Perasan tak kita kadang suka menggunakan perkataan 'masalahnya' dalam ungkapan kata-kata kita? Khususnya bila kita disuruh buat sesuatu atau diberi tanggungjawab tapi kita tidak belum menyelesaikan tanggungjawab tersebut maka kita mula mencari alasan dengan mengatakan "Masalahnya bos, project ni susah nak dapat kerjasama bla, bla, bla". Atau bila anak kita mendesak kita pergi ke mana-mana atau buat sesuatu dan kita malas, kita akan menjawab, "Masalahnya bukan mama tak nak, tapi.....bla, bla, bla." Kita suka mencari alasan dengan 'mengkambing hitamkan masalah'. Itu belum lagi bila kita memang benar-benar ditimpa masalah. Berbagai rungutan dan keluhan yang kita ungkapkan baik dibibir mahu pun dalam hati tak lepas dari perkataan 'MASALAH'.
"Masalahlah dia ni."
"Ni lah masalah nya."
"Alaa..Aku tengah banyak masalah lah."
"Masalah kau ni kan, kau yang bermasalah."
Budak ni memang selalu bermasalah.
Sikit2 merajuk.
Ya, kita bermasalah kerana kita selalu menjadikan masalah itu sebagai masalah. Kita bermasalah kerana kita selalu mengeluh dengan masalah kita. Kita bermasalah kerana kita selalu fikir kita bermasalah tetapi tidak memulakan langkah ke arah solusi. Teringat Ate kata-kata seorang kenalan dari Indonesia bila Ate merungut, "Alaaa... banyaknya kerja. Masalah betullah." Lalu dia menjawab, "Kerja ya harus dikerjain, Mbak. Jangan difikirin aja. Gak tuntas kerjanya kalo difikirin aja. Gak nyelesai'in masalah." (Duzhummm... Uhh! kena Ate sejibik). Kita kena tukar cara pemikiran kita macam N3 Ate bulan May "Hai masalah, Allah Maha Besar".
Kita kena membiasakan diri jangan mengeluh atau merungut kerana masalah. Hayati makna di balik semua masalah, maka semua masalah akan membuat hidup menjadi lebih bermakna. Jika kita fikir setiap masalah boleh diselesaikan dengan keluhan, maka teruslah mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Namun kenyataannya, mengeluh itu bagaikan menambah batu pada beban yang kita bawa. Tiap keluhan membuat beban itu menjadi semakin berat dan akhirnya memperlambatkan langkah kita. Maka jangan banyak mengeluh. Ikhtiar dan perbanyakkan doa. Agar langkah terasa ringan dan kita dapat bergerak pantas, maju ke hadapan.















