasa bayar bill di pejabat pos? Menjemput anak balik sekolah? Menunggu 'bhai' roti lalu depan rumah? Insyallah kalau kita bersungguh, kita akan dapati ada sahaja masa luang yang boleh kita menafaatkan dengan membaca.  Ayuh apa di tunggu lagi? Bacalah Sayang.. SELAMAT MEMBACA

Sunday, February 13, 2011

Mendidik Anak Muslim Prasekolah

Semalam Ate bersama 'Ummu Aufa' (blog sifu Ate) telah di minta oleh teman-teman sepengajian (geng belajar mengaji dan kelas agama ;)) untuk berkongsi bersama tentang Bengkel Penulisan yang pernah kami hadiri sebelum ini. Sepanjang tempoh 4 jam program perkongsian tersebut Ate sempat SYOK SHOCK (terkezutt) dengan kebolehan para sahabat Ate khususnya beberapa orang yang bergelar 'DOKTOR'. Kenapa?? Errr...sekarang belum boleh bagitau dulu kerana ada masalah teknikal sikit ;) (alasan..hehehe).  Jadi kita tinggalkan dulu cerita Bengkel Penulisan yang syok dan shock tu. Insyallah bila masalah teknikal dah selesai Ate ketik di post akan datang.
Sebelum mula menggedik mengetik Ate membaca satu artikel tentang DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK MUSLIM USIA PRASEKOLAH. Apa yang ditulis oleh artikel itu bukan lah perkara baru bagi Ate kerana sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam bidang Taska dan Tadika selama lebih dari 10 tahun, Ate dah hadam dah (konon-kononnya) soal Pendidikan Anak-anak ni. Tapi bila dah terlalu lama meninggal dunia meninggalkan bidang ini kadang-kadang banyak juga yang telah terlupa. Apatah lagi zaman dah berubah. Pesan Rasulullah saw "Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya." Maka dengan rendah kaki hati Ate bersedia untuk ulangkaji semula apa yang pernah di ajar dan apa yang perlu Ate belajar lagi tentang pendidikan anak-anak dan sama-samalah kita berkongsi di Ketikan Ate ini.


DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK PRASEKOLAH.
1. AKIDAH DAN KEIMANAN (Salimun Aqidah)
a. Membacakan kalimat tahlil (LA ILAHA ILLA ALLAH) kepada anak berulang-ulang kali setiap hari. 
b. Memperdalamkan muraqabah (kedekatan) Allah dalam hati anak: "Jagalah (perintah) Allah, maka Allah akan menjagamu," dengan senantiasa mengucapkan: "Sesungguhnya Allah melihatmu, Allah mendengarmu dan Allah senantiasa bersamamu". 
c. Memperdalamkan kecintaan anak kepada Allah dan Rasulullah dengan banyak berzikir dan selawat. 

d. Membiasakan anak untuk mendengar dan membaca Al-Qur'an.
e. Membiasakan anak dengan hadis-hadis dan doa-doa dalam kehidupan sehari-hari.

2. ILMU PENGETAHUAN (Mutsaqqoful Fikri)
a. Mengajar anak kandungan Al-qur'an dan Sunnah. 
b. Mengajarkan anak sirah nabi, akhlak, dan perilaku baginda.
c. Menghantar anak ke Tadika atau playgroup yang baik untuk belajar. (Baik tidak semestinya mahal dan mahal tidak semestinya baik.)

d. Membiasakan anak dengan buku dan memupuk kecintaan kepada buku. Bawa ke pameran-pameran buku. Jika berkemampuan, sediakan bilik atau ruangan khas sebagai perpustakaan di rumah.
e. Menjawab semua pertanyaan anak sesuai dengan usia dan 'kemampuan fikiran nya'. 
f. Mendongengkan kisah-kisah teladan yang mendidik (hindari kencenderungan mutlak terhadap dunia khayalan, dengan tetap mempertimbangkan pentingnya daya khayal).
g. Tidak memaksa anak menulis/membaca sebelum masanya (dengan tetap memberikan latihan membaca dan menulis secara bertahap dan perhatikan mood nya.)

3. AKHLAK, PERILAKU DAN SOPAN SANTUN ANAK (Matinul Khuluq)
a. Method paling efektif dalam membentuk akhlak dan mengajar anak tentang sopan santun adalah melalui teladan yang baik dari ibubapa. Sopan santun dipelajari melalui imitation atau peniruan dan kebiasaan anak-anak di rumah. Oleh itu ibubapa harus berhati-hati dalam berperilaku dan berikanlah teladan yang baik buat anak.
b. Menggunakan perkataan yang baik kepada anak, khususnya ketika kita sedang marah atau menasihatinya.
c. Membiasakan anak-anak dengan ucapan terima kasih, maaf dan sebagainya dalam interaksi seharian.
d. Menepati semua janji yang dibuat dengan anak.
e. Tidak berbohong dan sentiasa berkata benar atau jujur.


4. FIZIKAL DAN KESIHATAN TUBUH ANAK (Qowiyyul Jismi)
a. Membiasakan anak bersenam. Sebaik-baiknya di lakukan aktiviti bersama keluarga seperti berjogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.
b. Menjaga pemakanan mereka dengan memberikan makanan berkhasiat. Jangan membiasakan mereka dengan makanan ringan yang mengandungi 'MSG'.
c. Melakukan check up secara berkala, terutama untuk gigi dan mata anak.

d. Membiasakan anak menjaga kebersihan diri seperti mandi, menggosok gigi, sentiasa mencuci tangan dan sebagainya. 
e. Membiasakan anak sebelum tidur dan ketika sakit membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.



5. EMOSI DAN PERASAAN ANAK
a. Mengenali emosi anak dan keperluannya pada setiap fasa.
b. Menjadi pendengar yang baik terhadap apa yang dibicarakan anak dan membuatnya merasa bahwa apa yang dibicarakannya adalah penting. Jangan melayani bicara anak dengan separuh hati.
c. Menghargai anak dan tidak merendah-rendahkannya, khususnya di hadapan teman-temannya atau teman-teman anda.
d. Memberi arahan kepada anak dengan jelas, mudah dan lemah lembut.
e. Menemani dan melayani anak ketika dia bermain.
f. Berusaha menggembirakan dan menyenangkan anak, khususnya sebelum tidur dan menjauhkannya dari kejadian-kejadian dan suara-suara menakutkan.
g. Menyedari keburukan memberikan hukuman fizikal seperti memukul, mencubit dan sebagainya
h. Menyadari keburukan memberikan ancaman yang mengakibatkan anak merasa tidak selamat dan tidak di sayangi.



6. KETERAMPILAN SOSIAL ANAK-ANAK
a. Membawa anak ke majlis-majlis (jangan lupa perkenalkan adab majlis) agar anak dapat bergaul dan menumbuhkan rasa percaya diri (keyakinan).
b. Membiasakan anak mengucapkan salam.
d. Membiasakan anak meminta izin dalam segala hal.
e. Mendidik anak untuk membantu melakukan pekerjaan di rumah.
f. Membiasakan anak untuk bermuamalah jual beli, biasakan untuk berani tapi tetap sopan.
g. Mengajar anak konsep silaturrahim dengan mengunjungi kaum keluarga, sahabat dsbnya.
h. Mengajaknya ke masjid untuk menumbuhkan keterikatan hatinya dengan masjid dan ajari mereka untuk tidak malu berinteraksi dengan orang-orang di masjid.

i. Memelihara haiwan peliharaan (ikan, kucing, hamster, labu-labi labi-labi dsb) yang  memungkinkan anak untuk berinteraksi, sayang menyayangi dan belajar bertanggungjawab.
j. Memilih teman yang baik buat anak.

Memelihara Haiwan memupuk perasaan kasih sayang, interaksi dan sifat bertanggungjawab.
7. MEMBENTUK KESENIAN, KEINDAHAN DAN KREATIVITI ANAK
a. Mengajak anak untuk memperindah dan menghiasi bilik tidur mereka.
b. Menyediakan buku mewarna/kertas lukisan (drawing block) dan pensil warna/crayon atau yang 'sewaktu dengannya' dan membiarkan anak melahirkan kreativiti mereka sendiri tetapi masih dibawah pengawasan.
c. Menyediakan permainan "bongkar pasang" seperti lego, puzzle dsbnya.
d. Membawa anak ke tempat-tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, pergunungan dan sebagainya.
e. Menonton dokumentari tentang keindahan alam dan sebagainya.
f. Mendengarkan lagu-lagu yang sesuai dengan umur anak (sebaiknya lagu yang 'bermakna' dan memberi pengajaran atau nasehat)
g. Mempamerkan hasil karya seni anak-anak di ruangan khusus seperti di dinding, bilik tidur dan sebagainya sebagai tanda menghargai karya mereka.

Anak kreatif..'melekatkan' telefon di kepala.
Sebenarnya bila membicarakan soal PENDIDIKAN ANAK-ANAK memang tidak akan pernah ada nokhtahnya. Sedar atau tidak dalam proses kita mendidik anak-anak banyak 'keaiban' 'keajaiban' yang kita pelajari dari mereka. Walau lelah dan sangat meletihkan dalam melayani dan mendidik anak-anak, tidak dapat dinafikan ketulusan dan kesucian mereka banyak mewarnai kehidupan kita. 


Sudah terlalu panjang ketikan Ate pada post kali ini. Tangan dah ketar, mata mula berpinar..bukan karena letih mengetik dan memandang screen computer tapi kerana perut mula berdongdang sayang. Sampai bertemu lagi di Ketikan Ate seterusnya...

Friday, February 11, 2011

Memulai..Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Jangan menunggu bisa menulis baru menulis tapi mulai menulis agar anda bisa menulis. (Menyahut tantangan tuk menulis... Bisakah aku??)." Inilah kata2 yang ate post di wall fb sebaik sahaja pulang dari Bengkel Penulisan beberapa minggu yang lalu. Biasalah selesai sahaja dari sesuatu bengkel semangat pun berkobar-kobar dan hasilnya...??? Woww. Sungguh mengagumkan..Sehingga ke hari ini belum ada satu pun hasil penulisan yang telah ate buat..huhuhu. Hebat sekali ya? Sehingga terharu jadinya :D. Ternyata berkata itu mudah dari melakukan. 


Ustaz Salim A fillah pernah di tanya bagaimanakah caranya mahu menulis (kenal tak siapa dia 'Salim A Fillah? Tak kenal? Kalau tak kenal goggling lah sendiri nama dia...hehehe. Maaf bagi homework sikit). "Memaksakan diri, saat kita mengetahui mengapa kita harus menulis, mengapa harus kita yang menulis dan mengapa itu harus ditulis."  Itu jawaban Ustaz Salim. Pendek sahaja jawaban dia tapi banyak membuat ate berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir (sampai tak juga mula menulis..hehehe).


Akhirnya hari ini..di hadapan  Netbook Dell ate, dimulai dengan Bismillah dan di akhiri dengan Alhamdulillah.. Ehh salah..belum berakhir lagi. Dimulai dengan Bismillah dan berbekalkan petua "Allahumma PAKSA" maka dengan ini bermulalah penulisan pertama ate di blog Dari Kaca Mata Ate. (Alhamdulillah tips pertama Ustaz Salim A Fillah telah di laksanakan)


Mengapa kita harus menulis, mengapa harus kita yang menulis dan mengapa itu harus ditulis? Hah, tu diaa..susah nak jawab ni. Itu yang berminggu2 asyik dok fikir aja, tak juga menulis.  Hehehe. Oklah..(serious mode:On) Sebagai seorang Muslim kita mempunyai tanggung jawab untuk menyampaikan kebaikan walaupun sekadar satu ayat. Apatah lagi setiap kita adalah dai'e. Oleh itu menulis merupakan suatu keharusan. Dengan menulis kita dapat menyebarluaskan fikrah Islam dan berdakwah. Cuba bayangkan bagaimana kesannya jika seseorang yang tidak memahami Islam yang syumul, menyebarluaskan idea atau fahaman mereka yang keliru tentang Islam melalui penulisan. Tak ke parah namanya?? 


Menulis adalah merupakan satu wadah untuk mendokumentasikan idea atau fikiran kita ke bentuk berupa rangkaian huruf sehingga boleh di baca oleh orang lain. Jika apa yang kita tulis itu membawa manafaat atau membawa kesedaran ke arah positive bagi orang yang membacanya, seterusnya mereka berkongsi pula hasil penulisan kita itu dengan orang lain, pastilah secara langsung kita dapat melipatgandakan 'share' atau saham yang membawa keuntungan bila kita pulang ke Kampung Akhirat nanti (Cehhh Ate..sebut pasal langsung, untung, saham...macam skim MLM la pulak).  Pahala menulis adalah amal jariah yang melampaui zaman. Jika ditakdirkan kita telah tiada di bumi Allah ini tapi hasil penulisan kita itu tetap di baca maka selagi itu ianya tetap menjadi amal jariah.  


Ok lah...Post ini merupakan permulaan ate untuk menulis (mudah-mudahan bukan yang terakhir ya ate). Harapan ate agar post 'MEMULAI..Bismillah' ini akan menjadi pemangkin untuk motivate ate menulis dan terus menulis dengan lebih baik lagi.


"Jangan menunggu bisa menulis baru menulis tapi mulai menulis agar anda bisa menulis dan terus menulis.."